Monday, 17 December 2012

ROSLAN ROLLIS - HANYA KERANA WANITA-WANITA ITU AKU DIJANGKITI HIV

Tiada siapa tahu ketentuan yang telah ditetapkan untuk mereka. Tiada siapa yang mahu kehidupan indah yang dianugerahkan ini berakhir dengan derita. Apatah lagi dalam usia yang baru menjangkau 25 tahun. Inilah bingkisan hidup Mohd Roslan Rollis Abdullah yang menceritakan kisahnya bersama empat orang wanita yang akhirnya telah membunuh hidupnya.




WANITA PERTAMA

Bermula dari Simpang Renggam, aku mula menyusun langkah dengan niat untuk mencari sesuap rezeki. Langkah demi langkah mula diatur, akhirnya aku menemui destinasi yang ingin aku tuju. Senai menjadi pilihanku. Tanpa mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi aku tidak mungkin mendapat pekerjaan yang bagus. Aku mencuba nasib untuk bekerja sebagai pencuci kereta. Alhamduliullah aku diterima bekerja disitu.

Hari-hari yang aku lalui sebagai pencuci kereta berjalan dengan lancer. Aku tekun menjalankan kerja aku demi mendapatkan bagi menampung kehidupan aku.Aku bersyukur kerana masih ada lagi rezeki untuk aku.

Namun siapa sangka, walaupun bekerja sebagai pencuci kereta, memang fitrah manusia ingin sayang dan disayangi. Perkenalan aku dengan seorang gadis telah merubah kehidupan aku. Detik perkenalan kami bermula sebagai seorang teman biasa. Hari-hari aku lalui sangat bahagia.

Pertemuan demi pertemuan akhirnya membawa benih-benih cinta. Hubungan kami semakin intim sehingga sanggup melanggar larangan agama demi membyuktikan kasih sayang. Penangan cinta kami hanyut kedalam dunia ciptaan kami.

Setiap kali berjumpa hubungan terlarang itu tidak dapat dielakkan. Melakukan seks menjadi rutin kami. Bermula bersiar-siar di taman bunga, makan-makan bersama dan akhirnya kami terlanjur. Pekara yang menjadi larangan agama ini sememangnya sukar dihentikan. Hasutan syaitan dan nafsu membatasi segalanya. Hubungaan kami hanya bertahan selama dua taahun sahaja. Mungkin ini angkara dosa yang telah kami lakukan sepanjang perjalanan percintaan kami.


WANITA KEDUA

Kekecewaan yang melanda diri ku akibat perpisahan dengan bekas kekasih amat dirasai. Hidup ini seolah-olah kosong, tiada apa yang boleh dilakukan selain menangis, termenung dan mengenang kisah-kisah yang telah dilalui bersama. Aku secara tidak langsung mengambil keputusan berpindah ketempat lain. Mungkin ini adalah salah satu cara untuk melupakan segala kenangan manis yang pernah kami lalui bersama. Segala tempat dan taman di Senai adalah kenangan ku yang tidak dapat dilupakan.

Sebelum berpindah ketempat yang lain, aku telah mengenali seorang rakan yang sering berkunjung di tempaat kerja ku. Oleh yang demikian aku telah menghubunginya dan mengadu hal ini. Mungkin disebabkan kejujuran aku menceritakan kisah sedih ku, dia mempelawa aku mengikutnya kebandar Johor Baharu. Katanya di sana aku boleh menghilangkan rasa sedih aku. 

Terima sahaja berita itu aku terus mengatakan kepada majikan ku bahawa aku ingin berhenti kerja 24 jam notis. Rakan ku sudah menunggu untuk ke Johor Baharu. Tiba sahaja disana dia membawa aku bertemu rakan-rakannya disebuah rumah. Alangkah terkejutnya aku apabila mendapati kesemua rakan-rakannya adalah budak-budak “punk”. Mereka melayan aku dengan baik sekali.

Dirumah aku tinggal beramai-ramai termasuk lelaki dan perempuan. Pelik tapi benar, setiap kali aku melihat mereka tidur bertukar-tukar pasangan. Aku juga yang pernah melakukan seks turut rasa berkeinginan untuk melakukannya. Tetapi bukan wanita yang berada didalam rumah tersebut. Jijik aku melihat mereka.

Malam itu aku mengikut mereka berjalan-jalan dibandar Johor. Sebenarnya rakan ku ini mempunyai lebih ramai gengnya di bandar. Aktiviti mereka hanya lah melepak-lepak ditepi jalan dan pusat membeli belah. Aku semakin seronok berkawan dengan mereka. Aku juga dihidangkan dengan arak sebagai pengubat luka ku. Kisah silam dan sedih ku ternyata dapat dilupakan.

Aku juga rapat dengan  seorang wanita yang juga rakan kepada rakan ku itu. Dia tidak lah mengambil berat terhadap  diri aku, tetapi kerap menjadi peneman ku apabila keluar bersama. Dia juga mengajak aku melakukan seks seperti rakan-rakan ku yang lain. Yang membuat aku selesa, dia hanya tidur dengan ku sahaja. Kami seolah-olah bercinta. Mungkin perasaan cinta itu hanya aku yang merasai. Satu hari sewaktu aku baru pulang dari mencari kerja, aku dapati teman wanita ku yang ku anggap baik sedang rancak berasmara dengan lelaki lain. Aku marah dengan keadaan itu.

Rakan ku menyabarkan ku. Katanya bertukar-tukar pasangan adalah pekara biasa. Aku dinasihatkan agar tidak menaruh harapan jika mengenali rakan wanita dikalangan rakan-rakannya.


WANITA KE TIGA

Memandangkan perhubungan aku dengan wanita ke dua itu masih singkat, aku dapat melupakan apa yang telah terjadi dengan senang sekali. Selepas peristiwa itu aku mula menjadi lebih berani untuk melakukan seks.

Tetapi tidak semudah itu untuk mendapatkanya. Aku mula mengorak langkah dengan keluar bersama rakan-rakan dan mencari wanita untuk menjadi teman seks. Tiba sahaja di bandar Johor, aku dan rakan-rakan berkenalan dengan sekumpulan wanita yang sedang bersadai dipusat membeli belah. Mereka amat mesra dengan kami. Aku dan rakan-rakan mengajak mereka ke rumah kami.

Tiba sahaja dirumah, kami berasmara dengan pasangan masing-masing. Nafsu serakah aku mula terbayar. Dendam ku terhadap wanita makin dapat dilupakan. Aku makin sakit dengan gejala yang tidak sihat ini. Pastinya gejala ini akan disulam dengan air kencing setan yang dipanggil arak. Terasa hanyut apabila bersetubuh dalam keadaan mabuk.

Hanya beberapa minggu sahaja aku meneruskan gejala itu dengan kumpulan wanita tersebut. Mungkin sebab tiada perasaan cinta aku mula muak dengan wanita yang sama. Tapi aku tidak rasa yang aku sahaja begitu, ia mungkin dirasakan oleh kumpulan wanita itu. Apa tidaknya mereka juga hanya mahukan seks, bukannya diri ku.


WANITA KEEMPAT

Sekali lagi aku dan rakan-rakan turun ke bandar Johor, untuk memancing awek-awek yang ada disana. Kali ini aku berhasrat mencari wanita yang sanggup tidur dengan ku hanya satu malam sahaja. Dengaan kata mudah ia ibarat “touch n go”.

Malam semakin tua. Kebanyakan malam itu ramai gadis-gadis sudah berpasangan. Dengan perasaan kecewa aku pulang bersama rakan-rakan ku. Apabila dalam perjalanan ke rumah, kami terserempak dengan seorang gadis ditepi jalan. Aku cuba mempengaruhinya untuk dibawa balik ke rumah dan ternyata berjaya. Malam itu aku mengunakan peluang yang ada.

Pada keesokan pagi, aku dan rakan-rakan ku menghantar wanita itu keperhentian bas. Aku dan rakan-rakan tergelak mengenangkan rezeki kami malam itu. Lima minit kemudian polis datang kerumah ku dan mengari aku daan rakan-rakan. Dalam pemikiran aku, pasti wanita itu telah melapurkan tentang kegiatan kami semalam. tetapi sangkaan ku meleset. Bukan kerana aku memperkosa wanita tersebut, sebaliknya kami ditahan kerana kes mencuri motosikal.

Rupa-rupanya rakan-rakan ku menjalankan aktiviti itu. Secara tidak langsung aku pun terbabit. Ketika dilokap, pemeriksaan darah dan air kencing dijalankan. Aku dipanggil oleh pegawai yang bertugas dan dia mengatakan aku HIV positif.


Begitulah kisah seorang remaja yang awalnya bukanlah seorang yang bernafsu jahat. Tetapi nasib tidak menyebelahinya. Kalau diikutkan, rakan-rakannya lebih banyak melakukan seks bebas berbanding Lan. Apapun kini, Lan menjalani kehidupannya di Rumah Perlindungan Darul Ukhuwah, Petaling Jaya. 

Dia berpesan agar remaja-remaja tidak mengikut hawa nafsu syaitan kerana ia akan memakan diri sendiri.


Sumber : ditaip semula dari Majalah Al Islam Jun 2010
 

6 comments:

  1. Ya Allah mudahnya terpengaruh remaja ini, Ya Allah ngerinya najmi ya Allah jauhilah anak2 saya dari perkara2 maksiat mcm ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak Wardah

      Kalau dah bebas, ketika usia remaja dah bekerja dan tinggal dengan rakan2 sebaya jauh dari pandangan mak ayah...kemungkinan boleh jadi macam ni. Tiada kawalan, tiada siapa yang memerhati, bebas buat keputusan sendiri dan akibat pengaruh kawan...Entah lah....:(

      Delete
  2. salam Najmi. TQ share cerita ini. Mohon dijauhkan anak2 kita da perkara2 sebegini. Doakan yg terbaik for him & u too najmi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesuma Angsana

      .......:)terima kasih doakan saya dan dia...:)

      Delete
  3. teka-tekinya sekarang:

    siapa sebenarnya pembawa yg sebenar? wanita pertama, kedua, ketiga...kesepuluh? Moral value sentiasalah pakai protection tak kira dgn siapapun selain dari isteri yg halal dan sah...

    anonitikus

    ReplyDelete
  4. anonitikus,

    Kalau dia dapat dari wanita ke sepuluh...kira alhamdulillah, tapi bagaomana kalau dia mendapat virus dari wanita pertama? Bukankan dia juga sudah menjadi anasir yang memyebarkan virus2 tu kepada wanita ke dua hingga ke sepuluh...huhuhu

    Wallahuallam....

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST