Sunday, 2 December 2012

2,504 KES BARU HIV PADA TAHUN INI - HARI AIDS SEDUNIA 2012

KUALA LUMPUR 1 Disember 2012 - Kementerian Kesihatan menerima pemberitahuan mengenai 2,504 kes baru HIV mulai Januari hingga November tahun lalu.

 

Pengarah Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Dr Chong Chee Kheong berkata, dengan bilangan kes HIV yang membimbangkan, semua golongan muda mesti mengetahui cara untuk melindungi diri sendiri daripada penyakit seumpama itu dan perlu bertanggungjawab dengan kesihatan mereka.

"Satu daripada empat kes baru HIV dilaporkan di Malaysia membabitkan golongan muda berumur 13 dan 39 tahun dan golongan muda dewasa yang berumur antara 20 hingga 39 tahun, membentuk 70 peratus daripada kes-kes HIV yang terkumpul.

"Kes-kes baru di kalangan golongan muda dewasa melalui penyebaran secara seksual juga dijangka meningkat dari setahun ke setahun dan ia sudahpun melepasi apa yang kerap menjadi penggerak utama bagi HIV di Malaysia iaitu pengguna dadah suntikan," katanya dalam ucapannya pada majlis 'Sambutan Hari AIDS Sedunia 2012 di Red Ribbon Youth Club di sini, hari ini.

Katanya pada 2011, Malaysia menyaksikan jumlah terkumpul 94,841 kes-kes HIV yang mana 17,686 berkembang kepada Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit (AIDS) manakala sekurang-kurangnya 14,986 kematian berkaitan AIDS dilaporkan.

Sementara itu, Setiausaha Kehormat Majlis AIDS Malaysia (MAC) Hisham Hussein berkata, sudah tiba masanya rakyat Malaysia mendapat pengetahuan dan membangunkan satu pendekatan bersepadu mengenai perkhidmatan dan pendidikan seksual dan kesihatan reproduktif kepada golongan muda dewasa.

"Kita mesti kekal di hadapan bagi mendidik golongan muda kita terutama pada peringkat kritikal ini," katanya mewakili Presiden MAC Datuk Dr Raj Karim.


Bersempena dengan Hari AIDS Sedunia 2012 hari ini yang bertemakan "Rising Up to Challenges of "Getting to Zero", Hisham berkata MAC sedang bekerjasama dengan Persatuan Perubatan Universiti Malaya (UMMed Soc) untuk melancarkan Hari AIDS Sedunia Red Ribbon Youth Club 2012 bermula hari ini sehingga esok.

Majlis itu bertujuan meningkatkan kesedaran awam dan mengutip dana bagi pertubuhan HIV di Malaysia.- Bernama

Sumber : Sinar Harian


4 comments:

  1. Selamat Hari Aids sedunia abang..

    ReplyDelete
  2. Anonymous

    ......:)Semoga hari esok lebih baik daripada hari ini ya....semoga kita semua diberi kesihatan yang baik...semoga kita semua dapat bertemu lagi dengan Hari AIDS 2013 tahun depan dalam keadaan sihat...lebih sihat dari hari ini dari tahun ini.....:)

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah Hari Aids Sedunia tahun depan CD4 najmi boleh capai tahap kembara ke mekah n bertemu kita sbg tetamu Allah. Jaga diri baik2 ya n jgn lupa doakan saya juga. Take care, naj

    ReplyDelete
  4. Mak Wardah

    Insyaallah...mudah2 an.....:)

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST