Wednesday, 12 December 2012

SAINTIS CIPTA JARUM SUNTIKAN ELAK RASA SAKIT

"Salam abang.. next week 11 haribulan, saya pergi ambil darah.. takut le pulak.. walau dah banyak kali ambil pun still takut lagi.. bukan pe, seram tengok jarum tuh.. kali ni sure kena ambil banyak, sebab ada 4 kertas.. haha.. harap xde pape," beritahu Azman kepada saya beberapa hari lalu.

Tu....dia ingatkan saya seorang sahaja yang masih ada "seriau" setiap kali nak ambil darah rupa-rupanya salah seorang kawan facebook pun juga punya kerisauan yang sama setiap kali darah nak diambil dan saya pasti tentu ramai lagi diluar sana yang mengalami situasi yang sama, walaupun dah berkali-kali lengan dicucuk tapi rasa takut tu masih tetap ada, walaupun dikatakan hanya sakit sebagaimana sakit digigit semut tapi semua tu masih tidak dapat menghilangkan rasa gementar sebelum darah diambil.

Teringat waktu kecil dulu, sewaktu hendak bersunat, style duduk atas batang pokok pisang. Semua kata tak sakit rasa macam gigit semut aje. Puihhhh......hehehe....kena tipu hidup-hidup berpusing dunia sewaktu 'anu" tu dikerat, bukannya sakit macam digigit semut lagi tapi rasa sakit macam digigit harimau hahaha..

Kalau kakitangan yang kerjanya mencucuk tu berpengalaman pasti tidak mendatangkan sebarang masaalah, tetapi kalau nasib tak baik kita dapat kakitangan yang baru belajar pasti boleh lebam lengan tempat yang dicucuk itu.

"Yela, time tarik jarum tu yang rasa cam pedih ckit..," ujur Azman lagi.

Kalau ikut cara saya lah...sebelum lengan dicucuk kita kena genggam tangan (jari tangan) kuat-kuat, kalau ada kayu yang boleh digenggam, kita genggam, biar sampai urat menonjol, sebaik jarum masuk dalam urat darah lepaskan genggaman supaya darah boleh ditarik dengan mudah dan pasti darah akan keluar laju, masa tu kita kena relex lah.

Tetapi...... ada tapinya...saya pasti risau apabila ketika jarum tu nak ditarik keluar apabila selesai darah disedut. Adakalanya sakit dan pedih sikit, tapi rasa "seriau"nya banyak hehehe...Lepas tu kita tekan kapas pada lubang yang dicucuk tu kuat-kuat dalam 10 minit, kemudian baru buang kapas tu.

Ada sekali selesai darah saya diambil, sebaik keluar dari bilik ambil darah saya buang terus kapas tu, tangan bergerak tidak tentu hala...hasilnya lebam hitam juga tempat yang dicucuk itu.

"Tadi ambil darah dah, hari ni susah sikit, darah tidak mahu keluar, jenuh tahan sakit huhuhu....giler," beritahu Azman kepada saya semalam.

Walau bagaimanapun, ada berita baik melalui akhbar hari ini yang bertajuk, "Saintis hasilkan jarum suntikan elak rasa sakit". Alhamdulillah mudah-mudahan cepat lah hasil ujian tersebut sampai ke negara kita tu, tak sabar nak cuba jarum baru yang dikatakan tak sakit tu. Lain kali tak da lah tension setiap kali darah nak diambil kan. So baca aje berita dibawah ini.


BOSTON 11 Dis. - Sekumpulan saintis di sini berjaya menghasilkan jarum suntikan yang mampu mengurangkan rasa sakit ketika disuntik dan tahan bengkok, yang diilham daripada struktur duri landak.

Ketua penyelidikan, Dr. Jeffrey Karp dari Hospital Wanita Brigham, Boston berkata, idea itu diperoleh selepas mengkaji kaedah mempertahankan diri yang digunakan oleh landak Amerika Utara ketika berdepan dengan musuh.

Menurut kajian yang disiarkan dalam jurnal Akademi Sains Kebangsaan semalam, Dr. Karp berkata, landak mempunyai kira-kira 30,000 duri yang akan ditanggalkan sekiranya diserang musuh, sebelum haiwan itu bertindak melarikan diri.

Jelas beliau, duri landak menjadi senjata yang berkesan kerana mempunyai hujung tajam halus seperti cangkuk yang terbalik.

Cangkuk tersebut berfungsi seperti mata pisau yang bergerigi, dengan mudah masuk ke dalam tisu dan melekap pada daging serta dalam masa yang sama bertindak mengurangkan tekanan ketika ia ditusuk.

"Kami terperanjat apabila mendapati cangkuk tersebut bertindak dalam dua fungsi iaitu mengurangkan tekanan kemasukan bagi memudahkan masuk ke dalam tisu dan memaksimumkan tekanan pegangan bagi membolehkan duri itu sukar dilepaskan," katanya.

Berdasarkan struktur tersebut, Dr. Karp dan pasukannya mencipta replika plastik menyerupai struktur duri landak, yang berupaya mengurangkan tekanan ketika dicucuk, namun mudah ditarik bagi mengurangkan kesakitan.

Kajian tersebut dijangka mampu memperbaharui rekaan jarum suntikan dan peralatan perubatan pada masa depan. - AGENSI


24 comments:

  1. Satu berita gembira....jgn tipu ambil farah macam kena gigit semut!!! Jarum suntikan pun boleh buat saya nak pitam apatah lagi ambil darah.

    ReplyDelete
  2. Mak Wardah

    dah tak sakit lah nanti kan bila nak ambil darah...mudah2an...:)

    ReplyDelete
  3. assalam ....

    dulu masa aktif menderma darah .... depa masuk jarum .. aku tak kisah pun ....

    tetapi skarang nih ... rasa seriau plakk ... huhuhuuh ....
    memang betul tada rasa apa apa ... sbb dah beri bius .....
    tp tue laaa .. seriau .... huhuhu

    ReplyDelete
  4. Anonymous

    Saya pun dulu aktif menderma seselum disahkan dulu, kalau di shopping mall pun saya derma sebab nak penuhkan kad menderma darah tu...tak beberapa kisah siap berlumba2 dg kawan...Tapi bila dah ada virus ni...sebab terpaksa darah diambil memang muncul perasaan seriau tu...hehehe...:)

    ReplyDelete
  5. Hari ni saya derma darah, hari ni adalah kedua palibf sakit daripada berpuluh kali. Rasa nyut2 mcm sengal, tambahan pula jururawat lelaki tu pusing-pusing lagi jarum sebab darah keluar perlahan.
    Saya yakin jika sakit ia terkena otot. kalau saluran darah tidak rasa sakit.
    Saya pernah kena denggi, setiap 4 jam kena ambil darah, memang da rasa pengalaman dengan orang yang mahir dan tak mahir selama 5 hari di hospital. Kalau bawa stroller dan nampak muka macam budak2 tu, kompem budak baru dan biasalah mesti sakit punya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walnut

      betoi...kadang2 tu iaorang yang tak berpengalaman cucuk mereka sampai tembus dinding urat disebelah satu lagi hehehe..Saya pernah dapat kakitangan yang baru nak belajar cucuk, ia takut saya lagi lah takut siap dua tiga kali ia cucuk tapi masih tak betul...nasib saya tak jadi "Hulk" hehehe..

      Delete
    2. hahahaha..tau xpe..aritu baru balik dari hospital sbb kene denggi..6 hari kat sane..hoho..mmg dah masak duk ospital..satu hari 4 kali amik darah..perghhhhhh mmg sedappp..lagi2 kalo kene dgn doc2 yg baru grad..yg tgh osmenship..haishhh..mmg lebam ar lepas tu..hahaha..sampai hari ni tangan ni masih biru lagi..agaknye tangan ni trauma kut..hahahahaha

      Delete
    3. Mohd Zaki Salleh

      Hahaha...pengalaman tu...lengan tangan terpaksa diserah kan aje jika kakitangan nak ambil darah kita kan...nak tak nak...takut ker atau tak...terpasak serahkan hehehe...:)

      Delete
    4. Naj mi,

      Mmg gitu lah sy buat utk ambik darah. Tp mslh nyer...br masuk kwasan hspital dah sejuk 1 bdn. Tangan berpeluh. Huhhh....

      Pastu pulak...tiap2 kali ambik darah mesti dgn nurse laki tu. Nurse ek?? Xtau istilah. Dia siap kata..."aku tau budak nie...pucat dah...pucat dah...". Pastu tiap2 kali dia tgk kertas yg tulis CD4, dia pndang jer muka nie... Bergenang gak lah air mata bila org simpati kat kita.

      Esok nk g ambik darah nie. Setahun 2 kali jer. Nie gerun siap2 dah. Huhhhhhhh....

      T_83

      Delete
    5. T_83

      Takut-takut pun terpaksa tempuh jugakan, tak mengapa lama2 nanti akan jadi kebiasaan. Saya juga setahun dua memang agak gementar bila nak diambil darah tetapi sekarang saya lebih relek, masih gementar tapi tak seteru dulu hehehe...Insyaallah lama2 nanti perasaan kita akan jadi biasa aje....:)

      Delete
    6. Najmi,

      Haaa...sy gie ambik darah dah ptg td. Patut pergi pg. Tp ada hal...so g ptg. Nurse ID CLINIC bising2 gak lah.

      Kali nie...rasa ok sbb cuba cool..... Mcm biasa...dpt nurse sama. Bkn nurse...tgk name tag dier...pembantu perubatan. Nampak no ic dier lg... Huhuhuuuu... Takut2 pun sempat ushar name tag org.

      Sy bg tau nurse id clinic nk tgk vl skali. Dia xbagi. Dia kata org mkn haart jer bley buat kira vl. Betol ker?? Dia siap kata...nk check CD4 nie pun xckup budget. Dah tu...mcm mna nk tau vl kite? Nurse tu kata....xyah tau...mmg virus tu ada banyak!!!! Perghhhhhhhhhhhhhhhh.......

      Br jer nk hepi nk g ambik darah...dah rasa down.

      Pstu dia tny...bila nk jumpa doc? Result kluar lg 2 mnggu. Sy kata..."TAK NAK JUMPA DOC. SY TAU DAH DOC NAK TANYA APA. SY HAFAL DAH SKRIP DOC". Jwb mcm tu sbb dia dah buat sy down...

      Pastu nurse id clinic tu kata...kena jumpa..nt CD4 lama2 makin turun. Sy kata...tgk lah rekod sy...maintain. Sy ckp sy mkn supplement. Dia kata...jgn duk mkn pelik2. Ishhhh......nurse nie.....

      Hr nie hr yg xbest g hsptl........:-[

      T_83

      Delete
    7. T_83

      Biasalah tu tapi kita kena terima, tak semua nurse ID bising2 cam tu kan.

      Cuba awak baca entry saya yang bertajuk,

      LUPA TELAN UBAT & HARGA HAART - BERSYUKURKAH KITA.

      Dientry itu saya ada sebutkan tentang kisah tak cukup budget ni.

      Semua hospital ada budget masing2 dalam semua kes-kes penyakit termasuklah HIV/AIDS, ada hospital kalau tak ramai pesakit dah tentu budget boleh berkekalan sampai akhir tahun dan masuk tahun berikutnya, macam di Ipoh bulan 10 (September) budget dah habis, sebab pesakit yang dtg rawatan semakin ramai, so bila budget habis kita kena tunggu tahun hadapan lah. Saya sepatutnya menjalani ujian CD4 dan VL pada bulan september 2012 yang lalu tetapi ditunda hingga ke bulan Mei 2013.

      Paada saya utk save budget pihak hospital terpaksa menapis semua ujian VL dan CD4 dengan hati2, tak semua orang boleh buat ujian tersebut.

      Sekali ujian VL kerajaan bayar RM300 dan sekali ujian CD4 kerajaan bayarkan untuk kita sebanyak RM180, itu harga yang dikenakan di klinik swasta GRIBBLES. Cuba kita check bayaran yg dikenakan diklinik atau hospital swasta lain ada yang lebih tinggi dr itu. Itu belum lagi ujian darah yang lain2 tu.

      Ubatan yang kita makan HAART pun mahal, bayaran yang govt bayar utk saya seorang sebulan hampir RM500 hanya utk ubat sahaja, belum masuk ujian darah, CD4, VL dan sebagainya itu.

      So kita kena faham juga ramai lagi PLHIV yang lebih memerlukan ujian VL drp kita, so tak mengapa kalau nurse tak bagi menjalani ujian VL tu buat masa ini, insyaallah akan datang terutama bila dah mula makan HAART VL akan diambil uji.

      Saya pun selepas hampir setahun makan HAART baru Ujian VL dijalan kan, seingat saya sepanjang lebih 3 tahun telan HAART hanya dua kali saya menjalani ujian VL. Tak mengapa buat nasa ni ujian CD4 dah cukup memadai......:)

      Tentang nurse kata jangan makan pelik2....itu saya setuju, terutama bagi mereka yang sudah menelan HAART, kerana ada beberapa kes di Ipoh yang diberitahu pada saya ada PLHIV yang dah telan HAART tapi CD4 dan VL mereka pada mula nya ok tetapi kemudian bermasaalah, bila diselidik kebanyakan mereka mengambil ada makan minum ubat sampingan lain atau produk kesihatan yang lain...semua itu boleh memberi kesan pada ubatan HAART.

      Tetapi kalau T_83 belum makan HAART boleh ajer cuba apa ajer minuman sampingan lain untuk memastikan CD4 sentiasa stabil.....Jika kena pada ubatana suplement atau produk yang sesuai kita makan insyaallah CD4 sentiasa tinggi dan insyaallah lagi lambat awak nak mulakan rawaatan HAART tu....:)

      Setiap orang ada pengalaman masing2 semasa dihospital...dah tentu saya juga ada pengalaman baik dan buruk...apa pun kita fikir segala itu secara positif insyaallah lama kelamaan apa yang perlu kita lalui itu akan menjadi kebiasaan buat diri kita.

      Tak mengapa hari ini hari yang tak best bagi awak...insyaallah akan datang akan ada satu hari yang best buat diri awak nanti....:)

      Yang penting kita dengar cakap doktor ya....jangan stress...mana2 nurse yang banyak cakap tu awak sumbat ajer dengan batang penyapu hahahaha...main2 jer...:)

      Delete
    8. Tq najmi...

      So...kalau nk tahu gak VL sy boleh buat di private clinic? Nk juga tahu...sebanyak mna ada mcm yg nurse ckp. Bila kita usahakan sesuatu (mkn supplement) mesti kita nak tgk hasilnya.

      Ni nurse baru kat id. Tu pelik semacam. Nurse lama naik pngkat gie mna ntah. Nurse lama mmg sy suka. Kami kaunseling dgn dia sblum kawen. Nurse lama yg ckp kat sy...buat lah mcm2 mna pun asalkan CD4 tinggi. CD4 sy alhamdulillah masih ok.

      Tp klau dah start haart tu...mmg xboleh kacau dgn ubat lain. Nt xberkesan. Itu sy tahu...nurse lama ckp.

      Xpalah...mungkin nurse br tu stress kot duk layan PLHIV nie...

      T_83

      Delete
    9. T_83

      Alhamdulillah...saya rasa tak perlu lah buat ujian VL tu, tunggu ajer bila doktor suruh. Saya pun pasti kuman VL dalam darah awak masih tinggi.

      Kebiasaannya jika CD4 kita tinggi maka VL akan semakin rendah atau terus tak dapat dikesan (tak dikesan tapi masih ada ya)

      So buat masa ni tengok ajer CD4 tu, semakin naik CD4 pasti VL akan semakin turun (rendah). Bukan apa sayang duit nak check kat klinik atau hospital swasta sebab mahal...VL ajer RM300, baik awak beli makanan yang baik untuk kesihatan tu.

      Tapi tak mengapa lah kalau awak mampu teruskan ajer jika nak buat ujian di klinik swasta contoh seperti di Gribbles (VL RM300 ya) kalau nak check CD4 (RM180)...wahhh boleh makan angin kat Tioman Island dg duit tu hehehe..

      Delete
  6. cuba try cocok jarum tu kat lubang idung sakit ke tak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      Nanti awak try dulu ya pastu pasang rantai macam pempuan india pakai tu hehehe

      Delete
  7. hahaha... teringat Ryan kat emergency room ari tuh sbb kemalangan eksiden. nurse cucuk jarum nak cucuk ubat. Ryan punya takot siap jerit2 lagi "korang kejam! adus sakittt.. korang memang kejam! mak I tak cucuk pon kat I"

    hahaha... malu tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. RYAN

      Hahaha...penakut juga ya...so kita dalam satu golongan lah...penakut hahaha

      Delete
    2. Rugi tak tapekan najmi... overacting betul ryan nih. Nanti kalau baby dia tahu comel aje baby ryan terkekehkan papa dia. Kalahkan saya yg memang sgt2lah pengecut.

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST