Monday, 12 November 2012

3 - TEMUJANJI SAYA DENGAN DOKTOR PADA 12 NOVEMBER 2012


Pada 7 November 2012 (hari rabu) 

Pada 7 Nov yang lalu adalah tarikh darah dan air kencing saya diambil untuk diuji, semua helaian kertas diambil oleh petugas pendaftaran dikaunter mengambil darah tersebut kecuali satu iaitu kertas (borang) untuk ujian CD4/CD8 telah dikembalikan semula pada saya. Kakak yang bertugas hanya beritahu saya, 

"Yang ini tak da check, tunggu tahun depan". 

Yang pasti saya mula faham bahawa budget yang disediakan oleh kerajaan untuk tujuan ujian CD4/CD8 telah pun habis digunakan pada tahun ini. (ada saya terangkan didalam entry disini)
  
Pada 12 November 2012 (hari isnin)

Seperti selalu selepas solat suboh saya begerak ke hospital dengan hanya mengayuh sejauh lebih 10 km dari rumah. Pada hari ini segala keputusan darah dan air kencing saya yang diambil setiap bulan sepanjang empat bulan yang lalu akan saya ketahui. Darah dan air kencing yang diambil ada lah perlu kerana hendak mengesan sama ada ubatan HAART yang baru saya telan iaitu Tenvir EM dan Stocrin ada memberi kesan kepada tubuh badan saya atau tidak.

Tenvir EM dikatakan boleh memberi kesan kepada buah pinggang saya, walau bagaimana pun sekiranya kesan tidak teruk dan sekiranya doktor mendapati ubatan tersebut sesuai dengan tubuh badan saya maka saya akan terus dibenarkan untuk menelan ubatan jenis ini, jika tidak saya terpaksa menukar kepada ubatan jenis lain pula.

Pintu bilik mendaftar dibuka pada pukul 7.30 pagi dan ketika saya meletakkan kad temujanji didalam kotak yang disediakan (bertanda warna oren), saya dapati terdapat satu kad yang lebih dulu diletakkan didalam kotak tersebut, pada ketika itu hanya ada beberapa individu sahaja yang baru masuk kedalam ruang bilik menunggu tersebut. Saya memandang sekeliling mencari siapakan PLHIV yang lebih dulu meletakkan kad temujanji sebelum saya, sedangkan pintu baru sahaja dibuka. 

Sah, saya terpandang seorang wanita cina duduk disatu sudut kelihatan bersendirian, bertubuh kurus dan yang pasti wajahnya amat jelas kesan "Lipoatrophy" (disini) .Terus terang sepanjang saya bergelar PLHIV dan semenjak saya tahu makna apa itu lipoatrophy, saya tidak pernah nampak kesan sebegitu jelas kepada seorang PLHIV wanita, kalau PLHIV lelaki memang saya pernah nampak sebelum ini (termasuk wajah saya). Timbul pula rasa simpati saya bila melihat wajahnya, tetapi saya cuba tidak memandang kearahnya. 

 Kesian.  

Wajahnya jelas kesan lipoatrophy

Jika kesan ini berlaku kepada seorang lelaki okey lah sikit tetapi kesan ini berlaku kepada seorang wanita, saya pasti dia juga akan hilang sedikit keyakinan dan rasa rendah diri pasti meyelubungi dirinya.

Setelah berat badan dan tekanan darah saya diambil, saya ke kantin dan kemudian menunggu disatu lorong dibelakang ruang menunggu bilik pendaftaran dan duduk dihadapan bilik no 11, bilik khas untuk merawat mereka yang menjadi pembawa virus HIV.

Berat badan saya yang diambil pada hari ini ialah 66.4 kg
Tekanan darah pula pada paras B/P 117/74, Pulse 76 

Tidak ramai kelibat PLHIV yang hadir pada hari ini (Isnin), kerana kebiasaan temujanji rawatan untuk PLHIV hanya pada setiap hari Rabu dan Khamis sahaja. Penat menunggu sejak awal pagi, sesekali saya keluar "merayau" menghilangkan rasa bosan menunggu ke sekitar hospital kerana saya diberitahu doktor hanya akan datang pada pukul 10.30 pagi.

Tepat pukul 11.15 pagi baru nama saya dipanggil berjumpa dengan Dr Ker Hong Bee, doktor wanita yang petah berbahasa melayu, tunjang utama yang merawat pesakit HIV/AIDS di hospital ini.

Alhamdulillah segala keputusan ujian darah dan air kencing saya yang diambil setiap bulan sepanjang empat bulan lalu (sebaik menelan ubatan baru Tenvir EM dan Stocrin) semuanya baik. Tidak ada sebarang masaalah. Alhamdulillah.

Result Viral Load saya yang diambil empat bulan yang lalu juga keputusannya sangat melegakan - NOT DETECTED. Alhamdulillah.

Manakala kolesterol saya pada paras 5.8 mmol/L


Hanya 15 minit saya berbual dengan Dr Ker kemudian saya diminta menunggu diluar bilik, sementara menunggu diberi tarikh temujanji berikutnya, serta diberi surat tarikh bila ujian darah perlu diambil dan surat untuk mengambil ubat. 

Yang pasti mulai hari ini saya tidak lagi diberi ubat Bectrim kerana pengambilan ubat ini akan dihentikan apabila CD4 saya melebihi 200 (bacaan CD4 saya sudah melebihi 200). Alhamdulillah bermakna saya hanya perlu menelan dua jenis ubat sahaja mulai hari ini iaitu Tenvir EM dan Stocrin.

Ketika saya menunggu diluar bilik doktor, seorang 'nyonya' menegur saya dalam bahasa cina, saya balas dalam bahasa melayu... kemudian ia bertanya no 4 (miliknya) sudah dipanggil ke atau belum, mulanya saya sangka ia adalah antara pesakit lain yang menunggu untuk masuk ke bilik no 12 (maybe bilik untuk sakit jantung kut) tetapi dia menunjuk ke arah bilik no 11 (untuk pesakit HIV), maka sah ia juga salah seorang PLHIV seperti saya yang perlu hadir pada hari itu. 

Mudah untuk kita kenali pembawa virus HIV ketika berada dilorong sempit ini, sesiapa sahaja yang masuk ke bilik no 11 pasti dia adalah pembawa HIV. Sekali lagi timbul rasa kesian saya pada 'nyonya' ini, wajah dan tubuh badannya langsung tidak mengambarkan yang dia seorang PLHIV, dia yang saya lihat sama seperti nyonya-nyonya yang biasa kita kerap lihat di merata-rata tempat, tingkah lakunya kelihatan seperti kebanyakan emak kawan saya ketika disekolah dulu. 

Raut wajahnya jujur tidak seperti seorang wanita yang kerjanya bertukar-tukar pasangan. Dan saya pasti dia juga berkemungkinan mendapat virus ini dari suaminya. Dia juga pastinya antara ramai suri rumah yang terainaya mendapat HIV bukannya akibat perbuatan dari  kesilapan dirinya sebelum ini, tetapi akibat dari kesilapan orang lain.

Kemudian pintu bilik no 11 dibuka, keluar nurse memanggil pesakit lain untuk masuk bertemu doktor, saya tersenyum menahan ketawa bila nama yang dipanggil ialah .....Tan Kucing hahaha.... maybe nama lelaki itu ialah Tan Khoo Cheng tapi yang jelas saya dengar nurse menjerit memanggil "Kucing" hehehe.....meowwww...:)

Ubatan selepas berjumpa doktor diambil dibilik ini

Selesai mengambil ubat, saya begerak meninggalkan hospital ketika jam hampir kepada pukul 12 tengah hari. Hendak tak hendak saya terpaksa meredah juga cuaca yang sedikit panas ketika itu untuk pulang kerumah.

Insyaallah darah dan air kencing serta ujian CD4 dan Viral Load saya akan diambil sekali lagi pada lima bulan yang akan datang dan kemudian diikuti dengan temujanji dengan doktor.


Untuk rekod bacaan CD4 dan kolesterol saya yang lalu pada :

16-12-2009 - CD4 12
26-05-2010 - CD4 80    meningkat 68 - kolesterol 5.6 mmol/L
13-10-2010 - CD4 106  meningkat 26 - kolesterol 5.4 mmol/L
13-04-2011 - CD4 126  meningkat 20 - kolesterol 6.1 mmol/L
28-09-2011 - CD4 174  meningkat 48 - kolesterol 5.8 mmol/L
08-01-2012 - CD4 202  meningkat 28 - kolesterol 5.1 mmol/L
25-07-2012 - CD4 229  meningkat 27 - kolesterol 6.3 mmol/L


Pada hari ini 11-11-2012 - CD4 (tidak diuji) - kolestrol 5.8 mmol/L

HAART - SAYA TELAN SEKALI SEHARI SAHAJA - JUMPA DOKTOR 25 JULAI 2012 (4 bulan yang lalu)

24 comments:

  1. meaoowwwwwww..meaowwwwwww..hahahaha..anyway, alhamdullilah syukur kepada Allah sebab ubat yang Naj Mi makan nampaknya sesuai dengan tubuh Naj Mi. Tapi saya risau paras kolestrol dalam badan Naj Mi..agak tinggi kan? Mungkin doktor boleh berikan ubat untuk turunkan kadar kolestrol tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous.... meaowwwwww... :)

      Ya kolestrol agak tinggi, tapi doktor tak kata apa2 pun... dulu pun ada sekali paras naik agak tinggi... doktor bukan pakar kaitan HIV (bukan DR Ker) nak bagi ubat tapi saya takut kesan lain pula ada...

      Insyaallah saya kena telan lebih banyak dan kerap bawang putih kut mulai ari ni.... :) Thanks...

      Delete
  2. NajMi..

    saya tumpang gembira bila keadaan awak semakin baik ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Irfa

      Alhamdulillah...mudah2an keadaan semakin baik... cuma skrg hidung ni pulak bersin tak henti2 huhuhu...:)

      Delete
  3. Alhamdulillah for VL not detected bermaksud kalau jaga prubatan n pemakanan n exercise CD4 akan naik lagi cepat, insyaALLAH. Tahniah Najmi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak Wardah

      Insyaallah...mudah2an...insyaallah saya kena lebih peka tentang kesihatan diri...:)

      Delete
  4. hehehe..
    sempat juga najmi berlawak ek?
    cepat-cepatlah sembuh ya..
    saya tumpang gembira..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Herma Julianny

      Meaowwwww.......hahahaterima kasih mendoakan saya ....:)

      Delete
  5. salam najmi... jaga diri & take care ye! KA sentiasa doakan yg terbaik for u

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesuma Angsana

      Alhamdulillah terima kasih Kesuma Angsana.....:)

      Delete
  6. Alhamdulillah..syukur bila ubatan HAART yg Najmi makan ni..serasi dengan Najmi...
    syukur juga VL result tu menggambarkan virus tu sedang lena tidonya...hihi...
    moga lima bulan yang akan datang CD4 result Najmi semakin baik dan bertambah baik yer...Amin

    saya juga nak amalkan dgn konsistenlah nak makan bawang putih mentah..macam yang Najmi sentiasa amalkan tu...moga ia jadi penawar dengan izin Allah kan...

    Najmi jangan seme-sema lagi...dulu pun lama juga Najmi dapat seme-seme tu...jaga kesihatan tau...

    syukran jazillan

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukran jazillan

      Insyaallah... saya juga harap agar 5 bulan akan datang keadaan semakin baik....Bawang putih... ya saya rasa ianya mujarab cuma sejak saya agak lama tak amalkannya ... saya mula telan seminggu sebelum ujian darah diambil... sebaiknya kita kena amalkan secara konsisten... telan sedikit setiap hari lebih baik drp tak telan langsungkan....

      Insyaallah saya akan cuba jaga kesihatan... terima kasih...:)

      Delete
  7. wah dgn berat 66kg mesti badan seimbang nih, tekanan darah pon ok nih...kalau tak keberatan, umo najmi ni bwh 30 ke...
    seronok kan kalau duduk kampung, ada rumah dan tanah...

    ReplyDelete
  8. walnut

    umur saya dah hampir separuh abad.... cuba awak teliti dalam photo pertama diatas... berapa umur saya yang ditulis tu....:)

    depan rumah saya ada padang luas dah macam tanah sendiri lah pulak tapi kena share padang tu dengan jiran2 yang lain jugak hehehe....:)

    ReplyDelete
  9. abg najmi bila lah agak boleh jumpa... KK dah ada dkt ipoh la ni.. hehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonumous..

      Kat Ipoh....??? cuti ker..:)

      Delete
    2. kk dah kerja dkt cni...

      Delete
    3. Anonymous

      KK ni siapa....?

      Kota Kinabalu?

      Kota baharu?

      Kak Kamariah atau

      Kamaruddin Kassim hehehehe... melawak jer...:)

      Delete
    4. pernah email abg najmi dulu....

      Delete
    5. Anonymous

      Ramai...maybe saya tak perasan...apa pun alhamdulillah dah bertugas dicni ya...:)

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST