Friday, 14 December 2012

TENGKU - GAY MELAYU ISYTIHAR BERKAHWIN SECARA TERBUKA

Pukul 8.00 malam, penulis bersama seorang lagi teman, tiba tiba dikediaman lelaki bernama Tengku 28. Wah….cantik sungguh dekorasi rumah Tengku. Lengkap dengan sofa, home theatre dan barang-barang mahal. Mewah sungguh.



Disudut meja makan, terdapat pelbagai juada makanan yang disediakan untuk tetaamu. Semuanya sudah siap terhidang, ada snek, pizza, pasta dan macam-macam. Sesuai untuk majlis ‘anniversary’ mereka.

“Terima kasih kerana sudi datang sila lah masuk,” sapa Yengku kepada kami sewaktu tiba dipekarangan rumahnya.

“Jangan segan ya, buat macam rumah sendiri, kenapa datang dengan kawan? Mana teman istimewa?” tanya Tengku lagi.

Penulis hanya tersenyum dan menikmati juadah yang disediakan. Sambil berbual kami berbicara tentang kerjaya, politik dan macam-macam. Sedang rancak berbual, kami bertanya Tengku tentang perkahwinannya.

Tengku mengatakan dia sudah lima tahun berkahwin dengan isterinya. Hubungan mereka terjalin sejak tahun 2007 lagi. Tengku mengakui dia gembira kerana dijodohkan dengan seseorang yang amat disayangi dalam hidupnya.

“Saya terlalu sayangkan dia. Buktinya saya telah melamar dia atas kapal mewah sewaktu melancung keluar negara. Kami saling bertukar-tukar cincin dan sebagai hadiahnya, kami berbulan madu ditengah lautan. Waktu itu saya menyanyikan lagu ‘My Baby You’ oleh Marc Anthony sebagai tanda ikhlas untuk bersamanya.

“Lebih romantik, saya tabur kelopak bunga ros merah diatas tilam sebagai tanda cinta. Haruman aroma terapi diletakkan disegenap sudut bilik untuk membangkitkan mood romantic,” ujur Tengku lagi.

Sambil Tengku berceloteh mengenai kisah perkahwinannya, kami sempat menjeling-jeling tetamu yang hadir. Tetapi tidak nampak langsung kelibat wanita didalam rumah ini. Yang ada semuanya lelaki. Pada hemat kami mungkin isterinya sibuk bersiap didalam bilik atau didapur menyiapkan juadah.

Tiba-tiba perbualan kami terhenti apabila muncul seorang pemuda yang berkulit cerah dan kelihatan ‘jambu’ mencelah dan berbisik sesuatu kepada Tengku. Sambil tersenyum Tengku bangun.

“Inilah isteri saya!” kata Tengku lalu memperkenalkan isterinya pada tetamu.

Kami melihat Tengku memegang erat tangan pemuda itu dan memberikan ciuman di pipi kirinya.

“To all my guest, terima kasih kerana hadir majlis pada malam ini dan saya sangat gembira kerana malam ini kali ke lima kami menyambut ulang tahun perkahwinan kami!” terang Tengku. Kami terkebil-kebil setelah mendengar penerangan Tengku tadi.

Kemusykilan kami terjawab. Rupa-rupanya ‘isteri’ yang dimaksudkan Tengku tadi ialah Adam, teman lelakinya. Patutlah dari awal tiba kami tidak melihat adanya kelibat perempuan didalam rumah Tengku.

Sementara membiarkan para tetamu mengucapkan tahniah kepada kedua-dua mempelai ini, penulis  seketika. Tengku mengikut dari belakang. Sebenarnya kami cuba mendapatkan penjelasan Tengku tentang apa yang diucapkannya tadi.

Tengku menghembuskan nafas. Riak wajahnya berubah, dahinya berkerut-kerut seperti hendak menahan marah. Adam yang berada tidak jauh disebelahnya mula tidak selesa lalu beredar meninggalkan kami dan mengalihkan perhatian dengan melayan tetamu lain.

Kami pelik melihat reaksi Tengku, dan bertanya kenapa dia marah, ada sesuatu yang nak dikongsi ke?

“I tak kisah lah, biarlah orang nak kata apa pun! You nak tulis apa? Bukan ker Mastika selalu siar artikel tentang gay? Nak kupas apa lagi. Tak puas lagi ke nak telanjangkan lubuk-lubuk gay mencari makan di sauna dan dirumah urut? Hal dalam rumah pun nak bogelkan juga ke?” soal Tengku dengan nada sedikit beremosi kerana tahu kami cuba mempersoalkan apa yang dilakukan bersama pasangannya.

“I tak kisah lah, biarlah orang nak kata apa pun, kami tak susahkan sesiapa.”

“Sekarang gay ada kat mana-mana sahaja. Bukan aku nak banteras. Setakat berita di surat khabar, hal kecil sahaja. Kami masih ujud dan tak pernah rasa terancam. Biarlah mereka nak bising. Lagi pun apa nak ditakutkan, kami lelaki kalau kemana-mana berdua tak menjadi masaalah!” tiba-tiba Tengku sedikit beremosi.

Macam mana dengan ibubapa?

“Kalau nak tanya apa-apa jangan nak libatkan mak bapak! Parent I tak tahu lifestyle I kat sini macam mana. Meraka kat kampong mana lah nak ambil peduli sangat. Lagi pun I dah besar dah tahu mana yang baik dan buruk,” jawab Tengku.

Tengku seolah-olah tidak dapat menerima pendirian kami tentang kesongsangan golongan LGBT. Dia bertanya kami, kenapa sibuk sangat nak kupas isu LGBT (lesbian, gay, bisexual dan transgander) sedangkan banyak lagi masaalah sosial yang jelas berlaku depan mata.

Kes buang bayi, zina, rogol, pengemis, samun dan bunuh lebih teruk. Kenapa bukan isu itu diperjuangkan. Sekarang zaman dah moden. Masing-masing boleh pilih hak dan cara hidup sendiri.

Kalau ada pihak yang hendak pandang serong dengan golongan sepertinya, itu bukan alas an. Selagi tidak menyusahkan, kenapa nak ambil peduli? Kalau ada cuba nak kacau, apa nak takut! Dah ada NGO yang akan mempertahankan hak golongan sepertinya. Malaysia ada undang-undang sivil.


Selanjutnya kami cuba bertanya apa perancangan Tengku dan Adam untuk masa depannya. Tak menyesal ke hidup dalam keadaan songsang seperti kaum Nabi Lut ini?

Tengku hanya tersenyum, sambil mempelawa kami ke kamarnya. Katanya lebih privacy nak berborak tentang kisah cintanya.

Sampai sahaja dibiliknya, Tengku terbongkok-bongkok. Gayanya seperti mencari sesuatu. Dibuka setiap kota yang ada dibawah katilnya. Lalu dikeluarkan beberapa keping gambar. Kami terkejut melihat beberapa keeping gambar album perkahwinan mereka berdua.

"Nah tengok lah sendiri, ini bukti cinta kami. Ini gambar sewaktu melangsungkan perkahwinan penghujung 2007. I hadiahkan Adam cincin berjenama mewah," ujur Tengku lagi sambil membersihkan debu yang melekat di kotak album.

Sambung Tengku lagi : "Lifestyle kami bebas. I dan Adam dah lima tahun berkawan. Kami bahagia macam hubungan suami isteri. Majlis hari ini dibuat sempena ulang tahun perkahwinan kami. I tak peduli dengan cakap orang. Yang penting i bahagia. Setiap tahun i akan sambut. Tahun ini i akan bercuti ke Tokyo, Jepun bersamanya."

Jejaka berjanggut ini menyatakan, impiannya tinggi untuk memiliki anak angkat. Kalau boleh nak bayi lelaki. Senang untuk menjaganya. Anak perempuan nanti leceh banyak pekara yang melibatkan agama bila dia nak berkahwin dewasa kelak.


Kami mencelah, bagaimana soal pendidikan dan akidah anak itu?  

"Kita permudahkan cara, jangan nak payahkannya. Tidak menjadi masaalah kerana sistempendidikan di negara ini mudah. Anak yang mempunyai dokumen yang lengkap tidak ada masaalah untuk bersekolah. Soal pendidikan agama, mereka boleh upah cikgu agama.

"I masih lagi Islam, sembahyang lima waktu tidak tinggal dan sudah beberapa kali khatam mengaji Al Quran. Soal agama i ambil berat. Jangan ingat orang macam kami tak sembahyang," ujurnya. 

Kami termenung mendengar pengakuan dan celoteh Tengku.

Besar sungguh impian Tengku dengan pasangannya. Apa yang dilalui dalam kehidupan mereka mudah, baginya anak akan menjadi pelengkap pada 'status' perkahwinan songsang mereka. Seolah-olah Tengku tidak memerlukan lagi wanita didalam hidupnya.

Tengku memberitahu lagi apa yang ada sekarang adalah realiti kehidupan. Masing-masing boleh pilih hidup yang dikehendaki. Baginya perempuan bukan keutamaan dalam hidupnya sekarang dan dia tidak pernah jijik.

Cukuplah apa yang diimpikan selama ini menjadi kenyataan iaitu memiliki kerjaya ysng baik, kehidupan yang aman dan damai dengan pasangan lelakinya. Dia seolah-olah menyalahkan adat orang melayu yang berfikiran cetek.

Misalnya, anak lelaki bila dah sampai umur 25 tahun kena ada calon isteri nak berkahwin. Jika perkahwinan adalah segala-galanya bagi ibu bapanya tapi bukan buat Tengku. Katanya lagi itu amalan ortodok orang melayu. Ia seperti menyeksa jiwa dan batin golongan sepertinya.

Pernah dia diajukan tentang perihal perkahwinan oleh ibunya, jawapan Tengku mudah sahaja, " Kalau ada jodoh, ada lah mak, kalau tak ada saya terima hidup bujang."

Tambahnya jika undang-undang di Malaysia terima perkahwinan sejenis. Tengku yakin pasti beribu-ribu pasangan gay, mak nyah dan lesbian akan menyerahkan borang permohonan kepejabat pendaftaran perkahwinan.

Sebelum beredar  dari kediamannya, Tengku juga ada berpesan soal halal dan haram itu biarlah Tuhan yang menentukan. Jangan lah ganggu privasi mereka. Apa yang dilaluinya sehingga sekarang ini adalah kehendaknya sendiri dan tidak dipaksa oleh sesiapa.

Mastika meninggalkan mereka berdua dengan harapan agar suatu hari nanti gejala buruk ini dapat dibendung dan dihapuskan sama sekali. Malah mendoakan semoga Allah membuka hati mereka untuk bertaubat dan memilih jalan hidup yang sebenar. 


Sumber : ditaip semula dari Majalah Mastika Disember 2012


29 comments:

  1. Thx for sharing najmi...Allah yang mampu membantu mereka dan doakan yang terbaik.

    ReplyDelete
  2. Irfa

    Datang lah baca...untuk pengetahuan kita semua...Kisah seperti ini saya pasti berlaku banyak diluar sana...cuma kita ramai yang tak sedar...entah2 jiran2 kita pun termasuk diantara yang dah berkahwin seperti kisah mereka diatas ni kan......:)

    ReplyDelete
  3. Mak Wardah

    Sama2 saya pasti ramai yang tak berkesempatan membaca kisah di dalam majalah tersebut, so sama2 lah kita ambil ikhtibar dari kisah diatas tu...

    ReplyDelete
  4. teringat citer tanah kubur...azab wooo...bertaubatlah buat sape2 yang terlibat sesungguhnya ALLAH tu Maha Pengampun jangan sampai nyawa sudah sampai dikerongkong baru nak mohon ampun...

    - Penggali Kubur

    ReplyDelete
  5. Kawan saya pernah lalui hampir serupa macam cerita ini, Alhamdulillah umur yang muda Allah buka kan pintu taubatNya.. sejurus daripada Umrah pertama dya, hanya kerana niat di hati tidak mahu bercinta dengan kaum sejenis, Allah SWT telah mendengar dan memberikan dya hidayah baharu walaupun kini dya 85% dalam proses recover...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zulqarnain Abu Hassan

      Semoga rakan awak dirahmati Allah hendaknya, syukur alhamdulillah.......:)

      Delete
  6. Najmi percaya ke apa yang ditulis oleh wartawan Mastika? Tidak kah Islam mengajar kita untuk periksa terlebih dahulu setiap sumber yang kita dengar atau baca?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous,

      Terpulang pada anda hendak percaya atau tidak.

      Ambil ikhtibar dari pengajaran kisah diatas walaupun saudara tidak mempercayainya. Dan bagi saya, saya percaya tentang kisah yang berlaku diatas.

      Saya sendiri mempunyai seorang rakan yang sudah mendirikan rumahtangga dengan kaum sejenis, sekadar berikrar dan mendaftarkan nama, mereka sangat kaya dan bijak. Walaupun dia tidak tinggal di negara ini lagi dan bukan beragama Islam, tetapi saya percaya kisah sebegini ada berlaku di negara kita dan dikalangan mereka yang beragama Islam.

      Saya baca melalui Facebook dan tahu beberapa kisah hidup mereka yang bahagia punya kekasih dengan kaum sejenis.

      Sebab itu saya selalu kata yang saya bersyukur saya dikurniakan HIV, kerana kemungkinan jika saya masih sihat, saya juga boleh terjebak tinggal bersama teman bagaikan suami isteri dan ianya pasti boleh berlaku, terutama bila kita(saya) lupa pada ajaran Allah dan terpengaruh dengan pengaruh buruk yang datang dari negara barat terutamanya.

      Songsang diluar sana saya pasti ramai dikalangan mereka yang ada menyimpan angan-angan hendak hidup bahagia dengan pasangan yang mereka cintai, tinggal serumah dan mereka pasti boleh berikrar berjanji dan bertukar cincin untuk hidup bersama(berkahwin ikut cara mereka). Tidak ramai yang kuat melawan dugaan syaitan ini.

      Saya pasti semua songsang, gay atau pun lesbian diluar sana jika membaca kisah diatas ianya dah menjadi pekara biasa, mereka membaca dari banyak sumber, cuma ramai (termasuk saudara) yang tidak pernah (kurang) terdedah dengan kisah sebegini pasti akan berasa terkejut dan tidak mempercayainya.

      Alhamdulillah saudara sudah membaca kisah diatas, dan sudah tahu tentang kisah diatas, jika saudara tidak percaya terpulang tetapi jangan terus disapu pengajaran dari kisah dibawah karpet.

      Kalau tak ada angin takkan pokok itu bergoyang. Sedikit sebanyak saudara kena ambil tahu dan kejadian seumpama boleh berlaku keatas orang yang terdekat dengan saudara juga.

      Seorang kenalan wanita saya, yang kurang terdedah sebelum ini dengan kegiatan songsang terkejut bila ia mula ambil tahu tentang golongan ini, banyak yang dia tak tahu sebelum ini tetapi sekarang dia sudah tahu.

      Dan baru-baru ini dia terkejut mendapat tahu anak buahnya tinggal serumah bersama teman lelaki, melihat keadaan bilik dirumah anak saudaranya dia pasti mereka tidur bersama, dia tidak melatah tetapi melalui kebijaksanaannya, dia cuba memisahkan mereka berdua. Saya percaya jika tidak ditegur anak buahnya lebih awal, pasti perasaan cinta antara mereka akan berbunga dan tidak mustahil mereka juga boleh berikrar untuk hidup semati seperti kisah yang disiarkan oleh Mastika diatas.

      Sekali lagi kalau ditanya kepada saya adakah saya percaya dengan apa yang ditulis oleh wartawan Mastika diatas?

      Jawapan dari saya ialah YA.

      Perlukan saya menghubungi wartawan Mastika diatas untuk mengesahkan kebenaran cerita diatas? Atau mencari insan yang bernama "Tengku" untuk mengesahkan cerita ini sebelum disiarkan didalam blog ini.

      Perlukan saya mendapat pengesahan dari semua cerita yang saya hendak sharekan disini? dan ada kisah yang terpaksa saya menaip dengan dua anak jari ini yang saya dapat melaui sumber akhbar dan majalah perlukan saya mengesahkannya dulu.

      Perlukah saya mengesahkan kisah "ALONG BANTU PENGHIDAP HIV/AIDS" atau PENGAKUAN DUA PESAKIT HIV/AIDS YANG PERNAH TINGGAL DI GEREJA terlebih dulu sebelum menyiarkannya?

      Jika wartawan Mastika itu menipu, maka tipu lah saya...saya mohon maaf....:)

      Delete
    2. Saya percaya kisah yang Naj Mi coretkan di blog Naj Mi dan saya suka membaca kerana banyak yang saya belajar daripada kisah2 yang Najmi paparkan. Tetapi kalau kisah itu diceritakan oleh wartawan Mastika, sukar untuk saya percaya sepenuhnya sebab mereka suka mereka2 cerita dan menokoh tambah apa yang tiada. Misalnya sebelum ini wartawan mastika 'giler' memaparkan kisah azab kubur yang menimpa orang yang melakukan dosa. Saya pernah mendengar cerita daripada seorang penggali kubur di Slim River, Perak yang beliau didatangi oleh wartawan mastika sbb diaorang nak dengar pengalaman beliau sebagai penggali kubur. Kemudian keluar cerita dalam Mastika tentang orang itu dan ini yang menerima balasan daripada Allah sebab dosa2 yang mereka lakukan. Penggali kubur tuh cakap dia tak pernah pun sebut benda2 yang keluar dalam majalah mastika. Nampaknya wartawan tu mereka2 cerita yang tiada. Menokok tambah benda yang tak sensasi supaya sensasi. Dia nak lakukan majalah diaorang. Kalau Najmi perasaan mastika 10 tahun dulu bukan main laris lagi sampai jadi majalah nombor 1 di Malaysia.

      Delete
    3. Cuba Najmi baca kat laman web ni:

      http://suarabawahtanah.com/2010/07/21/majalah-mastika-menipu/

      Delete
    4. Anonymous

      Alhamdulillah dengan penerangan saudara tentang kisah wartawan Mastika yang menokok tambah itu.

      Sepatutnya saudara letakkan laman web tentang kisah wartawan mastika yang menokok tambah pada artikel tahun 2010 itu lebih awal lagi ketika entry saya yang bertajuk "SAYA ISLAM TAPI SAYA GAY - "SAYA PEDULI HAPE KALAU TUHAN ITU MURKA", supaya saya boleh baca tentang kisah Mastika itu.

      Untuk pengetahuan saudara ini adalah kali kedua artikel dari majalah tersebut yang saya share kan dalam blog ini, itu pun kerana permasaalahan yang menarik perhatian saya tentang gejala songsang. Bayangkan dari tak pernah minat nak beli Mastika selama ini, saya gagahkan juga beli keluaran tersebut hanya untuk sharekan kisah tu di blog ini.

      Saya tak mampu nak check kesahihan sesuatu berita itu, dan pada saya, saya mempercayai apa yang dipaparkan (kisah diatas) kerana yakin kisah tersebut tidak mustahil boleh berlaku mengikut pengalaman saya dan tidak terfikir pula kemungkinan ianya boleh ditokok tambah.

      Tapi pihak Mastika juga sudah memohon maaf akan kesilapan wartawannya (yang masih baru dulu) dalam menyampaikan cerita pada tahun 2010 tersebut. Mudah2an selepas kejadian itu tidak berlaku lagi tokok tambah melampau dalam sesuatu cerita didalam majalah itu.

      Ya jika dulu majalah ni disukai ramai tetapi sekarang dah kurang sambutan mungkin juga sebab Mastika dah terima balasan dari Allah kut kerana menokok tambah cerita...Wallhuallam.....:)

      Apa pun terpulang lah buat pembaca semua dalam menilai kisah diatas.....:)

      Insyaallah dimasa depan saya akan cuba berhati-hati lagi dengan Mastika ni, kalau diaorang tokok tambah melampau lagi nanti saya nak saman Mastika..........Okey tak...:)

      Terima Kasih Anonymous....

      Delete
    5. Harap mastika dpt membaiki prestasi mereka n hormati etika ke wartawanan. Jarang beli tapi memang cerita2 nya kdgkala mencurigakan sgt2.

      Delete
  7. kisah dari mastika kah? kisah Ryan pernah masok kat dalam mastika pada tahun 2005. hahaha.. hampeh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. RYAN

      Kisah Ryan dlm Mastika tentang apa? Citer lah kami nak tahu ni...Kisah abg pun ada jugak masuk dalam magazine...Tapi biarlah rahsia hehehe...

      Delete
  8. hukum dunia, apalah ada. Saya sebenarnya lebih senang mendengar gay yang faham seksualiti mereka dan tidak berpura2. Sebab mereka ni dah tahap tak kisah dengan pandangan masyarakat, jadi siapalah manusia nak menghukum mereka. Serahkan sahaja pada yang maha berkuasa, dan moga mereka mendapat hidayah.

    Daripada, mereka yang rasa terhina dengan seksualiti mereka, menurut kehendak masyarakat, hingga sanggup menipu diri sendiri.

    Mereka yang menerima diri mereka, cuma akan menjadi malaikat atau iblis. Senang bila garis ini boleh dilihat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. MGDA

      Ya berpura-pura susah, berterus terang lagi susah. Apa pun semoga Allah memberi rahmat kesedaran kepada kita semua sebelum terlambat....:)

      Delete
  9. pening,pening nak klik iklan je bila singgah blog ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muhammad Farouq

      Hahaha...usah paksa diri, take care...:)

      Delete
  10. kisah gay lah.. pah tuh dia suruh Ryan selongkarkan port2 gay.. hahahaha.. benci tau si Shahidan nih kalu tak silap ar...

    ReplyDelete
  11. Bukan mudah nak membuang nafsu sesama jenis.
    Tapi menahan diri dari melakukan maksiat mungkin lebih mudah sedikit.
    Banyakkan sabar dan berdoa. Kepada yang dihadiahkan HIV, ambillah hadiah ini dengan hati yang redha. Kerana Allah Maha Mengetahui yang terbaik untuk kita. Antara kebaikannya ialah...
    Keinsafan dan diri lebih dekat dengan Allah.
    Wallahua'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      Bukan mudah lagi tapi memang tak boleh diubah nafsu tu, tetapi kita boleh mengawal menahan diri drp melakukannya...wallauallam

      Delete
  12. Saya percaya kisah ini...
    Dalam dunia ni, ada banyak rahsia yang tidak terjangkau oleh akal fikiran kita...
    Dan maka sebab itulah Allah menurunkan Al-Quran dan Nabi Muhammad sebagai penghulu kita semua agar kita hidup dijalan yang lurus dan bukan songsang...

    ReplyDelete
  13. Apa ni? Add aku lagi baik. https://www.facebook.com/leon.puung?fref=ts

    ReplyDelete
  14. I love Leon Pedro Puung. I am gay, I am ok. Leon Pedro Puung fucked me. Where is Leon Puung? HELP University, Damansara Heights.

    ReplyDelete
  15. Rindu aku? Dah lama tak jumpa. 5 Oktober 2014.

    https://sites.google.com/site/leonpuung510/

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST