Friday, 28 December 2012

CELARU NAFSU SONGSANG

BERKUCUPAN, melakukan liwat dan oral seks sesama lelaki tidak sekelumit pun dianggap jijik, malah ia bagai luahan ‘cinta luhur’ di kalangan pengamal homoseksual di negara ini.

Biarpun mencerminkan kepincangan dalam masyarakat di negara ini, kelab gay terus membuka ahlinya, termasuk pengamal homoseksual di kalangan pelajar dan golongan profesional.


Penulis turut berjaya mendekati jiwa seorang pengamal homoseksual yang hanya mahu dikenali sebagai Dani, 35, awal Januari lalu. Penulis hanya mampu beristighfar saat kata-kata terhambur keluar daripada lelaki berkumis rapi dan segak memakai kemeja yang penulis anggap menghidap penyakit jiwa celaru kronik.

Bukti kegiatan gay Melayu ini turut didedahkan Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), yang turun padang melakukan penyelidikan bagi mengenal pasti sejauh mana tahap kronik masalah yang melanda masyarakat.

Beberapa pegawai terlatih Jakim dihantar ke pelosok bandar utama di Semenanjung Malaysia termasuk Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah bagi mendapatkan gambaran jelas gerakan gelap kelab gay Malaysia ini.

Hasil kajian dikumpulkan amat mengejutkan apabila bilangan golongan homoseksual yang ditemui ini cukup ramai, malah ke kawasan luar bandar.

Pertemuan di sebuah hotel terkemuka diatur bagi menemukan pihak Jakim dan orang kuat kelab gay ini bagi mendekati mereka, sekali gus cuba memujuk mengikuti program pemulihan dirancang.

Malangnya hati mereka seolah-olah tertutup rapat untuk menerima sebarang pujuk nasihat. Paling dikesalkan apabila golongan dimonopoli lelaki Melayu beragama Islam mempertahankan nilai hidup songsang dianuti.

Tidak hairanlah apabila Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti Jakim, Saimah Mukhtar akur tugas memujuk golongan gay terlalu getir dan sukar berbanding tugas berdakwah kepada golongan pondan atau mak nyah.

Keberanian pelajar tajaan Petronas di University College Dublin (UCD) itu benar-benar menyentap jiwa ramai pihak di negara ini yang mungkin beranggapan ia hanyalah isu terpencil yang tidak harus diperdebatkan.

Lebih parah apabila puluhan laman sesawang blog gay di Internet muncul bagai cendawan bagi mempromosikan budaya gay di Malaysia secara lebih aktif.

Kebimbangan mengenai kegiatan gay ini turut dilaungkan (bekas) Presiden Majlis Aids Malaysia, Tan Sri Mohd Zaman Khan yang mendapati semakin ramai golongan lelaki muda Melayu menjadi pengamal homoseksual yang juga ejen penularan wabak virus HIV.

Golongan ini katanya, tidak lagi segan silu apabila berani menonjolkan diri dan menubuhkan beberapa kelab gay.

Baginya perkembangan gila itu sangat membimbangkan apabila trend jangkitan HIV atau Aids di Malaysia sudah berubah daripada jangkitan akibat perkongsian jarum suntikan dadah kepada transmisi aktiviti seks songsang.

Dakwaan ini disokong fakta perangkaan bagi 2010 yang mendapati jangkitan melalui hubungan seks secara heteroseksual, homoseksual dan biseksual mencatat jumlah 48.7 peratus melebihi jangkitan melalui penggunaan jarum suntikan iaitu 47.7 peratus.

Bagi bekas pegawai kanan polis itu, pengaruh rakan gay serta sokongan padu kelab gay menjadi punca utama budaya songsang ini merebak dengan pantas di luar jangkauan.

Kenyataan menakutkan ini turut disokong Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Azwanddin Hamzah yang mendedahkan terdapat usaha pihak yang menyokong kumpulan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) yang cuba mempromosikan budaya songsang di kalangan pelajar melalui penganjuran pesta tertentu.

Menurutnya, berdasarkan maklumat, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di beberapa sekolah di Lembah Klang bimbang dengan cubaan LGBT menghasut golongan remaja.

Malah, mereka ini yang turut didalangi Organisasi Progresif Gay Filipina (ProGay) sanggup menawarkan tempat berhibur, minuman keras percuma, pil khayal serta lokasi untuk melakukan seks secara bertukar-tukar pasangan. Golongan LGBT ini sedaya mungkin mahu mempromosikan seks bebas bermodalkan hak asasi biarpun menyedari ia bertentangan dengan akidah umat Islam di negara ini.

Benarlah kata Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara, Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood bahawa hak asasi tajaan Barat ini cuba digunakan untuk menghalal dan meminda undang-undang berkaitan homoseksual di Malaysia walaupun ia jelas perbuatan selayaknya untuk haiwan.

Menurutnya, menghalalkan gejala homoseksual atau gay hanya akan merosakkan reputasi negara Malaysia di mata dunia Islam yang selama ini menganggap Malaysia sebagai serambi Islam di Asia Timur.

Walaupun bilangan golongan homoseksual ini masih dianggap kecil berbanding jumlah rakyat Malaysia seramai 28.4 juta, namun gejala kotor ini perlu dibendung daripada terus merebak di dalam masyarakat.

Jika Allah SWT tidak teragak-agak membinasakan seluruh kaum Nabi Lut dulu, perkara sama pastinya boleh berulang sekelip mata dalam pelbagai bentuk musibah bencana yang tidak terfikir oleh kita.

 
Sumber : myMetro
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
Penulis adalah Ketua Biro Harian Metro Perak
Artikel ini disiarkan pada  : 02/2/2012
 

5 comments:

  1. saya bukan nk sokong hubungan ni. tp dr konteks penulisan, penulis (tidak merujuk kepada Najmi) cuba berbohong kepada pembaca. Penulis berkobar-kobar menulis mengenai gejala homoseksual, tetapi disembunyikan fakta pada statistik. mengapa perlu ditambah dengan golongan heteroseksual? untuk menunjukkan statistik ini melebihi penagih dadah? sedangkan statistik sebenar pada 2011 adalah 10%. penulis boleh memperlihatkan bahaya penyakit ini dikalangan homosexual, dengan menunjukkan perbandingan dari tahun 2010 dan 2011, kenaikan 2% BERBANDING jangkitan melalui suntikan dadah, menurun. itu permainan psikologi yg lebih hebat berbanding penipuan fakta (tidak ditipu fakta, tp mengelirukan, mengapa dikaitkan heterosexual sedangkan artikel mengenai homosexual).

    seperkara lagi adalah petikan kata2 dari salah seorang kaunselor Kelantan, Zaimah Husin. Saya lihat kebanyakan petikan artikel yang membabitkan beliau berkata-kata ttg HIV dan homoseksual adalah sama, sedangkan faktanya bercanggah dengan fakta tempatan. 44 kali ganda terdedah dengan bahaya HIV saya jumpa dalam sebuah artikel dari China. beliau mengulang perkara yang sama. sedangkan di malaysia berbeza keadaannya. saya berkata begini sebab saya sedang melakukan kajian berkenaan pengetahuan golongan MSM tentang HIV/AIDS. Dari situ saya mengumpul data. dan mmg diskriminasi dan stigma di kalangan orang kita sangat tinggi dan melemahkan penghidap daripada memberi semangat. stigma ini bukan menakutkan golongan homo, tetapi menjadi mcm "ala bisa tegal biasa", masuk telinga kanan, keluar telinga kiri kerana streotype dan pendidikan menakut-nakutkan masih diterap berbanding pendidikan cara yang lebih terhormat. mmg perlakuan mereka dilarang Islam, tetapi pasti ada cara mendekati, berbanding menunjukkan sikap homophobia.

    *saya tidak menyokong homoseksual dan tidak juga homophobia terhadap sesiapa. saya manusia biasa sahaja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      Ya....Begitu lah kalau sesiapa sahaja yang mengkaji seperti saudara yang mengkaji permasaalahan ini sudah pasti saudara mengetahui fakta2 yang lebih tepat, bagi kami pembaca hanya membaca dan kebayankan kita tidak terlintas nak selidik dengan tepat.

      Tidak semua pembaca yang membaca sumber dari internet atau akhbar akan terfikir nak mengkaji sesuatu permasaalah itu, apa yang kami baca itu yang kami dapat.

      Terima kasih dengan penerangan saudara itu....:)

      Delete
    2. entahlah, saya agak kasihan melihat pesakit2 AIDS ni. mereka disisihkan kerana media tidak memainkan peranan yg penting. malah profesional2 yang sepatutnya mendidik, terus menjadi penghukum. saya sendiri sedar, semakin ramai golongan gay di Malaysia. malah kanak2 yg masih bersekolah dengan terus terang mengakui, sibuk mencari pasangan, sedangkan PMR pun belum lepas. siap menggunakan their virginity utk menarik perhatian lelaki yg lebih dewasa. saya tidak salahkan mereka, mmg kajian juga menunjukkan golongan 15 - 20 tahun mempunyai keinginan seksual yg tinggi. hmm...
      berbalik kepada media-media di Malaysia. saya mencari sumber2 berkenaan AIDS dlm bahasa melayu, tetapi rata-rata membuat saya tidak berminat. teksnya sama. tidak kira ia adalah buku keagamaan mahupun bukan. paling dasyat membaca tajuk2 buku mereka. sangat sadis, memburuk2kan AIDS (sekaligus memupuk sifat bencikan pesakit AIDS). tidak mengapalah, doakan saya berjaya sudahkan kajian saya dan insyaallah mungkin suatu masa akan berguna kepada pihak2 tertentu. :)

      assalamualaikum

      Delete
    3. Memang benar, media elektronik n cetak harus memaparkan isu hiv dlm bentuk punca permasalahan, kaedah memberi pemahanan yg jelas, pendekatan yg praktikal n berkesan serta cara2 hapuskan stigma n diskriminasi. Jgn gmbrkan plhiv kurus kering terlantar tapi lebih ramai yg sihat tampan bergaya kalau tak percaya tanya tuan tanah.

      Delete
  2. Harap jbtn terbabit membuat groundwork yg baik sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan dan statistik.

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST