Sunday, 23 December 2012

SEKS SONGSANG MUDAH JANGKITI VIRUS HIV

KOTA BHARU - Golongan homoseksual berisiko dijangkiti virus Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit (HIV) lebih 44 kali ganda berbanding hubungan jenis di antara wanita dan lelaki yang hanya berisiko empat kali ganda.
 

Kaunselor HIV dan AIDS Negeri, Zaimah Husin berkata, di Kelantan penularan seks sesama jenis kini menjadi trend di kalangan golongan profesional termasuk pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT).
 

”Apa yang kita lihat, gaya hidup yang menggunakan istilah (MSM) “Men Having Sex with Men” melibatkan golongan berkenaan.
 

 ”Jika sebelum ini Jabatan Pembangunan Islam (JPI) menjalankan tinjauan terhadap perlakuan seks bebas di kalangan pasangan wanita dan lelaki namun kini pihak terbabit turut menjalankan operasi bagi membanteras perlakuan seks antara pasangan gay,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah di program kesedaran HIV dan AIDS di dewan gelanggang seni, kelmarin.


Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri, Abdul Fattah Mahmood.


Zaimah berkata, dalam tinjauan yang dilakukan JPI, pihak terbabit pernah menemui pasangan yang melakukan seks songsang, berusia lingkungan 55 tahun bersama pasangan berusia 20-an.


“Golongan terbabit amat berisiko dijangkiti HIV, disebabkan amalan hidup mereka yang songsang yang melawan fitrah manusia yang dijadikan hidup berpasangan dengan pernikahan yang sah.

 

”Bagi mendekati golongan berkenaan pihak kami turut turun bertemu pimpinan masyarakat agar masyarakat tidak memandang serong terhadap golongan itu. Dengan cara ini diharap dapat menimbulkan kesedaran dalam kalangan mereka supaya dapat kembali ke pangkal jalan dan menjalani kehidupan yang lebih baik,” katanya.

Zaimah berkata, masyarakat juga harus lebih prihatin terhadap kes seumpama ini yang berlaku di sekitar dan sekiranya terdapat situasi terbabit, mereka perlu laporkan kepada pihak berwajib.


”Selain itu, kami juga akan mengadakan program dengan kerjasama pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-RI), JPI dari masa ke semasa bagi menangani gejala ini di samping mencapai sasaran sifar AIDS pada tahun 2015,” katanya.

Sumber : SinarHarian
ROSALWANI CHE SOH


17 comments:

  1. Semoga ada hidayah buat mereka n kita juga, insyaAllah kita semua sentiasa dilindungiNya. Thx najmi

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Salam naj mi,

      Dulu sy pernah email & cerita kehidupan sy yg hiv+. Sy cerita pasal TRANSFER FACTOR. Pastu lama sy senyap...sbb bz....& tetiba terfikir...perlu ker sy cerita ni semua pd org lain? Tiba2 jd takut.

      Bila byk pendedahan dlm blog dan di tv...sy rasa...sy xperlu takut utk share mslh bersama. Mungkin bila ada yg membaca & ia membantu...alhamdulillah.

      Wassalam

      Delete
    2. Salam,

      Masa sy berubat cara kg...ustaz cakap, jaga makan...& jgn mkn benda2 yg memekatkan darah coz virus hdup lebih kuat dalam darah yg pekat.

      Tp sy lupa apa jenis makanan nyer. Tulah...nk berubat tp xserius. Maaf kan sy ustaz...sbb org kata xada ubat utk hiv. Tu sbb jg was2. Mcm mana nk berubat kalau was2.

      Ada tak doktor ckp mcm tu? Sy pergi check up, tp xbyk bertanya sbb sibuk nak balik. Kadang2...sama2 banduan penjara tunggu turn nk jumpa doc. Huhhh...deorang tgk kita....kita tgk dia. Malu yg amat. Tu belum kira org sekeliling tgk sy tunggu turn di ID CLINIC. Kalau check up di private clinic...klinik nak buat ker? Takut nak tanya.

      T_83

      Delete
  3. Anonymous

    Saya masih ingat tentang email berkenaan TRANSER FACTOR tu, mudah2an awak sentiasa sihat dan dirahmatiNya selalu....:)

    ReplyDelete
  4. T_83

    Pemakanan yang sihat insyaallah menjamin kesihatan yang baik sepanjang hayat, sama lah dg Non PLHIV merekja juga perlu menjaga makan agar kesihatan sentiasa baik, apa lagi orang seperti kita PLHIV perlu ambil perhatian lebih terhadap kesihatan diri dan pemakanan yang kita ambil setiap hari.

    Tentang virus hidup lebih kuat dlm darah yang pekat...wallahuallam...kalau ikut logik maybe betul kut hahaha. Kalau tanya kebanyakan doktor mereka akan kata "bedal" aje apa yang nak dimakan

    Yang penting bagi kita amalkan pemakanan yang sihat...lebihkan sayuran kurangkan makanan ringan fastfood berminyak dan sebagainya...lebihkan minum air kosong. Bersenam.......:)

    ReplyDelete
  5. ni yg malas ni baca blog abg..mesti rindu abang balik :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najmi btuah anda kerana penulisan anda dirindui

      Delete
    2. Maak Wardah

      Terus terang saya dah mati akal, tak punya idea nak menulis lagi, jika dulu idea datang sebaik membaca email yang saya terima, atau melihat sesuatu yang berlaku didepan mata tetapi skrg dah tak ada idea yang bernas lagi...Saya hanya harapkan sumber yang di google aje.... :(

      Delete
    3. Insyaalah...Najmi mesti percaya dengan rahmat dan bantuan Allah..
      Kami terus menyokong Najmi teruskan perjuangan dan saya sentiasa doakan moga Allah sentiasa datangkan ilham yg sentiasa membawa pembaca blog Najmi bertambah dekat dengan Allah...Amin

      Teruskan perjuangan Najmi yer..jangan putus mengharap rahmat dan bantuan Allah.....:)
      Amin..ya Rabbi

      syukran jazillan

      Delete
  6. abang Najmi.. kalau diorang tu gay always guna kondom... kena jangkit jugak ke? n kalau cium mulut laki ngan laki pun boleh kena gak ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      Mengguna kondom adalah cara yang terbaik tetapi belum menjamin jangkitan tak berlaku,ingat jika tak dijangkiti virus HIV kemungkinan boleh juga dijangkiti penyakit kelamin. Cium mulut lelaki dg lelaki pun bergantung pada keadaan kalau kedua2 individu itu ada luka berdarah dlm mulut jangkitan boleh berlaku, kalau kedua2 tidak ada luka berdarah dlm mulut risiko dijangkiti amat rendah...maybe tak da berlaku jangkitan kut...tetapi ingat jangkitan penyakit kelamin masih boleh berlaku kalau org yang kita cium tu seorang pembawa....

      Delete
    2. thanks abg najmi... sama lah ngan laki dan perempuan kan? kalau salah seorang pembawa, maybe salah seorang akan kena jangkitan tu...

      boleh saya nak share story ngan abg najmi... kalau gitu, bagi emel abg najmi...

      Delete
    3. Anonumous,

      Boleh ajer...kan ada email sebelah kanan blog ni...hmmmm ok lah email kan ke najmi620@gmail.com

      Delete
  7. Hi abg najmi.. saya ada masalah. Baru je minggu lepas. saya ringan2 dengan seorang laki. Dia paksa saya fuck dia. Saya pun tak tahu nak buat macam mana. mula2 pakai kondom, lepas tu dia buka. Sampai dah terpancut dalam. adakah pancut dalam tinggi risiko?

    Saya sampai skrg dah start pening, letih, demam, batuk kahak, ruam di pergelangan tangan (hadap tapak tangan). bantulah saya. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Apa jua seks TANPA pelindungan adalah berisiko dijangkiti HIV, jika salah seorang pasangan itu positif HIV.

      Pening, demam, batuk dan sebagainya itu mungkin juga sebab stress, sebab takut sangat dijangkiti HIV, mungkin sebab lain.

      Jalan terbaik buat lah ujian HIV selepas 3-4 minggu dr tarikh berisiko.....

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST