Friday, 7 December 2012

KISAH IKRAM DAN ATIKAH DUA BERADIK HIV YATIM PIATU

Bahana AIDS
Hari ini si abang kelihatan ceria, ada seri terpancar diwajahnya. Dia selalunya tidak seperti itu, dia pasif sukar diajak berbual dan yang paling ditakuti penghuni lain dia seorang yang sensitif. Jangan tersalah cakap, dia pasti akan merajuk dan memencilkan diri. 


"Nama saya Ikram, Ikram bin Muhamad berumur 12 tahun dan saya sudah tinggal disini sejak kecil, lebih kurang tiga atau empat tahun macam itu," cerita anak sulung daripada dua adik beradik ini kepada saya tanpa perlu saya bertanya lanjut.  

Perwatakan Ikram berbeza sekali seperti yang diceritakan oleh penjaganya, R. Kalaiselvi. Dia tidaklah pasif, malah dia yang memperkenalkan dirinya kepada saya. Gerak hati saya mengatakan mahu mengenalinya dengan lebih dekat lagi. 

Kata Kalaiselvi, Ikram telah dihantar ke Rumah Wake 1, sebuah Rumah Perlindungan untuk kanak-kanak yang menghidapi HIV/AIDS sejak berusia empat tahun. Dia tidak keseorangan, adiknya Atikah yang ketika itu masih bayi turut bersama tinggal dengan Ikram dirumah perlindungan tersebut.

"Saya tiada ibubapa, tiada saudara mara. Saya seronok dapat tinggal disini walau tidak ramai kawan tapi saya okey saja," ringkas jawapan Ikram bila ditanya tentang kehidupannya dirumah perlindungan tersebut.

Ikram pada zahirnya memang kelihatan sedikit lemah, tapi perkembangan fizikalnya baik. Tubuhnya boleh dikategorikan besar daripada kebanyakan murid yang berusia 12 tahun. Pada peperikasaan USPR baru-baru ini, Ikram memberitahu keputusannya tidak begitu bagus, tapi dia memang berpuas hati.

"2B, 2C dan 1E, saya dapat E dalam subjek Sains, tapi saya bercita-cita menjadi juruterbang," ujurnya sambil tersenyum.

Saya sempat begurau kepadanya bahawa untuk menjadi juruterbang kena dapatkan banyak A berbanding B dan C. Dia tersenyum. Walau pun demikian saya kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh murid tahun enam disebuah sekolah di Setapak, Kuala Lumpur itu.

Keputusan UPSRnya tidak begitu baik mungkin kerana dia tidak selalu dapat menghadirkan diri ke kelas dek penyakit yang ditanggung. Setiap hari dia perlu memakan ubat, malah sebulan sekali dia akan dibawa ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan.

"Kadang-kadang saya malas ke kelas kerana bangun lambat, tapi saya amat suka ke sekolah kerana lebih ramai kawan berbanding disini," ujur Ikram, dia seperti tahu apa yang ada diminda saya.


Atikah
Atikah yang saya lihat lebih mesra berbanding abangnya bakal meneruskan persekolahan dalam tahun 3, tahun hadapan disekolah kerajaan di Setapak.

Keadaan fizikal Atikah juga semakin lemah dari hari ke hari. Kakinya tidak kuat menyebabkan dia lebih banyak duduk daripada bermain disana sini seperti kebanyakan kanak-kanak seusianya.

Pun begitu Atikah mempunyai bakat terpendam, dia pandai melukis dam mewarna. Hasil kerjanya ada nilai tersendiri. Mungkin lukisan adalah medium terbaik Atikah meluahkan perasaannya.

Ikram bersama adiknya Atikah

Ikram dan Atikah memang tidak mempunyai sesiapa lagi dimuka bumi ini. Hanya teman-teman di Rumah Wake dan penjaga disitu yang sudi menemani mereka dan menguruskan hidup mereka dua beradik sehingga berusia 18 tahun.

Selepas 18 tahun mereka tidak lagi boleh tinggal disitu. Pihak Rumah Wake akan mencari peluang untuk mereka sambung pelajaran di kolej ataupun peluang pekerjaan yang sesuai.
Ibu dan bapa Ikram dan Atikah telah lama meninggal dunia, iaitu kira-kira beberapa bulan selepas Atikah dilahirkan.

Mereka meninggal akibat kuman HIV dan penyakit AIDS yang telah dideritai sejak sekian lama. Ikram sendiri tidak tahu dimana kubur ibu dan ayahnya. Malah dia langsung tidak tahu bagaimana wajah mereka kerana tiada sekeping gambar, apatah lagi peninggalan daripada ayah dan ibu untuk mereka dua beradik.

"Rutin saya setiap hari kesekolah, mandi makan belajar dan bermain, malamnya tidur. Dalam cuti sekolah ini saya seronok sebab pihak pengurusan Rumah Wake menganjurkan lawatan ke Berjaya Times Square," ujurnya.

Ikram dan Atikah akan meneruskan kehidupan mereka seperti biasa. mereka tidak pernah memikirkan  sesuatu yang luar biasa atau mengeluh tentang keadaan yang menimpa mereka. Suntikan keceriaan adalah daripada insan yang sudi bertandang dan memberikan sedikit hiburan buat mereka.

Bagi yang ingin menderma ke Rumah Wake, bolehlah bertanya maklumat lanjut di talian 03-26926861.

Sumber : MegaMode Utusan Malaysia 4 Disember 2012 - Sempena Hari Aids Sedunia 2012 - oleh Noor Fazrina Kamal


No comments:

Post a Comment

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST