Sunday, 30 December 2012

AIDS – JAWAPAN KEPADA KEMUSYKILAN ANDA

APA ITU AIDS?


AIDS adalah satu penyakit yang disebabkan oleh sejenis kuman virus (Human Immunodeficiency Virus) yang melumpuhkan keupayaan semula jadi badan dalam melawan penyakit. Dengan lumpuhnya keupayaan ini mereka yang dijangkiti kuman HIV akan terdedah kepada:

- Semua jenis kuman termasuk yang biasanya tidak membahayakan

- Beberapa jenis barah yang biasanya jarang berlaku 

Akibatnya pesakit akan sengsara, menderita dan akhirnya membawa ajal 


BAGAIMANA HIV BERJANGKIT?

Kuman HIV terdapat didalam darah, air mani dan bendalir oarng yang dijangkiti AIDS. Kuman HIV boleh berjangkit melalui cara berikut:

- Mengadakan hubungan seks dengan sesiapa jua yang dijangkiti kuman HIV.

- Seseorang wanita mengandung yang dijangkiti kuman HIV boleh menjangkiti bayi yang dikandungnya.

- Darah orang yang dijangkiti kuman HIV mencemar darah orang sihat. Contohnya berkongsi jarum suntikan semasa penagihan dadah.


TANDA-TANDA AIDS!

Pada peringkat awal jangkitan seseorang pembawa kuman HIV tidak menunjukkan apa-apa tanda. Pada peringkat dimana sistem daya tahan tubuh sudah lumpuh terdapat beberapa gejala jangkitan oportunis dan barah antaranya:

- Hilang berat badan mendadak (>10%)

- Cirit-birit atau deman berpanjangan.

- Jangkitan Pneumocystis Carini Pneumonia   

- Jangkitan Cytomegalovirus (pneumonia, brain, rentinis)

- Tibi

- Jangkitan kulat seperti Candida Cryptococcus dan Histoplasma.

- Toxoplasma (jangkitan diotak)

- Jangkitan Herpes Simplex, Herpes Zoster (kayap)

- Jangkitan Protozoa seperti Cryptococcosis, Microsporidium dan Isospora.

- Barah seperti Kaposi's Sarcoma dan Lymphoma.  

Kandidiasis adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh sejenis kulat, selalunya menyerang dibahagian mulut dan tekak (farinks).

Herpes Simplex adalah sejenis jangkitan kulit yang biasanya kelihatan seperti lepuh-lepuh pada bahagian mulut atau bahagian kemaluan.

Kaposi's Sarcoma adalah penyakit yang melumpuhkan keupayaan badan dan menyebabkan barah pada kulit atau mulut.

Bengkak kelenjar adalah sejenis penyakit yang menyerang pada bahagian leher, ketiak atau pangkal peha.


KUMAN HIV TIDAK BOLEH BERJANGKIT MELALUI CARA BERIKUT :

Banyak kekeliruan tentang bagaimana HIV berjangkit. Sebenarnya kuman HIV tidak berjangkit melalui cara berikut:

- Bersalaman

- Main bersama

- Berhimpit ditempat sesak

- Mandi dikolam renang

- Ciuman ringan

- Berpelukan

- Menggunakan tandas awam

- Gigitan nyamuk

- Berkongsi telefon awam

- Bekerja bersama pembawa dan pesakit AIDS

- Makan dan minum

Anda tidak perlu bimbang. Selagi anda tidak menagih dadah (berkongsi jarum suntikan) dan mengadakan hubungan seks dengan orang yang dijangkiti HIV, anda tidak akan dijangkiti.


ADAKAH ANDA AKAN DIJANGKITI AIDS?

Anda akan dijangkiti HIV jika anda mengamalkan hubungan seks dengan pelacur dan menagih dadah (berkongsi jarum suntikan). Anda digalakan mendapat ujian darah dimana-mana hospital terdekat


APA AKAN TERJADI APABILA UJIAN DARAH ANDA POSITIF TERHADAP HIV?

Anda akan diberi rawatan dan nasihat tentang semua pekara yang berkaitan dengan penyakit AIDS.

- Anda tidak boleh menderma darah.

- Elakkan dari mengadakan hubungan seks. Bagaimana jika anda suami isteri, gunakanlah kondom.

- Sekiranya anda seorang wanita anda dinasihatkan tidak mengandung kerana anak yang dikandung berkemungkinan besar dijangkiti kuman HIV.

- Sekiranya anda penagih dadah hentikanlah tabiat ini dengan segera.


BAGAIMANA MENCEGAH HIV/AIDS?

Anda akan diberi rawatan dan nasihat tentang semua perkara yang berkaitan dengan penyait AIDS. Hanya pencegahan sahaja yang dapat membebaskan kia daripada jangkitan kuman HIV. 

Langkah-langkah yang perlu diambil ialah:

- Hidup beriman, bertakwa dan amalkan kehidupan yang berteraskan nilai agama.

- Jauhi dadah
Kepada yang menagih, insaf dan berhentilah segera. Dapatkan bantuan daripada pihak berkuasa untuk membebaskan anda daripada dadah.

- Jangan hampiri zina
Jauhilah perbuatan terkutuk ini. Seks rambang dan hubungan seks dengan pelacur akan mendedahkan anda kepada jangkitan HIV/AIDS.

- Tingkatkan pengetahuan anda mengenai HIV dan AIDS. Ia membantu anda dan keluarga mencegah jangkitan HIV/AIDS                


Sumber : Risalah yang diambil di Hospital Besar

Unit AIDS/STD, Jabatan Kesihatan Negeri Perak

Kementerian Kesihatan Malaysia


10 comments:

  1. Thx najmi moga hidup kita sentiasa diberkati n dilindungi Allah sentiasa.

    ReplyDelete
  2. Agak2 dalam congakan doktor secara fakta dan puratanya..Berapa lama tempoh pesakit HIV akan mendapat AIDS?walaupun telah menerima rawatan dari awal iaitu HAART..?
    Adakah lebih kurang 10 tahun?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      Tempoh PLHV mendapat AIDS walaupun telah menerima HAART?

      Setahu saya jika kita dengar arahan doktor, menjaga pemakanan dan menjalani kehidupan baik sepanjang masa insyaallah seseorang PLHIV itu akan dapat hidup sihat selamanya, insyaallah. Kebanyakkan PLHIV yang meninggal bukan disebabkan AIDS tetapi disebabkan faktor lain. Dan ada PLHIV yang dapat hidup lebih 25 tahun hingga sekarang dan masih dlm keadaan sihat dan kuat.

      Yang penting kita kena dengar cakap doktor, jaga kesihatan diri, dekati pada Allah jauhi perbuatan atau amalan tak elok, insyaallah hidup kita (PLHIV) akan melebihi 30 tahun dan lebih, insyaallah.

      Kalau boleh jangan kita kira jangka masa yang kita ada, jalani kehidupan baik. Kena ingat ajal maut di tangan Allah, kita kena selalu berdoa minta agar hidup kita sihat panjang umur dan diberkati selalu. Kena hapi dan jangan stress tau.

      Wallahuallam.

      Delete
  3. Maaf jika soalan saya mengganggu emosi para PLHIV..sebenarnya saya agak runsing memikirkan masa depan terutama tentang pembiayaan peribadi bank dan insurans setelah baru2 didiagnos HIV +.buat pengetahuan saudara Nazmi, saya pegawai kerajaan yang baru 2 tahun beerkhidmat.jadi saya risau tentang itu..jika PLHIV seorang pegawai kerajaan, terjejas atau tidak kerjaya mereka?Bagaimana dengan pembiayaan pinjaman bank, rumah dan insurans untuk PLHIV?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya telah btanya pd yg arif, personal loan n rumah anda tidak perlu declare tapi utk rawatan dihospital krjn anda perlu tunggu dulu dgn membuat analisa kerana ia mungkin melibatkan prestasi n masalah2 lain. Check dulu akibat n kesannya pd anda

      Delete
    2. Dilema yg saudara hadapi sbg penjawat awam untk mndptkn segala kemudahan stlh didignosiskan HIV+ berkemungkinan mghadapi bnyk halangan dan sekatan.

      Rasionalnya PLHIV dikalangan ini disenaraikan telah tidak berkemampuan mnjalankan tugas dn disenaraikan sbg pesakit kanser yg tidak bokeh sembuh dn dikatakan menjejaskan nanti segala pinjaman yg dimohon.

      Rasionalnya juga tiada mana-mana syarikat insuran nanti yg boleh meluluskan atas sebab kita menghidap HIV+ krn sudah tentu syarat bayaran balik mestilah dari pemohon yg bebas dari segala risiko bebanan hutang.penyakit.muflis dll

      Sy nasihatkan saudara buat masa ini tolong jangan dedahkan segala maklumat yg saudara sbg pembawa dan oenghidap HIV+ kepada sebarang ejen jika berurusan utk memohon pinjaman peribadi...kerana akan menyebahkan rekod perkhidmatan saudara dpt dikesan olh pihak jabatan tempat saudara berkhidmat.

      Namun segalanya terletak kepada keberanian saudara sendiri dan risiko yg dihadapi kelak.

      Wallahualam

      Delete
  4. Anonymous

    Sukar untuk saya menjawap pertanyaan saudara mengenai pembiayaan peribadi bank dan insurans juga berkaitan diri anda seorang pegawai kerajaan,insyaallah saya akan bertanya rakan saya yang lain dan diharap ada pembaca diluar sana yang sudi menjawab pertanyaan saudara mengenai masaalah tersebut.

    ReplyDelete
  5. Pretty! This has been an incredibly wonderful article.

    Many thanks for supplying this info.
    Also see my website: learn More

    ReplyDelete
  6. Terima kasih...
    memang saya takkan mendedahkan identiti saya kepada mana2 bank dan pihak insurans tentang status HIV saya...persoalan yang bermain di minda saya ialah seseorang PLHIV ( pada pendapat mereka, dah dijangka akan berakhir dengan kematian berbanding dengan orang normal yang pun akan mati tapi tak tau sebab apa dan bila..Persoalannya..
    1 Jika saya membuat pembiayaan peribadi atau pinjaman perumahan, memang ada insurans dan jika seseorang normal tue mati ( kanser, kemalanagn, dan penyakit2 kritikal lain) mereka tak perlu bayar pinjaman tersebut lagi..masalahnya jika kita mati disebabkan AIDS mungkin 3o tahun akan datang..?adakah pinjaman tidak juga perlu dibayar?
    2. Mengenai insurans pula, bagi pendapat kawan saya di bidang insurans, pihak insurans memang tak cover kalu mati disebabkan AIDS..ataupun penyakit kritikal yang lain memandangkan status HIV.penyakit kritikal tue dikira sebagai AIDS..

    Saya bimbang jika nak buat pinjaman perumahan terutamanya sebagai pegawai kerajaan, saudara semua tahu, pembiayaan perumahan bukannya sekejap tempohnya, tempoh hampir 30 tahun, dan jika ditakdirkan saya pergi meninggalkan dunia dengan status HIV yang saya pegang, saya tak mahu menyusahkan keluarga terutama ibu/bapa untuk meneruskan pembiayaan balik pinjaman tersebut......

    Saya minta pandangan dan pengalaman rakan2..

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST