Friday, 7 December 2012

PENGAYA RAMBUT TIDAK DISKRIMINASI AIDS

Diskriminasi sifar - SEMPENA SAMBUTAN HARI AIDS SEDUNIA 2012


SELAIN doktor dan jururawat, tukang gunting rambut juga merupakan satu pekerjaan yang memerlukan sentuhan terus antara pesakit HIV/AIDS dengan manusia sihat.

Tetapi tidak semua penggunting rambut tahu bahawa sentuhan tersebut tidak membawa mudarat kepada mereka. Disebabkan kejahilan itu ada segelintir yang bersikap prejudis dan takut mendekati golongan yang dijangkiti penyakit itu.

Untuk mengubah stigma tersebut, L'Oreal mengambil inisiatif mengadakan beberapa kempen kesedaran yang membolehkan golongan penggunting rambut mendapatkan ilmu tentang bagaimana AIDS tersebar.

Malah L'Oreal juga telah berkerjasama dengan Pertubuhan AIDS Malaysia (MAC) untuk meraikan Hari AIDS Sedunia 2012 dengan kanak-kanak HIV/AIDS semata-mata untuk mempertingkatkan kesedaran tentang perkara tersebut.

Nicole Lee

Ketua bahagian produk L'Oreal, Nicole Lee berkata, lebih 80 orang yang terdiri dari pekerja di bahagian produk, penggaya rambut dan wakil dari MAC telah berkumpul di Rumah Wake 1 di Setapak, Kuala Lumpur untuk diraikan.

"Dengan tema sambutan Memberikan Keceriaan Kepada Kanak-kanak, kami menganjurkan aktiviti menghias pokok Krismas, peraduan mewarna dan turut memberikan hadiah kepada semua penghuni Rumah Wake 1," jelas Nicole yang ditemui baru-baru ini.

Tahun lalu merupakan ulang tahun ke-10 sambutan Kempen Penggaya Rambut Tidak Diskriminasi AIDS' oleh L'Oreal Malaysia. Dalam sambutan tersebut Loreal membuktikan kasih sayang mereka kepada kanak-kanak yang menghidapi HIV dengan mengadakan kempen gunting rambut selama tiga hari di Bandar Utama, Kuala Lumpur.

Dalam kempen tersebut, sebanyak RM45,000 berjaya dikumpulkan dan didermakan kepada MAC .
Kanak-kanak di Rumah Wake 1 diberi peluang melakukan aktiviti ketika kunjungan L'Oreal Malaysia, baru-baru ini.

"Kempen yang dianjur L'Oreal bersama penggaya rambut itu juga adalah sebagai satu medium untuk mereka menyebarkan kepada masyarakat tentang penyakit tersebut yang hanya boleh berjangkit menerusi hubungan seks, perkongsian jarum suntikan dan pindahan darah.

"Selain dari itu mereka bebas memegang, memeluk dan berinteraksi seperti biasa tanpa perlu risau akan risiko dijangkiti.

"L'Oreal turut mengambil tanggung jawab ini secara serius dengan memberi taklimat serta bimbingan kepada para penggaya rambut kami dengan ilmu tersebut. Hanya selepas mempunyai ilmu yang lengkap barulah mereka boleh menyebarkan kepada masyarakat pula," ujarnya.

Pada hari tersebut, L'Oreal telah memberikan senyuman dan kegembiraan kepada 12 penghuni Rumah Wake 1 yang terdiri dari kanak-kanak yang dijangkiti HIV.

Ada juga di antara mereka yang tidak mempunyai saudara mara di muka bumi ini. Kanak-kanak tersebut diberikan hadiah setiap seorang dan selepas aktiviti mereka dihidangkan dengan jamuan.

Bagi mereka yang ingin menderma ke Rumah Wake, boleh lah bertanya ke maklumat lanjut di talian 03-26926861


Sumber © Utusan Melayu (M) Bhd
04/12/2012


No comments:

Post a Comment

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST