Tuesday, 18 December 2012

PUNCA ISTERI DIJANGKITI HIV, KERANA SUAMI GAY

Hubungan seks di antara lelaki sama lelaki atau dikenali sebagai gay dikatakan lebih berisiko terhadap jangkitan virus HIV, sekalipun hubungan seks normal antara lelaki dan wanita turut berisiko, apatah lagi jika ia dengan berbilang pasangan.


Ia dikatakan lebih berisiko kerana hubungan seks melalui dubur boleh memerangkap kuman pada kemaluan lelaki dan ia mudah dipindahkan kepada pasangan lain jika hubungan seks dilakukan. Sehingga kini peningkatan jumlah golongan gay dengan HIV positif dan statistiknya kian meningkat dalam lima tahun kebelakangan ini sejak dari tahun 2007.

Corak peningkatan golongan gay dan HIV positif kian meningkat dan ini telah menjadi isu yang amat membimbangkan kerana sekalipun mereka mengubah corak hidup kehidupan daripada gay kepada lelaki normal, mereka masih mampu menyebarkan virus terbabit.

Sejak kebelakangan ini aktiviti gay dilihat kian menular, malah berlaku dalam kalangan lelaki yang sudah berumah tangga dan mempunyai ramai anak. Lelaki yang berkerjaya profesional lebih cenderung terbabit dalam hubungan sejenis berbanding lelaki yang mempunyai kerjaya sederhana dan ia turut diamalkan golongan pembimbing agama yang dilihat alim pada zahirnya.

Lebih menyedihkan lagi, aktiviti ‘ percintaan ‘ mereka disembunyikan daripada pengetahuan isteri sehingga bertahun lamanya dan tembelang mereka terbuka apabila isteri didapati HIV positif. 

Kini terdapat kira-kira 800 orang wanita yang sudah berkahwin didapati HIV positif selepas bersama suami yang dipercayai lebih cenderung melakukan hubungan seks dengan lebih daripada seorang.


Hubungan sejenis si suami dengan pasangan mereka yang positif HIV secara tidak langsung boleh menjangkiti isteri mereka. Kini kegiatan seks songsang adalah antara penyumbang kepada penularan virus HIV dan jika tidak dibendung ia boleh menjadi wabak yang perlu ditangani oleh semua lapisan masyarakat.

Kerajaan kini menegaskan bahawa masih tiada lagi peruntukan undang-undang untuk golongan Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgender (LGBT) melakukan hubungan itu secara terbuka, apatah lagi melakukan perkahwinan sejenis. Gaya hidup yang mereka amalkan boleh menjuruskan mereka kepada masalah sosial seperti penyebaran penyakit berjangkit, virus HIV, pelacuran, dadah, kecelaruan psikologi dan mental.

Sejak akhir-akhir ini, golongan gay semakin berani bersuara terutamanya dalam memperjuangkan hak antara masyarakat normal dan kehendak naluri mereka yang melampaui batas. Komunikasi antara mereka menjadi lebih mudah dengan wujudnya kemudahan internet dan laman sosial seperti Facebook, Yahoo Messenger serta Laman blog.

Menerusi kemudahan itu, golongan gay terbabit mudah untuk mencari pasangan yang mereka rasakan sesuai. Mereka hanya perlu berkenalan dan mengambil sedikit masa untuk saling mengenali antara satu sama lain yang akhirnya membawa mereka hingga melakukan hubungan seksual.

Sumber : DISINI
03.29.2012

 

14 comments:

  1. Replies
    1. Irfa

      Baru beberapa hari lalu saya menerima email seorang isteri yang baru disahkan HIV positif pada 12-12-2012 yang lalu. Saya tak pasti berpunca dari mana. Entry diatas mengesahkan lagi tentang kebimbangan peningkatan suri rumah yang dijangkiti HIV semakin meningkat.....:(

      Delete
    2. Saya doakan semoga Allah beri kekuatan kepada wanita tersebut untuk mengharungi ujian ini.

      Delete
  2. Umat manusia yg mula2 sekali malakukan gay ialah umat nabi luth,dan Allah
    hancurkan umat tersebut.Untuk umat akhir zaman Allah turunkan azab penyakit HIV

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      Jika Allah menurunkan bala tempiasnya terkena kepada semua orang tidak kira yang kecil atau besar, tua atau muda, pemaksiat mahupun warak.

      Delete
  3. Ya Allah, kementerian n jbtn yg berkaitan harap dpt membantu dgn kaedah baru yg lebih bersesuaian bg memastikan keberkesanan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak Wardah

      Kementerian mungkin hanya dapat membantu para isteri yang terainaya tetapi pekara sebegini memerlukan kesedaran diri terutama dikalangan suami2 yang bersifat biseksual dan yang "kaki makan luar" agar jangkitan HIV tidak terus meningkat dikalangan suri rumah.

      Delete
    2. Memang itu yang terbaik najmi tetapi generasi baru ini perlu dibendung....

      Delete
  4. Kajian ni sangat menarik Najmi. Artikel ni diterbitkan pada 18.12.2012 (http://www.plosbiology.org/article/info%3Adoi%2F10.1371%2Fjournal.pbio.1001448).

    "Scientists discover how HIV virus gains access to carrier immune cells to spread infection. The team then tried inhibiting the Siglec-1 protein. Doing so in the laboratory, they found that the dendritic cells lost their capacity to capture HIV and, importantly, they also lost their ability to transfer HIV to CD4 T lymphocytes. With all these data, the scientists concluded that Siglec-1 is the molecule responsible for HIV entrance into the dendritic cells, and could therefore become a new therapeutic target. "We had the key and now we have found a lock," explains Javier Martínez-Picado. "Now we are already working on the development of a drug that could block this process to improve the efficacy of the current existing treatments against AIDS".

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      Terima kasih dengan info menarik yang di "share" kan disini......:)

      Delete
  5. Asalamualaikum abg Najmi.. boleh beri emel x? saya golongan seperti di atas dan nak berubah...

    ReplyDelete
  6. Anonymous

    Email saya

    najmi620@gmail.com

    ......:)

    ReplyDelete
  7. tetap yakin dan percaya pertolongan Tuhan tidak pernah terlambat , kasih-Nya berlimpah atas kami , Tuhan merubah hiv menjadi berkat bagi kami
    kesaksian kami ada www.jantievi.com

    salam

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST