Friday, 9 November 2012

SUKAR SUNGGUH LUPAKAN HUBUNGAN SONGSANG

photo hiasan
Soalan;

SAYA seorang jurutera dan mempunyai ‘hubungan kasih’ songsang dengan sahabat saya seorang Lelaki Kacak 'latino'. Kami menjalin hubungan lebih dua tahun dan dia juga mengasihi saya.

Saya cuba melupakannya dengan memperbanyakkan mendekatkan diri kepada Allah tetapi jiwa dan fikiran saya tidak boleh melupakannya. Pemuda ‘latino’ itu juga bekerja sepejabat dengan saya dan kami masih menghubungi antara satu sama lain.

Bagaimana saya hendak melupakan pemuda itu dalam hidup saya? Saya takut dengan azab Allah dan saya tidak mahu mengulangi perbuatan terkutuk dengan pemuda itu yang juga beragama Kristian.
 

AHMAD 
Qatar


Jawapan;

SECARA fitrah, setiap manusia ada rangsangan seksual dan secara normal manusia tertarik kepada jantina berlainan jenis. Gangguan seksual di luar fitrah adalah tidak normal dan manusia perlu berusaha untuk menjauhinya, malah mengikis perasaan sedemikian.

Kecenderungan sedemikian adalah satu penyakit. Ia berupa ketagihan atau kegilaan yang sukar dibendung manusia yang tunduk kepada nafsu dan bukannya ajaran Islam.

Dengan sebab itu, agama merawatnya melalui bentuk hukuman berat apabila didapati bersalah dalam hubungan songsang seperti hukuman rotan sama dengan kesalahan zina.

Selain itu, individu itu sendiri perlu mengubahnya. Kelakuan songsang sukar untuk dibuktikan dan disabitkan kesalahan. Bagaimanapun, keadaan dunia sekarang sudah berubah apabila manusia mulai mengakui terbabit dalam kelakuan songsang secara terbuka.

Mungkin apa yang berlaku di zaman Nabi Luth kembali menyerang masyarakat sekarang. Sebenarnya, budaya homoseksual akan menghancurkan diri dan masyarakat manusia seperti yang pernah terjadi di zaman Nabi Luth.

Mereka yang terbabit itu sudah merosakkan diri dan jiwa pasangannya. Daripada seorang lelaki yang berjiwa kental dan perkasa ia menjadi lemah lebih-lebih lagi pasangannya yang sudah menjadi ‘effeminate’ (lelaki lembut yang mempunyai peribadi seorang wanita).

Perkara utama yang perlu anda lakukan ialah bertaubat kepada Allah dengan sebenar-benar taubat, iaitu berazam tidak mengulangi tabiat buruk itu.

Ia membabitkan perubahan dalaman termasuk dalam persoalan membina akhlak mulia dan baik. Antara akhlak dan nilai utama yang perlu ditanam dalam diri seseorang ialah nilai kebijaksanaan berdasarkan ilmu, nilai berani, menjaga maruah diri dan adil.

Mempunyai akhlak dan peribadi berdasarkan empat nilai utama itu, seseorang dapat menjaga diri, masyarakat dan negara. Ini ditambah dengan nilai keagamaan seperti patuh kepada perintah Allah.

Sebenarnya, kebebasan manusia secara sepenuhnya (al-bara’ah al-asliyyah) sudah dibatalkan (nasakh) dalam Islam apabila setiap individu Muslim perlu beribadat hanya kepada Allah dan perlu mematuhi perintah-Nya.

Apabila setiap Muslim memahami perkara itu, segala larangan Allah dapat dipatuhi tanpa banyak alasan. Seterusnya kita mesti ingat bahawa kehidupan di dunia bukannya kekal dan setiap orang akan kembali kepada Allah.

Segala kewajipan dan larangan yang dikenakan ke atas manusia akan disoal di akhirat nanti. Dengan adanya perasaan takut kepada Allah, ingat kepada mati dan hari akhirat seseorang dapat mengelak daripada terjebak melakukan aktiviti songsang.

Sumber : Disini




6 comments:

  1. bayangkan kita boleh hidup lagi 30 tahun.. kata la 40 tahun lagi.. sekarang mungkin 25 tahun, kita muda dan bernafsu. ada kekasih, having fun making love mmg nikmat..berapa lama nikmat tu? kata la kita dgn kekasih tu sangat setia..sama2 hingga ke hari tua..sama2 bernoda.. sepanjang hidup berdosa..utk nikmat 30-40 tahun je,itu pun kalau umur panjang,kalau mati awal?..sedangkan di SANA adalah selama2nya..

    itu jika pasangan kita tu setia, kalau curang? then cari pasangan lain? then bila da tua sikit dah jemu dan cari pasangan muda2? belum lagi kalau dapat penyakit spt siphilis atau gonorrea @ apa2 penyakit berkaitan seks, kalau tak kuat tentu merana..

    saya sendiri pun tahu sukarnya kikis perasaan tu.. dan ingat ni utk diri saya,yg semakin hari semakin sayang dgn kawan lelaki yg songsang juga..saya berdoa sayang ini tidak berlanjutan menjadi CINTA :( - Awan Yg TerPLU

    ReplyDelete
  2. Awan YG TerPLU

    Ya betoi... paling takut kalau tak sempat bertaubat, lagi takut kalau mati semasa berada diatas ranjang tengah bersuka ria... kerana saya pernah dengar kes di Spore dlm sebuah sauna seorang lelaki yang mati semasa main dlm bilik sauna... tak pasti melayu or chinese... kalau melayu islam kan dah kes naya.... memang tak sempat taubat isshhh mudah2 an tak berlaku kepada kita semua yang membaca entry ini...

    Awan YG TerPLU sayang sesama manusia bagus ya jangan sampai jatuh cinta boleh merana, semua tu pun akibat godaan syaitan gak... semoga awak dilindungi Allah...:)

    ReplyDelete
  3. Semuga kita semua sentiasa terpelihara....bukan hanya Najmi dan AYT sahaja.

    ReplyDelete
  4. keep telling ourself , i love Allah swt more than u ( someone tat we love so much) may it helps..huhuhu

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST