Friday, 30 November 2012

YUSUF - SAYA RELA BUJANG ASALKAN TAK SEBAR VIRUS

“Biarlah membujang sepanjang hayat daripada rosakkan masa depan dan sebarkan virus maut HIV pada orang disayangi. Saya rela tidak beristeri dan mempunyai zuriat asalkan tidak kejam membunuh pandangan masyarakat terhadap masa depan mereka,” luah pembawa virus positif AIDS ,Yusof Bakar (bukan nama sebenar), 50.


 
Lelaki dari Perak itu berniat membina kehidupan berkeluarga bersama gadis dari Pantai Timur suatu ketika dulu, namun membatalkan hasrat akibat diburu perasaan bersalah. Katanya, naluri kelelakiannya tercabar apabila berkemungkinan menyebarkan virus kepada individu tidak bersalah, meskipun memerlukan teman hidup serta menimang zuriat sendiri.

“Kami hangat dilamun cinta apabila saya buat keputusan menghilangkan diri tanpa pesan. Saya tahu perasaannya tercalar dan sedih kerana terlalu menyayangi, namun terpaksa buat kerana tiada pilihan. Sesal dan pilu mencengkam namun menyakitkan apabila terpaksa melepaskan gadis kesayangannya kerana penyakit ini (HIV),” katanya sayu.

Yusof menjelaskan dia mula berjinak dengan aktiviti menagih kerana desakan kawan selepas berhijrah ke Kuala Lumpur bagi mencari sesuap nasi. Kesilapannya memilih kawan menyebabkan dia hanyut sehingga disahkan positif AIDS, dua tahun lalu.

Selepas hanyut sekian lama, Yusof tekad untuk berubah kearah kebaikan, sekaligus menjalani pemulihan krohanian diri sebagai bekalan kelak. Meskipun masih diterima ahli keluarga terutama kakak sulungnya, dia bertegas tidak mahu menyusahkan orang lain dan bersikap menyisihkan diri sendiri dan nekad tidak akan berkahwin sehingga hembusan nafas terakhir.


Berbeza dengan lelaki kurus berkulit cerah berasal dari Pahang yang dikenali sebagai Shuib (bukan nama sebenar), 48, dia mempunyai seorang isteri serta seorang anak lelaki berusia 14 tahun.


 
Mahir dalam bidang jahitan, lelaki yang bersekolah setakat Tingkatan Lima itu, sedar akan risiko jangkitan HIV kepada pasangan menyebabkan dia mengamalkan langkah pencegahan sedari awal disahkan menghidap penyakit berkenaan.

“Perkongsian hidup selama 16 tahun hampir runtuh kerana kadangkalan memilih jalan hidup ‘sampah masyarakat’ namun, kasih sayang terbina menyelamatkan hubungan kami. Masyarakat tergamak memandang hina pada insan seperti kami,” katanya.

Bermotivasi tinggi dan yakin mampu berjaya seperti insan normal, Shuib mahu mengusahakan tanaman kampung selepas hampir lima bulan dimasukkan ke Rumah Perlindungan Darul Ukhwah kerana menderita teruk akibat jangkitan HIV.

Risaukan keselamatan anak lelakinya yang kian meningkat dewasa, Shuib tidak rela membiarkan anak kesayangannya mengikut jejak langkahnya sekaligus mengelak daripada berkawan dengan remaja nakal.

Katanya, amat mudah mengenali golongan bermasalah sedemikian berikutan terjebak dalam kancah masalah sama. Sehubungan itu, dia rela membuka pekung masalah diri asalkan anaknya tidak mengikut rentak kesalahan sewaktu mudanya dahulu.


Sumber : BHarian   







12 comments:

  1. Abg buleh buat semaian air mani kan.. alaa... utk pasangan yg ada HIV atau salah sorang yg ada HIV

    ReplyDelete
    Replies
    1. RYAN

      ishhh tak nak kahwin lah...:)

      Delete
    2. Tak baiklah Najmi cakap macam tu...Jodoh, pertemuan, ajal & maut semuanya kuasa Allah. Jangan cakap tak nak sebab kalau Allah yang menentukan kalau dah Kunpayakun, najmi larik pusing satu bumipun akhirnya terduduk kat atas pelamin jugak tahu. Dengar nasihat ryan & hakimi tuh...

      Delete
    3. Mak Wardah

      Maksud saya tu kalau ikut logik didunia, saya selalu sebutkan kalau logik dunia tapi saya tak tulis dalam komen diatas hehehe....Kalau ikut logik dunia memang saya tak kan kawin hehehe....:)

      Delete
  2. jgn ckp tak nak... nanti Tuhan terbalik hati abg Naj Mi utk kawen.. cam ane??

    ReplyDelete
  3. kalau abg ada jodoh, terimalah jodoh tu bang. Itu mugkin Allah nak bg ganjaran kat abg.
    Kalau masalah kewangan, jgn risau kerana setiap drp kita telah ditetapkan rezeki msg2.

    ReplyDelete
  4. Ryan

    maksud saya kalau ikut logik dunia ni...memang tak akan kawen...lah....wallahuallam....:)

    ReplyDelete
  5. hakimi

    rasanya dah tak da jodoh dah kut. dalam hati hanya ada "zero"....kalau jodoh datang abg larikkkk hahaha

    ReplyDelete
  6. Uiks jodoh rezeki hidup mati itu semua dari Allah, bila dah Allah sebut kun fa ya kun Naj Mi kawen, maka kawenlah! HubbyBee cam Naj Mi dulu ok tak pernah berfikir nak kawen, kalau kawen pun nak umur 35 maybe, tup2 dah kawen awal, kenal tak sampai setahun. Rezeki dari Allah, tak dapat nak tolak, terima dengan hati terbuka..

    ReplyDelete
  7. HubbyBee

    Hahaha...entah lah....macam saya kata ...saya larikkkkkkk hahahaha

    ReplyDelete
  8. mengikut pengamatan saya mungkin waktu tu pendedahan tak meluas so siapa ada HIV takut untuk berkahwin.

    WA

    ReplyDelete
  9. Anonymous One

    Kisah berita itu dipaparkan pada tarikh 25/09/2011, ya saya pasti bagi Yusof Bakar kejadian yang menimpa beliau telah lama berlalu, ya pada ketika HIV merupakan sesuatu yang amat ditakuti ramai dan pengetahuan tentang HIV juga masih terlalu rendah dikalangan PLHIV itu sendiri. Dulu tak seperti sekarang, hari ini sudah ada kumpulan yang menyokong perkahwinan dikalangan PLHIV kan......:)

    Wallahualllam.

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST