Saturday, 8 December 2012

ENTRY 1 : INFORMASI HIV/AIDS - BUKU RINGKAS BAHAGIAN 1



HIV/AIDS

HIV (Human Immunodeficiency Virus) adalah sejenis virus daripada kumpulan retrovirus yang menyebabkan jangkitan sepanjang hayat. Virus ini boleh menyebabkan kerosakan sistem daya tahan tubuh melawan penyakit secara pelahan-lahan. 

AIDS merupakan peringkat akhir jangkitan HIV dimana sistem daya ketahanan badan melawan penyakit telah dilumpuhkan.

Mereka yang dijangkiti dengan virus HIV juga digelar:
PEMBAWA HIV jika tidak menunjukkan tanda-tanda AIDS 
PESAKIT AIDS jika menunjukkan tanda-tanda AIDS.


HIV BERJANGKIT

HIV hanya berjangkit daripada mereka-mereka yang telah dijangkiti kepada orang yang sihat melalui 3 cara:

1) Hubungan Seks
2) Perpindahan Darah dan Hasil Darah
3) Ibu Kepada Anak Dalam Kandungan


JANGKITAN HIV/AIDS MELALUI HUBUNGAN SEKS? 

- Virus HIV berjangkit melalui hubungan seks tidak selamat dengan pembawa HIV atau pesakit AIDS
- Hubungan seks secara rambang dan bertukar-tukar pasangan adalah berisiko tinggi untuk dijangkiti virus HIV
- Kebanyakan pesakit HIV di dunia mendapat jangkitan melalui seks.


JANGKITAN HIV/AIDS MELALUI DARAH? 

Virus HIV terdapat didalam darah pesakit HIV/AIDS akan dipindahkan melalui:

- Perkongsian jarum suntikan di kalangan penagih dadah.
- Menerima darah atau hasil darah yang tidak disaring.
- Menerima organ yang tidak disaring.

Cara jangkitan yang paling efisien tetapi bilangan pesakit yang mendapat jangkitan melalui pemindahan darah di negara ini sangat kecil, kerana Kementerian Kesihatan Malaysia mengamalkan tatacara pemindahan darah yang kemas dan teliti.


JANGKITAN HIV/AIDS MELALUI IBU KEPADA ANAK?

HIV daripada ibu yang positif HIV kepada anak:

- Semasa dalam kandungan
- Semasa melahirkan
- Melalui penyusuan ibu selepas dilahirkan.
Ibu yang positif boleh mengurangkan risiko jangkitan dengan mengambil rawatan semasa mengandung, melahirkan anak melalui pembedahan dan tidak menyusukan anak dengan susu badan selepas kelahiran anak. Risiko jangkitan tanpa rawatan ialah 30% atau 1 dari 3 anak yang dilahirkan akan dijangkiti.


BAGAIMANA VIRUS HIV MEMUSNAHKAN SISTEM PERTAHANAN BADAN MANUSIA?

- Virus HIV akan menyerang sel yang merangsang imuniti dalam badan manusia (sasaran sel)
- Virus HIV mula-mula melekat di dinding sasaran sel. Selepas itu akan masuk kedalam sel.
- Virus HIV tidak dapat membiak dengan sendiri (virus RNA) akan mencuri bahan genetik sasaran sel (DNA).
- Virus HIV akan melakukan replikasi menggunakan DNA sasaran sel.
- Virus HIV baru akan keluar dari sasaran sel dan menyerang sasaran sel baru. Apabila semua bahan DNA sasaran sel telah digunakan, sasaran sel tersebut akan musnah. Pada masa itu beribu-ribu virus HIV telah dihasilkan dan bersedia menyerang sel baru.
- Apabila semua atau hampir semua sasaran sel telah diserang dan musnah, daya tahan badan melawan penyakit telah atau hampir lumpuh.


BAGAIMANA VIRUS HIV MEMUSNAHKAN SISTEM PERTAHANAN BADAN MANUSIA
  
1) Virus HIV memasuki sasaran sel
2) Virus HIV melekat pada reseptor sasaran sel.
3) Virus HIV memasuki sasaran sel
4) Virus HIV melepaskan bahan genetiknya
5) Virus HIV meniru bahan genetiknya.
6) Bahan genetik baru dikumpulkan untuk membentuk virus HIV baru.
7) Virus HIV bersedia untuk dilepaskan
8) Virus HIV baru dilepaskan akan menyerang sel yang lain.     


PERINGKAT JANGKITAN HIV

- Virus HIV akan mengurangkan keupayaan sistem pertahanan badan pembawa HIV.
- Tanda-tanda AIDS seperti susut berat badan, cirit birit berlarutan, demam berpanjangan, batuk berpanjangan, ulser mulut, bengkak kelenjar, kelesuan dan kebas-kebas di tangan dan kaki, dan berpeluh yang banyak pada waktu malam.
- Hampir kesemua pesakit HIV akan menunjukan tanda-tanda AIDS selepas 10 tahun dijangkiti.
- Jangkamasa tersebut mungkin lebih pendek jika tahap kesihatan dan pemakanan tidak dijaga dengan baik.
- Tanda-tanda AIDS bermakna tahap daya ketahanan diri melawan penyakit telah lumpuh atau hampir lumpuh.


PERINGKAT JANGKITAN HIV

- Peringkat Window
- Peringkat Tiada Tanda (Pembawa HIV)
- Peringkat Akhir


PERINGKAT JANGKAMASA WINDOW 
- Pesakit nampak sihat
- Ujian HIV adalah negatif (antibodi terhadap virus HIV masih belum dapat dikesan)
- Virus HIV membiak dengan cepat.
- Jumlah HIV dalam darah sangat tinggi dan mudah untuk menjangkiti orang lain.


PERINGKAT TIADA TANDA (PEMBAWA HIV) 
- Pembawa HIV kebiasaannya nampak sihat walaupun ujian HIV adalah positif.
- Virus HIV akan mengurangkan keupayaan sistem pertahanan dalam badan pembawa HIV.
- Hampir kesemua pesakit HIV akan menunjukkan tanda-tanda AIDS selepas 10 tahun.
- Jangkamasa tersebut mungkin lebih pendek jika tahap kesihatan dan pemakanan tidak dijaga dengan baik.


PERINGKAT AKHIR JANGKITAN HIV/AIDS
Penyakit yang biasa berkaitan dengan AIDS:

KANDIDIASIS
- Jangkitan kulat kandida yang menunjukkan tanda-tandanya keputihan yang sakit dibahagian mulut dan sakit tekak semasa menelan.
- Jangkitan boleh mengenai organ lain seperti usus, hati, saraf pusat dan sistem pernafasan.

KAPOSI SARCOMA (disini)
- Sejenis barah saluran darah
- Biasanya tertumpu dibahagian kaki.
- Bagi mangsa AIDS barah ini merata keseluruh badan termasuk kulit dan organ lain seperti paru-paru. 

TB atau Tuberculosis (disini)
- Penyakit TB disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis.
- Kebiasannya bakteria TB ini menyerang paru-paru.
- Kuman TB akan tersebar melalui udara apabila pesakit TB batuk atau bersin.
- Tanda penyakit TB antaranya ialah batuk berpanjangan, sakit dada, kurang berat badan, lemah, bengkak kelenjar pada leher.
- Disamping mudah terkena penyakit TB, pesakit AIDS yang menghidap TB juga memerlukan rawatan yang lebih lama dari pesakit biasa.

PCP (Pneumocystis Carini Pneumonia)
- Penyakit paru-paru akibat jangkitan protozoa (parasit satu sel).
- Tanda penyakit termasuk batuk tanpa kahak lebih 5 hari, sesak nafas yang bertambah teruk, pernafasan cepat  dan muka bertukar menjadi lebam.   

           


Ke Arah Komuniti Bebas HIV.
 Amalkan Cara Hidup Sihat. 
Sihat Sepanjang Hayat.


Sumber : Risalah buku kecil yang diperolehi di Hospital Besar
Kearah Komuniti Bebas HIV
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA



No comments:

Post a Comment

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST