Saturday, 10 November 2012

SUAMI GAY CUBA BERUBAH RIMAS DENGAN PRASANGKA ISTERI

Saya menerima masuk komen seorang suami yang telah bercerita tentang perasaan rimasnya terhadap sikap kelakuan isterinya didalam ruang "komen" di entry; LAGI KELUHAN DERITA ISTERI YANG BERSUAMIKAN SEORANG GAY  

Saya cuba membalas menjawab tentang keluh kesah yang beliau hadapi dengan beberapa suntingan untuk mempermudahkan lagi kita membaca dah faham maksud beliau;
 
Ingat berkahwin boleh cepat berubah dan tenang tapi bertambah stress

Anonymous

Assalamualaikum, 

Disini ada sesuatu yang ingin saya luahkan, saya seorang suami juga seorang yang bernaluri gay, saya sudah berkahwin selama 2 tahun dan masih belum dikurniakan anak. Apa jua ujian saya perlu hadapi adakalanya saya hanyut, saya akui sememangnya amat susah untuk saya menjauhi aktiviti ini (seks sejenis)

Saya berkahwin semua adalah kerana sudah dijodohkan oleh ALLAH dan saya mengenal isteri hanya melalui kawan dan kami bercinta hanya selepas berkahwin. Saya tidak salahkan isteri saya, walau bagaimana pun isteri saya akhirnya mendapat tahu tentang aktiviti songsang saya selama ini, yang saya cuba sorokkan dari pengetahuannya.

ALLAH maha mengetahui isteri saya adalah seorang yang sangat sukar hendak menerima kenyataan. Kami sering bergaduh, kemudian berbaik, kembali bergaduh dan berbaik semula. Semuanya kerana isteri masih belum sepenuhnya mempercayai akan diri saya ini. Oleh kerana masaalah pekerjaan ketika ini kami terpaksa tinggal berjauhan dan masih belum tinggal hidup bersama sebagaimana pasangan suami isteri yang lain.

Didalam keadaan saya yang semakin kuat untuk berhenti dari aktiviti songsang semakin kuat pula godaan yang datang dari syaitan, ia terus menggoda diri saya ini untuk berterusan melakukan pekara yang tidak baik.

Oleh kerana saya agak sibuk dengan pekerjaan, segala message atau call dari isteri tidak dapat saya jawab dengan segera, ini membuatkan isteri bertambah curiga kepada saya. Dan apabila saya menjawab SMS darinya, dia pasti akan membalas SMS saya kembali dengan kiriman perkataan yang sentiasa mencurigai saya. Dia menulis dan dimasukkan sekali dengan berbagai-bagai mukadimah

Dia akan menuduh saya berjumpa dengan lelaki lain.

Setiap kali apabila saya membaca balasan SMS darinya saya menjadi marah dengan segala curiga dan tuduhan yang dilemparkan kepada saya. Dia sungguh lemah untuk menyokong membantu, sedangkan saya pada ketika ini sedang berterusan untuk cuba berubah. Berubah ya saya mahu berubah, tetapi bukannya saya boleh berubah secepat kilat atau berubah bukan sepantas kelajuan bas ekspress atau berubah secepat kiriman post laju.

Segala masaalah ini membuatkan saya adakala kembali ke aktiviti lama dan adakala saya terfikir ingin meneruskan hidup sendirian kembali. Saya akui saya silap, mulanya saya ingat mudah apabila kita berkahwin untuk mengelak segala maksiat tetapi syaitan mengoda kembali dalam berbagai cara.  

Saya ingat saya boleh mengawal naluri songsang ini tetapi dalam masa yang sama saya tidak yakin pada diri saya sendiri, saya perlukan sokongan untuk berubah terutama dari isteri. 

Sehingga sekarang saya masih berfikir dan ada keinginan untuk kembali hidup sendirian. Perlukah saya selamatkan rumahtangga saya atau melepaskan sahaja isteri saya itu kerana saya tidak mahu dosa yang saya tanggung ini ada pada diri saya, sebagai seorang suami.


Balasan saya - Naj Mi 

W Salam Anonymous

Terima kasih kerana bercerita, semuanya kena tanya pada hati kita kembali, kalau kita boleh berhenti dari berterusan melakukan aktiviti songsang, saya nasihatkan jangan bercerai tetapi sekiranya kita masih terus berhubung dan berterusan melakukan aktiviti songsang dengan lelaki sebaiknya kita lepaskan sahaja isteri kita itu.

Saya tahu isteri anonymous pasti sentiasa bersyak wasangka buruk pada anonymous selalu, tapi sampai bila? Kena tanya pada diri sendiri.

Jika benar anonymous mahu berubah tetapi isteri masih bersyak wasangka saya nasihatkan agar anonymous sentiasa mohon pertolongan dari Allah, saya pasti Allah boleh bantu menyelesaikan segala permasaalahan yang anonymous hadapi ketika ini.

Wallahuallam...
Anonymous 

Terima kasih Naj Mi 

Saya bersyukur kepada ALLAH walaupun isteri saya kerap kali kecewa dengan sikap saya tetapi dia masih bertungkus lumus untuk menyedarkan diri saya. Mungkin kerana kadang-kadang kerana saya sendiri ego, tetapi kadang-kadang mungkin cara dia yang terlalu mendesak supaya saya supaya berubah degan cepat sehingga mengeluarkan berbagai-bagai terjemahan hadis sehingga memenuhi ruang dalam handphone saya.

Saya pernah memberitahu isteri bahawa saya perlukan nasihat yang lebih lembut dan mendalam insyaallah hati saya dapat menerima teguran tersebut tetapi bukan dengan cara mendesak ataupun mengeluarkan hadis yang bertali arus sehingga sukar dibaca.

Saya seperti hendak sahaja minta Puan wannaBwise tolong menerangkan dan menperjelaskan kepada isteri saya.... Boleh ker?

Alhamdulilah semasa komen sebelum ini ditulis (diatas) isteri saya diberitakan sah mengandung dan sebelum ini dia pernah keguguran. Tetapi sejak baru-baru ini antara kami timbul satu lagi krisis, semuanya gara-gara kerana saya tidak menjawab panggilan dan SMS darinya kerana handphone saya kehabisan bateri dan dalam masa yang sama saya sebetulnya sibuk dengan tugasan pekerjaan yang bertimbun.

Semua ini membuatkan ruang handphone saya kembali dengan tuduhan prasangka buruk dan bertimbun SMS mengenai nasihat. Puas saya terangkan, tetapi isteri saya tetap suka membuat andaian dan adakalanya saya rasa SMS yang dikirim sungguh tidak logik

Ini membuat saya marah dan semakin tertekan. Sekarang saya tidak tahu bagimana ingin memberi kepercayaan kepada isteri, sedangkan dia adakala memberi sokongan tetapi adakala berubah hati.

Saya ucapakan terimakasih pada Naj Mi dan saya berfikir ayat diberi "TANYA PADA DIRI SENDIRI" dan ayat "DAN MOHON PERTOLONGAN DARI ALLAH" dan saya sentiasa berdoa ALLAH agar menmakbulkan permintaan hati saya untuk berubah.

Amin

·
Balasan saya - Naj Mi

Anonymous

Niat dalam hati awak itu penting... niat awak baik maka Allah maha mengetahui segala apa yang awak fikirkan. Pada saya perasangka isteri berlaku kerana anda berdua tinggal berjauhan dan kurang sekali bertemu. Kalau ditanya pada saya (kiranya saya berada ditempat isteri anda) saya juga pasti cemburu dan beperasangka buruk apatah lagi bila saya (isteri anda) sudah tahu bahawa awak seorang songsang sebelum ini...

Jalan penyelesaiannya mudah tetapi maybe sukar dilaksanakan; anda berdua perlu tinggal sebumbung, bekerja ditempat yang sama. Ini bagi mengelak isteri dari terus berprasangka berpanjangan.

Maaf cakap, anda sememangnya songsang walaupun berjauhan dari isteri ianya pasti melegakan sedikit diri anda (maybe perasaan untuk sentiasa bersama isteri berhubung intim dengan isteri dalam diri anda sedikit kurang dan apabila berjauhan ianya adalah jalan terbaik bagi diri anda). Walaupun sekiranya anda tidak lagi melibatkan diri dalam aktiviti songsang tetapi saya pasti rasa suka kepada kaum sejenis masih tetap ada, tetapi anda dapat mengawalnya dengan menyibukkan diri ketika bekerja)

Tetapi isteri anda seorang yang normal seorang yang perlukan perhatian belaian kasih dari seorang suami, bukan saya nak sokong isteri anda tetapi ia juga punya berhak untuk sentiasa berada disamping suami. Sudah pasti hatinya risau apabila anda hidup nun jauh dari pandangan mata nya. Tambahan pula dia tahu awak bernaluri songsang.

Itulah jalan terbaik, anda berdua perlu tinggal sebumbung, perhubungan jarak jauh ini sememangnya boleh membawa masaalah kepada sesiapa sahaja dan boleh berlaku kepada pasangan normal yang lain juga.

Insyaallah anda Anonymous perlu fikir jalan terbaik untuk kembali tinggal sebumbung dengan isteri. Tetapi sekiranya isteri masih tetap berperasangka buruk walaupun sudah sebumbung, sememangnya isteri anda berkemungkinan bermasaalah dan dia pastinya seorang yang sangat cemburu.

Wallahuallam itu hanya pandangan peribadi saya sahaja.

Ya jalan terbaik sentiasa berdoa pada Allah semoga Allah memberi jalan penyelasaian terbaik buat anda berdua...Allah tahu niat ikhlas didalam hati anda anonymous....Semoga anda dilindungi dan dirahmati serta dipermudahkan menjalani kehidupan suami isteri dan berkeluarga suatu hari nanti insyaallah....:)



Mungkin anda yang membaca entry kali ini boleh tinggalkan nasihat buat Anonymous, insyaallah nasihat anda sedikit sebanyak boleh membantu Anonymous dalam menghadapi kemelut keresahan diri serta "rimas" terhadap tingkah laku prasangka dari isterinya itu waktu ini.....:)

44 comments:

  1. Begini saja. Taubat. Taubat dan terus taubat nasuha. Taubat bermaksud tidak lansung melakukannya lagi. Percayalah taubat seorang hamba Allah mampu menggerakkan sebuah gunung.

    Bila anda tewas dalam bertaubat, dan isteri prasangka, anggap itu adalah teguran dari Allah. Sabar, didik dan kawal perasaan marah tu.

    Serius saya katakan, kawal marah, kawal ego. Taubat dengan bersungguh. Dan, tak salah meminta maaf dari isteri. (ces dah macam kaunselor perkahwinan plak aku)

    Benar, anda perlu duduk sebumbung, bila tak bersama, bila masa tidak banyak bersama, syaitan ambil peluang.

    Insyaallah, andai anda berjaya harungi ujian ini, dikurniakan anak yang soleh dari isteri yang solehah dan diri yang soleh, dan ditakdir menjadi sekeluarga ke syurga..yang kekal. Itulah kemenangan yang hakiki.

    Anda pemimpin, bawalah mereka ke syurga.

    Hidup ni sakit, pedih..sekejap je.

    (Najmi, boleh edit atau buang mana2 yg tak patut dikomen saya ini, hehe)

    ReplyDelete
  2. DarkAngel a.k.a MalaikatGelap

    Takda apa yang perlu dipadamkan DarkAngel a.k.a MalaikatGelap...
    mantap tegas dan berterus-terang segala nasihat dari awak ni...ya boleh aje jadi kaunselor perkahwinan..hehehe

    ReplyDelete
  3. Pendapat saya, kedua2 perlu duduk berdua & berbincang dari hati ke hati. Fahami asas masalah iaitu kurang rasa percaya isteri pd suami. Suami sbg pemimpin keluarga mesti tegas dan libatkan isteri bg memahami keadaan kerja masing2. Suami perlu sungguh2 tunjukkan pd isteri kemahuan utk berubah & juga cari masa utk berhubung walau sesibuk manapun pekerjaan anda. Cuba cari peluang tinggal sebumbung. Didik isteri dgn lembut & takwa. Doa saya anda berdua bahagia hingga ke jannah Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak Wardah

      Thanks Mak Wardah... atas nasihat yang diberi...:)

      Delete
  4. buat je suprise,tak jawab panggilan dan sms tp tetiba dpn matayer. ajak la bercuti dan luangkan masa lebih2..kena byk suprise dan unsur humor demi memahami wanita terlalu seyes sgt ni. ya, wanita ingat bertahun2 sebb memori yer kuat.silap la jika lelaki tersasul atau tercakap apa2. Wanita yg serius, agak particular kena hadapi dgn sense of humor.

    masa dlm bercuti suprise tu, buat la perjanjian perancangan suami isteri akan dtg dan 1 jadual masa bercuti akan datang (ditanggung suami) dgn tema : "Abg hadiahkan isteri tercinta kerana memahami diri dan terima abg"-suruh isteri arrage plak percutian akan dtg ikut tema isteri----utk tahu respon dia bergantung pada berjaya@tidak percutian pertama yg suami rancang.kalau percutian kedua nanti kelat2 aje.sah la suami kena keja dekat isteri.

    *ni idea sy saje, sy pon tidak pandai apa2 hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cadangan yang sgt baik walnut...terkedu bila baca. Ni boleh jadi pakar motivasi rumahtangga nih...join venture dgn Najmi...

      Delete
  5. walnut,

    Kita serahkan kepada saudara anonymous yang menghadapi masaalah fikir tentang nasihat dari walnut tu... mana tahu cadangan bercuti yang awak kemukakan tu menjadi...

    maksudnya disini kena menghabiskan masa berkualiti bersama-sama, rasa tenang jauh dari memikirkan segala bebanan kerja, gembira dan penting banyakkan berkomunikasi secara positif kan...:) wallahuallam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah...Najmi dgn Walnut boleh bukak company nih....Pakar Motivasi Rumahtangga Wal-Naj SB.

      Delete
    2. Yang paling tak tahan sms yg ditulis kat gambar hp tu, ni najmi ke yang tulis?

      Delete
  6. Nasihat saya (berdasarkan pengalaman sendiri yer..hehehehe)

    1. Bertaubat nasuha kepada Allah swt.
    2. Solat lima waktu jangan tinggal langsung.
    3. Banyak lakukan solat taubat.
    4. Banyak lakukan solat tahajjud.
    5. Lakukan solat dhuha setiap hari.
    6. Banyak baca al-quran (tiap2 hari kena baca..satu muka surat pun takper janji dibuat secara konsisten).
    7. Banyak berzikir kepada Allah swt (masa memandu kereta misalnya).
    8. Sedekahkan al-fatihah kepada Rasullulah, kedua ibubapa, isteri/suami dan guru-guru kita sebanyak sekali sehari.
    9. Banyakkan berdoa kepada Allat..mohon pertolongan daripadaNya.

    Lakukan dengan seikhlas mungkin, insya allah diri akan dilindungi oleh Allah daripada melakukan perkara-perkara keji dan hati isteri juga akan menjadi lembut terutamanya apabila isteri saudara melihat kesungguhan saudara untuk berubah.

    ReplyDelete
  7. salam semua...
    sy baru je follow blog najmi ni...
    byk lg y saya kne baca n selami hal2 mcm ni...
    mungkin di malaysia ni bende2 mcm ni terlalu taboo n sukar utk dibincangkan secara terbuka...
    tp dgn ada nya info2 y betul, kita takkan salah menilai...

    bila baca luahan si suami tu, sy cuba meletakkan diri sy dlm keadaan itu...
    apa y sy rasa andai bakal suami sy ada kisah nya...
    mungkin agak sukar utk sy menerima nya...

    bg sy, kita manusia tak sempurna...
    ini adalah ujian Allah utk awk suami isteri...
    ujian agar isteri menerima dgn seadanya & bantu suami utk kembali ke jalan y benar, & ujian suami agar kuat utk kembali...
    sy doakan semoga mereka2 kuat2 & serahkan segalanya kepada Dia...

    ReplyDelete
  8. ~TamanRaudhah~

    Terima kasih ~TamanRaudhah~....:)

    ReplyDelete
  9. Banyakkan zikir..jom banyakkan zikir, mmg syaitan tu buat kita lupa tapi kita mesti kuat berzikir, bila hati kita kuat yang lain insyaAllah kita boleh buat, sekadar Allah Allah Allah setiap masa dan ketika sebagai permulaan, syaitan dan nafsu kalah dgn zikir, jom kita zikir byk byk byk byk byk byki byki byk...

    ReplyDelete
  10. Anonymous

    Banyak berzikir.....ya...:)yup...:)

    ReplyDelete
  11. mmmmmmmm.......
    ckp memamng senang, nk buat tu yg susah....
    tapi kena percaya pada janji ALLAH.....
    jika kita igat ALLAH, Dia akan ingat kita...
    insyaALLAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      Sama lah seperti perumpamaan "berat mata memandang, berat lagi bahu memikul"

      Delete
  12. Assalamualaikum ..:)
    Terima kasih Naj Mi atas perkongsian cerita saya dalam entry ini dan pada rakan dalam entry saya ada suami yang dimaksudkan....sudah lama saya tidak masuk ke entry ini kerana sibuk dengan kerja..Alhmdulilah saya ingin berkongsi lagi....saya dan isteri pada tahun baru 2013 ini kami sudah mula duduk sebumbung dan mula menjadi pasangan suami isteri.isteri saya sekarang mengandung 14 minggu..memang cabaran dan dugaan pelbagai sebelum ini dan akhir disember 2012 lalu kami bergaduh besar dan isteri mengatakan saya GAY?? (saya senyap) yg amat meruntuh jiwa saya dan saya mula berfikir negatif n hasutan syaitan menyuruh saya hidup sendiri apabila dikenang anak dikandung perassan saya sedih timbul....dan saya berjanji kepada isteri saya akan berubah dengan bakal anak dilahirkan saya akan bertanggungjawab,, saya banyak musabah diri dan banyak berdoa,berzikir,apapun saya tidak dapat melupakan perasaan menyukai lelaki tetap ada dan sekali dengan jujurnya saya kembali melakukan kegiatan terkutuk....sungguh kuat godaan syaitan...apapun saya berazam pada tahun 2013 supaya menjadi lebih baik dan menambah ilmu agama yang kurang dalam diri ini, insyaALLAH..pesanan , nasihat ,pandnagan dari rakan rakan dalam entry saya akan usahakan dan doakan saya dapat mencegah perbuatan terkutuk ini....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ...... Saya jg seorg isteri kpd lelaki gay. Saya br tau dia gay 2 hr lepas setelah 10 tahun brkahwin. Kami brgaduh. Dia menangis. Katanya dia sayangkn saya dn cuba utk berubah. Demi Allah sy saygkn dia. Cuba utk menjadi seorg isteri dan sahabat sekaligus memberi sokongan utk dia berubah. Jujurnya saya sgt marah , kecewa dan brmcm perasaan brcmpur baur . Saya x kuat tp cinta saya pdnya yg membuatkn saya bertahan. X mampu saya hidup tanpanya.

      Delete
    2. Anonymous

      Apa yang saya boleh kata, saudari bersabarlah, baru 2 hari lepas saudari tahu selepas 10 tahun berkahwin??? Saya harap perhubungan songsang suami saudari selama ini dilakukan secara selamat, walaubagaimana sekali pun saya harap saudari juga perlu lakukan ujian HIV, bukan apa sekadar untuk mengesahkan status diri saudari.

      Apa jua tindakkan perlu lah diambil secara rasional, fikir dalam2...Pandangan saya syukur sebab saudari sudah tahu bahawa suami saudari itu gay (maybe seorang biseksual), beri peluang kepadanya untuk terus mengawal diri, saudari boleh bantu suami ke arah lebih baik.

      Ramai suami gay yang mahu berubah mengawal diri tetapi mereka tidak mampu sebab dugaan merata2, apabila saudari sudah tahu keadaan sebenar insyaallah suami saudari akan lebih berhati2,

      insyaallah saya percaya dia akan cuba mengawal diri, saudari perlu pantau kegiatan yang suami jalani, kalau selama ini saudari percaya 100% dan tidak kisah sangat tapi sekarang buat permulaan ini perlu pantau dg siapa dia berkawan kemana dia pergi, mungkin dia akan rimas buat permulaaan ini tapi kalau dia tidak kisah bermakna dia memang benar2 mahu berubah.

      Sekiraanya suami masih tidak berubah, terpulang kepada saudari untuk mengambil tindakan selanjutnya...minta lah nasihat pandangan dari mereka yang lebih berpengalaman.

      Tapi saya harap, saudari terus lah hidup bersama suami, kalau bukan saudari sebagai isteri yang sangat boleh membantu, siapa lagi kan...insyaallah saya doa kan kehidupan yang terbaik buat saudari dan suami......:)

      Ada beberapa kisah tentang suami gay dalam blog ini termasuk yang terbaru tu, "AMIR - SAYA PAKSA DIRI BERKAHWIN WALAUPUN GAY"

      Delete
  13. Anonymous

    Alhamdulillah kerana isteri mengandung, syukur.

    Pendapat saya isteri awak tak boleh cakap macam tu (kata awak GAY) pada awak....

    Walau bagaaimana pun alhamdulillah dengan azam awak pada tahun ini (2013) dan tahun-tahun berikut untuk kuat melawan dugaan syaitan tu

    Saya doakan awak akan menjadi lebih baik dari sebelum ini dan semoga Allah membantu mempermudahkan niat baik awak tu...

    ReplyDelete
  14. ermmm...terlalu byk kes camni berlaku...mungkin sy salah seorg yg pernh berkawin ngn gay..

    ReplyDelete
  15. Anonymous

    Ya benar anonymous...itu saya setuju dan pasti. Harap awak sabar lah

    ReplyDelete
  16. Saya pernah terbaca dlm salah satu entry naj mi..gay sukar berubah. Saya tak sanggup berdosa hidup dgn suami yg gay tegar. Lepas balik haji pun tak berubah. At last sy failkan pada mahkamah dan kami bercerai. Selesai cerita saya.

    ReplyDelete
  17. Salam semua...utk pengetahuan skorang,suami saya pun mempunyai perasaatrhdp kaum sndri..saya dpt tau slps sethn lbh kami brkhwn..kcwe n lulhh hati sy bila dpt tahu..tp nak bt mcm ne..hdup msti diteruskan..lgpn sy syg sgt dkt dia...dan syg xnak kcwekan hti kedua otg tua sy...skrg dah hmpir 3thun kami hdup brsma..msh blum ada anak coz suami sy jarang sentuh sy..blh dikira bpe kali je dia sntuh sy selama kami khwn...smpaikan jauh disudut hti sy ingin 'mkn luar'..tp sy msh ada iman.xnak sy tanggung dosa besar..tp smpai bilakah sy dan suami nak mcm nie?...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      Itu juga dugaan...jika puan pasti suami gay dan tidak boleh mengubah kelakuan diri, saya harap puan diberi kekuatan agar mengfailkan perceraian, sebab bimbang sudah lah puan jarang disentuhinya kalau disentuhi satu hati nanti kemungkinan puan boleh dijangkiti HIV (sekiranya suami ada virus itu kerana aktiviti sejenisnya diluar)

      Buang rasa sayang puan pada dia dan lupakan tentang nak jaga hati orang lain, puan kena kuat mengatur masa depan puan dengan baik.Puan berhak punya rasa gembira dalam hidup ini.

      Maybe puan boleh mengadu pada mana2 pertubuhan wanita, maybe mereka boleh membantu mengatasi masaalah puan

      Delete
  18. assalamulaikum...

    saya adalah seorg duda dan mempunyai naluri menyukai kaum sejenis.. saya pernah berkahwin pada penghujung tahun 2010, tetapi kami berpisah penghujung tahun 2012, diawal perkahwinan sy dan isteri mmg bahagia.. sy adalah menantu lelaki pertama dan satu satunya menantu lelaki tunggal dlm keluarga isteri sy jadi tidak hairan jika saya disayangi oleh ibu dan bapa mertua, apatah lagi dengan kedudukan dan jawatan saya didalam jabatan kerajaan yang agak selesa dan mampu dari segi kewangan serta mempunyai paras rupa yg agak menarik. kisah tragis dalam perkahwinan saya adalah apabila isteri mendapat tahu tentang kegiatan saya bersama kekasih gay sy terdahulu, beliau terjumpe gambar2 kami berpelukan..sebenarnya selepas berkahwin godaan dari syitan mmg kuat walaupon sy ingin berubah, dalam diam sy mempunyai hubungan dengan lelaki lain.. dan lebih meyakinkan isteri saya yang beranggapan sy adalah gay melalui msg2 yang dihantar oleh kwn2 lelaki gay sy.. kami pernah bergaduh dan tidur berasingan.. tetapi sy memujuk isteri kembali untuk tidur bersama saya, tetapi perasaan tidak puas hati isteri terhadap saya masih menebal dan cemburu yang kuat sehingga la isteri saya bertindak untuk lari dari rumah tanpa pengetahuan sy.. sebanyak 3 kali perkara ini berlaku dalam rumahtangga sy, apa yang membuatkan sy begitu benci pada isteri sy ialah dia telah menceritakan kelakuan songsang saya kepada seluruh ahli keluarga dan kawan2 nya... dia mengatakan sy GAY dan membuka aib saya kepada keluarga beliau dan keluarga saya termasuk rakan2 beliau.. sy amat tertekan ketika itu kerana keluarga sy juga memandang serong kepada saya.. tetapi ibu dan ayah sy sahaja yg boleh menerima sy... akhirnya dia menuntut cerai dari saya.. dengan rela hati sy melepaskan dia dengan talak 1... setelah itu barulah rasa lapang yg amat sangat di kepala sy... alhamdulillah sekarang yg dalam proses berubah.. kemungkinan sy akan mengambil anak angkat untuk menghilangkan rasa sunyi sy dan melupakan aktiviti sy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Putra Nakal

      Yang penting sekarang Putra mempunyai niat nak berubah, apa yang berlaku biar lah berlalu. Itu semua dugaan yang Allah berikan buat Putra dan isteri. Buat isteri sudah tentu marah bila mendapat tahu suami masih mempunyai hubungan lain, sama lah halnya sisuami akan marah kalau dpt tahu isteri kita punya hubungan dg lelaki lain.

      Saya faham semakin kita nak berubah semakin kuat dugaan syaitan mengoda kita, TETAPI saya agak terkilan dengan sikap bekas isteri Putra yang bercerita mengenai naluri songsang Putra pada semua orang, dia membukaa aib suami, kalau betul laah Putra sudah buat kesalahan dia tak boleh mengaibkan Putra. Mungkin dengan bercerita aib Putra bekas isteri akan rasa lebih puas.

      Saya ada menerima beberapa email dr isteri2 yang mendapat tahu suami mereka gay dan wanita yang mendapat tahu teman lelaku atau tunang mereka gay, kebanyakkan mereka cuba membantu suami atau teman lelaki atau tunang untuk berubah dan pastinya mereka tidak menjaja cerita suami gay kepada semua orang.

      Saya pasti apa yang menimpa Putra merupakan satu pengajaran berguna buat diri Putra, teruskan menjalani kehidupan dan berusaha lah mengawal diri dari terjebak dengan perhubungan songsang ini lagi, pada saya kita tak boleh menghapuskan naluri songsang ini TETAPI kita boleh mengawal diri.

      Allah maha mengetahui kemungkinan dengan berpisah maka kehidupan anda berdua akan menjadi lebih baik. Wallahuallam.

      Terima kasih kerana berkongsi cerita, harap Putra tabah meneruskan kehidupan insyaallah mana tahu kalau ada jodoh dan mana tahu satu hari nanti Putra boleh menyukai seorang wanita, berkahwin lah......:)

      Delete
  19. Assalamualaikum...

    Part 1

    Saya mempunyai naluri yang menyukai kaum sejenis.. Untuk makluman saudara Naj Mi.. Pada zaman persekolahan di tingkatan satu lagi saya telah terdedah dengan aktiviti ini.. Dimana pada masa itu saya telah diliwat oleh senior saya.. Terus terang saya katakan.. Pada masa tue saya tak tahu perkara yang berlaku itu adalah salah.. Kemungkinan pada masa itu Ibu Bapa saya tidak menduga perkara sedemikian akan berlaku.. Pengetahuan asas seks tidak diberikan.. Almaklumlah.. Sekolah agama katakan.. Tapi itulah hakikat yang berlaku.. Aktiviti berterusan sehingga beberapa bulan lagi nak menduduki peperiksaan SPM.. pada masa tue sekolah ada program 'mentor mentee'.. Saya dan beberapa orang kawan telah diletakkan dibawah pengawasan seorang cikgu lelaki.. Saya dan cikgu semakin rapat.. Perhubungan diantara saya semakin rapat.. Keluarga saya mengenali beliau sebagai 'abang angkat' saya.. Keluarga mempercayai beliau akan membimbing saya.. Tapi anggapan itu meleset.. 3 minggu sebelum SPM.. Saya telah diliwat oleh Cikgu saya.. Dia menyatakan dia sayang dan suka kat saya.. Pada masa tue saya terbuai dengan kata2 berkenaan.. Perhubungan saya dengan cikgu berterusan sehinggalah saya final year kat universiti.. Sepanjang saya berada di universiti.. Cikgu belikan saya HP.. Baju.. Sentiasa berikan saya duit belanja walaupun ibu bapa saya telah bekalkan belanja yang sangat mencukupi..
    Pada hari konvokesyen saya.. Cikgu kata nak kahwin.. Pada mulanya saya marah.. sangat marah dan kecewa.. Tapi cikgu sentiasa pujuk dan selalu kata 'kita bertaubat sama2..'
    alhamdulillah.. saya dapat membendung perasaan tersebut.. tapi kekal untuk 2 tahun..
    Setiap hari godaan datang.. semakin saya tepis.. semakin hebat yang mendatang.. saya tersungkur.. saya berjinak semula dengan 'aktiviti songsang'.. tapi hanya secara ONS (one night stand).. dan adakalanya student kat IPTA/S akan jadi pasangan hujung minggu saya.. dan pada 16-09-2009 saya berkenalan dengan seorang exec kat private sector.. hubungan kami terlalu intim.. sehingga panggilan telah berubah kepada 'papa' dan 'bubu'.. family dia kenal saya sebagai adik angkat kepada beliau.. dan begitu juga sebaliknya.. pada awal 2013.. keluarga saya dan dia mula mendesak untuk saya mencari pasangan.. memandangkan umur saya semakin meningkat.. begitu juga dengan dia..

    ReplyDelete
  20. Part 2

    Kami cuba kurangkan kekerapan untuk berjumpa.. call.. sms dan sebagai nyerr.. dengan andaian.. cara berkenaan boleh membantu kami.. tapi sebenar nyerr ianya tak membantu sangat.. Saya pernah berjumpa seorang kaunselor dan menceritakan masalah kepada beliau.. tapi apa yang saya dapat.. saya diherdik.. di hina.. malah cerita saya disebarkan di jabatan saya berkhidmat.. saya terpaksa ambil langkah dengan berpindah jauh ke sarawak.. Usaha untuk berhenti tidak putus di situ sahaja.. saya berjumpa dengan seorang ustaz.. tapi ianya tidak seperti yang saya jangkakan.. saya diejek..dihina.. dengan siap melabelkan saya 'penghuni neraka'.. saya kecewa..
    Kemudian saya dikejutkan bahawa pasangan saya dah bertemu dengan individu yang bersesuaian dengan dia... saya cuba redha dengan apa yang berlaku.. lately nie dia sering menyatakan 'jangan risau.. walaupun saya dah kahwin.. saya akan sentiasa sayang awak.. setiap kali anniversary kita.. saya akan spend masa dengan awak.. tapi tolong jangan pergi dari hidup saya.. sebab saya tak tahu nak cakap apa dengan family saya sekiranya awak hilang dari pandangan diorang'...
    Saya bingung.. adakalanya saya iri hati dengan kehidupan normal orang lain.. adakalnya saya menyalahkan kedua ibu bapa kerana tidak memberikan pengetahuan yang cukup bagi saya untuk menjalani kehidupan di asrama.. dan adakalanya saya benci dengan keluarga yang banyak melayan saya seperti budak perempuan pada waktu kecil disebabkan saya anak tunggal lelaki dari 10 orang adik beradik.. saya pernah terfikir untuk bunuh diri.. sebab saya malu dengan keadaan diri saya.. walaupun pada luaran nya fizikal dan kerjaya yang saya miliki adalah hebat.. Saya buntu.. Pernah merancang untuk duduk di tanah suci bagi tempoh yang lama.. tapi ustaz tue pernah kata saya 'penghuni neraka'..
    tolonglah saya.. saya perlukan nasihat atau apa sahaja yang dapat bantu saya keluar dari 'kehidupan songsang' ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam MCJ

      Terus terang bukan saudara sahaja yang mengalami masalah sedemikian, ada ramai lagi diluar sana yang mengalami masaalah seperti yang saudara alami. Saya juga sebahagian dari pada anda semua.

      Masing-masing ada kisah silam yang tersendiri, tetapi jalan penyelesaian dalam permasaalahan ini pada pandangan saya adalah sama - kita kena kembali kepada Allah, kembali dalam erti kata sepenuh hati dan ikhlas serta bersungguh -sungguh untuk mengawal diri. Ada yang berkata kita terpaksa berjihad sepanjang hayat, jika berjaya syurga tempatnya.

      Sepekara lagi pandangan saya tidak semua kaunselor yang akan bersikap seperti yang saudara temui itu, benar saya rasa sikap dia kepada saudara itu salah dan tak sewajarnya dia dilantik menjadi kaunselor tetapi jangan disebabkan kerana perangai kaunselor seorang itu menyebabkan saudara enggan bertemu dengan kaunselor lain atau berputus asa.

      Ustaz itu tidak layak dan tidak boleh menentukan siapa yang sebenarnya yang menjadi penghuni neraka dan pada saya dia lah yang tidak layak untuk bergelar ustaz. Usah saudara ambil hati sangat dengan kata-kata ustaz itu, jadikanlah kata-kata ustaz itu sebagai perangsang untuk saudara perbaiki diri.

      Segalanya telah pun berlaku dan sudah ditakdirkan, sebaiknya janganlah kita salahkan didikan yang diberikan oleh kedua ibu bapa kita, maybe mereka ada buat kesilapan dan kesannya berlaku keatas diri saudara tetapi alhamdulillah saudara telah sedar lebih awal dan insyaallah saudara kena bersungguh untuk terus berubah.

      Segalanya bergantung kepada diri kita sendiri untuk berubah, dan perlu diingat sekiranya saudara rasa amat terseksa kerana mempunyai naluri ini sudah pasti ada orang lain yang lebih terseksa lagi derita daripada saudara. Saudara mungkin hanya bergelut dengan masaalah berdepan dengan naluri itu sahaja, bagaimana dengan songsang yang lain? ada yang diduga Allah dengan penyakit HIV lagi, malah ada yang dibuang keluarga dan ada yang diherdik dibenci oleh ibu kandung kerana mempunyai tingkah laku lembut, contoh kisah ADIK MS

      Saya dapat rasai akan niat dan kesungguhan saudara untuk berubah, dan sekiranya saudara mempunyai sedikit keinginan naluri kepada wanita, sama seperti kata-kata saudara RON yang pernah meluahkannya dalam entry mengenainya dulu (klik disini untuk kisah RON),

      "Demi Allah sekiranya saya diberikan Allah rasa cintan dan nafsu walau hanya sebanyak 1% untuk saya mencintai (suka) kepada seorang wanita, saya pasti akan cuba mengasahnya bersungguh-sungguh dan pastinya akan berkahwin, berkeluarga dan tidak akan berfikir banyak lagi ketika itu.

      Saya langsung tidak boleh dan pernah mencintai seorang insan bernama wanita, selalu saya cuba melawan segalanya dengan melihat porn straight agar kemungkinan saya boleh tertarik kepada wanita tetapi saya tidak mampu untuk ghairah walaupun sedikit terhadap mereka dan demi Allah bukanlah perasaan itu sengaja dibuat buat." - RON

      Alhamdulillah saya pasti saudara boleh mengasah naluri itu setajam mungkin dan insyaallah tak akan jadi masaalah untuk saudara berkahwin kelak, kembali kepada suruhan Allah dan lakukan bersungguh-sungguh untuk berubah TETAPI sekiranya saudara tidak ada langsung keinginan terhadap wanita - susah lah sikit. Pada pandangan saya naluri gay ini tak boleh dihapuskan tetapi ianya hanya boleh dikawal.

      Antara jalan keluar selain menjaga solat 5 waktu kita kena kerap berdoa kepadaNya. Kita ada Allah tempat untuk kita minta pertolongan. Dan ingat bunuh diri bukan jalan penyelesaian..silap hari bulan kita membenarkan kata-kata yang di herdik oleh ustaz tu pulak...

      Saya sebenarnya tak bijak memberi nasihat tapi saudara boleh cuba teliti apa yang dituilis oleh ustaz Hanafiah di dalam entry ini, SONGSANG - SOAL JAWAB 2
      - NAJ MI


      MOHON SHARE KISAH SAUDARA UNTUK DIJADIKAN ENTRY, INSYAALLAH MUNGKIN ADA PEMBACA LAIN YANG BOLEH BERI PANDANGAN DAN PENDAPAT MEREKA PULA...TRIMA KASIH KERANA BERKONGSI KISAH...

      Delete
  21. Bila rasa resah..dekatila isteri,dgn duduk menyendiri dan menjauhi isteri itu hy akn menambahkan kerisauan di pihak isteri.pd hemat sy..is3 awk terlalu...terlalu sygkn awk.makin dia marah sbnarnya dia takut kehilamgan awk.familaj is3 awk.jadikan dia teman dlm segala hal.in shaa Allah dia akn lbh memahami awk.menyibukkan diri dgn kije..bkn dpt apa2.sepatutnya cara awk nk lupakan dunia gay tu adalah dgn beri ruang utk lebih bersikap terbuka dgn is3 sendiri.masa yg free tu..tel jer is3,bgtau dia yg awk amat perlukan dia.belajarla menyayangi is3 dan simpan jer rindu,suka stg awk tu hy utk is3.selebihnya..kalau awk rasa awk xleh nk buat tu semua...elok awk lpskan is3 awk.sbb sy percaya ada ruang utk is3 awk bahagia dgn org lain kerna is3 awk berhak utk hidup lebih bahagia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Anonymous

      Terima kasih kerana memberi pandangan pendapat buat renungan kisa semua

      Delete
  22. Salam semua..sy pn, N..sy tahu naluri suami gay semasa sebulan perkahwinan kami..namun kami dikurniakan cahaya mata perempuan yg kini berusia hampir 2 tahun..pada mulanya saya agak terkilan namun sentiasa berdoa supaya dia mampu menjadi suami dan ayah yg baik untuk family kami..Pernah kami berdua berbincang mengenai naluri suami, namun suami menafikan..sy tidak tuduh melulu..kerana pelbagai bukti yg sy jumpa..sy tidak terlalu menekan suami kerana sy berharap dia berubah..tapi sejak itu hubungan kami agak dingin dan kami byk berdiam dari berbicara..Namun kuasa ALLAH tak siapa yg tahu..pada hari ke 47 sy berpantang, kami 3 beranak mengalami kemalangan yg hampir meragut nyawa sy..Saya mengalami kecederaan tulang belakang yg serius n disahkan lumpuh seumur hidup..Alhamdulillah anak dan suami selamat..pada mulanya, sy tidak dapat menerima kenyataan namun dengan adanya suami disisi, sy bersyukur..Semua suami yg uruskan sy baik mandi, buang air kecil @ besar..dia x pernah mengeluh dan melayani kehendak saya dengan kasih syg..Seketika sy pernah terfikir, suami sy dan kejadian ini adalah kurniaan ALLAH kepada saya..Sy harus panjatkan kesyukuran yg x terhingga kerana mendapat suami yg terbaik walaupun ada kekurangannya..Setiap manusia ingin berubah, begitu juga suami sy..Sy pernah cakap kat suami, "anak kita semakin besar,,mama x dapat jaga dia dengan keadaan yg mcm ni (lumpuh)..hanya abah yg mampu bentuk anak kita..sampai bila abah nak teruskan kehidupan yg sia2 kepada family kita..apa perasaan abh kalau suatu hari anak kita tanya abah sendiri pasal semua ni..x selamanya abah bleh sembunyi.. kita mengharapkan anak kita jd anak solehah, tp semua tu perlu bermula dr kita sebagai ibubapa..abah perlu berubah demi masa depan keluarga kita"..Suami sy hanya terdiam tidak menjawab..sy tahu dia ingin jd yg terbaik buat family sy dan sy berharap ALLAH permudahkan jalan bagi kami..Tolong doakan yg terbaik buat family sy..
    Sehingga hari ini kami masih bergelut bersama masalah ini..dan sy sendiri tidak tahu bila akan berakhir..Harapan sy supaya suami terbuka hatinya untuk berubah sepenuhnya..Cadangan, nasihat n pendapat rakan amatlah di hargai..Terima Kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Puan (Saya panggil Puan dengan nama Puan Jaseena)

      Apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya, saya sangat bersempati dengan nasib yang menimpa Puan, dalam keadaan tidak mampu menguruskan diri agak sukar untuk Puan mengawal menjaga memerhati tingkah laku suami.

      Sekiranya suami Puan berfikiran positif pasti beliau boleh mengambil iktibar dari kemalangan yang berlaku, ianya juga pada pandangan saya adalah peringatan Allah buat dirinya juga supaya beliau boleh berfikir mengenai masa depan tentang dirinya, isteri, anak dan pastinya peringatan agar beliau berubah mengawal diri dan tidak terlanjur lagi dimasa depan.

      Seperti yang saya kata dan seperti tanggapan Puan, pastinya dugaan yang menimpa ada hikmah disebaliknya, semuanya perancangan Allah, mudah-mudahan apa yang berlaku bakal mengubah kehidupan Puan sekeluarga suami isteri menjadi lebih baik dari sebelum ini.

      Dalam masa yang sama saya berdoa agar suami Puan dapat mengawal naluri gaynya, dan menyayangi hanya pada isteri dan anak serta memberi tumpuan kepada kebahagian kehidupan sekeluarga serta persiapan kehidupan diakhirat kelak.

      Delete
    2. Terima kasih Naj Mi..

      Walaupun agak susah pada mulanya untuk saya menerima naluri suami..namun setelah disahkan lumpuh, semua tahu saya tidak mungkin dapat melayani batin suami seperti isteri normal yang lain..

      Dari situ saya mula terfikir, suami saya adalah satu anugerah ALLAH yang telah saya lupakan (hanya disebabkan marah dan kecewa) setelah mengetahui naluri suami yg sebenar..

      Mulai detik itu, saya mula menerima suami seadanya dan berharap suami berubah untuk masa depan kami sekeluarga..Mungkin tanpa kemalangan tersebut, saya sendiri pun tidak tahu apa yang akan terjadi pada keluarga saya..

      Semua ketentuan ALLAH adalah hadiah kepada hambaNYA..walaupun pahit untuk menerima, namun kita tidak tahu kemanisan tersembunyi didalamnya nanti..

      Delete
  23. Salam

    Saya pasti ada hikmah disebalik semua yang berlaku, mudah-mudahan kehidupan Puan dimasa depan akan lebih baik dari sebelum ini. Saya doakan kebahagiaan Puan sekeluarga. Amin

    ReplyDelete
  24. Salam. Saya dari Indonesia. sedang mencari obat atau apalah namanya untuk hancurnya hati saya hari ini.

    Kisah bermula ketika saya harus menerima laki-laki pilihan orang tua saya. Padahal ada laki-laki yang sebelumnya telah siap menikahi saya. Tetapi saya terima pilihan orang tua saya karena saya juga ingin membahagiakan mereka. dimana laki-laki ini adalah laki-laki yang cerdas dan kuat ibadanya.

    Setelah menikah beberapa bulan terdapat beberapa kejadian diluar dugaan. Saat itu kami tinggal di rumah orang tua saya. Suami saya sangat dekat dengan Bapak saya. tetapi ia dapat menjelaskan bahwa itu karena ia telah ditinggal meninggal ayah kandungnya semenjak umur 1 tahun. Meski bapak saya sendiri risih menuruti kemauannya untuk berduaan. Ia minta di belai kepalanya, dipijitin badannya. tetapi itu semua dilakukan di Mushola. Ibu saya sempat tidak terima hal demikian, dan saya sendiri sempat terguncang karena sedang hamil muda. Tetapi saya yakin, bahwa mereka berdua tidak melakukan apapun kecuali hal-hal yang sebatas pijit dan belai. karena bapak saya adalah ahli ibadah, begitu juga suami saya.

    Begitu suami saya mendapat pekerjaan di lain pulau, redalah masalah ini. dan waktu kemudian anak kami lahir.

    Waktu berjalan begitu manis, Kami membeli rumah sederhana di kota dimana suami saya bekerja. kemudian lagi, ia selalu dekat dengan laki-laki paruh baya, seusia bapak saya. Mereka bertemu selalu dari Masjid atau Mushola dimana suami saya shalat berjama'ah. Dan mereka juga adalah jama'ah masjid tersebut. lagi-lagi alasan karena ia mencari sosok seorang bapak. tapi kesemuanya menolak untuk menjadi bapaknya. Tetapi hubungan mereka tetap baik-baik saja.

    sampai sini masih jelas, bahwa tidak ada apapun yang terjadi. Mereka semua orang ahli ibadah, baik kepada saya dan anak saya. Dan kami sekeluarga slalu menjadi hubungan baik dengan keluarga mereka.

    Saat ini, terhitung hampir 5 tahun usia pernikahan kami. Anak kami tumbuh sehat dan cerdas. Lalu, beberapa hari yang lalu Alloh membuka tabir suami saya. Pada waktu itu anak saya minta nonton film di laptop saya. sedangkan saya butuh laptop untuk aplied beasiswa via internet. Akhirnya saya pinjam laptop suami saya. Sembari mencari informasi saya ingin membuka halaman facebook. Kamudian saya buka facebook, tetapi sudah ada halaman facebook yang ter-login didana. atas nama -xxx. dan gambar yang ditampilkan semua adalah gambar laki-laki.

    Saya agak heran, ini bukan halaman facebook suami saya. tapi saya buka halaman lainnya dan masuk ke ruang pesan. disana membaca semuanya, menyibak semua rahasia yang ada. bahwa jelas2 itu adalah suami saya dan dia adalah seorang bisex,

    Badan saya gemetar hebat dan menangis dikamar manadi. Terhadap suami sementara diam, dan malam itu juga mengatur kepulangan ke rumah orang tua saya yang berada di lain pulau. Saya pesan tiket pesawat dan pulang keesokan harinya tanpa sepengetahuan suami saya. Saya beritahukan malam harinya kalalu saya dan anak sudah tidak di rumah. Dan keesokan harinya saya beri tahu apa yang saya lihat di halaman facebooknya.

    Dia menangis. Dia berkata bersyukur saya telah mengetahuinya. Kami akan berjumpa esok dan membicarakan semuanya. Sepanjang hari ini ia kirim message, agar saya tetap menerimanya dan meminta untuk membantunya. Demi Alloh suami saya adalah suami yang soleh, boleh dibilang ia adalah seorang ustad di lingkungan rumah kami. Dan saya sangat mencintainya. Tetapi entah, apakah saya tetap bisa menerimanya atau tidak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Seperti yang selalu saya terangkan kebiasaan seorang lelaki gay mahupun bisek ini, pandangan saya dan pandangan rakan-rakan lain kuat mengatakan bahawa mereka (gay/ bisekual) tidak dapat menghilangkan rasa keinginan naluri terhadap kaum sejenis seumur hidup dan tiada ubat untuk mengubati naluri seks sejenis ini, TETAPI mereka masih boleh mengawal diri dari tidak terus terjebak dalam aktiviti seks sejenis ini, perlu ada keinginan yang kuat untuk mengawal diri, terus berdoa kepada Alloh minta perlindungan bantuan darinya agar mereka boleh mengawal diri dari tidak terlibat lagi dalam kegiatan ini.

      Alhamdulillah kerana Alloh membuka rahsia sebenar suami puan pada hari ini. Pada saya semua itu ada hikmahnya baik buat diri puan dan baik buat diri suami puan. Jika rahsia songsang suami masih tersimpan rapi saya percaya suami puan akan terus hidup dalam keadaan serba salah tertekan melawan dugaan syaitan tanpa sokongan sesiapa. Kelakuan dia kearah untuk melakukan aktiviti berkaitan songsang sentiasa terbuka luas, tetapi apabila puan telah tahu akan rahsia suami puan dan telah berterus terang mengenainya sedikit sebanyak akan mengubah tingkah lakunya dimasa hadapan. Apabila puan telah tahu maka insyaallah suami puan akan sentiasa berhati-hati mengawal tingkah lakunya. Dan insyaallah dengan bantuan dan sokongan puan yang memantau kehidupannya kelak insyaallah dia akan mampu mengawal diri.

      Semuanya bergantung kepada niat dihati suami puan juga, jika benar dia mahu berubah saya percaya dengan bantuan puan dia boleh mengawal diri untuk tidak terlibat lagi dalam segala hal berkaitan sesuatu yang boleh membawanya kearah aktiviti songsang (seperti melihat “porn gay” lagi yang merupakan diantara punca menyebabkan keinginannya untuk bersama kaum sejenis terus bergelora sentiasa).

      Alhamdulillah kerana suami puan bersifat bisekual bukan seorang gay tegar, saya percaya jika dia kuat mahu berubah pasti dia boleh berubah menjadi lebih baik disisi Alloh kelak, lebih baik kehidupan dirinya dimasa hadapan, lebih kuat tumpuannya hanya untuk puan dan anak keluarga selama-lamaya.

      Kita doakan agar dia berubah, saya harap puan beri peluang ke dua kepadanya, insyaallah dia boleh berubah sepenuhnya nanti. Tapi jika dia masih tidak berubah (kantoi) ketika itu terpulang kepada puan untuk mengambil tindakan yang sewajarnya. – Naj Mi

      Delete
    2. Assalamualaikum, pe khabar najmi....saya adalah suami yg dimaksudkan kini 2014.....perjalanan hidup saya bergolak kembali...saya dah cuba pelbagai cara akhirnya saya terjebak kembali.....saya sukar mengawal nafsu melihat lelaki....skrg anak saya nak masuk 8 bulan...saya sedih dgn diri saya dan selalu melihat anak pemangkin semangat saya....hari ni saya bergaduh dgn isteri hingga isteri wechat mengatakan dia melepaskan tugasan sebagai isteri mengosok, memasak, dan menyuruh saya buat sendiri dan menasihat saya, dan dia tidak boleh membantu dan buat apa lagi utk saya...saya faham dia kecewa sangat sikap saya , saya kkdg saya marahkan dia adakala tidak mendengar arahan saya , e, buat saya fed up, satu hari saya nak ke johor kenduri adik ipar abang, dia taknak tido umah kakak saya , e, buat saya marah, semalam famili berkumpul akan2tetiba tak nak pegi sebelum ni msg saya kata dia akan pergi...membuat saya tak faham....entahler saya tak pasti atah tujuan saya sekarang

      Delete
    3. Salam Anonymous,

      Saudara terjebak kembali dalam aktiviti sejenis? Ya abg tahu sukarnya mengawal diri, hanya mereka yang kuat mampu mempertahankan diri dari terus terjebak. Abg tahu ramai suami yang bersifat songsang diluar sana masih meneruskan aktiviti seks sejenis tanpa pengetahuan isteri, malah ada rakan dalam blog abg seoranng suami yang berkahwin mengaku pada abg dia masih meneruskan seks sejenis, malah mencari pasangan di swimming pool. Semua itu sebab iman kita masih rapuh.

      Tentang sang isteri, mereka pasti akan terus syak wasangka terhadap suami gay, selagi sang suami tidak menunjukkan bukti yang jelas yang mereka tidak melakukannya lagi selagi tu syak wasangakan akan berterusan. Suami kena buktikan perubahan diri tidak lagi terlibat, mungkin dg cara selalu ke masjid berjemaah, tepat waktu suami pulang kerumah tidak ada alasan buat OT atau sebagainya, perbanyakkan kehidupan bersama dirumah, selalu keluar bersama isteri setiap hujung minggu..dan yang penting tinggal serumah lahkan.

      Bila isteri dapat tahu suami terlajak lagi, pada abg dia berhak untuk rasa kecewa, dia berhak ada rasa marah, dan kepercayaannya kepada kita pasti semakin kurang. Bagaimana kalau kita tahu pasangan gay kita yang kita cintai curang main dengan orang lain, atau isteri kita main dengan lelaki lain pastinya kita juga akan marahkan, sebab itu abg kata isteri saudara berhak untuk rasa marah dan kecewa. Lain orang lain cara pembawaan mereka ketika marah, ada yang marah dalam jangka masa panjang...dan sukar nak memaafkan kita.

      Rasa marah isteri tu mungkin akan berpanjangan, jalan terbaik ialah saudara kena pujuknya, buktikan yang diri saudara tekad tidak mahu terlibat lagi dalam aktiviti itu lagi.

      Tepuk dada tanya selera saudara, jika saudara rasa masih gagal mengawal diri dan mungkin rasa akan terjebak lagi dimasa hadapan sebaiknya lepaskan ia dengan cara baik, bukan abg galak untuk berpisah, tapi demi kepentingan saudara berdua, demi kepentingan kebahagiaan masa depan isteri saudara.

      Berbincanglah dengan dia dengan baik2 supaya anda berdua dapat meneruskan haluan kehidupan masing2 tanpa stress dimasa hadapan.

      Saudara kena perbaiki diri terlebih dulu, dan kahwin lah lagi apabila saudara benar2 yakin mampu mengawal diri dr tidak terlibat lagi

      TApi sekiranya saudara rasa mampu kawal diri dan pasti tidak akan terlibat lagi dlm hubungan songsang, berusahalah memujuk isteri, paling penting buktikan diri saudara benar2 tidak lagi akan terlibat dalam akitiviti songsang itu lagi..

      HAnya itu sahaja yang mampu abg katakan...selain saudara kena bersabar pada ketika isteri sedang marah tu, sebab marahnya pun berpunca kerana kesilapan saudara jugakkan....

      Delete
  25. Assalamualaikum..

    Saya isteri kepada seorg gay saya kira. Kami sudah 2 tahun berkahwin dan pada mulanya dia tidak menunjukkan apa2 tanda dia seorg gay kecuali kurang gemar hubungan intim. Syukur kami dikurniakan seorg anak sekarang.

    Sehinggalah dia berkenalan dengan seorg lelaki dan menunjukkan ciri2 seperti bercinta dgn lelaki tersebut. Setelah beberapa bulan saya dapat menangkap hubungan mereka, walaubagaimanapun awalnya suami menidakkannya. Namun begitu, walaupun dia yg bersalah, suami menunjukkan pelbagai perangai yg luar biasa, sering memarahi saya, menolak langsung sebarang physical contact.

    Saya cuba mendapatkan bantuan nasihat dari segenap pihak seperti ustaz, kaunselor dan pakar psykiatri utk perilaku suami. Semua mereka mengatakan sikap suami padan dengan seorg gay. walaupun begitu saya masih percaya pada suami kerana dia beberapa kali mengatakan yg dia bukan begitu. Saya terus bersabar dengan karenahnya.

    Tetapi akhirnya, Allah beri hidayah utk dia berterus terang. Mungkin kerana hatinya tidak tenang. Rupanya dia mula terjebak setelah bersekolah di sekolah asrama lelaki dan di"ganggu" oleh senior. Lama-kelamaan dia mula menyukai perbuatan tersebut dan meneruskan perbuatan tersebut sehingga ke alam pekerjaan.

    Walaubagaimanapun, katanya dia benar2 ingin berubah dan sudah meninggalkan perbuatan tersebut. tetapi dia masih berkawan rapat dengan kawan2nya yg "gay" dan juga masih berhubungan dengan mereka yg pernah mempunyai "hubungan" dengannya dahulu.

    saya kira ini bukanlah sesuatu perkara yg sihat untuk masih berada di dalam kelompok gay juka benar2 ingin berubah.

    Saya tengah cuba utk memahami suami sy yg ingin berubah dan menganggap ini adalah ujian bagi saya dan anak2. Allah akan bagi saya jalan utk kehidupan yg baik dengan ujian ini.

    Walaubagaimanapun, sikap suami saya selepas berterus terang adalah seperti menjauhkan diri. Dia tidak seperti betul2 mahu berusaha utk kehidupan normal yg diperintahkan Tuhan . Bukankah dgn cara ini dia mudah terpengaruh kembali?

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST