Thursday, 6 December 2012

RUMAH PERLINDUNGAN HIV DARUL UKHUWAH

Demi kelangsungan insan terpinggir 

KETIKA pertama kali bertemu Timbalan Pengerusi 2 Yayasan al-Ijabah, Muhammad Abdullah, dengan melihat riak wajah beliau jelas menunjukkan kegigihan lelaki itu dalam membantu umat Islam yang dirundung nasib malang. Ketabahan beliau dalam membangunkan dua pusat kebajikan memang wajar dicontohi dan diikuti oleh insan yang mahu mendapat keredaan Allah. 


Ustaz Muhammad Abdullah

Bermula daripada sebuah rumah kebajikan dinamakan Rumah Ijabah Anak Yatim Al-Hafiz pada 2005 yang ketika itu mempunyai enam penghuni terdiri dalam kalangan anak-anak yatim dan keluarga susah sehinggakan bilangan tersebut bertambah kepada 80 orang.

Tujuan murni itu kemudiannya mencatat kejayaan membanggakan apabila beberapa penghuni Rumah Ijabah Anak Yatim Al-Hafiz itu menunjukkan prestasi cemerlang dalam akademik bila mana terdapat antara mereka berjaya melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi, sama ada dalam dan luar negara.

Menyedari bukan sahaja nasib anak yatim wajar terbela, sebuah rumah untuk melindungi penyakit HIV pun turut ditubuhkan oleh Yayasan al-Ijabah pada 2007. Pada ketika itu, tiada mana-mana pertubuhan beragama Islam termasuk individu perseorangan mewujudkan pusat perlindungan seumpama itu sehinggakan terdapat 'orang luar' yang menawarkan penjagaan untuk pesakit HIV.


Lindungi akidah pesakit HIV

Muhammad yang merupakan perunding motivasi berkata, perkara utama yang bermain di fikirannya pada ketika itu adalah soal akidah memandangkan para pesakit HIV berkenaan dijaga oleh golongan berlainan agama.

Jelas beliau, atas asas itu, pihaknya mencadangkan supaya menubuhkan pusat penjagaan yang dinamakan Rumah Perlindungan HIV Darul Ukhwah yang kini terletak di Kampung Tengah Puchong, Selangor.

Ketika mengimbas detik-detik itu, beliau memberitahu usaha membawa semua pesakit HIV beragama Islam daripada sebuah rumah ibadat yang terletak dalam satu daerah di Selangor berlaku ketika menjelangnya sambutan Maal Hijrah enam tahun lalu.

Selain bantuan penjagaan dan pemulihan berbentuk rawatan kesihatan, tambah beliau usaha berkenaan yang mendapat kerjasama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Majlis Aids Malaysia (MAC) telah menganjurkan pelbagai aktiviti berbentuk kerohanian dan kemasyarakatan.

"Yang menariknya berhubung Rumah Perlindungan HIV Darul Ukhwah itu, seluruh kos rawatan para pesakit HIV itu adalah percuma serta mereka dikawal selia oleh hospital kerajaan. Penjagaan memang kita lakukan bermula dari awal sehingga mereka sembuh ataupun meninggal dunia.

"Untuk rekod, daripada jumlah 150 pesakit yang berlindung di rumah ini, seramai 40 daripadanya meninggal dunia," jelas beliau.

"Alhamdulillah usaha kami ini mendapat respons positif daripada segenap lapisan masyarakat yang ingin mendekati pesakit HIV dengan menyalurkan dana bantuan kepada kami termasuk juga mengadakan ziarah untuk menyelami perasaan mereka.

"Selain itu, sebagai usaha mengurang atau menghilang stigma masyarakat kepada pesakit-pesakit HIV, pihak pengurusan menganjurkan program 'Jangan Tinggal Daku' dan 'Kembara Ukhwah' yang bertujuan untuk mendekatkan masyarakat kepada para penghuni Darul Ukhwah seterusnya mengikis sikap diskriminasi masyarakat daripada terus membelenggu golongan ini," katanya.

Sebanyak RM40,000 diperuntukkan setiap bulan bagi menguruskan Rumah Perlindungan HIV Darul Ukhwah yang kini menjaga seramai 18 penghuni lelaki di Kampung Tengah Puchong, Selangor.

Tambah beliau, sebanyak RM40,000 diperuntukkan setiap bulan bagi menguruskan Rumah Perlindungan HIV Darul Ukhwah yang kini menjaga seramai 18 penghuni lelaki yang berumur 29 sehingga 55 tahun.


Mengharapkan sumbangan

Mengulas lanjut berhubung perbelanjaan Rumah Ijabah Anak Yatim dan Tahfiz yang terletak di Subang Jaya, Selangor, Muhammad berkata pihaknya membelanjakan RM35,000 bagi menampung segala keperluan termasuk kos pendidikan dan pengurusan semua anak-anak yatim berkenaan.

Dalam pada itu, yayasan juga akan membina sebuah rumah anak yatim dan sekolah tahfiz baru bagi menampung kanak-kanak berkenaan pada tahun hadapan diatas sebuah tanah seluas dua hektar di Puchong yang bernilai RM500,000.

Untuk itu pihaknya memerlukan dana bagi membina rumah yatim dan sekolah tahfiz yang keseluruhannya menelan belanja RM4.4 juta. Sehubung itu Muhammad merayu agar insan-insan yang bermurah hati untuk menghulurkan bantuan bagi menampung dana rumah anak yatim daan sekolah tahfiz tersebut.

Kami memerlukan dana kewangan untuk menampung perbelanjaan Rumah Perlindungan HIV Darul Ukhuwah yang memerlukan perbelanjaan besar," jelas beliau.

Individu yang berhasrat menyumbang ke Yayasan Al-Ijabah, boleh berbuat demikian melalui cek atau bank-in atas nama Yayasan Al-Ijabah menerusi no akaun 

MayBank 562272300250 

atau 

CIMB 12070000026103 

serta boleh terus ke alamat; 
No 16A, Tingkat 1,  
Jalan Tengku Ampuan Zabedah K9/K,  
Seksyen 9, 40100, 
Shah Alam.    

Sumber © Utusan Melayu (M) Bhd oleh
JUANI MUNIR ABU BAKAR 05/12/2012


5 comments:

  1. salam ustaz..saya dah cuba bank in sumbangan melalui akaun nombor mbb 5622723000250 tapi maybank2u.com kata nombor akaun ini tidak valid. tolong publish kan nombor yang betol ustaz...

    ReplyDelete
  2. Anonymous

    Cuba guna CIMB akaun nombor pulak...
    No Maybank akaun itu saya perolehi dr akhbar...maaf kalau ada kesilapan insyaallah saya cuba bertanya no MayBank yang betul nanti...insyaallah.
    Maaf kalau menyusahkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf

      No acct 562272300250, saya tulis terlebih no 0 didalam entri diatas saya dah perbetulkan....

      Delete
  3. Assalamualaikum... Tumpang bertanya, blh tak saya nk dapatkn nombor telefon untuk dihubungi rumah perlindungan pesakit HIV darul ukhuwah beserta alamat penuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Maaf saya tidak ada no telefon rumah berkenaan..hubungi lah melalui alamat yang tertara diatas..

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST