Saturday, 15 December 2012

NORELYNA - BERSUAMI SEORANG YANG NAFSUNYA PADA LELAKI

Emak saya meninggal dunia ketika saya di tingkatan lima. Walaupun saya sedih, tetapi saya berjaya dalam SPM dan dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara. 
Tamat pengajian, ayah suruh sambung belajar, tetapi saya tolak, sebab adik-adik masih belajar. Dan masaalah ini selesai setelah ayah kahwin lagi dengan seorang wanita baik menjadi ibu tiri kami.

Terpaksa berkahwin dengan Shahril
 

Setelah bekerja, macam ibu bapa lain, ayah suruh saya kahwin. Saya pulak memang tak ada teman lelaki. Walaupun saya moden tetapi bab mencari jodoh saya memang konservatif. 

Atas desakan ayah dan keluarga mereka cadangkan saya kahwin dengan Shahril. Kebetulan keluarga Shahril sibuk satu kampung mencarikan jodohnya, sebab dah dekat 40 tahun pun masih bujang. Kebetulan kampung kami berhampiran. Dan saya muda lebih 10 tahun darinya.

Saya tolak permintaan ayah sebab saya baru bekerja, masih muda, dia 10 tahun lebih tua dari saya. Tapi ayah terus mendesak. Dalam tempoh bertunang, memanglah Shahril tunjuk baik, tetapi saya rasa ada sesuatu tak kena tentang dirinya.

Setiap kali balik kampung saya beritahu ayah tak mahu kahwin, saya menangis tapi ayah pujuk katanya, marriage is something beautiful. Akhirnya kerana tidak mahu mengecewakan ayah, saya kahwin juga. Shahril pula ingat saya ini damn excited to be married to a Timbalan Pengarah.

Ini masuk bab hubungan suami isteri. Minggu pertama di rumah ayah lepas kahwin, sekali pun dia tak sentuh saya, katanya dia tak suka, ini bukan rumah dia. Bertandang ke rumah emaknya pun sama. Tetap tak sentuh saya, dengan alasan sama. 

Ok! Fine! Saya tak kisah! 

Tak ada bulan madu pun tak apa. Alasannya sibuk. It took him more than one month after marriage to touch me. Shahril dah jadi air batu. Dia tak berminat, tak berselera dan tak bernafsu. Jangan cakap pasal nak belai-belai, bermanja-manja, tak ada intimacy langsung.

Mula-mula pindah duduk rumah saya (rumah pemberian ayah) tak sampai sebulan ajak pindah ke tempat lain. Katanya, tak sesuai. Sebagai isteri saya ikut aja. Rumah kedua pun tak lama katanya, tak sesuai.

Saya menurut, lagipun di kondo tu satu tingkat cuma tiga buah unit ada penghuni, yang lain kosong. Depan, kiri, kanan semuanya kosong. Memang menyeramkan. Saya tak takut kalau dia ada di rumah, tetapi dia balik rumah pukul 2 atau 3 pagi setiap hari. Sabtu dan Ahad dia hilang entah ke mana.

Shahril kerap balik lewat


Bila saya tanya kenapa balik lewat alasannya trafik jam. Mustahil jalan jam balik pukul 2 atau 3 pagi. Saya yang kerja lebih jauh boleh balik cepat, dapat sembahyang maghrib di rumah. Dia memang tak pernah sembahyang langsunglah.

Kadang-kadang tu rasa pelik juga saya baru kahwin, tapi suami selalu tak ada di rumah. Di pejabat ramai kawan suruh balik cepat. Kata mereka, pengantin baru kalau malam Jumaat mesti balik cepat. Saya senyum aja. Mereka pasti terkejut beruk kalau saya ceritakan apa yang terjadi antara kami.

Kerana saya selalu tanya dia kenapa balik lewat, dia pindah rumah lagi, kali ketiga ini dekat dengan tempat kerjanya. Tapi masalahnya di kawasan rumah baru ini tak ada grill, dahlah rumahnya besar, jauh dari orang macam tempat jin bertandang. Cuma ada seorang jiran di kanan, tapi pandang kiri kosong, depan lengang. Belakang menyeramkan. Ada rumah kongsi.

Bayangkan dia boleh tinggalkan saya sendirian 3 pagi baru balik. Bila tanya kenapa, dia bagi 1,001 alasan. Bila saya kata takut, dia suruh belajar beranikan diri. Saya suruh dia bubuh grill, dia pekakkan telinga, sebab dia terlalu berkira. Akhirnya demi keselamatan saya terpaksa pasang grill.

Akhirnya saya mengandung


Selepas setahun kahwin barulah saya mengandung, itu pun lepas ramai kawannya tanya dia bila lagi nak dapat anak. Saya mengandung kerana dia nak buktikan dia lelaki normal dan tidak mandul, tak lebih daripada itu. Semasa mengandung dan lepas bersalin dia langsung tak sentuh saya. Dia tetap kepada tabiat lamanya.

Saya yakin saya wanita normal, ada rupa, seorang profesional, saya tak gemuk kerana dia benci dan jijik tengok orang gemuk. Boleh dibawa ke majlis dan tidak memalukan dia. Dan saya telah mencuba pelbagai cara untuk menarik perhatiannya tetapi dia tetap bencikan saya, dia lebih suka memuji isteri orang, sedangkan orang luar sering memuji kami perfect couple.

Itu bab nafkah batin dia memang tak sukakan saya. Bab makan minum pun teruk juga. Enam bulan pertama lepas kahwin dia beli barang makan. Enam bulan lepas tu dia cuma beli barang-barang makan yang penting saja, lepas setahun dia tak ambil pusing langsung, katanya, dia dah sediakan tempat tinggal sudah cukup baik.

Dia bagi alasan saya tak pandai masak, tapi saya belajar dan cuba masak makanan kesukaannya, tapi bila saya masak dia tak balik. Janji nak balik, pukul 3 pagi baru sampai. Kata saya tak pandai cuci dan gosok pakaiannya. Saya hantar dobi guna duit saya sendiri bukan duit dia, baru dia suka.

Dia tuduh saya tak sapu rumah, bila saya sapu dia kata saya tak mob, bila mob dia kata tak bersih. Sebenarnya dia tak perlukan isteri, dia perlukan maid. Kalau maid pun kena bayar RM400 atau RM500 sebulan, tapi dia tak beri sesen pun. Sedangkan dia berjawatan besar, dapat rumah semi-D.

Nak jadikan cerita masa tengah hamil ayah sakit teruk di hospital, saya kena bagikan masa antara kerja, lawat ayah di hospital, balik kena masak dan berkemas rumah. Waktu saya sibuk itulah dia nak makan di rumah. Kalau lambat masak, dia terus keluar, katanya, saya lebih pentingkan ayah dari dia. Bila ayah dah sihat balik rumahnya, dia tak makan kat rumah pun.

Memang dia sengaja menyakitkan hati saya. Sehinggalah ayah masuk hospital lagi. Sepanjang masa ayah sakit dan keluar masuk hospital, cuma sekali saja dia lawat ayah. Ketika adik saya nak kahwin, dia kata, kenapa adik kahwin jauh-jauh nanti masa pergi sana ayah saya padam macam mana? Patut ke dia cakap macam tu?

Masa mengandung, dia betul-betul sakitkan hati saya, setiap kali waktu tengah syok makan, dia cakap, If you get fat like your mum after this (lepas bersalin) I will leave u – u watch out!! Terbantut selera. Tapi saya taklah gemuk biasalah orang hamil.

Saya pernah tanya mengapa dia benci kat saya. Dia kata, Hoi! Fikir muka u lawa ke? Badan u cantik ke? Rambut u cantik ke? Tak bertudung. Pakaian tak sesuai. Saya jawab kalau gitu bawa saya shopping belikan pakaian yang dia suka. Tapi dia pandai cakap aja, tak pernah belikan baju pun.

 Akhirnya rahsia Shahril terbongkar dengan kuasa Allah


Kerana sedih saya menangis lari ke dapur, dengan kuasa Allah depan mata saya ada telefon. Dia tertinggal. Saya jumpa message sayang-sayang dengan kawan baiknya who is a guy. Another guy friend sent SMS how is ur wife… how come she got pregnant, i thought u said u never get it up while with her?” Pelbagai ragam SMS jokes yang saya jumpa berbaur gay. Dan saya hairan semua kawan gaynya harap saya lahirkan anak lelaki termasuk Shahril.

Saya terkejut betul bila baca SMS tu, tapi saya tak mahu percaya, namun saya terus menyiasat. Masa tu saya sarat mengandung tujuh bulan. Dengan kuasa Allah juga saya jumpa bekas kondom, alat-alat untuk sexual intercourse yang tak ada kena-mengena dengan saya dan video-video lucah gay dalam beg kerja dia termasuklah Kyjelly.

Untuk memastikan lagi saya menyamar jadi lelaki menggoda dia melalui SMS. Saya ikut trend SMS yang dia biasa terima dari lelaki gay. Dari situ saya tahu cara dia buat hubungan, di mana tempat dia buat projek. Kemudian dia ajak saya buat maksiat selepas beberapa hari berSMS akhirnya dia kantoi. Rahsianya terbongkar.

Untuk menegakkan benang basah, dia beritahu emaknya saya bukan perempuan baik dibuat isteri. Tak macam emaknya walaupun bekerja, sebelum 8 malam anak- anak dah dapat makan. Tapi dia tak cerita dia selalu balik pagi, tak sembahyang, pakaian tak senonoh dan seorang gay.

Emak dia bekerja sebelah rumah, di desa, tak ada trafik jam. Sedangkan saya di KL, seorang profesional, kerja private sector, pukul 5.30 petang baru keluar pejabat, harung trafik jam, dekat sejam baru sampai rumah. Itu lebih baik daripada dia pukul 2 pagi baru sampai rumah. Dulu masa cari calon isteri kriteria pilihannya gadis itu mesti cantik, graduate, bekerja, pandai speaking. Of course I fit all the criterias.

Suami suka memalukan saya


Dia memang suka memalukan saya, pernah satu hari Ahad dia ke pasar beli tulang, bukan suruh saya masak tapi bagi isteri jiran masak sup. Lepas masak, jiran tu panggil mereka makan ramai-ramai. His! Memalukan. Itu belum dia reka cerita memalukan saya. Dari hujung rambut sampai hujung kaki, tak ada yang baik tentang saya.

Walaupun perangainya buruk, sebelum meninggal, ayah nasihatkan saya supaya berusaha baiki keadaan, jadi berpegang kepada pesanan itu saya sabar. Tetapi bila rahsia terbongkar, dia hantar e-mel halau saya keluar rumah kerana katanya, saya bukan isteri yang baik. Dia juga ceraikan saya.

Saya rujuk masalah saya pada doktor pakar dan pejabat agama, tapi dia tak pernah pergi kaunseling. Dia buat donno aja. Never bother to attend any sessions. Kalau dia tak mahu mengubati dirinya siapa pun tak boleh paksa.

Mahkamah Syariah dah lama nasihatkan saya mohon cerai, sebab tak bagi nafkah zahir batin semasa hamil dan selepas bersalin hinggalah anak berusia setahun lebih, tapi saya tak mahu. Tetapi setelah saya fikirkan tentang anak, jika saya teruskan jugak perkahwinan ini, mungkin anak saya akan dibesarkan oleh ibu yang sakit mental. Kerana saya boleh jadi gila dapat suami macam ni.

To me marriage should be very wonderful and enjoyed by both husband and wife.  

photo nurazizahyahaya.blogspot.com
Mesti hormat pasangan masing-masing. Tapi bukan Shahril. Malah dia hina saya jadi ibu tunggal. Tapi saya gembira dengan keadaan saya sekarang. Keluarganya mungkin tak tahu mungkin juga tahu dia gay, sebab dia selalu membawa pulang teman lelakinya balik kampung. Dan semua itu dia tutup dengan limpahan wang yang dicurahkan kepada ibu dan keluarganya.

Kini dalam usia 40-an, dia gembira tinggal bersama lelaki yang lebih muda. Dia juga mengaku that he is a straight acting gay. Tu pasal saya tak pernah sempurna baginya, sebab saya tidak ada apa yang dia mahukan. Kini bersepah golongan macam dia. It s like a trend. To him marry just to have kid only and to prove to society that they are normal, demikian cerita NorElyna. Dia cukup bimbang ketika Shahril ambil anak, kerana dia akan dijaga dan dimandikan oleh teman lelakinya sepeninggalan Shahril bekerja.

Pembaca tentu sedar tentang pertambahan jumlah golongan gay di kalangan masyarakat bangsa Melayu beragama Islam sekarang. Di mana silapnya? Adakah salah ibu bapa, kurang didikan agama atau pergaulan bebas? Pembaca tentu boleh memberikan jawapannya.

Mona
www.dcckmona.com
(Utusan)

Mac 20, 2012

37 comments:

  1. Salah masyarakat kita juga..kalau orang tuh tak kahwin diaorang akan kutuk..hina..pressure orang tuh kahwin..kalau ada majlis2 yang ramai orang seperti kenduri ke diaorang akan tanyalah soalan cepu emas..bila nak kahwin? Tak kan nak tunggu berkulat baru nak kahwin? orang tuh dia tahulah tentang kemampuan diri dia..tak der maknanya berkahwin kalau menyiksa isteri kan..bayangkan berapa banyak dosa yang terpaksa ditanggung kalau hidup masih bergelumang dengan kekasih gelap (lelaki) dan isteri di rumah di biarkam kesunyian. Suami puaskan nafsu dengan lelaki di luar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      Ada betoi......tu.

      Seolah-olah hidup ni mesti kena kahwin, bila songsang dah kahwin (samaada sukarela atau dipaksa tertekan didesak)maka boleh jadi macam tu, berbagai-bagai alasan yang digunakan untuk menyisih si isteri. Tapi saya masih percaya ada juga songsang yang sayangi isteri seperti kisah dalam entry saya "RYAN SUSAH SENANG HIDUP SEORANG SONGSANG",dia semakin sayang isteri sejak isterinya mengandung.

      Delete
    2. kesiannya kt dia ni.. smga dia tabah menghadapi nya.. tak guna punya jantan..

      Delete
  2. alamak, kelunya sy nak berkata2, so sweet isteri mcm ni kan....apalah sound perempuan gemuk, dia pun ada hati jugak, sensitif bab2 gemuk ni.

    selalu perempuan baik jumpa lelaki sonsang aje..lelaki songsang ni yg paling bahaya ialah yg suka boy2 jambu...sampai mati pon susah berubah

    ReplyDelete
    Replies
    1. walnut

      tu lah pasal, sampai hati dia menghina isteri sendiri, saya rasa itu hanya alasan supaya ia tak nak atau nak kurangkan untuk bersama dengan isteri...wallahuallam

      Delete
  3. To Noreylina, respect your strength n patient. There will a day shahril will get straight cod (cash on delivery). Dun worry-fight for your rights. Ensure your evidences kept safely to prove during the custody sessions, to shahril , may Allah open wide path to his ways. Be strong dear noreylina. Thx najmi this with your two fingers.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak Wardah

      Kisah Norelyna pasti banyak terjadi diluar sana, cuma kita jer yang tak tahu, ambil contoh kisah "Nurunn" dlm entry "TELAH DIPERKOSA, BERSUAMI GAY DAN DISAHKAN HIV" kan masih ada unsur2 Nurunn didera mental oleh suaminya yang juga seorang gay.

      Norelyna pada saya seorang wanita yang kuat, kalau tak kuat rasanya dah lama kepala suaminya tu kena hempuk dek batang penyapu atau dengan batu giling kerana suka sangat menghina si isteri...huhuhu

      Delete
    2. Najmi rasanya skrg dah tak ada batu giling, kalau nak hempukpun pakai blender penuh cili tapi berani dgn tak aje nak buat. Najmi berani?

      Delete
    3. Mak Wardah

      Saya tak berani...tapi kalau aci giling cabai kat pasar tu pasti berani kut, tonyoh-tonyoh kat mulut suaminya tu ya hehehehe mengelupor kejap...:)

      Delete
    4. Bagus jugak idea tu...famous aci ngan service tonyoh cabai kat laki org yg jahat2 tu- pandai najmi kembangkan xtvt aci tu. Tu namanya value added services

      Delete
  4. Aduhai awak, im speechless

    ReplyDelete
  5. salam najmi, mcm mana i nak keep in touch dgn norlyna, is there any email avail. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous,

      Maaf tak da idea, kerana kisah Norlyna pun saya hanya share dari sumber lain.

      Delete
    2. Najmi kalau tak salah ada email wartawan yg bertugas just tgk kat ruangan tu, mana tahu boleh dihubungi.

      Delete
    3. Mak Wardah

      malas nak cari...maybe Anonymous boleh klik sumber yang diberi dan kena tanya sendiri, rasanya payah nak kita hubungi dia, tapi entah lah kalau tak cuba mana nak tahu kan.....:)

      Delete
    4. La memamg nak suruh cari sendiri tapi susunan ayat tidak berkualiti

      Delete
    5. Results from two Phase 1 gene therapy trials sponsored by Sangamo BioSciences indicate that infusion with genetically modified immune cells, called SB-728-T, lead to long-lasting effects on the immune system of HIV-positive individuals, including increased white blood cell counts and possibly suppressed HIV replication.

      “The infusion of these genetically-modified [CD4] T-cells is safe and well tolerated,” said Dr. Pablo Tebas, director of the AIDS Clinical Trials Unit at the University of Pennsylvania and lead investigator of the study.

      “[The therapy] leads to durable increases in total CD4 cells,” he added. “These cells engraft, expand, and persist for over a year.”

      Dr. Tebas noted that researchers in future clinical trials will attempt to optimize the gene therapy procedure in an attempt to make it more efficient and effective.

      The results were presented last week at the 19th Conference on Retroviruses and Opportunistic Infections (CROI) in Seattle (further reading: http://www.aidsbeacon.com/news/2012/03/14/results-from-hiv-aids-gene-therapy-trial-show-long-term-positive-effects-croi-2012/)

      Delete
  6. "Our Phase 1 trials continue to provide valuable insight into the durability and unprecedented effects of SB-728-T treatment on immune system health in HIV-infected individuals," said Geoff Nichol, M.B., Ch.B., Sangamo's executive vice president of research and development. "In addition we are making good progress in two Phase 2 clinical trials designed to maximize the engraftment of SB-728-T. We expect to present preliminary data in the first half of 2013 and a full data set in the second half of next year. The ground-breaking clinical data that we and our collaborators are generating continues to validate this treatment as a promising approach to provide a 'functional cure' for HIV/AIDS" (Source: Sangamo BioSciences, Inc.).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      ........:) dengan info ini...:)

      Delete
    2. Najmi,

      Mengikut Prosessor Dr. Pablo Tabas, professor of medicine kat Uni of Pennsylvania yang mengetuai penyelidikan tersebut, penawar kepada kepada HIV sudah semakin hampir ditemui. Saintis sudah semakin hampir menemui penawar tersebut. Sainstis tengah gabungkan beberapa pendekatan (several approaches) in finding what they call 'functional cure' for HIV.Usaha juga dilakukan untuk hasilkan ubat bagi memaksa virus HIV keluar daripada tempat persembunyiannya dalam sel T-4. Masalah sekarang saki baki virus bersembunyi dalam sel T-4 menyebabkan ia akan kembali aktif kalau pesakit berhenti makan ubat. Menurut saintis ubat untuk memaksa virus keluar daripada tempat persembunyiannya sudah semakin hampir untuk ditemui. Sama2lah kita berdoa yer.

      Delete
    3. Anonymous

      Terima kasih, saya cuba fahami artikel laman web yang diberi...so faham lah juga sikit2...Thanks...:)

      Delete
    4. Ya ALLAH permudahkan usaha mereka...

      Menunggu....berdoa...berharap.

      T_83

      Delete
  7. Replies
    1. Anonymous

      Mungkin ada lebih kejam drp kisah diatas yang tak kita ketahui kan...:(

      Delete
  8. kunjungan gan , bagi-bagi motivasi
    semoga menjadi semangat .. :)
    Saat terjatuh, jangan lupa bahwa engkau pernah berdiri;Saat berduka,jangan lupa bahwa engkau pernah bahagia.Bangunlah,kamu pasti bisa.

    ReplyDelete
  9. alahai Ryan lambat nak nak komen. benci tau! siap abg Najmi nanti..

    nak salah sape? kat sini Ryan boleh simpul kan ye..

    pertama, dalam keluarga tak leh adik beradik pompuan ramai dari lelaki ye.. nanti jadi mcm Ryan. kalu anak lelaki. jgn over manja kan plak. jadi mcm Ryan. muahahaha!

    kedua, biasa nya bebudak kita dah nampak dia tuh lembut ke sopan ke ape.. kita bleh bentuk dia. suruh dia panjat itu ini. biar lasak. supaya bila besar tak akan jadi pondan sasa. sbb ada ketika dulu. Ryan dah tegor makcik tuh yg anak dia baru 6 tahun dah lemah gemalai. mcm sotong. mak cik tuh cakap "tak pe.. Tuhan kasi dia cam tuh.. nanti besar mungkin ada byk kelebihan utk dia" bley??

    ketiga, terutamanya mak bapak nih. jgn dok keji dok mengata org tuh pondan ke ape ke ye.. sbb ada pakcik nih. dia sesalu malukan Ryan masa kecik2. Dia ckp Ryan mcm sotong. berjalan penuh sopan. sekarang apa jadi?? anak dia dah jadi terlebih sotong dah.

    keempat, sekolah kebangsaan utk lelaki sahaja cuba2 lah di elak kan ye.. sbb tak de gurl nak dorang ngorat. balek2 jantan..

    kelima, kalu si anak tuh suka duduk rumah je.. suruh dia pi main bola. jgn dok umah. takot jiwa nya ke arah wanita. soft2..

    keenam plak, cuba2 jgn suruh anak lelaki yg blom baligh lagi pi dok kat dapor. nanti dalam diam2 dia pi main pondok2 ngan main masak2 kat belakang sawit. hahaha.. -> itu Ryan buat ye..

    ni yg last kot.. anak lelaki nih.. jgn manjakan sgt. skit2 sudah lah.. terutamanya si anak bongsu nih. atau mana2 anak lah yg si mak suka manja kan sgt. nanti dah terlebih manja. jiwa sensitif. mudah sentap. bila mudah sentap. nanti takot jadi gay plak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalahnya, ada kawan2 saya kat sekolah menangah dulu memang main bola dan wakil sekolah sampai peringkat negeri. Tapi minat lelaki juga? How you explain that, Ryan? My neighbour pula memang lembut habis..pakai celak kat mata mcm pompuan..jadi tukang masak kat rumah kerabat raja..tapi dia kahwin dan ada anak dan sekarang ni dah ada cucu..umur dia pun dah hampir 70..tapi lembut..

      Delete
    2. RYAN

      Hahaha..terima kasih harap ibu bapa yang ada anak renung2 lah apa yang Ryan tulis tu...:)

      Delete
    3. Anonymous,

      Saya rasa apa yang Ryan tulis tu, antara tanda2 yang boleh kita nampak depan mata, agar ibu bapa boleh ambil tindakan segera bagi mengelak anak mereka terjerumus terus menjadi antara salah seorang di kumpulan kelumpok golongan ini (gay).

      Yang kita tak nampak tu, memang tak boleh buat apa terutama yang nampak "jantan" sejak dari kecil, itu soal dalam hati dan senang kata takdir ia macam tu, dugaan Allah mahu menduga dia supaya berjihad melawan nafsu terhadap kaum sejenis, jika dia berjaya balasannya syurga.

      Saya jawab bagi pihak Ryan tentang jiran awak yang lembut pakai celak kat mata mcm pempuan, jadi tukang masak tapi kahwin ada anak dan dah ada cucu...tapi lembut......;

      Kita tak tahu bagaimana kehidupan waktu muda nya, bukan nak menuduh tetapi kebanyakan orang begini nalurinya memang kearah songsang, maybe ia mendapat hidayah dari Allah dalam masa yang sama mempunyai sedikit nafsu kepada wanita...kita tak tahu bagaimana seksanya semasa dia nak "bersama" isteri untuk buat anak.

      Kita hanya nampak ia lembut tapi dah berkahwin. Bagaimana dengan kisah dia yang lalu yang kita tak nampak? Tak kan dia nak menghebahkannya.

      Alhamdulillah. Tidak ramai orang sepertinya,tapi saya juga pasti masih ada mereka yang nalurinya pada lelaki menbuak2 tetapi mereka dapat mengawal keinginan dari terlajak dan tak pernah terlajak. Maybe jiran awak salah seorangnya.

      Saya bercakap melalui pengalaman saya, jika benar jiran anonymous yang lembut, bercelak dan berkahwin itu hanya mempunyai naluri kepada wanita dan tidak terangsang pada lelaki...saya tabik...Kemungkinan hanya ada seorang dalam seribu kut seperti dia, alhamdulillah semoga hidupnya berterusan diredhai Allah...:)

      Pandangan saya sahaja ya.......:)

      Delete
    4. Najmi,

      Kalau budak tuh dah memang ada naluri terhadap lelaki sejak kecil walau buat macam mana sekali pun memang tak boleh apa jugak. Saya masih ingat lagi, kat kampung saya dulu ada seorang mak nyah. Masa saya sekolah rendah dia dalam umur 40an..memang jadi ketua kepada mak nyah2 kat bandar ni. Uncle saya pernah citer, mak nyah ni memang lembut sejak kecil. Suka pakai baju pompuan dan berkawan dengan pompuan. Ayah dia punya marah sebab dia kat rumah suka make up sumer sampaikan ayah dia pernah pukul dia begitu teruk sekali. Dia pernah diikat kat pokok dan dipukul oleh ayah dia sebab dia berpakaian mcm pompuan (nasib baik takder talian teledera lg masa ni)..tapi dia tetap jadi mak nyah juga bila dia dah dewasa. Bukan sebab ayah dia tak didik dan tak berkeras dengan dia. Naluri tuh dah ada dalam diri dia. Cumanya apa yang boleh dilakukan adalah, ibubapa perlu bekalkan anak2 dengan didikan agama yang sewajarnya dan banyak berdoa kepada Allah supaya anak2 ini takutkan Allah. Saya rasa orang dulu2 pun ramai yang gay dan ada perasaan terhadap lelaki. Cumanya peluang untuk mereka melampiaskan nafsu terhadap sesama lelaki tidak banyak sangat dan biasanya mereka akan berkahwin. Soal sama ada mereka terseksa atau tidak itu soal lain. Tetapi setidak2nya mereka dapat mengekang diri mereka daripada melakukan benda2 yang mungkar kan. Sejak internet diperkenalkan kita lihat laman sembang sosial dahulunya MIRC dan kini facebook dan segala mcm bentuk lagi memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk mencari pasangan yang mempunyai kecenderungan yang sama bagi melampiaskan nafsu kan. Begitu juga dengan kelab2 malam, sauna dan rumah urut untuk golongan2 tertentu begitu banyak kan memudahkan mereka mencari pasangan. Oleh itu, setiap orang perlu menjaga diri sendiri dan memperkuatkan iman agar goadaan ini dapat ditewaskan.

      Delete
    5. Anonymous,

      Ya betul tu, kalau dulu bila gay atau mak nyah yang dah berumur pun masih takut nak cuba, sebab masa tu masih tak ada pendedahan seperti internet, sauna dan sebaginya itu, jika kita ada didikan agama insyaallah masih selamat ketika itu. Tetapi pada hari ini remaja yang baru lepas bersunat pun dah pandai nak cuba, yang ada didikan agama pun masih boleh terbabas.

      Seperti awak kata kat kampung awak ada mak nyah yang di pukul teruk dan diikat kat pokok oleh ayahnya itu, semua itu pengajaran buat dia, pasti dia ada rasa takut nak meneruskan kehendak nafsu shywatnya itu, so biasanya orang seperti itu pasti akan memendam rasa sehingga ke tua, alhamdulillah selamat.

      Tetapi kalau sekarang silap hari bulan ayah yang dera kena saman dan dimasukkan kedalam lokap kerana berkeras nak ajar anak. Ya keras didikan ayah maknyah tu... saya rasa biasa pada dulu-dulu. Sekarang mak ayah takut berkeras bahaya.....anak report polis......:)Wallahuallam

      Thanks...

      Delete
    6. mak angkat Ryan memang ganas dan brutal. kalu tak dgr ckp dia. apa ada kat tangan dia. pasti kena sumbat dlm mulot Ryan. Ryan pernah kena.. perot ikan yg baru lepas di siang kena sumbat dalam mulot Ryan.. hahahaha tak de pon terpikir nak pi report polis..

      Delete
  10. salute pda ketabahan die. Takut bila baca2 cerita2 sebegini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesuma Angsana

      Selalu saya kata, cerita2 macam ni tak mustahil boleh berlaku dekat sekitar kita, harap2 tidak lah kan...

      Delete
  11. Ryan nak menjawab..

    cuba muhasabah diri kita kenapa anak kita boleh jadi gay?? Ryan dah renung seledik diri Ryan kenapa Ryan leh jadi cam nih. Semua Ryan dah tulis kat atas tuh..

    Kita sebagai mak bapak.. mulot mesti kena jaga. jgn dok keji dan hina atau kutuk org tuh lembut ke ape. sbb my friend yg jantan straight asal nye. dia nih hari2 dok kutuk maki keji kat golongan gay. sekarang apa yg berlaku? Allah kasi kehidupan gay kat dia.

    Satu lagi.. sape cakap tak leh bentuk budak kalu kita dah nampak dia cam tuh. nak lentuh buloh biar dari rebung nya. lagi satu.. budak tuh seupama kain yg putih. kita yg mencorak kan nya nak jadi yahudi ke nasrani ke ape ke..

    kita sebagai mak bapak. harus lah berdoa kepada Allah mintak perlindungan dari nya. Insyallah boleh. berdoa dari dalam kandungan lagi..

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST