Tuesday, 11 December 2012

WANITA KEHAMILAN DAN HIV/AIDS

Seks yang selamat

 - Hubungan seks dengan menggunakan kondom dengan cara yang betul.

- Aktiviti-aktiviti seksual (sentuhan, ciuman, pelukan, mengurut dan melancap – dimana tiada sebarang luka atau rekahan kulit) yang lebih selamat.


Kondom: Perlindungan 2 dalam 1

- Elakkan kehamilan yang tidak dirancang

- Elakkan risiko jangkitan


Namun sebagai wanita anda mungkin ingin hamil

Fikirkanlah semasak-masaknya sebelum anda merancang untuk hamil kerana ini melibatkan isu-isu penting seperti kesihatan anda dan juga bayi. Berbincanglah dengan pasangan anda dan dapatkan kaunseling.


Jika anda positif HIV dan sedang hamil:

Risiko keatas bayi
Wanita-wanita positif HIV mengkin memindahkan virus berkenaan kepada bayi semasa kehamilan, semasa bersalin atau semasa memberikan susu badan.  

Risiko jangkitan HIV dari ibu kepada anak adalah lebih kurang 30% tetapi boleh dikurangkan dengan:

- Mengadakan hubungan seks lebih selamat sebaik sahaja disahkan hamil.

- Meminimumkan hubungan seks tidak selamat semasa kesuburan dan mengelakkannya sama sekali diluar maasa kesuburan dan selepas kelahiran.

- Melakukan pemeriksaan awal dan mendapatkan rawatan HIV percuma seawal bulan ke tiga kehamilan dan semasa bersalin serta kepada bayi sebaik sahaja dilahirkan. (Ini mesti dilakukan dibawah pengawasan doktor)

- Mengelakkan dari memberi susu badan atau menghentikan seberapa segera yang boleh.


Penjagaan untuk wanita positif HIV dan bayi

Jika anda mendapat tahu yang anda positif HIV semasa anda hamil, dapatkaan pemeriksaan doktor dan kaunseling secepat mungkin dan penjagaan yang rapi sebelum bersalin.

Jika ingin mengadakan hubungan seks semasa hamil, amalkan seks selamat. Sekirannya anda seorang pengguna dadah, berhenti mengambil dadah. Ini adalah masa sesuai untuk anda berbuat demikian. 

Mengambil dadah semasa hamil membahayakan kesihatan ibu dan anak.


Bersalin

Anda dan bayi anda tidak perlu diasingkan tetapi penjagaan rapi harus diberi. Adalah lebih baik sekiranya jururawat dimaklumkan mengenai status HIV anda kerana ini mungkin dapat membantu memastikan proses bersalin selamat bagi anda dan bayi anda, serta juru rawat dan doktor yang menjaga anda.


Selepas Bersalin

Bayi yang baru dilahirkan mempunyai antibodi ibunya, ujian tertentu boleh dilakukan untuk mengetahui sama ada bayi tersebut dijangkiti atau tidak. 

Ujian antibodi untuk bayi biasanya dilakukan seawall kelahiran dan sehingga umurnya 18 bulan. 

Jika bayi tersebut disahkan positif HIV, anda perlu mendapatkan nasihat doktor dan rawatan perubatan yang intensif untuk bayi anda. Bayi boleh diimunisasikan dari sebarang penyakit kanak-kanak sama seperti bayi-bayi lain.


Sebagai seorang wanita yang inginkan kehidupan yang sihat dan bahagia, anda perlu tahu bahawa HIV merebak melalui tiga cara iaitu:

1) Melakukan perhubungan seks tanpa kondom dengaan orang yang telah dijangkiti HIV.

2) Melalui darah yang telah dicemari dengan HIV, seperti melalui jarum suntikan yang tercemar, permindahan darah dan organ-organ badan.

3) Melalui ibu yang telah dijangkiti HIV kepada anaknya semasa kehamilan, kelahiran atau memberi susu badan.


Ketahuilah status kesihatan anda sendiri, disamping mengetahui kegiatan seksual pasangan anda.

Buatlah keputusan yang bijak memilih pasangan. Pastikan jawapan kepaada soalan-soalan ini:

- Adakah dia bebas dari jangkitan HIV dan sebarang penyakit kelamin?

- Adakah dia seorang yang setia atau adakah dia mempunyai pasangan lain?

- Adakah dia seorang pengguna dadah atau bekas penagih dadah?

- Apakah latar belakang aktiviti seksualnya sebelum ini?


Dalam pada itu jangan lupa bertanyakan juga pada diri anda sendiri:

- Adakah anda yakin dengan status kesihatan anda?

- Mungkinkah anda perlu menjalani sebarang ujian darah?


Anda berhak dan bertanggungjawab meminta pasangan anda menggunakan kondom ketika hubungan seks. Wanita mana yang menghadapi risiko jangkitaan HIV?

Semua wanita. Sebagai pihak yang menerima semasa hubungan seks, semua wanita lebih berisiko kepada jangkitan berbanding pihak lelaki.


Pencegahan

Hamil – Tidak mahu

Jangkitan penyakit – Jangan

Kasih sayang dan seks – sudah tentu perlu yang itu! Jadi bagaimana?


Sumber : Dari Risalah yang diambil di Hospital Besar
Unit AIDS/STD Jabatan Kesihatan Negeri Perak

7 comments:

  1. Bg ibu2 plhiv, ikut nasihat doktor dan jaga kesihatan diri dgn baik. Bertawakkal pd Allah, anda dan anak pasti selamat. Yg penting utamakan kesihatan anak.

    ReplyDelete
  2. Salam..

    saya cadangkan tuan/puan/cik dapatkan rawatan kaedah AYURVEDA di LUQMAN HERBS CENTRE yang terdapat di The SUMMIT, Subang Jaya dan di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi. Maklumat lanjut tentang rawatan, tuan/puan/cik bolehlah berhubung terus dengan Pengamal Perubatan Ayurveda (pengasas LUQMAN HERBS CENTRE), Dr Luqman Selva di 014 6332307 atau ke fb kami http://www.facebook.com/pages/Luqman-Ayurvedic-Herbs-Centre/377645228950903 @ http://facebook.com/luqman.ayurvedic

    ReplyDelete
  3. Admin Luqman Herbs Centre

    Terima kasih, bagi mereka yang nak dapatkan rawatan dan maklumat boleh lah hubungi saudara Luqman melalui no telepon atau laman web yang tertara....:)

    ReplyDelete
  4. ayuverda ni rawatan holistik kan? maksud admin luqman pusat tuan boleh merawati hiv ke? any testimonies?

    ReplyDelete
  5. Anonymous

    Kita tunggu jawapan dari Pusat Rawatan Luqman ya...yang pasti HIV belum boleh diubati hingga kini...tiada ubat penyembuh hanya ada ubat memmabtu memanjangkan hayat pembawa HIV aje.

    ReplyDelete
  6. Saya hidup dengan HIV dah 16 tahun, baru 7 tahun berkahwin, ada 3 orang anak berumur 6, 5 dan 3 tahun..sehingga sekarang semua anak dan isteri saya tiada sebarang jangkitan. Saya nasihatkan dapatkan maklumat yang tepat agar anda faham apa itu HIV dan rawatannya agar tidak mengganggu kehidupan..Allah Maha Segalanya..

    * komen ini di copy dan paste dari facebook

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST