Thursday, 27 December 2012

HAPUS STIGMA DAN DISKRIMINASI - FAHAMI HIV & AIDS

STOP DISCRIMINATION NOW!!


Dianggarkan lebih 90,000 orang di Malaysia dikenal pasti HIV positif dan setiap hari dianggarkan diantara 5 hingga 10 orang yang dijangkiti virus ini di Malaysia. Penyebaran epidemik HIV dapat dilambatkan jikalau semua orang mempunyai maklumat tepat dalam cara-cara pencegahanya.

Seharusnya stigma dan diskriminasi terhadap pesakit HIV yang semakin meningkat jumlahnya dihapuskan. Diskriminasi berlaku apabila seseorang menerima layanan yang berbeza dan tidak adil yang berdasarkan pada prasangka mereka akan status HIV seseorang.


Mengapa terdapat Stigma dan Diskriminasi terhadap HIV dan AIDS?

HIV/AIDS biasanya dilihat membawa malu kepada orang yang dijangkiti, keluarga mereka dan/atau komunitinya. Ia biasanya dikaitkan dengan kumpulan minoriti atau tingkah laku seperti homoseksual, penagih dadah atau persetubuhan secara rambang dan dilihat sebagai sifat tidak bertanggung jawab seseorang.

Stigma berkaitan HIV/AIDS ini hasil daripada perasaan takut, penafian, kejahilan dan kurang maklumat serta pendidikan.


Faktor-faktor yang menyumbang kepada Stigma HIV/AIDS.

- HIV/AIDS adalah satu penyakit yang mengancam nyawa.

- Kebanyakan orang takut dijangkiti HIV.

- Penyakit ini dikaitkan dengan sesuatu tingkahlaku (seperti seks antara lelaki dan penagih dadah suntikan) yang telah distigmakan oleh masyarakat.

- Orang yang hidup dengan HIV/AIDS biasanya dilihat sebagai bertanggung jawab kepada jangkitan mereka.

- Kepercayaan moral dan agama membuat orang percaya bahawa HIV/AIDS adalah hasil dari kegagalan moral dan agama dan harus dihukum.


Diskriminasi masyarakat menjadi punca utama keengganan pesakit HIV mendapatkan rawatan

Sebenarnya, pesakit HIV yang menerima rawatan dapat menjalani kehidupan lebih baik berbanding mereka yang tidak menerima rawatan.

Menyalahkan mereka yang hidup dengan HIV/AIDS bahawa mereka dijangkiti kerana perbuatan mereka sendiri, ialah sikap yang tidak membantu.

Menunding jari kepada kumpulan berisiko seperti pekarja seks, lelaki homoseksual dan penagih dadah sebagai pembawa penyakit HIV semata-mata adalah tindakan yang tidak wajar. Kini ramai wanita yang dijangkiti HIV telah berkahwin yang mana satu-satunya pasangan seks mereka ialah suami.

HENTIKAN STIGMA DAN DISKRIMINASI......KITA HARUS TAHU BAHAWA HIV TIDAK BERJANGKIT DENGAN;

- Bersalaman

- Bermain bersama

- Berhimpit ditempat sesak

- Mandi di kolam renang

- Ciuman ringan

- Berpelukan

- Mengunakan tandas awam


- Barkongsi barang

- Bekerja bersama pembawa dan pesakit HIV

- Makan dan minum yang disediakan oleh HIV positif


Ketahuilah perebakan virus HIV hanya berlaku bila;

- Berkongsi jarum tercemar dengan virus HIV

- Hubungan seksual tanpa perlindungan (kondom) dengan pesakit HIV

- Ibu mengandung yang dijangkiti HIV kepada anak didalam kandungan

- Transfusi darah tercemar dengan virus HIV


HARAPAN

- Menentang Stigma dan Diskriminasi terhadap orang yang hidup dengan HIV/AIDS adalah sama penting dengan pencarian ubat penyembuh serta mencegah dan mengawal epidimik global.

- Satu persekitaran yang baik perlu diadakan bagi menunjukkan bahawa orang HIV/AIDS adalah sebahagian daripada masyarakat.


Sumber : Risalah yang diambil di Hospital Besar
Yang disediakan oleh:
UNIT AIDS/STD
JKN PERAK




2 comments:

  1. Perlu pemahaman yg penerangan yg jelas. Plhiv adalah insan sama seperti kita ttp dlm darah mereka ada kuman jahat bnama viral load seandainya cd4 rendah. Allah turunkan kerana ia boleh membawa kita akur akan kebesaranNya. Berbaiklah dgn mereka krn ianya menarik anda mengenali diri sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak Wardah

      Masyarakat perlu memahami tentang HIV/AIDS supaya PLHIV tidak berterusan dipandang serong.

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST