Tuesday, 4 December 2012

PUAN ZARINA - IBU SAYA DIROGOL 12 LELAKI, MEMBAWA AIDS MENEMUI ALLAH

Ya Allah, sebaik membaca kiriman email pengakuan derita hidup seorang wanita ini, hati saya sebak ketika membaca. Walaupun Puan Zarina (bukan nama sebenar) bukan seorang PLHIV tetapi kisah hidupnya terutama berkaitan tentang nasib malang ibunya telah membuatkan “bulu roma” saya meremang ketika membaca.


Cukup lengkap segala “perencah” yang Allah taburkan dalam kuali kehidupan Puan Zarina dan ibunya yang saya pasti boleh membuatkan anda terutama kaum wanita menitis air mata bila membacanya.

Kiriman email pengakuan tersebut dihantar kepada kawan email saya iaitu Puan Marshita (bukan nama sebenar), dan Puan Marshita berkongsi kisahnya dengan saya. Saya rasa kisah hidup yang dialami Puan Zarina ini boleh memberi pengajaran dan renungan kepada kita semua, sebab itu saya meminta jika diberi keizinan oleh Puan Zarina, saya ingin kongsikan kisah hidup beliau didalam blog saya. Alhamdulillah, setelah berminggu berlalu, semalam saya membaca "message" dari Puan Marshita memberitahu tentang keizinan Puan Zarina membenarkan saya berkongsi kisah sedih hidupnya dengan pembaca semua, dengan syarat segala nama tempat di rahsiakan.

Bak kata Puan Marshita kepada saya, “Najmi satu perkongsian….saya baca dan sebak jugak sebab saya juga wanita.” 


Email Puan Zarina kepada Puan Marshita,

Salam.

Puan, bertemu blog puan dari blog saudara Najmi. Sekadar berkongsi  dengan puan nasib ibu kandung saya dan inilah kali pertama saya meluahkannya kepada orang lain. Saya rasa lebih baik bercerita pada mereka yang tidak pernah mengenali diri saya tetapi untuk bercerita pada Najmi saya akan lakukan satu hari nanti bila saya cukup bersedia.

Bila membaca blog puan, saya rasa cemburu dengan kehidupan yang puan lalui, ada kerjaya, ada kehidupan, ada anak-anak yang membahagiakan. Puan seperti komen saudara Najmi di entry puan, "Setiap dekad usia ada kelebihannya, zaman kita lalui hampir sama, cuma haluan kejayaan hidup yang berbeza"

Saya juga seperti puan melalui kehidupan sekolah berasrama penuh yang gemilang tetapi saya hanya berjaya ke ********* dan memulakan kehidupan baru sebagai pelajar universiti yang sangat daif.


Kisah bermula
Ibu bapa saya bercerai saat ketika saya mendaftar masuk ke *********. Saya mengikut bapa dan berpisah dengan ibu. Saya sangat sedih kerana bapa saya seorang yang sangat ego dan tidak membenarkan saya berjumpa ibu walau sesaat pun kerana itulah caranya bapa melepaskan perasaan dendam terhadap ibu. Ini kerana bapa mendengar hasutan keluarga bapa yang mengatakan ibu saya seorang sundal dan mahkamah syariah yang dulunya tidak berfungsi secara baik mengiyakan sahaja tuduhan bapa maka jatuhlah talak tiga pada ibu. Tetapi puan atas nama Allah ibu tidak pernah melakukan perbuatan terkutuk itu.

Rindunya ibu kepada saya tidak dapat dibendung kerana saya adalah anak tunggal ibu dan kami sangat rapat. Bapa saya seorang yang warak tetapi panas baran jadi saya sangat menyayangi ibu. Berbagai cerita buruk tentang ibu yang saya dengar dari bapa tetapi saya tahu siapa yang benar.

Selepas sebulan bercerai, bapa saya berkahwin dengan seorang bidan yang baru tamat kursus perbidanan dan tinggal dirumah lama kami di bandar ******** di selatan Malaysia. Isteri baru ayah berasal dari FELDA di kawasan selatan juga dan bersikap hipokrit. Hubungan kami biasa-biasa aje setakat berbasa basi dan pada masa yang sama saya tidak pernah bertemu dengan ibu kandung tetapi tetap berusaha mencari tempat tinggal terakhir ibu. Pelajaran saya di Universiti sekadar biasa-biasa dan saya melaluinya penuh kebosanan kerana saya tidak bahagia secara dalaman.


Cinta pertama Puan Zarina terhalang
Pada masa yang sama seorang pensyarah muda telah jatuh hati pada saya dan ketika ini saya sangat bahagia menjadi kekasihnya dan saya telah dibawa berjumpa kedua orang tuanya di *********. Hampir dua tahun kami bercinta dan saat-saat yang saya rasai amat bahagia tetapi perhubungan kami dihidu oleh ibu tiri yang telah membuka surat dari kekasih saya ketika saya bercuti semester. Kerana asal kekasih dan ibu dari negeri yang sama, bapa  memaksa saya memutuskan hubungan.

Saya dibelasah bapa sampai lembik tetapi dalam hati saya tetap berpegang pada cinta pertama saya.

Bila semester akhir dibuka, saya kembali ke kampus dan kekasih berjanji kami akan berkahwin dan kekasih saya pula perlu melanjutkan pelajaran ke luar negeri tetapi kami sudah mempunyai perancangan sendiri. Habis pengajian, rumah kami dikunjungi oleh rombongan dari sebelah ibu tiri yang meminang saya untuk anak lelaki mereka yang merupakan seorang guru sekolah rendah dan saya menolaknya dengan alasan saya belum bersedia. Bapa dan ibu tiri amat memarahi saya dan bermula kehidupan yang sangat tidak selesa buat diri saya.


Gay dijodohkan dengan Puan Zarina
Puan, alangkah besarnya kuasa Allah, guru itu telah bersemuka dengan bapa saya dan menerangkan kepada bapa bahawa dia tidak ada keinginan kepada saya kerana dia seorang gay. Itulah pertama kali saya mendengar perkataan gay dan buat pertama kalinya saya bercakap melalui telefon dengannya.

Saya kata terima kasih yang teramat dan menerangkan kedudukan saya pada masa itu. Guru itu membantu saya mencari ibu dan saya dapat berjumpa ibu yang amat saya kasihi. Ibu sangat kurus kerana setiap hari ibu tidak lalu makan kerana rindukan saya, baju saya lusuh dicium ibu setiap hari ,selepas dari itu saya pergi kebalai polis dan membuat report yang mengatakan saya lari dari rumah kerana untuk tinggal bersama ibu. Saya tidak pulang lagi kerumah bapa kerana tahu sekiranya saya pulang pasti banyak perkara buruk akan berlaku. Sebelah keluarga bapa termasuk bapa sangat marah kepada saya kerana mencari perempuan sundal itu.


Bahagia hanya sementara
Saya dan kekasih berkahwin juga dengan berwakil walikan wali hakim kerana bapa sampai ke akhirnya tidak sudi menjadi wali anak perempuan kepada seorang perempuan sundal. Saya bawa ibu duduk bersama saya di luar negeri dan saya bekerja part time di sana. Kami sekeluarga sangat bahagia.

Bila balik ke Malaysia, saya sudah ada dua orang anak dan kami semua sihat dan bahagia. Kami menyewa di sebuah rumah berhampiran tempat suami saya bekerja dan saya mengambil kursus menjadi guru.

Satu hari saya balik kerumah, saya lihat pintu rumah terbuka dan terdengar suara anak-anak saya menangis ketakutan. Saya masuk dan melihat ibu saya terbaring dalam bilik dalam keadaan yang sangat mengaibkan dan tidak sedarkan diri.

Ringkasnya dari penceritaan anak dan siasatan polis ibu saya telah diperkosa oleh 12 orang lelaki Melayu atas sebab dendam.


Puan, malangnya nasib ibu yang sudah tua menjadi mangsa amarah bapa dan keluarga sebelah mentua yang menjadikan ibu kandung saya sebagai kambing hitam oleh keluarga mereka. Akibat peristiwa itu dan tekanan, ibu jadi murung, hanya duduk bersembahyang dan membaca surah Yassin dalam menghabiskan masanya. Ibu hanya bercakap dengan anak-anak saya sahaja. Kesian ibu, tetapi saya dan suami akan menjaga kebajikan ibu selagi ibu bernyawa dan akan membahagiakannya.


Saya bukan anak dari benih bapa, tetapi dari benih…….
Puan, benar kata Puan, selepas segala dugaan yang berlaku, pasti ada pelangi cantik menerangi hidup kita. Bapa saya ditahan polis bersama dengan abang sulongnya atas tuduhan abang sulungnya pernah memperkosa ibu di awal perkahwinan mereka dahulu dan hasil keputusan ujian DNA saya telah disahkan adalah anak kepada abang sulong ayah saya.

Nampak warak tetapi akalnya tidak sewarak perwatakan mereka. Bapa ketika di mahkamah cuba memohon maaf dari saya tetapi saya tidak lagi mampu bersemuka dengan bapa. Wajah ibu hanya merenung kosong ke depan seolah-olah tidak pernah mengenali bekas suaminya.


Dugaan Allah datang menimpa
Selepas peristiwa itu, saya diduga apabila suami saya jatuh sakit secara tiba-tiba dan disahkan oleh pakar perubatan arwah suami tidak berpenyakit. Ketika berjumpa pengamal perubatan Islam, suami saya dikatakan di santau. Kami berubat dengan pelbagai ustaz tetapi Allah lebih menyayanginya dan saya yakin arwah suami akan menarik saya ke syurga nanti.

Selepas kematian suami, tinggal saya dan ibu bersama anak-anak yang semakin membesar. Satu hari selepas Isyak saya dan ibu terbau bau busuk dari ruang tamu di bawah, kami turun dan kami berdua terjumpa bangkai ayam yang busuk dan hampir reput di bawah sofa, tiga ekor semuanya. Ibu larang saya sentuh dan menyuruh saya menelefon ustaz yang pernah mengubat arwah suami saya dulu. Ustaz datang dan memulakan perubatan dirumah kami.

Esoknya rumah kami dikunjungi oleh tetamu jauh iaitu ibu tiri dan keluarga sebelah bapa. Mengatakan bapa saya tengah nazak di hospital setelah dihantar oleh pihak penjara untuk rawatan. 

Besar kuasa Allah, bapa memanggil nama ibu dengan penuh kesedihan dan memohon ampun kata mereka semua. Saya hanya diam begitu juga ibu kerana rasanya hati kami telah kosong selama ini. Saya hanya berkata kalau ada rezeki saya akan pergi kunjungan keluarga sebelah bapa membuka seribu rahsia atas semua perkara yang berlaku.


Kesihatan ibu mula merundum dan disahkan AIDS.
Ibu hanya mampu bertahan selama 6 tahun dan puan dengan bangganya hari ini saya mengatakan bahawa menjaga ibu yang AIDS tidak pernah mendedahkan saya kepada risiko AIDS kerana saya seperti juga puan memahami dan menghargai mereka atas nama kita semua adalah insan.

Yang saya sedih jenazah ibu berbau kuat tetapi saya tidak mengebumikan ibu di kawasan tempat tinggal kami tetapi disebelah pusara arwah suami dinegeri kelahiran mereka.


Puan Zarina hanya mengenali Puan Marshita dari jauh.
Puan, saya hargai pendapat puan dan hormat puan kerana puan bergaul dengan HIV tanpa sekatan. Puan, saya yakin dengan kata-kata puan, sekiranya kita bersahabat dengan mereka banyak kelebihannya. Saya jugak hormat puan kerana puan boleh menerima pendapat dan pandangan saya, memahami maksud perkataan saya.

Puan, kecantikan, kehidupan, kesempurnaan berfikir, keikhlasan dalam pertuturan puan dan teman-teman adalah anugerah Allah kepada puan dan teman-teman yang dalam tubuh anda semua  ada seketul daging yang dalamnya ada taman untuk semua.

Saya bertemu Puan di ********** dalam program ***** kerana saya juga volunteer seperti puan. Ramai wanita PLHIV terkejut ketika puan bersalam dengan hormat dengan mereka, memeluk mereka dengan ikhlas dan salah seorang dari teman puan memeluk erat PLHIV-PLHIV tersebut dengan ikhlas menuturkan perkataan, "kita semua sama". Kita semua bersahabat dan puan selalu mengunjungi mereka selepas waktu kerja hampir setiap minggu. 

Tahukah anda semua tindakan anda semua meningkatkan CD4 mereka, dan ada seorang PLHIV tersebut berkata kalau puan datang dan puan dengan ikhlas memakan masakan mereka, mereka berasa sangat gembira. Apatah lagi puan datang dengan memakai pakaian yang puan tempah dari mereka dan puan puji hasil jahitan mereka dan membawa teman-teman lain membuat tempahan, ada titisan airmata kesyukuran serta perasaan bahagia boleh menyebabkan saya menitiskan airmata.

Ada seorang PLHIV lelaki gay yang puan temui sebelum Hari Raya Haji, puan minta jasa baik beliau baiki kasut puan tiga pasang dan secara gurauan mengusik puan,

“Akak, nanti dapat HIV sebab saya yang baiki tu,” jawapan puan membuatkan PLHIV tu sebak melihat puan berlalu pergi.

”Ala akak bangga you baiki kasut akak, handsome, kerja kemas & most important thing you jauh lebih baik dari akak, you berjihad lawan diri sendiri sedangkan akak selalu kalah pada nafsu sendiri tu pasal akak beli kasut akak lebih dari keperluan. Bodoh tak akak?", jawab Puan.

Puan mungkin tak perasaan airmata dia bergenang. Bila puan kata terima kasih dia hanya tunduk dan angguk. Sikap anda semua membuat saya yang bukan PLHIV bangga.

Puan selalu bercerita tentang Najmi pada mereka, dari sana saya boleh agak puan adalah Puan Matshita dan bila baca blog puan saya yakin itulah puan. Saya tidak tahu sejauh mana puan rapat dengan Najmi tetapi dari cara puan bercerita puan rapat dengan Najmi dan saya harap puan tidak bercerita tentang saya kepada Najmi.

Kalau benarlah kata puan, Najmi mengubah diri puan saya ingin berkata kepada Najmi bila sampai masanya, kalau dia anggap dirinya tidak berjaya dalam hidup beliau salah besar kerana seperti kata puan, Najmi berjaya 1000 kali ganda dari puan dan teman-teman hanya dengan menulis.

Puan, kecantikan dan ketampanan puan dan teman-teman termasuk Najmi adalah lahir dari sekeping hati yang amat luhur. Itulah kecantikan hakiki kerana siapa tahu disebalik wajah-wajah anda angka umur sebenarnya adalah jauh dari jangkaan.

Terima kasih puan.
Puan Zarina

Apabila saya membaca kisah ibu Puan Zarina saya kembali teringatkan tentang kisah Sarah dan Nurunn, jalan kisahnya berbeza tapi sama. Mereka semuanya mangsa rogol, hidup dalam keadaan murung selepas kejadian.

Kisah Sarah disini, seorang PLHIV yang saya kongsi kan kisahnya dulu, sedih membaca bila mana bapa kandung sanggup memperkosa beliau berberapa kali. 

Buat pengetahuan pembaca, saya mendapat tahu Sarah hari ini sudah mempunyai kehidupan yang sangat baik, dipelihara bagai anak kandung oleh seorang insan yang sangat perihatin. Sarah pada hari ini semakin ceria, tidak lagi murung ketara sebaliknya hari ini Sarah amat gembira dan hari ini dia sedang mempersiapkan diri mempelajari kemahiran hidup untuk menjamin masa depannya. 

Hidupnya dikhabarkan gembira dan dikeliling oleh insan-insan yang sangat baik. Dan saya diberitahu Sarah akan dibawa melawat ke negara Eropah tidak lama lagi dan pastinya dibawa oleh insan yang menjaga dan menyanyangi dirinya. Alhamdulillah. Ambil photo banyak-banyak ketika di sana nanti ya Sarah, selamat pergi dan balik. Terus terang saya bangga dengan kehidupan Sarah sekarang, terima kasih yang menjaga.


Kisah Nurunn disini, seorang PLHIV yang telah diperkosa orang tidak dikenali dan malang berkahwin pula dengan seorang gay sehingga dia dijangkiti dengan virus HIV. Pada hari ini Nurunn antara pembaca dan “pengomen” tegar entry-entry dalam blog saya. Kerap berterusan berkongsi masaalah dengan saya menerusi email. 

Dia semakin kuat dan tabah meneruskan kehidupan, walau pun sekali sekala “down” tapi saya yakin ianya sementara. Beliau yang saya nampak semakin positif hari demi hari. Semoga Nurunn terus kuat bersemangat ya.



Terima kasih saya juga buat Puan Zarina dan Puan Marshita. Seperti kata Puan Marshita, “Pelangi yang indah hanya akan muncul selepas turunnya hujan”. 

Al Fatihah buat ibu Puan Zarina dan suami semoga mereka bersama dengan orang-orang yang beriman disana.


15 comments:

  1. Salam. Najmi, ramai kawan2 saya tertarik dgn blog najmi n hakimi. Baru tahu kisah sebenarnya disebalik tabir gay...Bestkan makin ramai kawan makin merrier hidup kita walapun hanya kenal di alam maya. Take care Najmi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak Wardah

      W Salam...Alhamdulillah terima kasih dengan sokongan anda semua..:)

      Delete
  2. Al-fatihah buat ibu pn zarina.

    terima kasih kerana izinkn abg najmi berkongsi cerita ini utk tatapan kami.

    Pn Zarina kuatkan semangat utk melalui hari2 mendatang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mie man

      Semasa saya membaca saya ingat Pun Zarina hanya ditimpa satu atau dua masaalah aje...tetapi lagi dibaca lagi bertambah dugaan yang dia terima.

      Dari kisah ibu bapa bercerai, bapa yang baran, ibu dicerai talak tiga, dipishkan dia dg ibu, cinta dihalang, hampir mengahwini seorang gay, ibu di rogol, suami disantai, kematian suami, ibu mendapat AIDS, ibu meninggal, dan akhirnya mendapat tahu ibunya pernah dirogol sebelum berkahwin dulu, dan di sah kan dirinya pula lahir dari benih abang bapanya sendiri.

      Sebab itu saya katakan berbagai rencah yang ada dalam kuali kehidupan Puan Zarina. AlFatihah buat ibu dan suaminya.....

      Delete
    2. betul, byk dugaan yang pn zarina terima,
      saya yg diluar mgkin mudah berkata kuatkan semangat utk melalui hari2 mendatang, kerana itu sahaja saya mampu megatakannya.
      tapi yg menghadapi nya pn zarina, wlpn apapun saya berharap dan berdoa pn zarina kuatkan semangat, bak kata pepatah "BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI BAHU YANG MEMIKUL"

      Delete
    3. mie man

      ...ya betul.....berat mata memandang berat lagi bahu memikul

      Delete
  3. Saya doakan Naj diberi kesihatan yang baik oleh Allah swt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      Insyaallah terima kasih, begitu juga awak anonymous.....

      Delete
  4. sejujurnya saya baca sekali scroll. Saya tak mampu nak baca. Kelak nanti akan buat saya lebih prejudis pada lelaki, tanpa mengira apa orientasi seksual mereka.

    Irshad Manji juga lahir dari sikap prejudis kepada lelaki yang melampau. Kalau ikutkan ramai rakan saya yang lesbian juga amat-amat membenci lelaki, tanpa mengira siapapun lelaki itu.

    Tapi alhmadulillah, sepanjang hidup saya, saya temui juga beberapa lelaki yang memang wajar menjadi khalifah. Namun mereka ini amat sedikit. Bagai mencari permata di dalam lautan yang luas dan dalam.

    ReplyDelete
  5. MGDA

    Nak komen sikit..tentang ramai kawan2 MGDA yang amat2 membenci lelaki tanpa mengira sesiapa pun. Kalau mereka pernah mengalami dugaan seperti ibu Puan Zarina atau seperti Sarah dan Nurunn, saya boleh faham sebab kenapa mereka amat benci lelaki.

    Tetapi kalau mereka membenci lelaki hanya disebabkan melayan kehendak naluri songsang dalam diri atau kerana membaca pengalaman yg dialami oleh orang lain saya tak leh terima. Itu bukan penyebab untuk mereka membenci lelaki.

    Kalau pun mereka sedari kecil sudah dilahirkan punya naluri songsang seperti saya juga, ianya bukan penyebab untuk mereka membenci kaum jantina lawan jenis.

    Marah akan perbuatan manusia2 buas tidak mengapa tetapi jangan membenci pada mereka yang lain yang tidak bersalah. Sebaiknya jangan dilayan rasa benci itu.

    Sekiranya kita tahu cara Irshad Manji itu salah, jangan sesekali kita mengikut cara dia.

    Wallahuallam.....Hanya pandangan saya....:) :) :)

    ReplyDelete
  6. utk puan zarina..
    teruskan hidup..semua ni pengalaman berharga buat puan..
    jaga anak2 puan..semoga mereka menjadi org y berjaya..

    najmi,
    ni lah y dikatakan, jgn kita terlalu berhati walang terhadap ujian hidup kita..
    kerana masih ada y org diluar sana, ujian nye lagi hebat dari kita..
    setiap y berlaku ada hikmah nya..wp hikmah tu hanya akan kita sedari berpuluh tahun akan datang..

    bg sy, dalam hidup kita, kita diberi pilihan..betul atau salah..
    hidup kita adalah apa y kita pilih..
    semoga kita semua diberi petunjuk untuk membuat pilihan y betul..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taman Raudhah

      Terima kasih dengan nasihat yang diberi buat Puan Zarina dan saya. Ya saya juga kerap berkata, jika aku rasa teruk diduga Allah, maka pasti akan ada orang lain yang lebih teruk diduga dari kita. Sebab tu kita kena selalu bersyukur kepadaNya. Insyaallah saya doa agar semua orang diluar sana yang diduga termasuk Puan Zarina supaya semakin kuat menempuh hidup dihari2 mendatang......:)

      Delete
  7. Salam kenal, Najmi..

    Sedih baca kisah di atas, seharian saya menyoroti kisah demi kisah yang dipaparkan dalam blog ini yang sarat dengan pengajaran dan pengalaman penulisnya... setiap insan dugaannya tidak sama, kita hanya mampu berkata kasihan & menasihatkan supaya bersabar tetapi betapa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Sesungguhnya setiap insan dan makhluk Allah itu dijadikan berbeza-beza.. ada yang bahagia di dunia tetapi sengsara di akhirat, ada yang sengsara di dunia tetapi bahagia di akhirat, ada yang sengsara di dunia dan sengsara juga di akhirat dan alangkah beruntungnya mereka yang berbahagia di dunia dan berbahagia juga di akhirat. Semoga Najmi menjadi golongan yang berbahagia di dunia dan berbahagia di akhirat, Amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seri Kandi Tanah Jauhar

      Terima kasih kerana singgah membaca, ya saya setuju dengan apa yang puan katakan itu. Semoga kita semua berbahagia di dunia dan berbahagia juga di akhirat..insyaallah jom sama-sama kita doakan....:)

      Delete
  8. sebab tu Islam suruh bunuh orang tak solat (precaution)

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST