Thursday, 27 December 2012

80% BELIA INDONESIA BERISIKO SAKIT KELAMIN

Sebahagian disebabkan kurang kesedaran mengenai jangkitan HIV/Aids
 
JAKARTA: Hampir 80 peratus warga Indonesia berusia antara 15 hingga 24 tahun berdepan risiko dijangkiti penyakit jangkitan seksual (penyakit kelamin) termasuk HIV/Aids kerana kurang pengetahuan. 

Seorang model menunjukkan pelbagai jenis kondom ketika Minggu Kondom Kebangsaan di Salemba Jakarta

“Mengikut kajian berterusan yang dilakukan pada 2011, hanya 20.6 peratus belia berusia antara 15 hingga 24 tahun mempunyai pengetahuan mengenai penyakit kelamin,” kata Menteri Kesihatan Nafsiah Mboi pada sidang akhbar menjelang Minggu Kondom Kebangsaan. 

Matlamat kerajaan yang menyasarkan kesedaran dan pengetahuan ke atas 85 peratus golongan belia mengenai penyakit jangkitan sosial masih jauh daripada jangkauan. Pada 2014 kementerian berhasrat meningkatkan kesedaran hingga 95 peratus.

Nafsiah bagaimanapun berkata kementeriannya tidak akan berputus asa dan enggan mengurangkan matlamat golongan sasaran kepada angka lebih realistik.


Beliau berkata kajian yang dijalankan mendapati 42.3 peratus rakyat negara itu yang menghidap HIV/Aids berusia antara 20 dan 29 tahun manakala 33.1 peratus lagi berusia antara 30 hingga 39 tahun.


“Kumpulan ini dijangkiti penyakit itu bertahun-tahun yang lalu, bermakna ketika mereka masih remaja dan ini adalah antara sebab kita menyasarkan golongan remaja,” katanya.


Nafsiah berkata jika kesedaran yang rendah terhadap HIV/Aids berterusan, aktiviti seksual berisiko tinggi akan terus meningkat.


“Ramai belia Indonesia terbabit dengan aktiviti seks berisiko tinggi. Kadar pengguguran janin dikalangan mereka juga semakin meningkat,” katanya.


Suruhanjaya Aids Kebangsaan menganggarkan kira-kira 1.8 juta penduduk Indonesia akan dijangkiti HIV/Aids, tetapi menambah, jika program pencegahan dilaksanakan, jumlahnya dapat dikurangkan kepada 1.1 juta orang.

 

Data yang dikumpulan dari Januari hingga September lalu oleh Agensi Kesihatan Jawa Barat menunjukkan 7,308 kes baru HIV dan 319 kes Aids didaftarkan di wilayah itu saja. - Agensi 

Sumber : Berita Harian


2 comments:

  1. Hanya mampu doakan aktiviti tak sihat ini dpt dikurangkan tak kira di indonesia tetapi di negara kita juga.

    ReplyDelete
  2. Mak Wardah

    80% belia di negara seberang yang berisiko dijangkiti STD...banyak tu kan, walaupun anggaran sahaja tetapi ianya sesuatu yang perlu diberi perhatian, pengajaran buat remaja dinegara kita juga.

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST