Saturday, 8 December 2012

ENTRY 2 : INFORMASI HIV/AIDS - BUKU RINGKAS BAHAGIAN 2

sambungan dari Buku Ringkas Informasi HIV/AIDS - Dari Bahagian 1 (klik disini)


Ujian HIV/AIDS 

- Peringkat  Saringan
- Peringkat Pengesahan
- Peringkat Pemantauan

UJIAN SARINGAN 

- Ujian saringan bertujuan untuk mengesan antibodi.
- Apabila tubuh melawan virus HIV, ia akan menghasilkan antibodi kepada virus tersebut.
- Ujian saringan akan mengesan kehadiran antibodi terhadap HIV.

Jenis ujian saringan HIV yang boleh diperbaharui di Malaysia ialah: 

1) RAPID TEST
- Keputusan boleh didapati dalam masa 15 minit 

2) ELISA (Enzyme-Linked Immuno Sorbent Assay)
- Ujian ini dijalankan di makmal. Keputusan selalunya akan diketahui dalam masa dari kurang dari seminggu. 

3) PA (Particle Agglutination) 
- Ujian ini juga dijalankan dimakmal. Keputusan selalunya akan diketahui dalam masa kurang dari seminggu.


UJIAN PENGESAHAN 

- Ujian pengesahan bertujuan untuk mengesahkan keputusan ujian saringan.
- Pesakit akan disahkan dijangkiti virus HIV (HIV positif) apabila ujian saringan dan ujian pengesahan memberikan keputusan yang sama iaitu positif.

Jenis-jenis ujian pengesahan yang boleh diperolehi di Malaysia ialah : 

1) WESTERN BLOT 
- Ujian ini mengesahkan kehadiran antibodi. Dijalankan di makmal-makmal tertentu sahaja di negara ini.

2) KULTUR 
- Ujian ini mengesan kehadiran virus dengan cara membiakkan virus ke dalam sel kultur, hanya dijalankan di makmal-makmal penyelidikan sahaja.

3) PCR (Polymerase Chain Reaction) 
- Ujian ini mengesahkan kehadiran virus
- Sangat spesifik    


UJIAN PEMANTAUAN

Ujian pemantauan bertujuan untuk memantau keadaan pesakit dan respon pesakit terhadap rawatan. Ujian pemantauan yang biasa dijalankan di negara ini ialah:

1) UJIAN CD4 
- Dilakukan untuk mengenal pasti tahap jangkitan HIV. Juga dijalankan untuk menentukan bila rawatan "Highly Active Anti-retroviral Treatment (HAART) boleh dimulakan.
- Individu yang sihat biasanya mempunyai bilangan CD4 antara 600-1200 sel/mm3 darah.
- Pesakit HIV akan dianggap mempunyai bilangan CD4 yang normal jika melebihi 200 sel/mm3. CD4 dibawah 200 sel/mm3, kategori berkait rapat dengan AIDS dan rawatan HAART diperlukan.

2) UJIAN VIRAL LOAD
- Dilakukan untuk mengukur jumlah virus di dalam darah.
- Kandungan "Viral Load" yang tinggi menyebabkan terdedah kepada jangkitan oportunistik dan AIDS.
- Paras "Viral Load" juga digunakan bagi keputusan bila terapi susulan dilakukan dengan menggunakan ubat HAART.


RAWATAN HIV 

- Rawatan Profilatik
- Rawatan Anti-Retroviral

RAWATAN PROFILAKTIK 
- Bermakna rawatan awal untuk mencegah rawatan.
- Diberikan kepada pesakit HIV positif untuk mencegah jangkitan oportunistik seperti : Pneumocystis Carini Pneumonia (PCP), Tuberculosis (TB), Kandidiasis dan lain-lain 

RAWATAN ANTI RETROVIRAL
- Selain rawatan profilaktik, rawatan khusus yang juga dikenal pasti sebagai rawatan anti retroviral (ARV) diberikan kepada pesakit HIV positif di negara ini. 
- Mengikut garis panduan semasa, semua pesakit HIV positif layak menerima rawatan ini tetapi pemberian rawatan masih lagi mengikut kesesuaian ditentukan oleh pakar perubatan.

Jenis rawatan ARV di negara ini: 

1) MONOTERAPI  
- Rawatan menggunakan satu jenis ubat biasanya AZT.
- Diberi kepada ibu mengandung sahaja.

2) HAART (Highly Active Anti-Retroviral Treatment) 
- Rawatan  menggunakan kombinasi 3 jenis ubat.
- Diberi kepada semua pesakit yang layak.



WANITA DAN HIV 

- Wanita 2-4 kali ganda lebih mudah dijangkiti HIV berbanding lelaki.
- Semasa hubungan seks, banyak air mani yang mengandungi bilangan virus HIV yang aktif ditumpahkan ke dalam faraj.
- Mereka lebih mudah mengalami carikkan tisu di dalam faraj bagi memberi laluan yang mudah untuk memasuki aliran darah.
- Permukaan mukosa di bahagian kemaluan wanita lebih luas memudahkan terdedah kepada jangkitan di bahagian kemaluan bagi meningkatkan jangkitan HIV.


PENJAGAAN UNTUK IBU HIV POSITIF DAN BAYI

SEMASA HAMIL
- Dapatkan segera pemeriksaan doktor dan khidmat kaunseling.
- Makan ubat seperti yang dinasihatkan oleh doktor bagi mengurangkan risiko anak dalam kandungan daripada dijangkiti virus HIV. Pengalaman di negara ini menunjukkan risiko jangkitan dapat dikurangkan dari 30% ke 5% dengan mengambil rawatan.

SEMASA KELAHIRAN
- Lebih selamat jika kelahiran dilakukan secara pembedahan bagi mengurangkan pendedahan bayi kepada darah serta cecair badan ibu yang HIV positif.


SEMASA KELAHIRAN 
- Pakar perubatan akan menentukan tahap jangkitan dan menentukan apakah rawatan HAART berpanjangan perlu diambil.
- Pastikan anak mendapat rawatan profilaktik sirap AZT selama 6 minggu.
- Pastikan anak menjalani ujian PCR untuk menentukan status jangkitan. Jika anak dijangkiti, rawatan HAART akan dimulakan.


HIV DAN PENCEGAHAN 

Ketahui latar belakang dan status kesihatan anda dan pasangan anda dengan menjalani ujian HIV.
     - Ujian HIV di klinik dan di hospital kerajaan adalah percuma dan dikendalikan secara sulit.
     - Kerajaan juga menjalankan ujian saringan HIV tanpa nama di semua Klinik Kesihatan.

Pastikan anda dan pasangan anda bebas daripada penyakit kelamin.
    - Semua saringan dan rawatan penyakit kelamin di klinik dan hospital kerajaan di negara ini adalah percuma.

Berhenti mengambil dadah
    - Anda boleh menghadiri klinik atau pusat rawatan terapi metadon.
    - Jika anda mengambil dadah melalui suntikan, anda boleh menghadiri klinik atau Pusat Rawatan NSEP.

Setia pada pasangan anda.
    - Jangan mengadakan hubungan seks tanpa menggunakan kondom.
    - Jangan berkongsi peralatan peribadi yang boleh tercemar dengan darah.
    - Jangan menderma darah sekiranya anda terdedah kepada aktiviti berisiko dan dijangkiti HIV.


PERKHIDMATAN KAUNSELING

- Perkhidmatan Kaunseling Pra Ujian
- Kaunseling Selepas Ujian
- Kaunseling Sokongan
- Boleh dijalankan secara bersemuka ataupun berkumpulan.
- Boleh mendapat maklumat atau Khidmat Kaunseling melalui Talian Khidmat Bantuan ataupun Laman Web www.dph.gov.my/aids atau email kepada aids@dph.gov.my   



 Ke Arah Komuniti Bebas HIV.
 Amalkan Cara Hidup Sihat. 
Sihat Sepanjang Hayat.


Sumber : Risalah buku kecil yang diperolehi di Hospital Besar
Kearah Komuniti Bebas HIV
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

No comments:

Post a Comment

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST