Saturday, 15 December 2012

JALANILAH UJIAN SARINGAN HIV


AIDS TIDAK BOLEH DISEMBUHKAN 

AIDS adalah sejenis penyakit yang tidak boleh disembuhkan. Ia berpunca daripada jangkitan HIV yang melumpuhkan system daya tahan tubuh melawan penyakit. 

HIV boleh berjangkit melalui hubungan seks atau berkongsi alat suntikan yang tercemar dengan virus HIV. 

ANDA MUNGKIN TERDEDAH DENGAN JANGKITAN HIV JIKA ANDA….. 

1) Mempunyai pasangan atau suami/isteri yang telah dijangkiti HIV.

2) Seorang pelacur dan pernah melanggani pelacur

3) Atau pasangan anda mengamalkan homoseksual

4) Mengadakan hubungan seks dengan berbilang pasangan

5) Mengadakan hubungan seks dengan suami/isteri atau pasangan penagih dadah

6) Penagih dadah dan pernah berkongsi suntikan


ADAKAH ANDA TELAH DIJANGKITI HIV? 

Hanya satu cara untuk mengetahuinya.
Jalani Ujian Saringan HIV

Ujian saringan HIV merupakan langkah pertama anda menyelamatkan nyawa anda dan orang yang disayangi.

Ujian ini mudah didapati, ringkas dan tidak sakit.

Perkhidmatan percuma di Klinik Kesihatan Kerajaan dan keputusan dirahsiakan. 


CARA MENDAPATKAN UJIAN SARINGAN HIV

1) Anda boleh kemana-mana klinik kesihatan kerajaan.

2) Anda berjumpa terus dengan doktor atau anggota perubatan bertugas dan minta ujian saringan HIV dilakukan.

3) Kaunseling ujian saringan akan diberi oleh doktor atau anggota perubatan.

4) Ujian saringan HIV dilakukan dengan mengambil satu titis darah dari hujung jari. Keputusan ujian boleh diketahui dalam masa 15 minit.  

5) Jika keputusan ujian saringan 'tidak reaktif' anda diberi penerangan lanjut dan dinasihatkan untuk mengulangi ujian saringan antara 3 hingga 6 bulan kemudian.

6) Jika keputusan ujian adalah 'reaktif'. nasihat akan diberikan dan persetujuan diperolehi daripada anda untuk menjalani ujian pengesahan.


UJIAN PENGESAHAN

1) Ujian pengesahan HIV dilaksanakan secara 'sulit'. Hanya doktor atau pembantu perubatan  yang menjalankan ujian sahaja yang tahu maklumat peribadi anda.

2) Anda dikehendaki berjumpa doktor atau pembantu perubatan pada hari temu janji yang telah ditetapkan (2 minggu selepas sampel darah diambil) bagi mengetahui keputusan ujian pengesahan dan mendapat kaunseling selepas ujian.

3) Sekiranya ujian HIV adalah NEGATIF, anda akan diberi temujanji dalam masa 3 hingga 6 bulan untuk ujian pengesahan ulangan. Jika ujian HIV adalah POSITIF, anda akan dimaklumkan dan diberi kaunseling selepas ujian oleh doktor.

4) Seterusnya anda akan dirujuk ke mana-mana klinik kesihatan yang mempunyai perkhidmatan pengurusan HIV yang dipilih oleh anda. Jagaan seterusnya akan meliputi perkhidmatan kaunseling, pemeriksaan dan rawatan.


JIKA ANDA INGIN MENGETAHUI DENGAN LEBIH LANJUT, SILA HUBUNGI KLINIK KESIHATAN KERAJAAN BERDEKATAN:

Nombor telepon Klinik Kesihatan Daerah (PERAK)

Kinta - Klinik Kesihatan Jelapang - 05-5269 044

Kuala Kangsar - Klinik Kesihatan Padang Rengas - 05-7584 355

Kerian - Klinik Kesihatan Bagan Serai - 05-7215 355

Perak Tengah - Klinik Kesihatan Bota Kiri - 05-3761 355

Hulu Perak - Klinik Kesihatan Lenggong - 05-7677 355

Hilir Perak - Klinik Kesihatan Hulu Melintang - 05-6411 475

Manjung - Klinik Kesihatan Sitiawan - 05-6914 355

Batang Padang - Klinik Kesihatan Tanjung Malim - 05-4596 333

Larut Matang dan Selama - Klinik Kesihatan Pokok Asam - 05-8089 301   
 
 
Sumber : Dari Risalah yang diambil di Hospital Besar
Kementerian Kesihatan Malaysia 
JKN Perak 2012


106 comments:

  1. Pengalaman saya pd awal tahun ni saya pernah ke klinik kesihatan di shah alam untuk
    tanyakan maklumat dan bagaimana ujian darah akan dibuat...

    mmm...dari seorang saje yang berada dikaunter pertanyaan...terus
    saja menjadi empat orang pegawai yg tiba-tiba saja
    datang bila saya katakan saya ingin membuat ujian darah tu...

    saya jadi rasa tidak selesa bila salah seorang kakitangan disitu terus
    bertanyakan tempat saya bekerja...dan bertanyakan
    bagaimana saya boleh dijangkiti HIV...?

    bagaimana yang dapat di katakan setiap ujian darah adalah rahsia..tetapi dari awal lagi sikap kakitangan disitu tidak dapat membantu dan menunjukkan ianya adalah rahsia...?

    langsung saya tidak jadi membuat ujian darah tu
    Najmi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      Saya rasa pekara macam ni memang tak dapat dielakkan...Itu memang sikap kebanyakan masyarakat kita yang "kepoh" nak tahu hal orang lain...Entah2 awak seorang yang beperwatakan menarik kut sebab tu dari seorang datang 4 orang "kepoh" yang nak mendengar.Pasti mereka tengah tak dak kerja lah tu, atau time nak tunggu balik.

      Kadang2 cuba kita bayangkan kalau kita berada ditempat si "kepoh2" tu, agak2 adakah kita tak akan menjadi "kepoh" macam kakitangan tu, kalau kita berada ditempat mereka dan dengar pula ada org datang nak buat ujian HIV?

      Nasihat saya lain kali kalau nak buat ujian darah, kita kena buat muka bodoh aje, lantak lah nak datang 10 orang sekali pun, diaorang bukan kenal kita. Yang penting identiti tentang diri sendiri jangan didedahkan...kalau boleh tipu sunat aje, macam saya dulu...kalau doktor tanya dapat HIV dari mana...saya cakap seks dengan perempuan lah....

      Bagitahu mereka segala maklumat dirahsiakan dan jangan kepoh hehehe

      wallahuallam.

      Delete
    2. 2nd test sy buat kat private clinic. 1st tu...kira buat kat hsptl sbb derma darah.

      Sbb xpercaya...pergi buat kat klinik pulak. Deorang mmg tny...utk apa? Xkan nak jwb suke2...

      Sy jwb....sbb nak KAWEN. Mls nak g hosptl krajaan. Senyap lah deorang tu...

      Yg parah nye...bila tau result....indian doc tu ckp..."u buat dosa...tuhan balas lah". Pergh.....mcm nk pecah dada & kepala otak ni...sbb geram dgr ayat doc tu.

      Tp buat2 senyum...& air mata mengalir jerlah sbb mmg +ve. Berbulan2 ambil masa nk sruh diri redha. Nasib baik ada kawan2 yg memahami & support. Masa tu...tunang kelu... Dia takut lah... Sy pun takut.... Heheheeee.....

      T_83

      Delete
    3. T_83

      Kah...kah...kah... U buat dosa Tuhan balas lah...Bagi tahu doktor tu macam mana dengan bayi2 yang dilahirkan mak ayah yang ada HIV tu, kenapa balasan dosa mak ayah tetapi sianak pulak dapat bala HIV tu. Hmmm.... apa pun terima aje lah apa doktor tu cakap.......:)

      Delete
    4. salam, sy bkn sesapa tp sy msh tkot utk buat hiv test, bole encik najmi contact sy,myb i need some1 who experienced bfore me..pls i need a courage, cntct 0129441371

      Delete
  2. Maaf najmi, adakah benar ianya rahsia? Saya harap ada satu hebahan yg benar2 meyakinkan pesakit mengenai perkara ini. Saya baru2 ini buat ujian darah n urine utk batu karang di klinik kerajaan di selangor, secara suka2 saya tanya kl test utk hiv kat sini utk kami gov staff apa procedur dia ya? Mata petugas tu pandang saya mcm biji mata dia nak keluar. Saya tanya dia kenapa? Jgn takut sy bukan plhiv n kl sy plhivpun sy x jangkiti kamu. Yg sedihnya bila kami terserempak lunch kat area ayam penyet tu, petugas itu tetap ada pndgn yg sama. Aduh kl sy plhiv jatuhnya moral saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak Wardah

      Itu lah yang selalu saya baca dan dengar berulang kali di TV. Segalanya dirahsiakan.

      Masaalahnya sekarang pengetahuan dan pandangan masyarakat tentang HIV/AIDS masih rendah. Sepatutnya kakitangan kesihatan lah yang perlu benar2 faham tentang HIV/AIDS, tidak kira mereka bekerja dibahagian mana, mereka semua perlu faham tentang HIV/AIDS terutama kakitangan yang baru. Sebab tak fahamlah yang menyebabkan mereka memandang serong kepada PLHIV.

      Kalau remaja nak buat ujian HIV pasti dikepala mereka syak wasangka dari mana budak ni dpt HIV, mereka akan tertanya2. Kalau lelaki tua yang nak uji HIV mereka pasti syak yang bukan2 pada lelaki ni, begitu juga jika seorang wanita, tidak kira lah muda atau tua, pasti dikepala mereka tertanya2 nak tahu kenapa nak check HIV, sebab apa nak uji dan blah...blah...blah....sehingga mereka boleh bergossip sesama sendiri. Wallahuallam

      Sama lah seperti yang Mak Wardah alami tu, tertanya2 mereka nak tahu sangat kenapa Mak Wardah sebut pasal ujian HIV, pasti dalam kepala budak tu ingat yang bukan2 tentang Mak Wardah kan..

      Sikap 'kepoh" ni perlu di hapuskan....mereka sekadar nak tahu "kepoh" nak jaga tepi kain orang...itu aje.

      Sama ada benar ianya rahsia, saya tak pasti. Rasanya rahsia tetap rahsia kut tetapi mungkin juga diri kita yang nak buat ujian darah ni juga memikir yang bukan2, bimbang, takut dan maybe kita juga bersyak wasangka terhadap mereka kaki tangan kesihatan tu bimbang mereka menghebohkannya, sedangkan mereka tidak ada niat nak menghebohkan atau memecahkan rahsia diri kita yang buat ujian HIV tu...Wallahuallam....hehehe pandangan saya aje

      So harap2 ada kakitangan kesihatan yang boleh jawab tentang ini.....

      Delete
    2. Tambah skit lg....

      Klau pergi ambik darah utk check up...kena bw borang dr ID CLINIC. Bila nk beratur ambik giliran kat makmal tu...mesti nurse kaunter nombor pandang semacam jer. Pastu tny...dah lama ker dik? Bila org dgr...malu gak lah. Selalu gak jwb....DAH 20 TAHUN MAKCIK. huhuuuuuu.... Nasib nurse tu xpengsan. Terkejut kan....

      Tulah...kadang2 sedey jer hdup mcm ni. Tp kdng2 rasa redha. Apa pun kena hepi2 selalu. Bila pot pet...pot pet...dlm blog nie rasa lega jer kpala otak nie... Thanks tuan tanah....

      Satu lg...bila nk ambik darah tu...selalu ssh coz...pucat takut. Padahal dah bertahun duk ambik darah. Pastu kalu susah...lebam2 lengan ni. Nk buat mcm mna tue????

      T_83

      Delete
    3. T_83

      Jawapan yang terbaik.....boleh dicontohi pada PLHIV yang lain....kalau ditanya dah lama ker jawab ajer dah 20 tahun....hahaha...30 tahun pun okey jugak...

      Okey kalau nak tahu, nak elak dari tangan lebam2 ikut cara saya...baca di dalam entry saya bertajuk, "SAINTIS CIPTA JARUM SUNTIKAN ELAK RASA SAKIT"

      Delete
  3. entah2 yg kepoh tu pun ada...tapi tak tau haha

    anonitikus

    ReplyDelete
  4. Anonymous

    Haha...mungkin jugak...ada tapi sendiri tak tahu...haha...:)

    ReplyDelete
  5. Ada pengalaman saya sendiri, ada kawan saya beritahu saya jangan dekati si A sebab die ada HIV, jauh2 kan dari dok makan, minum dengan die..saya sangat terkejut dan tanya mane dia dapat tau di A nie ada HIV?kenalan saya kata dia pergi hospital cek kandungan, ( di hospital tempat saya, klinik pakar seblah2 dgn klinik org2 ngandung nie),,pastue ada stafff/nurse kat situ bgtau die secara tak sengaja yang si A nie dah lama dah tak datang buat appoiment jumpa doktor sebb HIV..dah le kenalan saya nie warning saya jgn dekat2 dgn si A nie sebb ada HIV.....aduhhh kecut perut sayaaaaa, die tak tau yag saya pun PLHIV.....macam mana lah perkara yang dikatakan sulit boleh terbongkat kat orang awam...bukan plhiv yang didedahkan sendiri pulak tue...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      Tersenyum saya bila awak kata, kenalan awak warning awak supaya jangan dekati si A sedangkan awak pun ada HIV...

      Senang kata maklumat yang betul tentang HIV/AIDS masih belum sampai sepenuhnya dikalangan masyarakat kita, paling menyedihkan mereka yang terlibat seperti nurse ramai yang masih tak faham.

      Lagi satu kalau sebut pesakit HIV pasti ramai yang suka nak bergossipkan kerana HIV itu sendiri dah dianggap sesuatu yang menakutkan huhuhu, sebab itu kita PLHIV kalau tak perlu jangan mendedahkan diri pada orang lain tentang status kita, tapi kalau dibocorkan oleh petugas di hospital nak wat cam na, kerana tak semua yang orang boleh menyimpan rahsia, masih ramai yang suka "kepoh"

      Wallahuallam..



      Delete
  6. salam nk tnye.. klu gi klinik2 swasta ni blh ke wat rapid hiv test ni? x pu kat farmasi ade x jual rapid hiv test kit ni? sy agak risau sbb sy ade wat aktiviti brisiko

    ReplyDelete
  7. Anonymous

    Saya rasa klinik swasta memang ada menjalankan ujian HIV tapi kena bayar sekitar RM30 - RM50, jika tak silap saya. Mengenai rapid hiv test kit saya ada dengar dan baca memang ada dijual, tapi saudara kena terus bertanya kepada farmasi.

    Nasihat saya sebaiknya terus ka klinik kesihatan kerajaan atau sekiranya awak di KL pergi ke PT Foundition (google cari laman ini utk keterangan lanjut)

    ReplyDelete
  8. salam ,
    saya seorang homoseksual .baru2 ni saya ada melakukan seks oral(seks oral sahaja) . *ini kali pertama saya melakukan hubungan seks .

    1).saya ingin bertanya , adakah saya berisiko dijangkiti HIV ?
    2).saya sgt takut nak buat ujian saringan HIV , bolehkah kalau saja menderma darah sahaja untuk mngetahui keputusannya (maksudnya , mengunakan cara yg sama seperti abg najmi )
    tolonglah saya . takut sgt . selalu gelisah , tak teteram .tolonglah :(

    -ZUL-

    ReplyDelete
  9. Zul

    Zul kena faham cam na HIV boleh berjangkit, dlm kes Zul abg rasa risiko berjangkit agak rendah maybe tak berlaku jangkitan kalau dlm mulut Zul tak ada luka berdarah, tetapi kalau ada luka dan sekiranya orang yang Zul oral tu ada HIV melalui air mazi boleh buat berjangkit melalui luka dlm mulut Zul,

    risiko lebih tinggi kalau air mani di pancut dalam mulut zul yang luka tetapi kalau tak ada luka risiko sangat rendah,,,maybe tak berlaku jangkitan pun.

    TETAPI kemungkinan dijangkiti STD sangat besar kalau pasangan Zul tu ada STD.

    Kalau pasangan Zul melakukan oral pada Zul, dan dia ada HIV risiko abg rasa sangat rendah maybe zero kalau kemaluan Zul tak ada luka berdarah, tetapi kalau kemaluan zul ada luka kemungkinan dijangkiti boleh berlaku itu pun agak rendah.

    Sekali lagi dlm kes Zul abg rasa HIV tak berjangkit kalau dlm mulut zul tak luka sebab HIV memerlukan luka dibadan (dlm mulut dlm dubur) utk berjangkit. Wallahuallam...

    Abg tak galakkan melakukan sek bebas tetapi amalkan sex selamat, guna kondom dlm apa jua keadaan lagi baik kalau elakkan dr sex sebelum nikah ok...

    Kalau sebelum ini Zul ada melakukan aktiviti berisiko kalau rasa was2 elok Zul buat ujian darah, hanya ujian darah ajer yang boleh zul tahu sama ada Zul positif atau tak....

    ReplyDelete
  10. abg najmi ,

    terima kasih banyak2 bang for the info.dan terima kasih jugak sbb sudi reply . lega jugalah rasa hati ni .
    memang takkan buat dah perkara yg macam ni lagi , rasa takut pun ada .

    tak tahulah nak cakap apa , susah lah bang ada nafsu mcm ni . kadang2 rasa nak nangis je bila ada sesetengah member2 yg straight dok hina org yg mcm ni .(padahal member dia ni pun mcm tu)

    masuk tahun ni ,saya baru berumur 17 tahun .masih ada harapan ke untuk saya ?. saya pun pernah mengimpikan nak hidup bahagia jugak .

    saya bukannya ada member plu pun melainkan dalam fb je .kadang2 tu tak tahu nak luahkan perasaan sedih ni kat siapa .tak tahu nak cerita kat siapa . nak cerita kat family, saya sangat takut kalau diorang tak boleh terima saya seadanya . .nak cerita kat member ,diorang ramai straight, takut pula jadi bahan ketawa lawak bodoh diorang tu :( .

    apapepun , terima kasih sekali lagi bang for the info and sbb sudi reply . saya bersyukur sgt sbb jumpa blog ni . sangat sedih bila baca entry ttg adik MS tu . sampai tak sedar yg saya menagis dalam diam kat dlm bilik . hehe

    ( sorry kalau reply lari topik sikit ,dah tak tahu nak cerita kat siapa )

    -ZUL-

    ReplyDelete
  11. ZUL

    No hal nya...kalau nak cerita panjang send kat email abg, kalau sudi add abg kat faacebook najmi620@gmail.com tu...maybe boleh citer panjang2 kat situ kalau abg buka FB lah....

    ReplyDelete
  12. okay2 , isya'Allah bang ,kalau ada kesempatan saya cuba email dan add fb .

    -ZUL-

    ReplyDelete
  13. Kalau nak tau result HIV cepat, boleh beli HIV Test Kit dari www.hivtest.com.my. Result dalam 5 min sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kelvin

      terima kasih...dengan maklumat yang diberi...:)

      Delete
  14. Salam Naj Mi,

    Sekiranya ujian saringan menunjukkan non reactive (ujian dibuat sebulan selepas hal memungkinkan jangkitan HIV), adakah perlu di uji sekali lagi 3 or 6 bln akan datang...?

    Apakah kebarangkalian ujian ke2 bertukar 'reactive' ?


    Ingin Tahu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      Lebih baik ujian dilakukan lagi selepas 3 bulan daan 6 bulan dr tarikh berisiko...Pada pandangan saya kemungkinan besar keputusan tetap "non reactive" kalau ujian pertaama telah dilakukaan selepas sebulan dr tarikh berisiko...

      Ujian pada bulan ke 3 dan ke 6 itu dibuat untuk pengesahan yang lebih tepat.

      Tetapi kalau kita buat ujian selepas kurang 2 minggu dr aktiviti berisiko...kemungkinan ujian seterusnya reactive kerana virus sukar dikesan dalam masa dua minggu....

      Walaubagaimana pun dlm kes saudara pandangan saya kalau dalam masa 3 hingga 6 bulan seterusnya kalau saudara tidak melakukan lagi aktiviti berisiko besar kemungkinan result tetap Non Reactive...

      Wallahuallam

      Delete
  15. Assalamualaikum. saya nk tnya, adakah garisan hitam di kuku itu menunujukkn yg kita ni positiv hiv?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      Kuku hitam? tak ada kena mengena dengan kita ni positif HIV..abang dah hampir 7 tahun positif tak pernah pulak alami kuku hitam ni.....:)

      Delete
  16. Assalamaualaikum . tumpang tanya , saya sebelum ni kerap melakukan aktiviti berisiko . saya mengambil endah dan tak endah atas segala yang telah orang katakan. sekarang ni, badan saya ditumbuhi bintik - bintik dan berair . saya telah pergi ke klinik dan doktor mengesahkan saya terkena chickenpox. Tetapi, pada masa yang sama , saya terdapat ulser didalam mulut. saya teramat runsing dan takut untuk melakukan ujian hiv. apa yang perlu saya lakukan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      Salam, disebabkan saudara telah melakukan aktiviti berisiko maka dan ada alami gejala yang meragukan berkaitan dg simptom HIV, saya nasihatkan buat lah ujian HIV dihospital. Untuk pengetahuan saudara kalau saudara buat ujian darah dimana2 klinik doktor tidak akan melakukan ujian HIV sekiranya saudara tak memintanya.

      Sekiranya saudara masuk hospital sekali pun semua darah yang diambil doktor tak akan check HIV, sekiranya doktor nak buat ujian HIV mereka akan meminta kebenaran dr saudara dulu.

      So walaupun doktor kata checkenpox tapi saya pasti doktor tak tahu yang saudara ada melakukan aktiviti berisiko kan..doktor tak tahu.

      Sebaiknya saudara buat lah ujian HIV, minta doktor melakukannya, lebih baik saudara tahu mengenai status diri drp tidak tahu..kalau tak tahu saudara akan stress memanjang..kalau tahu diri ada hiv (nauzubillah) saudara boleh dptkan rawatan segera, kalau tahu diri tidak ada HIV maka saudara akan lebih tenang dan tak resah lagi kan....:)

      Delete
  17. Salam nak tanya lah klu nak buat ujian hiv ni boleh buat kat hosp mana?saya nak tau kedudukan kesihatan sy mcm mana,sejak awal september sy demam hampir 2mgu 5 kali pg cek darah alhamdulillah doktor ckp x ada ape,tp smpi skrg sy punya antibody x mcm dulu,kerap lemah kpla sakit,jln sikit dah rase nak pitam..makan pun dah x lalu,sy tgk bdn sy pun dah susut.. mual2,sy demam pun b4 ni x ada mkn masa lama nak bek,n flet smpi mcm ni skali,sy tgk kat tanda2 hidap hiv ada pada sy sikit2,isau plak sy ada kwn ngn sorang ni,dia ni ada amik drug,tp sy x pasti sama ada dia dah smpi tahap guna jarum atau x..@ x guna jarum pun boleh tjd nya juga,klu dah besama kan..boleh bg tau kat mana tmpt wat saringan hiv sy risau dgn condetion sy skrg daampir sbln mcm ni,x ada tenaga lemah,x ada aktiv mcm dulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      Pergi mana2 klinik hospital kerajaan (hospital besar) yang terdekat, ujian percuma, jumpa lah petugas dikaunter hadapan dan tanya bagaimana nak buat ujian HIV. Atau sekiranya saudara/i berada di KL pergi ke PT Foundition di jalan Ipoh KL (google utk dptkan alamat dan kedudukan tempat itu) ujian disini juga Free.

      Atau pergi mana2 klinik swasta seperti BP Health (bayaran dikenakan sebanyak RM35), sekiranya ujian HIV nak dilakukan dimana2 klinik yang bertaburan dimerata2 tempat tu, bayaran tetap dikenakan.

      Delete
    2. Anonymous

      lagi satu kalau kita terlalu stress, fikir yang bukan2 juga boleh buat kesihatan kita terganggu, sistem imun badan boleh jadi lemah, dan mudah diserang penyakit dan ada kala stress yang melampu juga boleh membuat tubuh badan kita gatal2 dan naik jerawat.

      Saudara/i pergi lah buat ujian HIV sekiranya mengesyaki telah dijangkiti HIV, mudah2an apabila telah mendapat keputusan ujian itu nanti akan (didapati negetif) saudara/i akan berasa lebih tenang. TETAPI sekiranya keputusan sebaliknya pun tak mengapa lebih baik tahu drp tak tahu supaya saudara/i boleh mendapat kan rawatan segera...:)

      Delete
    3. Maaf BP HEALTH kat mana ye

      Delete
    4. anonymous

      BP Health banyak cawangannya disemua negeri kalau tak silap saya, kalu kat Ipoh ni di Jalan Kampar atau kalau di Johor dulu di jalan bertdekatan dengan Jalan Serampang dekat Pelangi shopping Mall, tapi kalau negeri lain tak pasti, awak google cari alamat di sekitar tempat awak tinggal lah ya...

      Delete
  18. Saya nk tye..baru2 ni saya ada buat ujian darah untuk medical checkup kerja,tp kputusan yg saya dpt dr hospital swasta tersebut reactive..yg saya pelik sblm ni sye sihat dan xde nmpk effect ape2 cuma ruam kulit je,tp tu sbb sye alegik jam..dan saya pakai krim alegik ruam tersebut teros kering dan hilang..saya pelik knpe tbe2 ujian darah saya reactive..ataupn hospital yg tersalah..reactive tu bkn maksud xada ke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Saudara pernah buat sebarang aktiviti berisiko atau tak? seperti seks bebas tanpa pelindungan? Jika ada bermakna ujian itu mungkin benar. Ada orang yang telah dijangkiti HIV tetapi tidak mengalami sebarang tanda2, kita ni manusia berbeza diantara satu sama lain.

      Jika saudara tidak pernah melakukan sebarang aktiviti berisiko, atau menerima darah mungkin ujian tersebut salah, pasti ada berlaku kesilapan disitu. Saudara boleh buat lagi ujian di klinik lain bagi memastikan status saudara. Tak mengapa kalau nak buat beberapa kali ujian di klinik2 yang berbeza, jika masih reactive, bermakna itu adalah benar, jika keputusan bertukar2, tentu ada sesuatu yang tak kena.

      Rujuklah kepada doktor mengenai pekara itu..wallahuallam

      Delete
  19. Salam abg mi...ade contact no yg bley di hubungi x...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      Salam, abg tak share fon no abg lah huhu...alahhhh melalui mesengger FB pun boleh berhubung kan..:)

      Delete
  20. Salam bang mi nak tahu kita pertama kali melanggan pelacur di pusat urut dan pelacur itu membasuh kemaluan kita and then die hisap untuk 2x lepastu dia pakaikan kondom dan terus melakukan seks selama 5 minit sambil bercumbuan...soalan sy adakah kita akan di jangkiti hiv melalui seks tersebut atau dengan bercumbuan??? Mntk penjelasan abg... hati risaw

    ReplyDelete
  21. Salam abg mi sy tdi ade melakukan seks di pusat urut.,tu ada lah pertama kali dalam hidup sy..sy melanggan seorang pelacur yg tidak tahu status kesihatan nya..pada mula nya die akan urut zakar sy dgn sabun sbb die basuh dulu..lpastu die hisap 2x sahaja dan lantas die pakain kan kondom dan kami melakukan seks sambil bercium dalam masa 5 mnit sahaja..,hati ini resah adakah sy bley kene hiv dengan melakukan seks dan bercium tdi????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Tidak berjangkit, walaupun kuman HIV dikatakan ada didalam air liur seseorang pembawa HIV tetapi jumlahnya sangat sedikit tak memungkinkan ianya berjangkit. Kalau zakar saudara ada luka berdarah dan dalam mulut pekerja seks itu pun ada luka berdarah keadaan ini mungkin ada risiko dijangkiti tetapi kalau tiada sebarang luka berdarah dizakar saudara walaupun ada luka berdarah didalam mulut pekerja seks itu tidak akan jangkit HIV.

      Sama juga dengan bercium jika tiada luka berdarah tidak apa, jika ada sekali pun risiko bercium sangat rendah. Tetapi kena ingat jika tidak dijangkiti HIV sekali pun saudara masih berisiko dijangkiti penyakit kelamin sekiranya pekerja seks itu ada penyakit kelamin. Sebaiknya elakkan lah dari aktiviti seperti itu lagi

      Wallauallam.

      Delete
  22. Salam..sy nk mendapatkan pandangan..sy seorang homo..sebelum ini sy ade melakukan sex..tetapi sy menggunakan kondom..permasalahannyer sekarang sy cuma merasa bimbang n takot kalau2 sy dijangkiti hiv..adekah sy perlu membuat ujian darah??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Penggunaan kondom mampu menghalang kita dari dijangkiti HIV tapi bergantung bagaimana cara hubungan itu dibuat. Dan sekiranya kondom bocor pecah risiko tetap ada jika pasangan kita itu seorang pembawa HIV.

      Tak salah sekiranya saudara buat ujian HIV, untuk mengetahu status sebenar dan bagi menghilangkan rasa ragu2 dalam hati saudara tu

      Delete
  23. Salam...thanks abg atas info2 yg diberikan..hari ini saya telah melakukan ujian saringan hiv dan keputusan nyer akan diberitahu minggu hadapan..semoga sy diberikan kesihatan yg baik dan diberikan kekuatan,kesabaran utk mengetahui keputusan ujian tersebut..amin..


    -amy-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Amy,

      Mudah2an segalanya dipermudahkan, semoga keputusan itu nanti satu keputusan yang baik insyaallah..:)

      Delete
  24. Salam

    Hye Abg najmi sy ad beberapa soalan yg ingin ditanye..
    Ptame . Adekah perlu untuk sy membuat ujian darah utk kali ke 2 selepas ujian darah pertama sy didapati non reactive..
    Ke2. Sy pernah terbace tentang( hiv test kit) .adekah produk ini betul dapat mengesahkan hiv didalam darah..??
    itu sj soalan yg ingin sy tanyekan pd abg..huhuhu..maaf kalau soalan sy myusahkan abg utk menjawab..

    #rus

    ReplyDelete
    Replies
    1. #rus

      1) Buat ujian ke dua selepas 3 bulan dari tarikh berisiko, kerana dikatakan result selepas 3 bulan tu adalah sangat tepat. Selepas 3 bulan jika negatif maka tak perlu buat lagi.

      2) Ya HIV TEST KIT betul dan setahu abang ianya 99.9% atau ada yang kata 99.8% tepat, ya sudah tentu boleh kesan HIV dalam darah...:). Tapi kena ingat lakukan selepas 3- 4 minggu dari tarikh aktiviti berisiko, sebab dalam masa 3-4 minggu tu mungkin kuman dalam darah masih tak boleh dikesan.

      Wallahuallam

      Delete
  25. Salam


    Sy am..sy ingin mendapatkan pandangan dr abg..adekah sy perlu memberitahu keluarga sy terutama ibu n ayah sy andai kata kalau sy menghidap hiv..sy sngt takot dan risau kalau2 keluarga sy tidk dpt menerima ape yg sy katekan..Sy skrg dlm ketakutan yg teramat kerana takot kalau keputusan darah sy positif hiv..hari2 sy berdoa semoga sy terhindar dr sebarang penyakit..tp bile teringat sy akn menjadi ketakutan dan ape yg sy buat akn tak menjadi..apekah hidop sy akn menjadi gelap jika sy positif hiv..yaallah semoga sy dijauhkan dr segala perkara yg tidak baik amin..maaf abg kalau sy tulis msj panjg berjela..sy cuma ingin mendapatkan pandangan dr abg sbb sy betul2 takut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Am,

      Jangan fikir bukan2, tunggu dulu keputusan yang belum pasti tu keluar dulu, bila dah ada keputusan Am hubungi abg kat facebook abg ok...Jangan risau sebab positif atau tak pun Am belum tahu lagi kan....:)

      Delete
  26. Salam bro..

    Sya nk mula pun x thu nk mula dri mana..cuma sya nk citer dlu sya penah la buat dosa

    Beberapa bulan lepas tu...sya jatuh sakit dan dipercayai ada ktumbuhan di pankreas saya...

    Sya di hospital mmg tiap2 hari la amik darah n check drah...alhamdulillah sya beransur pulih dan last checkup darah dpercayai mmg ada ktumbuhan la dalam bdan sya..

    Cuma nak tnya...in case sya hidap hiv...spttnya mmg dia blh trace time check drah tu ke? Atau ada prosedur lain utk tahu ttg hiv dalam drah sya...tq so much..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Setahu abang lah, doktor tidak akan buat ujian HIV tanpa kebenaran pesakit berkenaan. Macam kes abg dulu tubuh lemah batuk demam susah bernafas terpaksa ditahan di wad hospital kerana disyaki ada TiBi, berkali-kali darah diambil untuk diuji tapi doktor tak dapat mengesan punca penyakit saya, beberapa hari di hospital akhirnya doktor datang bertanya minta kebenaran saya hendak ambil darah bagi tujuan ujian HIV. Maknanya disini sebelum itu memang doktor tak akan buat ujian HIV tanpa kebenaran pesakit (mungkin dalam kes2 tertentu kut aje yang dibuat maybe pada penagih dadah contohnya)

      Sebaik doktor minta kebenaran saya nak buat ujian HIV, saya terus berterus terang yang memang saya ada HIV.

      Dalam kes saudara, jika saudara ada HIV pandangan abg doktor tak akan buat ujian HIV tanpa kebenaran. Macam abg kata setahu abg doktor tak akan buat ujian HIV tanpa kebenaran pesakit atau waris. Itu dulu lah hari ini abg tak pasti.tapi sebaiknya saudara boleh bertanya darah yang diambil tu bagi tujuan untuk ujian apa?

      Wallahuallam

      Delete
    2. Alhamdulillah okay tq bro

      Cuma nk tnye lagi...nak buat ujian ni kalau kite gi n ckp saje nak checkup boleh ke...saya x peduli sgt ttg pndgan org aslkn sya tahu ttg kondisi tubuh sya...lagipun hidup ni mmg x lama...semuanya milik Allah kan

      Delete
    3. Salam,

      Beritahu terus kata nak buat ujian darah HIV, tak perlu nak selindung2 dah. .....:)

      Delete
  27. Salam ABg sy tnya berkenaan pms..adakah pesakit gonorhea akan menghidap hiv?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Pesakit gonorhea tak semestinya akan hidap HIV TETAPI seseorang yang ada penyakit kelamin peluang diri mereka (berisiko tinggi) dijangkiti HIV sangat tinggi daripada mereka yang tidak ada sebarang penyakit kelamin bila buat hubungan dengan pembawa HIV. Wallahuallam

      Delete
  28. Salam..

    Hye abg, sy am brape minggu lepas sy ade meminta pandangan dr abg kalau2 ujian darah sy didapati positif..tp alhamdulillah utk ujian hiv yg pertame sy di klinik swasta, sy didapati bebas dari penyakit tersebut..alhamdulillah..cume sy ingin mendapatkan pendapat adekah patot@harus sy menjalani ujian darah utk kali ke2 slepas 6bln dr tarikh sy mendapati sy bebas dr penyakit tersebut..
    Sy amat bersyukur krana ujian pertama sy didapati bebas dr penyakit tersebut ,tp bile sy teringat tentang ujian kedua sy merasa ketakutan yg berkali ganda dr ujian yg pertama...tetapi sy berdoa semoga sy sihat sentiase dan terhindar dr sebarang pnyakit..amin..maaf msj sy panjang berjela..boleh tak sy dapatkn sesuatu utk lg senang sy berhubung dgn abg..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Alhamdulillah kerana ujian tersebut negatif.

      Ujian itu dilakukan selepas 3 bulan dari tarikh berisiko kan, kalau selepas 3 bulan result itu sudah dikatakan sangat konkrit (tepat) tak perlu buat ujian pada 6 bulan selepas tarikh berisiko lagi. Tetapi banyak juga cadangan doktor yang minta agar diulang sekali lagi ujian pada 6 bulan selepas aktiviti berisiko itu. Terpulang pada saudara hendak melakukannya atau tidak. Pandangan abg buat pun boleh tak buat pun oleh. Tapi kebanykanan mereka yang masih ragu-ragu memang akan melakukan sekali lagi ujian selepas 6 bulan dari tarikh aktiviti berisiko tersebut. Wallahuallam

      Saudara add abg kat FB...:)

      Delete
  29. Salam najmi,

    Hari nie saya dpt result ujian hiv reactive. Saya buat kat hospital swasta ipoh. Dr mintak refer to GH ipoh. Ada tak no telefon utk saya call buat appointment kat GH ipoh?

    Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Anonymous,

      Cuba call Kak Zaiton 05-2085457
      Atau cuba 055222377

      Delete
  30. salam bang, nak Tanya ni sb semalam sy pegi SPA massage di area Sabah. kira gadis tukang massage ni selalu sy ambik. dlm 3 kali ni sy ma dia tak pernah buat sex. cuma semalam sy ambil dia massage ma sy tetiba pula sy dan dia terbuat sex. aduh.. gadis ni org thai. sy tgk dari luaran dia jenis pembersih, sy ada Tanya dia kalu2 dia pernah sex dgn customer lain. dia kata takda plak. masa kami sex tu sy hisap la kemaluan dia, mmg bersihla.. dia pun hisap kemaluan sy. Masalahnya cni sy tak pakai kondom time buat sex ma dia tu.. Jadi sy nak Tanya kalu kemaluan prmpuan tu bersih dan tiada luka adakah risiko hiv berlaku jg walaupun sy tak pakai kondom walaupun kemaluan sy tada luka jg? sb sy tgk abg beri jwpan pada kwn2 cni kalu tiada luka kemungkinan tiada berlaku jangkitan yeke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Kuman HIV memerlukan ruang seperti luka untuk masuk kedalam tubuh seseorang lain, jika tiada luka susah nak berjangkit, kena ingat adakala kita sediri tidak menyedari terdapat luka sama ada didalam mulut atau dikemaluan kita). Tapi kalau tidak dapat HIV kemungkinan untuk mendapat jangkitan penyakit kelamin adalah tinggi.

      Pembawa HIV dari luarannya susah dikesan, mereka boleh aje nampak bersih dan sihat tetapi hakikatnya pembawa HIV.

      Senang kata, apa jua aktiviti seks dengan pasangan yang tidak kita kenali apa tah lagi melakukannya dengan seorang pekerja seks yang kita tidak pasti status diri mereka (jika dia boleh buat seks dengan saudara tentu dia boleh buat dengan orang lain juga, jangan terpedaya dengan kata-kata mereka) dan tanpa pelindungan pulak tu.

      Sebaiknya saudara perlu buat ujian HIV selepas 3-4 minggu dari tarikh aktiviti tersebut dan ulang sekali lagi ujian selepas 3 bulan berikutnya untuk mengetahui status diri saudara terkini.

      Wallahuallam

      Delete
  31. As salam bang Najmi..nak tanya adakah hiv berjangkit melalui oral sex? sy ade menerima sex oral dr pekerja rumah urut dalam 4 jam lepas..tiada luka pada zakar sy..adakah sy perlu mengambil PEP? Runsing kepale memikirkan hal ni..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Setahu abang tidak ada kes berlakunya jangkitan HIV melalui seks oral, tetapi risiko jangkitan Penyakit kelamin mungkin ada..Dalam kes saudara yang tiada luka di zakar, abg rasa tidak berlaku jangkitan HIV. Wallahuallam..lain kali cuba elakkan dr melakukan lagi aktiviti seperti itu

      Delete
  32. Salam,
    bang najmi nk tnya klu jilat faraj pelacur boleh kena hiv? wlpun dia cuci sblm n slps main? Tertekan???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Kalau jilat tak berjangkit HIV TETAPI kemingkinan dijangkiti penyakit kelamin tetap ada.

      Boleh berjangkit jika ada luka dalam mulut atau dilidah saudara dan terkena rembisan air faraj pekerja seks tersebut ketika aktiviti jilat maka risiko dijangkiti HIV tetap ada jika pekerja seks itu ada HIV.

      Wallahuallam

      Delete
  33. Salam abg najmi sy nk tnye skit....2 taun lpas sy de melakukn perkara yg brisiko hiv.....bdn sy de timbul ruam2....tp sy dh buat hiv test dn doctor ckp negative....ape pndapat abg??

    ReplyDelete
  34. Salam abg najmi 2 taun lpas sy de wat pkare yg berisiko hiv....ptg td sy wat hiv test dan doc ckp negatif...ape pndapat abg najmi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam

      Dah 2 tahun, baru buat ujian...ok lah tu..betul lah kata doctor tu NEGETIF lah tu...usah bimbang. Biasanya ujian selepas 3 bulan dah dikatakan konkrit (tepat) walaupun ada juga doc yang suruh ulang lagi selepas 6 bulan dr tarikh aktiviti berisiko tu. Saudara dah 2 tahun. TEPAT dah tu.

      Naik ruam tu sebab lain...naik ruam tak semestinya sebab HIV, maybe sebab allegik, stress dan sebagainya. Rujuk pada doc tentang masaalah ruam tu ya...

      Delete
  35. salam abang najmi.
    saya ada melakukan ujian rapid di klinik kesihatan utk prosedur perkahwinan. apa yang saya perhatikan, selepas 2 titik darah saya diletak atas kit tu, dia terus letak diluent sangat la banyak dan tak sampai 3 minit, dia terus catitkan keputusan saya(negatif). bukankah sepatutnya tunggu sekurang2nya 10 minit? saya tahu pasal benda ni sbb sy ada beli hiv kit dari website primedic and ihivtest. alhandulillah semua keputusan negatif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      abg rasa staff yang melakukan ujian itu lebih tahu, kalau sudah ada perubahan pada petunjuk di kit berkenaan buat apa nak tunggu sampai 10 minit kan, pada abg itu sudah memadai. Wallahuallam

      Delete
  36. Adakah dengan menderma darah dapat mengetahui status hiv

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam

      Kebiasaanya setiap darah yang diderma akan diuji terlebih dulu sebelum digunakan, antaranya ujian HIV, jika darah itu ada HIV maka pihak hospital akan menghubungi sipenderma agar datang kehospital utk memaklumkan mengenai pekara berkenaan.

      Delete
  37. Salamz abg.. nk tnya skit... sy melakukan seks bebas(tanpa kondom) dgn sorg pelacur pd 12 jan 2014.. slps 4 minggu sy buat ujian darah antibodi hiv di sebuah klinik swasta, keputusanye, non-reactive... tp sy xkonfiden dgn keputusan tu... so sy tggu smpai 6 bulan dr tarikh aktiviti brisiko... 2nd tym, 11 julai 2014 sy buat lg ujian darah antibodi hiv di pathlab... alhamdulillah keputusanye non-reactive jgk... soalannye adakah sy 100% bebas dr hiv??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Ya saudara bebas HIV, sebab setahu abg ujian selepas 3 bulan sudah dikatakan konkrit (tepat), apatah lagi kalau dah 6 bulan kan...:)

      Delete
    2. Time kasih sgt2 abg naj mi...

      Delete
  38. Salam... Sya nie dah dekat 2bln demam dan sakit dalaman mcm susah nak makan... Setiap kali makan pedih sngt mcm ada luka.. Sya pg Klinik kerajaan

    ReplyDelete
  39. Saya buat rapid test dan keputusan positif hiv... So skrg doctor ambil darah untuk ujian pengesahan katanya ambil masa sebulan.. Saya sekarang rasa sakit sngt Sbb hari2 demam.. Mcm mna proses untuk masuk hospital? At least ade org blh jaga sya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Jika benar badan lemah, pergi ke wad kecemasan mana-mana hospital kerajaan beritahu sakit yang bagaimana pada doktor yang bertugas, beritahu ujian rapid test positif HIV.

      Saudara tinggal dengan keluarga atau sendirian. Boleh abg tanya dimana saudara tinggal. Add abg kat fb abg atau jika tinggal di sekitar KL mungkin boleh cuba hubungi saudara Luka Rafieqa,

      Luka Rafieqa Officially Page
      http://www.facebook.com/lukarafieqa

      Beliau pernah berkhidmat di Majlis AIDS Malaysia (MAM) dan PT Foundation.
      Sukarelawan Yayasan Salam Malaysia, Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Amal Firdausi (PAFI) Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM), Fasilitator, dan HIV/AIDS Educator.

      Phone 017-311 0306
      Email lukarafieqa@gmail.com
      Facebook Luka Rafieqa
      Website http://lukarafieqa.blogspot.com

      Delete
  40. Salam abang. Saye nak tanya. Saye ade melakukan aktiviti berisiko. Ramai pasangan. Bertukar2. Tapi sy sudah tinggalkan semua tu 4 tahun lepas. Saye tidak rase sakit apa2. Perlukah sy buat ujian di hospital ? Sy takut bila tringat tentang hiv.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Sebaiknya buat lah ujian HIV sebab ada juga yang telah dijangkiti HIV tetapi tidak mengalami sebarang simptom yang teruk...Pergi lah buat...baik untik diri sendiri, tahu lebih baik drp tidak tahu....

      Delete
  41. As salam bang najmi.. nak tya ni.. sy dh trlanjur bersama bf sy yg jga suami sy skrg selama 8 bln tp x sering mlakukan seks. sya da check hiv sblum kawen negatif.. then after kawen smasa mngndung pn negative. Tp yg sy heran after anak sy 3 yrs & now preg anak dua, dua kali rapid test mnunjukkan sy positif... sy heran & knapa... sdangkn sy hny brsama suami sy ... x pnah bt blood transfussion, kna luka org, lngsng x penah, suami pn x penah dgn pmpn lain.. yg sy plik sy reactive.. n rapid test tu dalm 15 minit non reactive.. after 15 min dia reactive... tggu krajaan bg result mau 1 bln.. i just want to know mcm mna sy blh dijangkiti spt ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu mcm ni nak tuduh pun susah gak..better suruh suami tu cek darah sekali

      Delete
    2. Salam,

      Mungkin ada kesilapan pada ujian berkenaan, jika tidak ada masaalah mungkin puan boleh cuba buat ujian di BL LAB bagi memastikan kebenaran status puan kerana keputusan lebih cepat drp hospital kerajaan tu. Abang ada terdengar juga masaalah sebegini dulu tapi biasanya ada kesilapan.

      Jika benar puan positif dan puan tidak melakukan aktiviti dengan orang lain maka kemungkinan ianya datang darai suami puan. Seperti yang disarankan oleh Ritchell..suami puan perlu jalani ujian HIV juga, sekiranya negatif, pandangan abg tentu ada kesilapan yang berlaku.

      Agak sukar nak abg beri jawapan yang tepat mengenai masaalah ini, insyaallah abg akan sharekan pertanyaan Puan ke dalam fb abg, mudah2an ada pembaca yang lebih tahu boleh beri pandangan mereka mengenai masaalah ini dan insyaallah abg akan tinggalkan pandangan mereka didalam ruang didalam entri ini nanti...

      Delete
    3. Ujian saringan rapid test berlaku juga kepincangan.

      Boleh akak kongsikan kisah yang sama berlaku di rumah akak (Rumah Perlindungan PLHIV Wanita - Rumah Wahidayah) dimana seorang wanita yg mempunyai 2 orang anak hanya didapati HIV setelah anaknya yang kedua sudah hampir 8 bln.

      CD4 nya sekarang sudah 34 sahaja, ini menunjukkan dia telah lama dijangkiti virus HIV. Masa mengandung anak kedua dia melalui rapid test dan didapati negative. Anaknya sekarang sedang menjalani test HIV. Ujian untuk antibodi telah keluar dan positive. Sekarang ujian untuk kesan virus dijalanlkan dan sedang menunggu result.

      Dan lagi satu kepincangan seorang sahabat yg sudah lama hidup dengan HIV dan sudah jalani rawatan HAART telah menjalani ujian rapid test semasa mengandung sebanyak 2 kali dan didapati result non reactive. So disini kita perlu question system atau peralatan rapid test itu.

      Delete
  42. Salam...abg najmi...ada tak risiko hiv kalau hanya cium kemaluan perempuan berkali2 yg x tahu status pembawa hiv atau x...tp tidak jilat n x buat bnda2 lain...mohon penjelasan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      TIDAK BERJANGKIT......usah bimbang...

      Delete
    2. Fuh...terima kasih abg najmi...seminggu x tidur fikir pasal ni...nasib baik x buat lebih...takut

      Delete
    3. Lain kali cium wife punya..yang halal aje tau...takut lain kali kalau masih buat nanti boleh terlajak lebih jauh pulak...:)

      Delete
  43. Sorry bang...x buat dah...takut2...huhu..terima kasih atas nasihat :)

    ReplyDelete
  44. Salam bang naj mi... Sy betul2 rasa tertekan... 2 hari lepas sy 1st time melanggan pelacur... Rasa rasa menyesal sangat2... Sy pakai kondom tapi oral sex tk pakai kondom... N sy terpancut dalam mulut pelacur tu... Sy nk tau bilakah tempoh masa sesuai untuk buat ujian std... Adakah sy berisiko mengidap hiv? Sy betul2 dah taubat nasuha... Tk tau la kenapa sy boleh terjebak dalam aktiviti ni... Mohon penjelasan abg naj mi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam<

      Risiko saudara dijangkiti HIV mungkin tiada tetapi STD risikonya ada, abg tak pasti bila masa sesuai buat ujian STD...mungkin boleh tanya pandangan doktor diklinik. Tapi kalau ujian HIV sebaiknya buat selepas 3-4 minggu selepas aktiviti berisiko (tanpa kondom)

      Wallahuallam

      Delete
    2. Sy takut sangat2 bang naj mi.. Sekarang ni sy kerap kencing n rasa semacam kat zakar... Adakah itu tanda2 STD?

      Delete
    3. Mungkin jugak, sebab antara simptom penyakit gonorea ialah kencing bernanah, kesukaran kencing dll..so sebaiknya jumpa doc, doc akan beri suntikan nanti

      Delete
    4. Salam abg najmi... Sy nk tanya... Hiv boleh jangkit melalui ciuman ke? Maksud sy ciuman yg melibatkan lidah....

      Delete
  45. Salam abg Najmi,
    Saya adalah seorang yang berada di dalam golongan yang berisiko untuk dijangkiti. Saya juga bekas penagih dadah (InsyaAllah hampir 1 tahun berhenti - Doakan saya untuk tabah untyk berhenti).

    Saya mengalami simptom-simptom ni:-

    1) Tonsil bengkak / sakit tekak hampir 4 bulan. Dan semacam ada lapisan putih dalam tekak tapi bukan ulser. Dah jumpa GP mereka bagi antibiotik dan ubat sakit tekak biasa je. Tak jalan pun.

    2) Sakit kepala yg tak dapat dijelaskan. Macam vertigo. Macam tak boleh fokus especially bila naik tangga.

    3) Berat badan kurang daripada 67kg ke 63kg. Then maintain takat 63kg tu je.

    4) Swollen gland (kelenjar bengkak) di bawah cuping telinga, kiri kanan leher dan bawah dagu. Mungkinkah disebabkan oleh sakit tekak?

    5) Ada kudis buta banyak kat kaki dan betis. Ada juga di keliling pinggang dan perut. Gatal sangat tapi bila doktor GP kasi ubat scaboma lotion sapu satu badan dah okay sekarang. Dah tak merebak dan tak gatal dah. Alhamdulillah.

    6) Bisul kat hidung, perut dan atas paha (Berlaku pada masa yang sama dapat kudis buta). Dah hilang tapi masa kena bisul tu siap demam kejap.

    Kemudian saya ada buat hiv & std test hari Jumaat petang lepas, bayar nak dekat rm300. Isnin lewat petang tu mereka dah call saya untuk berjumpa discuss.

    Haritu mereka cakap boleh email result, tapi sekarang mereka taknak email pulak. Takutnya.... Ya Allah...

    Adakah mereka buat rapid test sebab tu result keluar cepat? Klinik swasta. Mereka hantar ke pathlab.

    Adakah mereka akan hantar result saya (sekiranya positif) ke insurans company saya? Habis saya nanti satu company tahu sebab agen insurans agent tu rapat sangat dengan staff dan boss. Almaklum company kecik.

    Sengsara tunggu result, rasa macam taknak ambil je result tu. Walaupun positif saya tahu kena ambil test confirmation pulak sekali lagi.

    ReplyDelete
  46. Bersambung dari post saya tadi.

    Simptom ni tertinggal:-)

    Kulit saya menjadi kering kesan dari pengambilan dadah. Kulit gatal dan menjadi merah seperti ruam sementara/sekejap. Lepas beberapa lama ruam merah tu hilang. Saya google dan difahamkan ruam untuk hiv ni merah macam chickenpox, tak gatal dan permenant. Betul ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam

      Boleh PM abg kat facebook abg tak...copy dan paste soalan ini nanti insyaallah abg akan jawab disitu...Boleh ya

      Delete
  47. As salam bng, sy ada pertanyaan.. sy pernah lakukan dosa dgn hubungan sex isteri org... mmg waktu tu saya buta agama, x hargai anugerah tuhan... sy lakukan tanpa kondom, selepas tu, saya ada lakukan dengan pekerja seks dgn memakai kondom, dan ada menjilat faraj pelacur tersebut... sy melanggan pelacur lebih dari 5 kali... ya Allah, betapa jahil dan hina saya ketika tu... dlm okt 2014 saya skali lakukan seks dgn isteri org tanpa kondom.... pd 22 dis 14 sy ada buat b2b dan ada pergeselan zakar dan menjilat faraj, bila nak melakukan tusukan faraj, sy terhenti.. dan sempat masuk separuh.... saya ada membuat blood test pd 27 jan 15, 9 feb 15 dan kali terakhir pd 13 feb 15... kesemua result adalah non reactive, ttp, simtom hiv x hilang dari saya spt demam yg on off, batuk kering, pening kepala, sakit sendi dan urat, tiada bengkak kelenjar dan ruam... pernah ke hospital buat normal test, doktor ckp ada virus, but not sure virus apa, skrang... istrri saya sakit kepala, kutang mkn dan sakit tengkuk, anak pulak batuk2... saya harap abg dpt beri pendapat, sekarang, sy br sedar nikmat Allah diberi ister, anak2 yg comel....
    Tubna ilallah... wa rozakna ilallah....

    ReplyDelete
  48. Bang kalau urutan batin di rumah urut ada tak kes jangkitan hiv

    ReplyDelete
  49. Salam abang najmi. Boleh x share dekat mana nak buat full STD screening test di klinik swasta pada harga yg berpatutan. Saya risau saya dijangkiti penyakit kelamin. Saya malu sangat nak pergi klinik kerajaan. Dulu saya sering melakukan oral seks di pusat urut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. klinik bangsar south... doktor situ professional. boleh gooole.

      Delete
  50. Salam abg najmi.
    Dalam 3 minggu lepas saya ada buat dermah darah anjuran sebuah program. Pagi tadi saya dapat call daripada Pusat Darah Negara dan meminta saya datang ke sana berjumpa doktor bagi mengetahui keputusan ujian darah yg saya dermakan sebelum itu. Dia kata keputusan ujian tidak boleh dipos dan perlu diberikan secara personal.

    Soalan saya, adakah itu prosedur biasa bagi yang pernah menderma darah untuk mengetahui keputusan tersebut tidak kiralah sama ada positif jangkitan atau tidak.

    Saya runsing dan takut untuk pergi. Saya mengaku pernah melalukan seks sesama jantina. Abg najmi tolong jawab.

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST