Wednesday, 19 December 2012

KOD BERAHI GOLONGAN SONGSANG

BACHOK: Perkataan seperti lolipop dan mikrofon antara kod berahi digunakan golongan gay di negeri ini untuk mempelawa pasangan masing-masing bermesra, sekali gus melampiaskan nafsu songsang.


Perkara itu didedahkan Kaunselor Pertubuhan Masyarakat Prihatin (Prihatin), Zaimah Hussin, berdasarkan pengakuan beberapa golongan gay di negeri itu yang menemuinya bagi mendapatkan kaunseling selepas insaf akibat terjebak dengan kegiatan songsang itu.

Menurutnya, selain menggunakan kod berkenaan, golongan gay di negeri itu turut mempunyai kumpulan tersendiri dinamakan ‘Kelab Malam Mesra’ bagi tujuan berkumpul pada setiap malam Jumaat.

“Ramai golongan gay menemui saya, termasuk gay yang menghidap HIV gara-gara terjebak hubungan songsang. Mereka mahu mendapatkan kaunseling dan banyak rahsia golongan gay di negeri ini dibongkarkan.

“Antaranya, mereka ada kod sendiri seperti menggunakan perkataan lolipop dan mikrofon sebagai mukadimah mempelawa melampiaskan nafsu. Turut diceritakan, mereka ada kelab sendiri dinamakan Kelab Malam Mesra dan berkumpul pada setiap malam Jumaat untuk melakukan pelbagai aktiviti, termasuk bermesra,” katanya.

Zaimah berkata, majoriti ahli Kelab Malam Mesra adalah mereka yang berkelulusan tinggi dan berjaya dalam karier masing-masing.

“Paling mengejutkan, kebanyakan mereka yang terbabit dalam aktiviti itu sudah berumah tangga, namun terpaksa abaikan batin isteri masing-masing kerana lebih terdorong untuk melakukan seks dengan kaum sejenis.

“Saya turut difahamkan, kelab terbabit turut memiliki laman sosial facebook sendiri bagi memudahkan mereka mencari ahli baru,” katanya.

Menurut Zaimah, tidak dinafikan pasangan yang suka melakukan seks luar tabii itu adalah golongan berisiko lebih tinggi untuk dijangkiti HIV berbanding mereka yang berkongsi jarum atau suka bertukar pasangan.


Kisah Jack
Seorang bekas gay yang dijangkiti HIV mengakui kewujudan kod dan kelab berkenaan selepas terjebak menjadi gay di negeri ini sejak lebih setahun lalu.

Menurut lelaki berusia 27 tahun yang mahu dikenali sebagai Jack, dia dan pasangannya menggunakan beberapa perkataan sebagai kod untuk memulakan hubungan songsang.

“Perkataan lolipop dan mikrofon itu biasa digunakan. Ada juga yang menggunakan perkataan gula-gula Hacks dan Mints,” katanya.

Jack berkata, dia mempunyai isteri, tetapi bercerai selepas rahsianya terbongkar.

“Paras rupa isteri saya memang cantik dan ayu, namun nafsu saya lebih terdorong kepada kaum sejenis menyebabkan saya hanya melayan isteri dua bulan sekali saja,” katanya.

Menurut Jack yang juga bekas arkitek di sebuah firma swasta, sebelum bercerai dia dan isteri hidup penuh bahagia.

Katanya, segala-galanya berubah selepas dia berkenalan dengan seorang lelaki kacak tiga tahun lebih muda melalui facebook.


Sumber : myMetro  
Oleh Azlan Hafeedz



4 comments:

  1. Salam Najmi...
    Kenapa bala dan musibah yang dicari? Mudah2an jiwa2 mereka cepat disentuh dgn rahmat Allah hendaknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak Wardah

      Mudah-mudahan...insyaallah.. betul kata dan doa MW tu

      Delete
  2. Najmi,

    Cuba lihat link ni: http://www.poz.com/articles/hiv_cure_ias_761_22722.shtml

    Salah satu usaha tersebut adalah yang dibuat oleh University of Pennsylvania dengan kerjasama Sangamo Biosciences dan projek tersebut diketuai oleh Dr Pablo Tebas dan Dr David Stein.

    Saintis semakin hampir menemui 'cure' kepada HIV. Alhamdullilah. Memang betul lah janji Allah kan, setiap penyakit yang aku turunkan, aku sertakan sekali dengan penawarnya. Menjadi tugas manusia untuk mencarinya. Janji Allah adalah pasti. Allah tidak mungkin memungkiri janji.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      Terima kasih sekali lagi dengan info ini, insyaallah mudah2an penawar kepada HIV cepat ditemui dan segera sampai kesini insyaallah. Kita semua doakan.....:)

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST