Wednesday, 14 November 2012

USTAZ DITUDUH CIUM DAN MEMAKSA REMAJA LELAKI MEMEGANG KEMALUANNYA

Sejak duamenjak ini saya kerap mendengar kisah "orang yang 24 jam tidak lekang dengan ketayap putih dikepala" terlibat dalam aktiviti songsang atau pun perbuatan yang kearah melibatkan seks bebas.

Dulu seorang kawan saya beritahu dia pernah digoda seorang remaja lelaki dan terlanjur bersama dan dia sedikit terkejut bila dapati remaja lelaki itu merupakan seorang imam yang mengimamkan solat berjemaah disebuah surau.


Saya juga mendapat cerita kisah tentang seorang wanita yang di rogol oleh saudara kandung suaminya (saya tak pasti adik atau abang iparnya yang melakukan) sehingga dia mengandung luar nikah bukan hasil hubungan dengan suaminya, wanita ini akhirnya disahkan HIV positif. Kisah wanita itu jelas memberitahu bahawa luaran si perogol kelihatan seorang yang alim bagai surga pasti tempatnya. 

Beberapa hari lalu saya berbual dengan seorang kawan lelaki bercerita tentang teman lelaki yang baru dia kenali menerusi "wassup", saya hanya melayan apa yang dibualkannya. Dia beritahu teman lelakinya itu datang dari keluarga yang alim, tetapi songsang. Sambil ketawa ia bercerita apabila mereka tidur bersama setelah melakukan seks, bila masuk waktu subuh teman lelakinya pasti bangun mendirikan solat. Saya hanya kata solat tu wajib dilakukan dan merupakan tiang agama.

Moralnya disini; kita semua adalah manusia biasa bernafsu terpulang sama ada kita boleh mengawalnya atau tidak, tetapi saya lebih terkilan apabila seseorang itu hanya bertopengkan kopiah putih yang dipakai 24 jam tetapi perangai sama seperti syaitan. Golongan ini ramai berada disekeliling kita, lebih teruk jika melibatkan ahli keluarga kita sendiri.

$entry.content.caption.value

AYER KEROH, MELAKA - Seorang guru tahfiz dituduh di Mahkamah Majistret di sini, semalam, kerana melakukan kelucahan melampau terhadap seorang remaja lelaki di sebuah madrasah di Ayer Molek, lima tahun lalu.

Ismail Ghazali, 44, dari Merlimau mengaku tidak bersalah selepas mengangguk faham pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Syajaratudur Abd Rahman.


Berdasarkan pertuduhan, Ismail didapati dengan sengaja melakukan kelucahan melampau terhadap seorang lelaki berusia 14 tahun 7 bulan dengan mencium mangsa dan memaksa mangsa memegang kemaluannya.

Ismail melakukan kesalahan itu di sebuah bilik di Madrasah Al Muqarrabin, Balik Bukit, Bukit Lintang kira-kira jam 12.15 tengah malam, pada 16 Mac 2007.


Dia didakwa mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun jika sabit kesalahan.


Pegawai Pendakwa, Inspektor Rosli Rasi meminta jaminan RM5,000 dikenakan terhadap tertuduh yang tidak hadir tiga kali sebutan semula kes, bermula 2007 hingga 2008 dan menyebabkan waran dikeluarkan mahkamah.


Bagaimanapun, Ismail yang baru balik menunaikan umrah dua bulan lalu memohon mahkamah mengurangkan jaminan dengan alasan tidak dimaklumkan mengenai tarikh sebutan semula kes tersebut.


“Ketika itu saya sedang belajar di Yaman dan saya tidak mengetahui mengenai waran yang telah dikeluarkan sepanjang tempoh tersebut, malah ahli keluarga juga tidak memaklumkan apa-apa berkaitan kes ini,” katanya.


Syajaratudur kemudian membenar Ismail diikat jamin RM5,000 dan menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 12 April depan bagi lantikan peguam.

Sumber : DISINI

http://4.bp.blogspot.com/-Beklts19QmI/UJypQfezz0I/AAAAAAAAJlE/-gzdCSactmM/s1600/90B2DB667B28B27289ABAB9195F6DC77.png

11 comments:

  1. bro Najmi,

    Setiap kita tak kira siapa pun, punya ujian masing2. Tak perlu terkilan.

    Mereka yang pakai ketayap ni, lebih besar ujiannya. Kadngkala mereka tak niat nak sembunyi dengan ketayap tu, tapi mereka berusaha utk ikut sunnah, walaupun tahu mereka songsang. Dan orang macamni lagi kesian, sebab, kadangkala bila mereka tewas, tuhan bayar tunai. Tuhan hukum didunia lagi. Bila tertangkap, maruah habis, dan keimanan mereka dipertikaikan manusia.

    moga kita semua tabah menghadapi ujian, tidak kira samada berkopiah atau bertudung labuh pun.

    ReplyDelete
  2. DarkAngel a.k.a MalaikatGelap

    .......:)
    Bercakap dengan perempuan bertudung labuh teringat saya kisah berlaku di sebuah kampung di sini, seorang anak perempuan yang nampak alim taat pada perentah Allah, baju hitam bertudung labuh seolah-olah surga dia pasti dapat. Tetapi ketika dia meninggal dunia mengejut emak bapanya terkejut dileher ank perempuan mereka tergantung rantai berlambang SALIB.
    Wallahuallam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Segalanya rahsia yang esa, bro najmi. Saya juga pernah punya kawan yang berpurdah, tetapi akhirnya berniat ingin menukar agama. Nasib dapat diselamatkan namun, hidup nya dah tak serupa seperti dia dulu.

      kita tak pernah tahu apa hujungnya hidup kita. bagi saya, anak perempuan bertudung labuh itu sekadar contoh orang yang tewas, namun hanya Allah yang tahu.

      saya pernah terbaca kisah seorang ustaz yang mendapat berita rupanya ibunya meninggal di thailand, dengan keluarga buddha, ibunya hilang sewaktu dia ustaz itu kecil. Satu sahaja soalan dari ustaz tu kepada keluarga tersebut, pernahkah ibunya menyembah berhala bersama mereka, atau ada sesiapa pernah nampak wanita itu menyembah berhala, tiada siapa yang nampak. Lalu ibu itu dia kebumikan cara islam.

      Hidup ni sebenarnya, hanya tentang kita dengan Allah. Banyak mana pun luahan kita pada orang lain, mereka tidak akan pernah faham seluruhnya.

      Ismail Ghazali, 44, dari Merlimau ni mengalami ujian yang hebat. Siapapun dia, moga ALLAH beri hidayah padanya. Dan moga dia kuat hadapi ujian ini.Amin.

      Delete
    2. DarkAngel a.k.a MalaikatGelap

      Ya Ismail Ghazali diduga tapi ia masih belum terlajak sehingga memaksa, meliwat atau sebagainya terhadap mangsa, tidak seperti kisah Sarah:

      "harapkan berkopiah putih tetapi perangai seperti syaitan bodoh. Ya “babi” itu memperkosa saya ketika saya sudah pun ada HIV"

      bapanya yang berkopiah putih sanggup berulang kali merogol anak... tu yang saya geram tu....

      Delete
  3. Andainya hidup ini tiada undang-undang dan membunuh itu dihalalkan...si**** itu pastinya
    saya bunuh..atau racunkan saja...memang Najmi jika saya boleh mampu melaksanakan pembalasan..
    bagi membela Sarah....pasti itu yang akan saya buat....!!!maaf Najmi...saya memang jadi sangat2 geram dan dendam nih...!! saya jadi ter emosi lagi disini Najmi...

    Astaghafirullahalazimmm...


    Pastinya remaja yang dipaksa itu mengalami trauma...malu dan keliru sepanjang hidupnya...walaupun nasib remaja yg malang itu telah dapat dibela...hidupnya tidak seperti remaja lain lagi dah kan...
    kita doakan moga remaja itu tabah menghadapi masa depannya ya Najmi...

    Hai Ismail Ghazali...anda bertuah mendapat pengadilan semasa didunia lagi...masih terbuka pintu taubat dan masih mampu meraih rahmat ALLAH...

    syukran jazillan

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukran jazillan

      hmmm kes Sarah lain, kes Ismail Ghazali lain,
      apa pun hanya Allah sahaja yang layak menghukum mereka yang melakukan kesalahan. Wallahuallam.
      Jangan marah syukran jazillan hehehe...

      Delete
  4. Salam..sy nk kongsikan pngalaman sy.cerita sy lebih kurg sama dgn yg cite kes ismail ghazali.time sy darjah 5,sy pernah diliwat oleh seorang tabligh yg sy x sngka die akan lakukan perbuatan ini.sy ingt kan die seorg yg baik.bnd ni berlaku semasa sy beriktikaf di masjid pd waktu mlm bersama rakan2 yg len.pada pukul 3 pagi,sy telah dikejutkan oleh seorg tabligh ni.die mengajak sy utk keluar dudk di ruangan luar masjid,jd sy pon ikot tanp ad perasaan sangsi t'hdp die.tibe2 die meliwat sy dan sy t'gamam.member sy x taw pon p'kara ni b'laku.pagi2 tu,si tabligh ni wat bodo je cm x de paper yg berlaku mlm td.pd keesokannya,sewaktu die mengajak sy utk keluar berda'wah(kononnya),die amik kesemptn lgi terhdp sy dngn menyuruh sy melakukan perkara yg diluar tabii.sy x nk,tp t'gamam n t'pkse mengikut arahan die.time tu sy bdk lgi,sy x taw paper pon psl golongn LGBT ni.sy ad try gak utk mengelak dr jump die,tp die sggup dtg kerumh sy carik sy dgn perasaan x serba slh lgsg.parents sy pon x taw hal ni t'jadi.akhrinya,sy putuskn utk x balik rumh dlm mase 2-3 ari.so,sy dpt jauhkan diri sy dri si tabligh ni yg b'topengkan syaitan.lastly,sy dpt putskan hubgn dgn die.agk lama jugk sy menderita psl bnd ni.sy t'pkse memndam seorg diri smpi skrg.sy nk luahkan dktt kwn,tp kwn tu pulk x boleh dip'cayai.die plak try nk liwat sy.jdi,sy try jugk jauhkan diri sy sekali lgi dngn member sy ni.akhirny,berjaya jugk.sy skrg ni cuma mengadu dan b'serah pad tuhan shj utk mengubah diri sy.disbbkn peristiwa pertama sy itula yg watkan nafsu sy songsang smpi sekrg.sy x nk jdi cm ni.sy da try p'bagai cara,tp xbole nk ubh.sy kadang2 mimpi p'hubgngn sejenis ni.sy anggp mimpi tu semue mainan dr syaitan.sy be'hrp sgt sy dpt mimpi perhubungn yg sah lgi halal.wat mase ni,sy try mem"BLOCK" semue lawn web yg b'unsurkan lucah,meletakkkan wall desktop sy kata-kata hikmah/dakwah.tu je yg boleh sy lakukn stakat ni.even kdg2,nafsu sy cube melwn utk buang bend2 yg sy wat ni skrg.sy sgt b'hrp agar ALLAh dpt memakbulkan DOA sy spy sy dpt mnjauhi segala perbuatan songsang ni dan menjdikan sy seorg lelaki sejati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      Abang sedi dengar cerita awak ni, nak kata apa lagi semuanya dah berlaku bukannya salah awak. Diliwat semasa kecil ketika darjah 5 dalam keadaan tak berupaya melawan tu dah kira rogol juga.

      Pastinya ada hikmah dan Allah maha mengetahui tentang segala-galanya, yang mampu saya nasihat agar awak teruskan azam mengawal diri dari terus terjebak, kawal sedaya upaya. Ya awak perlu berdoa berterusan agar Allah lindungi iman awak dari godaan syaitan.

      Pasti Allah mendengar dan saya pasti Allah akan memakbulkan doa awak dalam usaha menjauhi dari terlibat dalam perbuatan songsang dan insyaallah Allah itu mendengar tidak mustahil awak boleh berubah menjadi seorang lelaki sejati.

      Terus berdoa...

      Delete
  5. Klu ana lah remaja tersebut,untungnyer.hehe

    ReplyDelete
  6. aku kenal mamat ismail ini...memang suker budak jambu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      Kalau dah songsang...siapa yang tak suka budak jambu kan..huhu..penting agar kita boleh kawal diri...mudah2an saudara Ismail pada hari ini dirahmati serta diberi hidayah berterusan oleh Allah SWT

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST