Thursday, 13 December 2012

ALONG BANTU PENGHIDAP HIV/AIDS


Kekuatan dan semangat wanita muda ini telah memberi sinar baru bagi beberapa wanita yang senasib dengannya. Sekadar mahu dikenali sebagai Along, wanita berusia 25 tahun ini pada awalnya seperti penghidap HIV/AIDS lain yang hanya pasrah dengan pandangan  negatif masyarakat.

Namun, perkenalannya dengan pengasas Rumah Perlindungan Wanita dan Kanak-Kanak Wahidayah, Norlela Mokhtar, bagai membuka lembaran baru untuk Along meneruskan kehidupan tanpa menoleh pada kisah lampau. Atas nasihat dan sokongan Norlela atau mesra dipanggil Kak Lela, Along bangkit membantu penghidap HIV/AIDS lain yang sedang berjuang untuk menerima kenyataan hidup berdepan virus yang belum ada penawarnya itu.

“Sejak menjadi penghuni rumah Wahidayah selama beberapa bulan, saya banyak diberi pendedahan mengenai perubatan, kesihatan dan paling utama soal agama,” katanya ketika ditemui di Rumah Perlindungan Wahidayah dan Kanak-kanak Wahidayah di Sungai Buloh, Selangor baru-baru ini.

Menceritakan serba sedikit mengenai kisah yang menyebabkan dia menjadi mangsa virus kejam itu, katanya segalanya akibat silap memilih teman lelaki. Selepas SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) saya mengambil keputusan untuk mencari kerja dibandar kelahiran saya Klang.

“Pengalaman saya dengan Zul yang pada mata saya terlalu baik dan mengambil berat, menyebabkan kami beberapa kali terlanjur. Namun setelah beberapa tahun berkawan baru saya dapat tahu bahawa lelaki ini sudah lama menghambakan diri dengan najis dadah dan saya terus ambil keputusan tinggalkan dia,” katanya.

Akui ibu kepada gadis kecil yang berusia lima tahun itu, kesilapan lalu banyak mengajarnya supaya berhati-hati.
Along (kanan) aktif menjadi sukarelawan di Rumah Perlindungan Wanita dan Kanak-Kanak Wahidayah di Sungai Buloh, Selangor.

Setelah beberapa tahun meninggalkan Zul, wanita itu telah menemui lelaki yang kini sah menjadi suaminya. Harapan menggunung untuk berubah dengan membina keluarga bahagia tergugat apabila Along dan suami melakukan pemeriksaan HIV/AIDS sebelum bernikah.

“Pemeriksaan saya ‘sangkut’ dan tiba-tiba muncul kembali kesilapan dahulu yang pernah saya lakukan sehingga terjebak dengan penyakit ini,”ujurnya.

Suratan takdir suami sanggup menerima Along dengan hati terbuka walaupun mengetahui wanita itu merupakan penghidap HIV/AIDS positif. Atas sokongan dan penerimaan suami, keluarga dan keluarga mertua membuatkan Along semakin kuat untuk meneruskan hidup dan membantu yang lain bagi sama-sama merasai kehidupan sempurna bersama insan tersayang.

Melalui aktiviti rumah perlindungan Wahidayah, Along sering "turun padang" dengan memberi sokongan dalam bentuk nasihat dan berkongsi pengalaman dengan penghuni-penghuni rumah perlindungan tersebut. Dia turut aktif mengikut seminar yang dijalankan disekitar Kuala Lumpur bagi membantu dan memberi kesedaran kepada penghidap HIV/AIDS yang lain.

"Melalui seminar ini, kami banyak berkongsi pengalaman dan saya banyak mengajar mereka mengenai cara penjagaan diri dan pengambilan ubat seperti yang pernah disarankan kepada saya. Pengabaian pengambilan ubat secara betul membuatkan pesakit penyakit ini menjadi serius akibat daripada virus yang mudah merebak dengan cepat," ujur Along.

Dia turut berkongsi pandangan dan nasihat dengan rakan-rakan melalui blog di internet yang diwujudkan khusus untuk penghidap HIV/AIDS menyuarakan masaalah yang dihadapi bagi mengurangkan bebanan mereka. Akur dengan stigma masyarakat yang sentiasa memandang negetif terhadap golongan ini, Along percaya dengan usaha yang dilakukannya dan rakan-rakan dan sokongan padu badan-badan bertanggungjawab bakal mengubah persepsi masyarakat satu hari nanti. 

"Kami seperti orang lain. Kami boleh berkawan dengan sesiapa sahaja dan kami mampu melakukan aktiviti seperti mana anda lakukan cuma yang membezakan adalah virus yang terdapat dalam badan kami," katanya.

Along (kanan) kini lebih ceria bersama rakan-rakan yang menjadi sukarelawan di Rumag Perlindungan Wahidayah dan Kanak-Kanak Wahidayah.

Along berpendapat, masyarakat disogok dengan paparan di media mengenai kekurangan penghidap HIV/AIDS mengakibatkan masih ramai yang tidak mampu menerima golongan ini dan membuatkan mereka sering disisih.

Dia juga berterima kasih dengan sokongan yang diberi oleh beberapa pihak yang menerima mereka seadanya malah membantu dalam memberi khidmat nasihat perubatan, kesihatan mahupun dalam bentuk kewangan. Bagi mereka yang sudah ditakdirkan berhadapan dengan situasi penyakit ini, Along menasihatkan mereka agar tidak khuatir kerana terdapat persatuan yang bersama-sama dalam membantu mereka.

Along menambah, pesakit HIV/AIDS yang berasa kecewa dengan kehidupan mereka harus segera bangkit dan sedar untuk membetulkan persepsi sendiri. Mereka perlu lebih terbuka dalam mencari ilmu sebanyak yang mungkin bagi menangani masaalah yang dihadapi terutama bagi golongan wanita.

Saranan Along, pada penghidap penyakit HIV/AIDS, jangan pasrah pada kehidupan, kembali pada yang betul dan beri peluang kepada diri sendiri untuk berjaya dan bahagia didunia dan diakhirat.
 

HIV MEREBAK MELALUI
- Hubungan seks bebas bersama individu yang telah dijangkiti (termasuk hubungan melalui faraj, dubur atau mulut)
- Penagih berkongsi jarum dan alat suntikan.
- Pemindahan darah dan organ yang tercemar dengan virus HIV.
- Ibu yang telah dijangkiti boleh merebakkan HIV kepada bayinya ketika dalam rahim, melahirkan anak atau sewaktu menyusu. 


Sumber : Akhbar Utusan Malaysia Mega 13 Disember 2012 oleh NOR FARHANI CHE AD


No comments:

Post a Comment

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST