Tuesday, 11 December 2012

HAIZAM - HIV INI ANUGERAH ALLAH UNTUK SAYA

Saya didalam cerita ini adalah seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Haizam. Dia kini sedang menjalani rawatan di Rumah Perlindungan HIV Darul Ukhuwah yang dikendali oleh Yayasan Al Ijabah, Petaling Jaya. Apa yang diceritakan oleh Haizam adalah untuk renungan pembaca semua.

Kalau boleh saya tidak mahu ingat lagi peristiwa itu, saya berasa taubat untuk meneruskan kehidupan ini. Tapi pengajaran yang lalu jugalah yang mengajar saya untuk mengenal dunia ini. Saya mahu hidup saya sekarang, lebih tenang lebih sempurna.


Kisah hitam saya bermula ketika saya berhenti persekolahan pada tahun 1987, ketika saya berada didalam tingkatan tiga. Disebabkan tiada minat dalam pelajaran, saya berhenti, Selepas berhenti sekolah saya mula berkawan dengan kawan-kawan yang tidak tentu arah. Setiap malan kerja saya hanya lah melepak sehingga pagi. Ketika itulah saya mula berjinak-jinak dengan rokok.

Tidak lama selepas itu saya mula terpengaruh dengan ganja. Mula-mula niat saya hanyalah mahu mencuba tetapi lama kelamaan menjadi ketagih. Disebabkan pengaruh rakan-rakan juga, saya mula meminum arak. Semua itu membuatkan saya berasa seronok dengan khayalan dunia.

Oleh kerana tidak bekerja saya terpaksa meminta wang dari emak untuk membeli ganja dan rokok. Setiap hari lah saya kena leteran emak. Tidak tahan dengan leteran dan kutukan, akhirnya pada tahun 1989 saya keluar dari kampong dan berhijrah ke Kuala Lumpur. Didalam hati saya mahu bekerja bagi mendapatkan wang. Saya rasa sudah malu ditanggung oleh ayah dan emak. Saya rasa saya sudah besar dan mampu berdikiari.

Tetapi di Kuala Lumpur saya terkontang kanting sendirian. Saya tidak mempunyai saudara-mara dibandar besar ini. Saya merayau-rayau mencari kerja. Tidak lama selepas itu saya diterima bekerja disebuah kilang. Pendapatan yang saya terima tidaklah tinggi, tetapi cukup untuk menampung kehidupan saya. Malangnya di Kuala Lumpur saya tersalah memilih kawan.

Saya kembali mengambil ganja dan beberapa tahun kemudian, saya dikenalkan dengan seorang kawan dengan heroin. Saya semakin hanyut. Tahun demi tahun hidup saya semakin tersasar. Komitmen pada kerja semakin lama semakin menurun dan akhirnya saya telah dibuang kerja.

Saya semakin resah, setiap hari semakin tinggi dos yang perlu saya hisap. Heroin telah menguasai diri saya, tapi sumber pendapatan saya sudah tiada. Akhirnya saya menjadi pengedar dadah.

Kerja yang buruk memang tidak akan terlepas daripada balasannya. Tahun 1996, saya telah ditahan oleh pihak polis dan dipenjara selama dua tahun. Tapi saya masih tidak sedar dengan peringatan dari Allah itu. Setelah keluar dari penjara, saya kembali  menagih, kemudian ditangkap dan dihantar ke Pusat Serenti. Sepanjang berada di Pusat Serenti, saya pernah menanam azam untuk berhenti dari menagih dadah. Tetapi apabila keluar dari pusat, saya kecundang lagi.


Saya disahkan HIV positif
 
Tahun 1999, sekali lagi saya ditahan di Pusat Serenti Karangan di Kedah. Semasa berada disini lah saya telah diberitahu oleh doktor bahawa saya telah dijangkiti kuman HIV. Saya tidak begitu terkejut dengan berita itu kerana saya sudah dapat menjangkakan hal ini. Tetapi sedikit sebanyak ia membuatkan saya berasa sedih. Seharian saya termenung. Bermacam-macam pekara yang bermain didalam fikiran saya.

Ketika itu baru saya terbayang wajah emak dan abah yang telah lama saya tinggalkan. Semenjak saya keluar rumah pada tahun 1989, saya tidak pernah lagi pulang kerumah menjenguk emak dan abah. Dadah benar-benar telah membuatkan saya lupa semuanya itu. Apa yang saya fikir setiap hari hanyalah untuk memuaskan nafsu saya dengan heroin. Saya alpha dengan dunia saya. Saya lupa Tuhan, amal ibadat, dosa dan pahala.

Keluar sahaja dari pusat, saya nekad tidak mahu berhenti. Apa yang terjadi saya akan redhai juga. Bagi saya masyarakat sudah tentu tidak dapat menerima orang yang menghidap HIV seperti saya. Saya berasa rendah diri. Saya mengasingkan diri dari masyarakat. Saya hanya bercampur dengan kawan-kawan seangkatan dengan saya sahaja. Bagi saya hanya mereka sahaja yang memahami diri saya.

Pernah satu hari saya lihat kawan seangkatan saya yang meninggal dunia didepan mata saya disebabkan HIV. Tapi saya masih juga tidak insaf. Bagi saya itu adalah pekara biasa bagi penagih seperti saya. Pekara itu tidak sedikit pun membuatkan saya berhenti dari menagih dadah. Saya terus hanyut dalam dunia saya sebab dadah sudah sebati dengan diri saya.

Tahun 2008 saya jatuh sakit. Tubuh saya dan seluruh sendi-sendi tulang berasa sakit dan lemah. Saya tidak dapat berjalan dengan baik. Saya dapat rasakan virus HIV telah merebak didalam badan saya. Disebabkan terlalu sakit pada bulan Mac 2008 saya tebalkan muka kembali kekampung setelah merantau selama 19 tahun. Syukur alhamdulillah saya diterima baik oleh ahli keluarga.


Keluarga masih menerima saya
 
Melihat penerimaan emak dan abah itu, saya berasa begitu hiba. Emak sedaya upaya mencari ubat untuk menbantu menyembuhkan penyakit saya. Tetapi saya tidak mengharapkan semua itu, kerana saya tahu penyakit seperti saya ini tiada ubatnya. Saya hanya menunggu mati.

Bagi saya cukuplah dengan emak dan abah saya dapat menerima saya. Itu sudah memadai. Sejak dari hari itu, saya telah berhenti manghisap dadah walaupun keinginan saya masih ada.

Benarlah kata orang kasih ibu terlalu suci dan ikhlas. Bulan September, emak menghantar saya kesebuah rumah perlindungan di Petaling Jaya. Semasa saya dihantar ke situ, saya dalam keadaan yang amat sakit dan tidak dapat berjalan dengan sempurna kerana virus HIV telah memamah seluruh sendi dan tulang belulang saya.

Setelah hampir sebulan tinggal disitu, saya berasa diri saya semakin segar dan dapat berjalan dengan baik. Bukan sahaja fizikal saya sahaja yang semakin sihat, malahan rohani saya juga terdidik.

Alhamdulilah, setelah menjalani kehidupan yang sangat keji, kini saya lebih dekat dengan Allah. Saya mula kenali diri saya dan apa sebenar tujuan hidup kita didunia ini. Setiap pagi saya bersama kawan-kawan akan mengaji Al Quran dan bersolat Jemaah. Setiap kali selepas sembahyang pula kami akan diberikan tazkirah untuk menyucikan jiwa.

Kini saya redha dengan apa yang berlaku. Saya tahu ini semua terjadi kerana kesilapan saya sendiri kerana melupakan Nya. Bagi saya penyakit yang saya alami sekarang ini adalah anugerah Allah untuk saya mengenali Nya dengan lebih dekat lagi. Jika tidak kerana penyakit ini, mungkin saya masih hanyut dengan dunia saya dan akhirnya mati dalam keadaan hina.

Memang saya menyesal dengan apa yang saya lakukan sebelum ini, namun saya bersyukur kepada Allah kerana masih lagi memberi ruang kepada orang seperti saya untuk bersujud dan memohon ampun kepada Nya. Saya rasa hidup saya kini lebih bermakna tetapi pada saat ini saya masih lagi belum bersedia untuk berada didunia luar. Iman saya masih lemah.

Setiap hari saya hanya berdoa agar Allah mengampunkan segala dosa saya dan juga meneguhkan iman supaya saya tidak lagi hanyut didalam dunia yang gelap itu. Saya mahu kembali kepada Allah dalam keadaan diri mempunyai iman yang teguh.

Kepada pembaca semua saya nasihatkan kepada kalian semua jauhilah dadah dan pekara-pekara yang dilarang oleh Allah. Gunakan lah segala kesihatan yang diberikanNya kearah kebaikan.

Semua yang kita ada hanya lah pinjaman dari Allah.


Sumber: ditaip semula dari Majalah Al Islam Februari 2011


9 comments:

  1. Itulah kasih ibu...sanggup berkorban apa saja hatta nyawa hanya untuk memastikan anak2 hidup selesa dan sempurna. Moga ini menjadi satu kisah positif untuk kita. Thx Najmi

    ReplyDelete
  2. Mak Wardah

    Syurga itu dibawah telapak kaki ibu, susah nak cari ibu yang sanggup buang anak...walaupun masih ada tapi tak lah ramai...Tiba-tiba teringatkan kisah Adik MS.

    Saya berhutang dengan mak RM8K, sebab tak mampu bayar hutang kredit kad dulu, mak kata ia tak harapkan dan pastinya dihalalkan...kan...Tapi insyaallah kalau ada rezeki pasti akan saya pulangkannya kembali....:)

    ReplyDelete
  3. Adek ms satu kesah tak boleh dilupakan. Hampir sebaya dgn anak sendiri tak faham apa rasa hati ibu ms. Darah daging sendiri dipinggirkan kerana lembut. Kalaulah ada ehsan ibu, pelukan ibu saat derita insyaallah hilang derita anak, alfatihah.

    ReplyDelete
  4. Mak Wardah

    Al Fatihah buat adik MS....rasa ia masih ada sedang baca blog saya ketika ini....:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik ms tu spe ye... Tringin nk tau..

      Delete
    2. Salam M.H

      Kisah adik MS ada dalam blog saya ni, klik kat label ADIK MS, arwah antara pembaca blog saya seorang HIV positif, saya tak pernah bertemu dengan arwah, saya hanya kenal apabila arwah mengirim email bercerita keadaannya kepada rakan pembaca saya (rakan pembaca yang arwah lebih selesa bercerita)

      Delete
    3. Slm. Sedihhh kn.. 1st expression yg sy ingin luahkn kpd mak n bpk arwah = mak bapak NERAKAZZZ. Tp apakn daya sy bkn ALLAH SWT NK HUKUM HAKAM ORG. APE YG BLAKU KITA SME2 DOAKN IBU BAPA ARWAH DBRIKN HIDAYAH UTK MNYESAL ATS PERBUATAN MRKA.. AMINNN

      Delete
    4. M. H

      Kita tak tahu bagaimana kenakalan Adik MS kepada kedua ibu bapanya, maybe sebab kenakalan Adik MS menyebabkan ibubapanya marah, wallahuallam. Apa pun segalanya telah berlalu, yang boleh kita doakan agar arwah tenang di sana, dan sekiranya ada dosa arwah pada ibubapanya mudah2an telah terampun...

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST