Wednesday, 19 December 2012

DAUS - LUAHAN SEORANG SUAMI GAY YANG TIADA NAFSU KEPADA ISTERI

photo hiasan


SOALAN

SAYA pelajar lelaki ijazah tahun akhir berumur 24 tahun di sebuah institusi pengajian tinggi. Untuk pengetahuan Dr, saya mempunyai naluri berbeza iaitu berminat kepada kaum sejenis. Ia bermula dari bangku sekolah. Memandangkan saya dikurniakan susuk tubuh dan rupa yang tampan, saya sentiasa 'dibayar' golongan atasan untuk memiliki tubuh saya.
 

Baru-baru ini, saya berkenalan dengan seorang gadis. Saya tidak tahu kenapa hati saya tertarik memandang wajahnya pertama kali sedangkan, perasaan ini tak pernah hadir sebelum ini. Saya memberanikan diri berkenalan dengannya secara dekat dan kini, kami sudah menjadi pasangan kekasih. Saya sudah berjumpa keluarga gadis itu. Mereka dapat menerima saya dan kami merancang bertunang dan mendirikan rumah tangga dalam masa dua tahun lagi.

Masalahnya, saya takut tidak dapat menjadi seorang suami yang terbaik dan mengecewakan dirinya. Saya terlalu takut akan hal ini kerana saya amat menyayanginya.

 

Saya tidak pernah bergaul apatah lagi menyentuh 'wanita'. Saya tak pasti bernafsu terhadap golongan wanita atau tidak. Saya menyayangi kekasih saya bukan kerana nafsu.

Bagaimana saya nak pastikan bahawa saya 'bernafsu' terhadap wanita atau tidak dan perlukah saya berkongsi masalah ini bersama kekasih saya? Bantulah saya Dr. Saya benar-benar ingin berubah. Mungkin Allah mahu mengurniakan saya sesuatu yang baik untuk kembali normal?


Daus bingung
Melaka



JAWAPAN

PENGALAMAN homoseksual yang bermula dari bangku sekolah, diajar oleh rakan yang mempunyai naluri serta minat yang sama, 'dibayar' oleh golongan atasan untuk memiliki tubuh mengimarahkan aktiviti seks songsang adik.

Jika adik ingin menjadi suami yang terbaik, antara tanggungjawab ialah memberi nafkah batin kepada isteri. Sukar menjadi suami terbaik jika tidak dapat memenuhi keinginan seksual isteri. Jika sayangkan kekasih, adik perlu lakukan sesuatu untuk tidak melukakan hatinya. Semoga cinta adik terhadap kekasih ikhlas dan akan bertahan selama-lamanya.

 

Cinta yang ikhlas lahir apabila seseorang itu sudah menemui insan yang paling disayangi. Tiada siapa yang boleh merosakkan cinta sejati ini. Kajian menunjukkan terdapat lelaki yang terbabit dalam kegiatan homoseksual bertahun-tahun memilih untuk tidak meneruskan aktiviti mereka.

Perubahan ini disebabkan oleh pelbagai faktor seperti mendapat rawatan psikoterapi. Agama juga boleh mengubah orientasi seksualiti golongan homoseksual. Jelasnya, kajian di atas menunjukkan tingkah laku homoseksual boleh diubah. Namun, ia memerlukan keyakinan dan pembabitan yang kuat di pihak adik. Adik mesti bersedia untuk memberhentikan tingkah laku mengadakan hubungan seks sesama jenis.


Antaranya ialah menghindarkan diri dengan rakan-rakan homoseksual. Adik perlu memberhentikan aktiviti daripada 'dibayar' oleh golongan atasan untuk memiliki tubuh saya. Homoseksual adalah berdosa dari sudut agama.


Sama ada adik perlu berkongsi masalah dengan kekasih, ia terpulang sama ada adik berani atau tidak.


Mungkin adik akan kehilangannya jika memberitahunya. Tetapi, jika adik tidak memberitahu kekasih perkara sebenar, dia akan lebih kecewa jika mengetahuinya selepas menjadi isteri adik.


Dari sudut positif, jika dia seorang yang rasional dan pemaaf, tentu dia memaafkan adik. Cinta sejati boleh mengatasi segala kesilapan masa lepas.

 

Buatlah pertimbangan, kaedah mana yang lebih memberi kesan positif dalam hubungan adik dengan kekasih.

Bagaimanapun, jika adik merasakan tidak boleh tinggalkan nafsu berahi kepada lelaki, lebih baik tidak menganiaya kekasih dengan berkahwin dengannya. Dirinya berhak mendapat suami yang dapat menjalankan tanggungjawab zahir dan batin.


Pengorbanan adik, sama ada, meninggalkan aktiviti homoseksual dan belajar mempunyai selera nafsu kepada perempuan dan menjalani kehidupan normal bersuami isteri atau terus tenggelam dalam keseronokan dunia homoseksual tetapi kehilangan nikmat beristeri adalah penentu arah hidup. 

Adik bertanggungjawab menentu arah hidup dan pilihlah yang terbaik demi agama dan masa depan.

Sumber : Google


11 comments:

  1. apa maksudnya sayang dia kepada gadis itu?
    sayang sebagai adik ke?
    insyaAllah kalau dia ingin berubah..semoga Allah tunjukkan jalannya

    ReplyDelete
  2. Kasih sayang sejati adalah hanya dengan berterus terang kepada kekasih siapa anda yang sebenarnya dan terpulang kepadanya untuk menerima atau menolak. Sebagai wanita dia berhak memilih yang terbaik untuk masa depannya sendiri. Perlu ada kekuatan iman dan kekuatan hati untuk menolak aktiviti berbayar yang dilakukan itu dan menukar naluri sepenuhnya kepada wanita bermula dari sekarang. Nilai naluri sendiri samada mampu atau tidak...InsyaAllah anda akan berjaya berbekalkan tekad yang kuat untuk berubah dan berlandaskan kekuatan serta ketaatan pada agama. All the best

    ReplyDelete
  3. perkataan di bayar tuh mcm ada sugar daddy ka?

    sebab dulu Ryan kenal seorang papa dari sabah yg bekerja di petronas kat sabah. dia sanggop nak kasi apa saje kat Ryan. Duit tak yah ckp ar.. dia plak hampir2 nak kasi kereta satria kat Ryan. tapi Ryan gatai pi beli awal...

    sape ckp gay tak leh berubah.. semua nya boleh berubah. kena saiko kan otak tuh utk kembali kepada normal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah Ryan, respect papa Ryan atas kesungguhan dan keinginan yang teguh. Moga Ryan akan mendapat anak2 yang soleh dan solehah. Take care

      Delete
    2. mak wardah.. papa tuh adalah my sugar daddy.. dia gila2 kat Ryan.. padahal dia dah ada anak dua org..

      Ryan nak suruh anak Ryan panggil Ryan ngan Waleed maknanya ayah atau abah..

      Delete
    3. Alhamdulillah happy utk ryan. Waleed memang the best gelaran. Doak

      Delete
  4. Kalau tak mampu jgn aniaya wanita tersebut. Jatuh haram mengawini wanita bg laki2 yg tak mampu memberi nafkah zahir dan batin. Dosa lama entahkan Allah terima inikan pula dosa akan dtg. Bertaubat lah dahulu sblm benar2 suci seblm akad kerana akad itu adalah janji dgn Allah dan iseri itu adalah amanah yg besar bg seorg lelaki dan khalifah keluarga.

    ReplyDelete
  5. Sy ada kawan yg berkahwin selama 2 tahun tp suaminya tiada nafsu terhadapnya..1 bulan sekali itu pun kena minta dari isteri. ..kalau isteri nak peluk ditepisnye..apa maksudnya..ia berlaku sejak awal perkahwinan..bagi sy ia tidak normal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous,

      Kawan awak kena cuba selidik, kalau boleh "skodeng" kegiatan suami, saya pasti setelah 2 tahun berkahwin pasti si isteri ada syak wasangka terhadap suami. Adakah sisuami punya masaalah seperti mati pucuk dan sebagainya, tetapi kuat rasa hati saya berkata bahwa sisuami seorang songsang....hanya gay tegar yang akan menepis permintaan isteri utk bermesra, kecuali suami bisexual yang masih punya keinginan dan bernafsu kepada wanita...dan lelaki.

      Delete
  6. jangan ambil org lain punya kehidupan sebagai experimen hidup anda..lebih baik baiki hubungan anda dgn Allah dulu..jangan tambah dosa aniaya batin gadis tu..

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST