Friday, 16 November 2012

UTEH - KANAK-KANAK HIV KE TANAH SUCI MEKAH

Terbaru dan terindah dari Mekah. Kisah-kisah aneh menginsafkan ekslusif disiarkan oleh Mastika. Saya perolehi buku ini dari adik saya yang dibelinya dengan harga RM12.90, ini antara sebuah dari 3 buah buku yang diberikan kepada saya untuk dibaca.


Ianya sebuah buku ekslusif yang menghimpunkan 30 buah cerita-cerita terbaik dari Mekah yang belum pernah disiarkan oleh majalah Mastika. Kisah-kisah aneh yang disiarkan akan membuatkan anda berasa insaf dengan kebesaran Ilahi.

Apakah peristiwa ganjil dan menginsafkan yang telah dilalui oleh selebriti terkenal, Yatt Hamzah, Diana Amir dan Chef Datuk Ismail semasa ketanah suci? Mengapa pula Imam Muda Ashraf dan aktivis sosial, Hajah Norlina Alawi mengalirkan air mata kesyukuran? Jawapannya didalam buku ini.

Tidak lama sebelum meninggal dunia pelawak terkenal Allayarham Bob Kuman telah berkongsi pengalaman menginsafkannya semasa menunaikan umrah. Buku ini memaparkan salah satu temu bual terakhir Allahyarham dan sekali gus berkongsi luahan hati dan impiannya yang belum pernah disiarkan oleh mana-mana media.

Diantara kisah yang menarik perhatian saya ialah pengalaman Hajah Norlina Alawi yang membawa salah seorang anak angkatnya bernama Uteh seorang pesakit HIV ke Mekah untuk melaksanakan umrah. Disini saya paparkan sebahagian kisah Uteh dari pandangan mata Hajah Norlina Alawi ibu angkatnya.

Muhammad Amir Amzar Azhar atau panggilan manjanya Uteh merupakan anak bungsu daripada dua adik beradik, dia menghidap HIV sejak dari lahir lagi, manakala kakaknya bebas dari jangkitan itu. Saya menjaga Uteh sejak tahun 2005, ketika itu dia berusia lima tahun setelah diserahkan oleh datuknya kepada saya. Memang bukan saya mengandung dan melahirkan Uteh, namun acap kali memandang bundar matanya yang bercahaya, ia sarat dengan dambaan kasih sayang seorang ibu. Ketika itu kami dapat rasakan ikatan antara kami bagaikan anak beranak kandung.

Umrah Uteh pada tahun 2009
Pada akhir tahun 2009 melalui program Lambaian Kaabah PERNIM, saya berjaya membawa Uteh yang ketika itu berusia sembilan tahun ke tanah suci Mekah. Uteh berjaya mengerjakan umrah dengan sempurna, walaupun virus HIV semakin menjalar keseluruhan salur darah dalam tubuhnya, tetapi semangat Uteh mengatasi segalanya. 

Dia tenang melaksanakan semua ibadah itu dengan sempurna. Malah lebih terharu, Uteh juga mampu membuat umrah sunat untuk arwah ibubapanya selain bersembahyang tarawih sebanyak 20 rakaat bersama ribuan jemaah dari pelusuk dunia.

Melihat keadaan itu berdetik dalam hati saya perasaan terlalu bersyukur kerana dapat mengembirakan hati insan-insan yang saya cintai ini, apatah lagi mereka dapat menunaikan umrah pada bulan Ramadhan dan beraya disana.

Uteh bersama Puan Norlina Alawi

Umrah Uteh pada tahun 2010
Pada tahun 2010 pula, hati saya terdetik sekali lagi untuk membuat program Nur Iman di Tanah Suci bersama sahabat karib, iaitu Puan Rohana Md Dahari dengan pakej umrah berharga RM96 ribu yang diberi oleh Muhammadiyah Travel & Tours Sdn Bhd.

Dalam program itu saya membawa Uteh sekali lagi, kami juga membuat pengambaraan bersama Majalah TV bertajuk Perjalanan Suci Uteh yang ditayangkan oleh TV Al-Hijrah. Masih segar dalam ingatan saya sebelum berangkat ke Mekah keadaan Uteh memang agak lemah, badannya kurus tidak bermaya, namun tubuh yang lemah itu umpama mendapat suntikan semangat luar biasa. Keadaannya kali ini amat berbeza ketika mengerjakan umrah pada tahun 2009.

Malah sebelum pergi doktor yang memeriksa Uteh mengatakan keadaannya memang ditahap kritikal. Penyakitnya sudah berada ditahap terakhir atau pun dikenali sebagai Full Blown AIDS. Sistem imunisasi tubuhnya begitu lemah dan tidak mampu menahan sebarang jenis penyakit lain.

Walaupun begitu, saya tetap minta doktor benarkan Uteh pergi. Saya mahu bawa anak saya itu. Saya berpegang kepada kuasa Allah. Selagi Uteh diberi peluang untuk lihat Tanah Suci dan mengerjakan umrah insyaallah Uteh akan berjaya.

Ketika hari kami berlepas, tiba-tiba kesihatan Uteh semakin merosot. Uteh demam. Fizikalnya lemah sehingga tidak mampu berjalan. Uteh juga kerap menangis. Tambahan pula saya diberitahu cuaca di sana sekitar 40 darjah celsius. Saya mula risau tentang keadaannya apabila kami tiba nanti.

Selepas lapan jam dalam kapal terbang, kami selamat tiba di Madinah. Ketika sampai Uteh yang tidur sepanjang penerbangan saya lihat ada sedikit perubahan. Uteh sudah mampu berjalan. Sebaik kami tiba di hotel tiba-tiba sahaja Uteh kembali sakit tenat. Dia hanya mampu terbaring keadaannya begitu lemah dan nazak. Uteh diserang demam teruk sukar menelan air dan makanan, lebih teruk nafasnya tersekat-sekat.

Saya terus menangis, saya tidak mahu kehilangan Uteh, apa yang saya boleh buat hanyalah menyuruh abang-abangnya membaca Yassin untuk Uteh. Kami berharap dia kembali sihat. Saya juga risau jika Uteh meninggal disana.

Tapi dengan kuasa Allah Uteh mampu bertahan, semangat luar biasanya membuatkan Uteh beransur pulih, dari hari ke hari dia kembali bertenaga. Selama tiga hari di Madinah Uteh hanya berehat dihotel sahaja. Semasa dalam perjalanan ke Mekah sekali lagi hati saya berdebar memikirkan kemanpuan Uteh untuk beribadah. 


Namun segala kebimbangan itu hilang bila lihat Uteh semakin sihat, kesihatannya bertambah baik. Lebih terharu sehingga mengalir air mata apabila semasa perjalanan ke Mekah selepas berniat di Miqat di Bir Ali, Uteh berpeluang mengetuai bacaan talbiah. Semua ahli rombongan gembira kerana Uteh semakin sihat.

Akhirnya kami sampai ke Mekah dan menginap hotel yang jaraknya hanya 100 meter dari Masjidilharam. Tepat pukul 11 malam itu, Uteh termasuk yang lain bertalbiah menuju Masjidilharam.

Berkat kesabaran, tawakal dan atas pertolongan Allah, kami semua dapat menyempurnakan umrah masing-masing. Uteh sebelum itu tidak berdaya dan sakit tenat, juga mampu melaksanakan umrahnya dengan sempurna sehingga kami selamat pulang ketanah air.


Allah lebih menyayangi Uteh
Tapi ajal maut semuanya ditangan Tuhan, kami hanya merancang, sedangkan Allah lebih menyayangi Uteh. Enam bulan sekembali dari umrah ke dua, pada 2 Februari 2011, pada pukul 8.30 malam, Uteh kembali kepangkuan Ilahi.

Putih jernih wajah Uteh masih terbayang diruang mata maskipun kini tiada lagi panggilan mama dari bibirnya. Uteh menghembuskan nafas terakhirnya diatas pangkuan saya setelah penyakit HIV/AIDS nya semakin teruk. Walaupun sedih dan hiba diatas pemergiannya, saya tetap bersyukur kerana impian saya untuk membawa ahli keluarga terutama anak-anak anugerah ini terlaksana.
Al Fatihah Uteh

Al Fatihah Uteh

Sumber dari buku : Kisah-kisah aneh menginsafkan Terbaru dan Terindah dari Mekah.
Lagi kisah Norlina Alawi ada di dalam entry disini "ANTARA INSAN YAMG BERHATI MULIA"  

Atau anda boleh baca kisah Uteh terus di Utusan Online disini


Kisah Uteh sememangnya ada saya ikuti dan baca sama ada melalui artikel majalah mahupun akhbar, alhamdulillah saya berkesempatan menonton "Perjalanan Suci Uteh yang ditayangkan oleh TV Al-Hijrah" di kaca TV satu ketika dulu. Semoga Uteh pada ketika ini tenang disana dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

   

   

11 comments:

  1. Najmi,
    Al-Fatihah untuk Uteh, menitis airmata saya, sebak dada membaca kisah ini. Semoga Jannah khas untuk puan Norlina Alawi. Kisah teladan kita semua dan pasti dgn izin Allah saya akan beli buku ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak Wardah

      Ya AlFatihah... buat Uteh... Mak Wardah boleh baca kisah Uteh didalam link yang saya beri tu di UtusanOnline....

      Delete
    2. Dah baca, Ya Allah bila tengok gambar anak2 remaja tu bergambar tunduk untuk menutup muka sendiri tu, saya sangat sebak. Apalah dosa mereka, mereka anak2 yang suci tanpa dosa, nasib ada wanita yang bernama Norlina yang sanggup menjadi ibu kandung mereka. Mari kita buka minda terima mereka seadanya dan mengasihi mereka dengan ikhlas...

      Delete
    3. Mak Wardah

      Nak wat cam na... anak2 tu pasti tak beberapa faham tentang virus bahaya yang menjalar dlm darah mereka kan...Saya pun rasa simpati sangat-sangat.

      Delete
  2. touching nye...bergenang airmata...
    speachless...
    semoga semua diberi kekuatan utk mengharungi hidup y penuh pancaroba ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ~TamanRaudhah~

      Al Fatihah buat Uteh ya... sama-sama kita doakan buat arwah dan berdoa agar kita semua diberi kekuatan utk mengharungi hidup y penuh pancaroba ini...

      Delete
  3. Mulia sungguh hati Pn Norlina Alwi ini...doa saya seperti Mak Wardah juga...moga Jannah
    khas buat beliau...begitu besar pengorbanan beliau kepada kanak-kanak mangsa HIV+ ni..sungguh suci kasih sayang dan cinta beliau...

    setiap apa yang kita cinta dan sayang kerana Allah didunia ini..pastinya Allah akan temukan dengan apa yang kita cinta dan sayang di akhirat nanti...

    moga beliau bertemu diJannah nanti dengan apa yang beliau sayangi didunia ini..Amin
    Al Fatihah buat arwah Uteh yang telah pergi dlm keadaan mulia...
    Tak tertahan air mata ni...

    syukran jazillan

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah... Saya telah membaca buku ni Najmi...terima kasih Najmi kerana berkongsi sebuah buku yang baik...yang membawa saya memuhasabah diri sendiri...mengalir air mata ni..dengan kisah arwah Uteh...

    betapa beratnya ujian utk Uteh berbanding dengan tubuhnya yang masih kecil...
    tabahnya anak kecil ini melawan derita sakitnya...

    Al Fatihah buat arwah Uteh dan juga buat Arwah Bob Kuman..moga Jannah buat mereka...:(
    Amin..Amin ya Rabbi...


    syukran jazillan

    ReplyDelete
  5. syukran jazillan

    Alhamdulillah dah beli buku ni ya...:)
    Al Fatihah buat Uteh...

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST