Friday, 23 November 2012

RYAN - SUSAH SENANG HIDUP SEORANG SONGSANG

Seorang rakan yang saya kenal melalui email seorang gay yang hanya mengenalkan dirinya sebagai Ryan berkongsi kisah hidupnya dengan saya melalui email. 

Kerana dia sudah pun berkahwin saya sangka Ryan adalah seorang biseksual tetapi dinafikan olehnya, dia kata dia seorang gay tegar.

Sebelum itu saya ingin beritahu dialah yang telah suruh dan mengajar saya masukkan iklan nufnang dalam blog Hidup Mesti Diteruskan ini. Saya memang tak tahu menahu tentang nufnang ni sebelum ini, yang saya tahu iklan tu menyemak aje, so dia lah yang terang dan yang mengajar saya cara masukkan iklan tersebut satu persatu. Terima kasih Ryan.

Jika tidak silap, saya mengenali Ryan selepas Hari Raya Aidil Fitri yang lalu (bulan September 2012) dan sejak itu kami sering berbalas email. Habis kisah luar dalam rumah tangganya dia mengadu cerita kepada saya, tapi cerita yang baik-baik lah, yang saya tahu dia sudah berkahwin dan mengadu sukar hendak penuhi nafkah batin isterinya kerana nalurinya lebih kepada lelaki.

Pendek dan ringkas sahaja kisah luahan Ryan yang disampaikannya secara "sempoi" sepontan dan humor, saya cuba "edit" email beliau tetapi lagi di edit lagi bercelaru saya dibuatnya, jadi saya biarkan sebahagian besar email Ryan dipaparkan dalam entry kali ini.

Okey kita baca luahan hati kisah dari Ryan;


Dibuli anak-anak mak angkat

Ryan mempunyai tiga adik beradik, kakak dijaga abah manakala Ryan di “campak” kepada keluarga angkat begitu juga dengan adik, entah apa lah dosa kami dibuang begitu, alasan emak kandung kata ketika itu hidupnya susah.

Hidup dengan keluarga angkat pun ketika itu agak susah tetapi mereka dapat menjaga Ryan dengan baik, masaalahnya anak-anak keluarga angkat itu tidak beberapa “ngam” dengan Ryan, so Ryan terpaksa hidup dalam dunia Ryan sendiri. Ulang alik ke sekolah dan terus memerap dirumah.

Selepas SPM hajat dihati ingin menyambung pelajaran tetapi ditentang hebat oleh anak-anak emak angkat Ryan, kerana kata mereka tiada siapa yang hendak menanggung segala perbelanjaan belajar nanti. Walau bagaimana pun sempat juga Ryan belajar disebuah kolej tetapi sekejap, kemudian Ryan bekerja di KFC.

Tapi mana tahan asyik kena buli dengan abang ipar je kan... masa tuh juga Ryan belek akhbar harian Metro cari tempat nak belajar. Ryan call satu-satu, dorang cakap tunggu surat tawaran di hantar baru datang register, tapi Ryan cakap tak boleh. Ryan gi terus ke sana. tapi mak angkat dah tahu semua tuh, nak tak nak dia terpaksa lepas kan juga Ryan pergi.  

Pergi KL tumpang abang (anak bongsu mak angkat) duit di bekal kan hanya RM150 sahaja. 

Sampai KL, abang drop kat rumah kawan dia, tumpang sana. Memula sampai KL Ryan rasa jakun macam terpegun sangat-sangat. Sebab mana pernah sampai ke KL kan. Rasa teruja pon ada. Esok tuh abang terus hantar ke tempat belajar, Ryan daftar disana tetapi kena bayar RM150. Waaahh. terkejut bukan kepalang. sebab duit kat tangan masa tu hanya ada RM150. Itu lah satu-satu nya duit yang ada kat Ryan

Nasib baik kolej tuh belanje. hahaha... Ryan hanya sempat belajar selama 6 bulan je. sebab tak de duit, nak makan pun tak ada duit. Kadang-kadang Ryan buat muka tak malu mintak simpati ngan kedai makan kat minah indon pembantu kedai tuh untuk alas perut. Lepas tuh tak sambung dah belajar Ryan terus kerja part time kat hotel. Ryan malas nak pikir sebab tujuan utama kerana nak lari dari abang ipar yang kejam dikampung dan Ryan sememangnya nak bina hidup baru.


Mula terjebak dalam dunia Gay


Masa tuh lah Ryan baru tahu dunia GAY nih.. solat memang entah kemana lah kan. Lalai... Ryan ber "kapel" ngan seorang mamat tuh tapi sempat setahun je lepas tuh putus sebab dia juga baru datang KL macam Ryan gak. Bila dia dah jumpa BF yang baru seronok sangatlah dia.

Terdetik di hati nak berubah sebenarnya, tetapi tak tau cara macam mana. Perlu ada niat dan azam yang kuat kot. Ryan mula slow-slow try lupa dengan dunia gay tuh.  

Ryan masih ingat kata ustaz jangan tinggal solat, so masa tuh lah Ryan kembali cuba melakukan solat.

Lepas tuh Ryan masih sempat lagi "kapel" ngan mamat nih sejak tahun 2007 sampai sekarang. Bila "kapel" Ryan ni dah kawen dua tahun lepas, hati Ryan rasa macam kosong je. Masa tuh lah juga Ryan terpikir nak juga kawen.  

So terus Ryan berdoa lepas solat minta Allah kasi seorang isteri yang baik-baik kepada Ryan kerana mudah tak payah Ryan nak didik dia (isteri) tu sangat.  

Walaupon BF dah kawen, kami masih ber "kapel" sampai sekarang...huhuhu

Entah macam mana tak tahu.. masa bulan puasa, selepas 6 bulan BF (kapel Ryan) kawen, ada orang datang merisik Ryan (sebenarnya kawan hosmet yg merisik, dia tanye itu ini). katanye pompuan tuh seorang yang berjawatan besar, berpangkat tinggi, stabil dari segi kewangan dan Ryan lak rasa pelik.. hahahaha.. lepas tuh cakap kat orang tu yang Ryan nak pikir dulu.

Selang seminggu, seorang ustazah nih. (yakni cikgu Ryan risik untuk adik pompuan dia, keluarga dia semua alim-alim) dia call dan dia tawarkan anak dia kat Ryan. Ryan pon terima je dengan hati terbuka. Kalau nak tahu mak kandung yang buang Ryan bukan main dok tentang rancangan Ryan nak kawen ni.. Ryan ada suruh dia (mak kandung) cari isteri untuk Ryan tapi tak pulak nak carikan.



Ryan bertunang terus kawen pada bulan Jun 2012 yang lalu.

Malam pertama memang Ryan gugup nak mampus, malam kedua masih lagi gugup tetap gagal nak masuk pasal tak tau pintu kat mana kan.

Seterusnya dapat tembusi juga pintu tuh.. so ok lah kan.. sebab main kat kampung memang ok, ye laa.. bini tak kuar suara takot orang dengar.

Bile main kat KL, bini kuar suara, terus tak leh nak masuk, sbb "anu" layu di tasik madu... kecewa sangat-sangat.

Sekarang Ryan masih lagi berusaha untuk cuba puaskan isteri... tak tau mcm mana cara.

Walau bagaimana pun Ryan tetap bersyukur pada Allah kerana masih lagi nak menolong Ryan walaupon Ryan nih gay tetapi Tuhan tetap nak jodohkan Ryan dapat isteri dari keluarga yang baik-baik

Walaupon Ryan nih gay tapi Ryan dah tak sosial macam dulu-dulu. Ryan memang sudah tak sosial sejak Ryan berkapel ngan BF yang akhir tuh. Sejak dari tu lah Ryan tak main ikut suka2 hati.

Siapa sangka Ryan yang gay tegar ni pun sudah berkahwin, Ryan harap hati Ryan terus terbuka sayang kepada isteri dan minta-minta Ryan tak kembali ke aktiviti lama tuh.



Semalam berita terbaru yang buat saya sendiri rasa gembira yang saya terima dari Ryan; 

Email Ryan kepada saya pada Tue, Nov 20, 2012 at 11:08 AM; 

Ryan ada menda nak ckp kat abang... abg pulak asyik sangat ngan ***********. langsung terbantut apa yang Ryan nak kasi tau kat abang

masa tuh Ryan muntah-muntah, pening-pening, loya-loya... tak leh bau orang goreng ikan, mesti muntah-muntah... masa tu tak tau lagi yang wife lambat datang period, sebab dia memang selalu lambat seminggu. So maknanya kena tunggu dua minggulah untuk wat pretnen test..

seminggu lambat datang period,
Ryan pi beli pretnen test. sebab tak tahan sangat loya-loya dan mual-mual. Esok pagi tuh pi buat, hasil nye positif pretnent syukur.. termakbul juga doa Ryan... sebab kami berenjut bukan dalam waktu subur tapi tak tau ar kan.. sebab itu semua kerja Allah.

makna nya sekarang dah masok sebulan dah loya-loya, mual-mual, rasa tak sabar le pulak nak tunggu lagi lapan bulan...


Ya isteri Ryan dah mengandung (klik disini), isteri mengandung suami yang muntah dan loya-loya hehehe. Buat Ryan saya berharap awak kembali berubah menyayangi isteri yang satu itu sahaja, kawal diri lupakan kisah lalu (jangan ber"kapel-kapel" dah) dan sayangi anak yang bakal dilahirkan itu nanti, jangan lupa terus berdoa minta perlindungan dan rahmat dari Allah SWT.




50 comments:

  1. abg syg.....
    abg bile lak nk kawin ni heheheh
    love u abg muahhhhhhhhhhh

    =no name= hahahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      wallahuallam....tak kut hehehe....

      Delete
    2. syukur pada allah.. harap ryan terus bersama dgn jln org yang benar..

      Delete
  2. uik.. ada cerita pasal Ryan plak sape Anonymous tuh??

    ReplyDelete
  3. Allah menjanjikan perempuan baik untuk lelaki yang baik, perempuan jahat untuk lelaki yang jahat dan sebaliknya. [antara intisari surah an-nur ayat 26]
    Itu antara janji Allah kepada lelaki dan perempuan. Jika seseorang yang baik telah mendapat suami atau isteri yang jahat, maka bersabarlah kerana Allah sedang menguji anda.
    Petunjuk dan hidayah itu adalah kuasa Allah. Allah berhak memilih siapa yang ingin diberikan-Nya hidayah. Tetapi kita mesti sentiasa berdoa agar kita salah seorang yang dipilih untuk terus berada dalam cahaya-Nya.
    Sekalipun kita 'sesat' dan 'songsang' suatu ketika dahulu, dan kita cuba berubah untuk bertaubat, Allah akan membantu kita. Nilai amalan kita pada masa sekarang, bukannya masa lalu.
    Allah mengurniakan Ryan rezeki seorang isteri dan seorang anak bagi membantu Ryan keluar daripada naluri songsang dan beransur-ansur lupakan naluri tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hakimi

      Terima kasih... dengan komen yang saudara kongsikan disini.....ya mudah-mudahan Ryan beransur-ansur terus menolak naluri songsang tersebut.....amin..:)

      Delete
  4. Alhamdulillah Allah anugerahkan Ryan kehidupan baru yg sgt indah setelah melalui masa kelabu yang agak panjang. Doa saya Ryan akan ambil peluang ini dengan sebaik mungkin dan salam tahniah untuk papa to be ryan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak Wardah

      Tahniah buat Ryan...juga dari saya...:)

      bestkan kalau gay dapat anak... kadang-kadang bila difikirkan ianya sesuatu yang amat amat mustahil untuk gay dapat anak terutama yang tegar tu......:(

      Adakala (kerap juga) bila tengok budak kecil yang ikut bapa mereka ke masjid timbul rasa keinginan rasa seronok jika ada anak sendiri...yang boleh kita bawa ke masjid dan duk sembahyang disebelahkan, suka tengok keletah anak kecil yang ikut solat dg bapa di masjid ni, tapi tu lah masaalahnya naluri tu memang dah tak ada... nak wat cam na...

      Seronok kalau ada anak dari darah daging sendiri...

      Kalau di barat memang mudah kalau nak dapat anak dengan mengunakan proses ibu tumpang, guna benih sendiri dan boleh dapat anak darah daging sendiri... alahhh kalau tak silap macam cara Micheal Jackson buat tu...

      Tapi tu lah ... dah nasib saya kan nak wat cam na huhuhuhu.....:( :( :(

      Delete
    2. sabar bykkan berdoa awk.. insyaAllah,, Allah pasti makbulkan doa awk..

      Delete
  5. Tahniah ryan dah bakal jadi bapa. Akak harap u olls sihat sihat belaka. Tapi, please please....dah kawen, dah ada anak.......janganla duk berkapel kapel lagi.

    Please baca blog saya minggu ini dan minggu depan. Ada beberapa email dari perempuan2 yang dilema BF / bakal suami mereka biseksual.

    Bagi saya, tak kisahla u biseksual or gay...but bila kita bernikah...kita kena komited dengan hubungan itu dan tidak boleh ada ruang untuk insan lain. Just because u are gay, tak semestinya u ada lesen untuk ada pasangan selain isteri.

    Sebab, kalau u ada perempuan lain, u boleh nikah lagi satu. Kalau u ada pasangan lain untuk aktiviti di luar tabiee?

    Fikirkanlah....saya bercakap bagi pihak semua wanita wanita yang telah bersuami.

    Love,
    Jumie Samsudin
    Wanita Pondan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jumizah Samsudin

      Mudah-mudahan nasihat dan ingatan Jumie akan diambil perhatian buat semua suami songsang dan gay diluar sana, paling penting hindarkan dari terlibat dengan aktiviti lalu, sayangi isteri yang satu itu aje...walaupun naluri itu saya pasti masih tetap ada tapi para suami tersebut kena bijak mengawal diri dari terus terlajak lagi...

      Delete
  6. Najmi, naluri ingin mempunyai anak sendiri normal bagi semua insan. Jujur dgn adanya zuriat sendiri hidup rasanya lengkap. Bg saya andai Allah temukan najmi jodoh biarlah yg terbaik n rasanya ratusan ribu pbaca blog najmi mengaminkannya. Apatah lg ada najmi junior lglah byk amin yg najmi terima. Sama2 kita pohoo pada Allah segalanya buat najmi. Andai bukan isteri n zuriat mungkin dlm bentul lebih indah, hanya Allah yg Maha tau apa yg terbaik utk kita. Tapi kalau makan nasi minyak nasi nas4 ganja saya lupakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak Wardah

      hahaha...entah lah terpulang kepada Allah mengaturkannya, kalau nak saya mengaturkannya rasanya agak mustahil, kalau ada orang lain yang cuba mengaturkannya pasti saya lari jauh2....hehehe terpulang kepada Allah.....:)

      Nasi minyak tak nak nasi ganja pun tak nak nak nasi kokain hehehe

      Delete
    2. Ala najmi ni memang tak pemakan orgnya kan dah lama ada nasi kokain kat Ipoh. Ya Allah camna boleh tak tahu.
      Bab kawen2 ni tak ada sapa boleh paksa relakan, mesti sukarela sbb larat ke mak najmi nak kejar najmi tapi rasanya mesti ada sedara mara @ kenalan family kenen2 najmi ngan anak dara dorang. Baik ngaku jer najmi.

      Delete
    3. Mak Wardah..

      Entah ada ker saudara mara yang kenen2 kan saya....wallahuallam...hehehe..

      Delete
    4. Ada tapi najmi yg tak sudi sbb najmi fikir byk benda kot. Tak pe, serahkan semuanya pd Allah. Najmi jgn lupa jemput saya yer?

      Delete
  7. Kebanyakan cerita kat blog ni sumenyer gay yg kawin tapi dapat isteri yg baik...kalau masih tak bersyukur, kufur nikmat lah tu namenye...

    Ryan ni baru permulaan jer nih...ade anak pon tak semestinya terus bye2 kat dunia songsang, merindui lagi ada la...

    Ini pandangan peribadi ku melalui pembacaan entry2 yg gay ade ister dan beranak pinak tapi masih juga susah nak say gudbye kat gay...

    Bertabahlah isteri ryan....nasib badan..

    Kepada ryan, harap2 lepasnih takyah main lagi ek dgn mane2 laki pon, kesian pada isteri..

    Sekian..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      Kalau tanya pandangan saya tentang naluri songsang, jawapannya ya, kalau seorang gay mahu pun biseksual sekali pun kebanyakan bila sudah berkahwin pasti tetap masih curi makan diluar.

      Segalanya terpulang pada diri masing2, susah nak percaya sekiranya mereka boleh padamkan terus keinginan suka kepada kaum sejenis selepas berkahwin, ada setengah tu lebih galak aktiviti songsang mereka kerana sekurang2nya bila dah ada isteri pasti orang semakin tak perasaan kegiatan yang mereka lakukan, mereka lebih seronok.

      Tetapi saya percaya masih ada (maybe tak ramai kut)gay yang telah berkahwin dapat mengawal naluri songsang mereka dari terus bergelumang dg aktiviti tersebut.

      Saya juga harap Ryan dapat kawal diri dari terlajak dlm aktiviti lama tu, sebaliknya dia semakin kuat melawan segala hasutan godaan syaitan dan semakin terus menyayangi isteri dan anak. Hidup dalam rahmat Allah...mudah-mudahan.

      Delete
  8. salam..bila baca kisah ryan ni, rasa cam tertanya tanya pulak, gay dgn gay lagi best dari gan wife ke, saja la tanya ni hihihi, najmi mmg x penah xperience gan ppn kan so may be ryan leh share kot, bkn pe at least para isteri bole amik iktibar pe yag pasangan gay suke bebeno sesama mereka so mana yg bole buat jgk, buat la kat hubby tp montot x leh la bagi kan..harammm...satu lagi nak kabo kt ryan ppn ni senang je nak bagi cum, banyakkan aktiviti hisap buah buahan dan jilat bunga, lesbo mmg buat benda benda ni je puaskan pasangan mereka, ppn bole cum dgn mcm mcm cara bukan dgn tujah pedang masuk sarung jeh, dgn jari, lidah pun bole buat puas kalu buat dgn lembut dan lama, paling ramai lelaki ignore hot button ppn iaitu clitoria @biji kelentit, ramai yg tak tahu tu la part paling senang nak naikkan or on nafsu ppn tp kena buat dgn lemah lembut dan lama, paling kurang setengah jam ngadap benda tu kat bawah nun, sure wife syg sgt sgt kt hubby dia..ni duk ingat pedang jeh then kalau pedang x mo function da hilang selera , sian bini hang tau..dulu ada satu kawan tu dia pikat ppn juz buat tu je, dia dapat , dia serang clitoris, semua auto menyerah dia nak masukkan pedang lam sarung, so ramai lelaki melayu ni pemalas sbb tu dgn gay senang, cucuk montot jeh..hehe kidding...semoga bagi ryan sedikit tips ya n pada yg lain juge..wassalam

    ReplyDelete
  9. maaf najmi, nak taknak kena stuju dengan komen anonymous kat atas, sebab itulah antara yang lesbian buat, legilah kami memang takder senjata.

    tapi pendapat saya, perkahwinan bukan sekadar seks. ianya lebih dari itu, namun tak dinafikan seks juga amat2 penting.

    Bagi saya perkahwinan adalah kasih sayang. dan tanggungjawab. andai suami hanya menjalankan tanggungjawab batin sekadar untuk dapat zuriat, isteri akan rasa tidak dihargai.

    kalau ada kawan yang nak berkahwin dengan gay, saya sbenarnya tak berapa galakkan, kerana lelaki yang tidak bernafsu pada wanita, selalunya tidak tahu cara untuk menghargai dan melindungi wanita. Apatah lagi memimpin isterinya.

    Tapi, saya juga yakin, orang yang bertaubat, taubatnya mampu mengalihkan gunung. Lalu doa orang bertaubat, selalunya allah terima dengan caranya tersendiri. Tidak mustahil lelaki gay boleh menyayangi isterinya.

    Apapun segalanya ketentuan Allah.

    ReplyDelete
  10. MGDA

    Anonymous dan MGDA terima kasih dengan komen nasihat yang diberi merujuk kepada permasaalah si Ryan tu.

    Ryan...ambil perhatian...tak boleh nak kata "tak tau cam mana cara"

    MGDA saya suka bila awak kata "taubat seseorang tu boleh mengubah gunung"...tajam tepat maksud kata-kata itu...

    Terima Kasih...:

    ReplyDelete
  11. untuk Ryan,
    cubalah untuk menyayangi isteri anda..
    hargai dia..
    insyaAllah..awak kena terus mencuba...jgn mengalah sebelum mencuba..
    chaiokkkk Ryan..
    ^_^

    ReplyDelete
  12. sweet pulak cite abg Najmi kali ni..yang sonok tu sempoi aje cite Ryan ni pastu dapat baby...
    lepas ni balik uma bukan tengok bini, tp tngok anak ler....lalalala, at least nanti ada gak teman bebual kan bile baby da pndai bunyik2 kan en Ryan
    Jgn nenakal la Ryan ni bile ada baby ek, kalau nakal sgt, kidnap baby baru tahu

    ReplyDelete
    Replies
    1. walnut

      Haaa... jom kita kidnap baby baru tu....
      so Ryan jangan nakal lagi ya....
      bimbang kalau nasib tak baik takut terkena jangkitan pelbagai penyakit diluar sana bimbang nanti dibawa masuk ke dalam rumah pulak...lain cerita pulak jadinya huhuhu

      Delete
  13. Hamini: doa selalu utk dpt kan pasangan dari golongan yg baik2.. insyallah Ryan tgh berusaha utk lupakan dunia yg penoh gelap


    Mak Wardah: Insyallah Ryan amek kehidupan baru nih dengan sebaik yg mungkin.. tapi ada setengah pompuan tak leh terima pasangan adalah bekas gay


    Jumi: Ryan tak boleh berpisah dgn BF sbb faktor kekeluargaan di kedua dua belah amat kuat begitu juga dengan keluarga isteri BF..Tapi insyallah... Ryan akan berusaha dengan lebih kuat lagi..


    Mak Wardah: Ryan pon macam abg Najmi gak. cuba sedaya upaya mengelakan diri utk berkawen. Tapi tatau kenapa ada pompuan yg masuk merisik Ryan..


    Anonymous: Ryan tak kufur nikmat. Hari Ryan bedoa pada Allah agar perkawinan kami berkekalan hingga akhir hayat. memang Ryan cuba elak kan diri dari terjebak nya kembali kedunia kelam yg penoh kelabu..


    Anonymous: yap betol... ada setengah tuh lebih galak lagi. bukan setakat gay je.. jantan2 normal pon sama.. makin lama makin gatal. langgan pelacur lah apa lah..


    Anonymous: gay ngan gay lagi best?rrrmmm.. sebab dorang tahu dan paham apa lelaki nak. tak de masalah kat situ.. Kalu ngan pompuan. kena betol2 paham tentang dia. Lagi satu.. rasa nya lebih kurang sama je main ngan lelaki mahupon ngan pompuan. Tapi otak kita dah di asuh dan didik utk lelaki sahaja dan sudah di set dlm otak main ngan lelaki lagi sedap.. lagi pon Ryan baru nak mengenali pompuan dengan lebih dekat lagi.. betol tuh.. sbb Wife Ryan yg cakap sendiri.. tapi Ryan tak leh lagi nak jilat2 karipap. sebab Ryan masih lagi geli... Main pon dalam gelap gelita. so tak nampak mana pon karipap tuh... Ryan baru belajar step pertama. iaitu memegang tetek. baru Ryan tahu yang tetek itu adalah lembut dan gebu.. hohoho...


    MDGA: thanks nasihat itu... tapi Ryan tetap tak leh nak jilat2.. sentuh karipap pon Ryan mcm-mcm takot je.. takot karipap tuh ngap..


    Taman Raudhah: Ryan cuba menyayangi isteri Ryan seadanya dia di sisi Ryan..


    Walnut: yap.. Ryan sekarang rasa macam tak sabar je nak tunggu org baru dalam hidup Ryan dan isteri Ryan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ryan, jgn bimbang kami sentiasa doakan yg tbaek for u n new family. Allah pasti lindungi anda. Take care ryan. Abg najmi ni dah lama nak ajak dia makan nasi ganja k

      Delete
  14. Assalammualaikum Ryan...

    Gembira dan bersyukur sangat2 bila Ryan sendiri jujur dan ikhlas untuk berubah...semoga segala niat dan usaha Ryan ingin berubah menjadi suami, pemimpin bagi keluarga moga sentiasa dibantu Allah, dikuatkan iman dan sentisa menyayangi isteri yang satu je yer...jadilah pembela kepada wanita..isteri Ryan tu yer...

    Setiap kita diuji dengan berbagai cara...semuanya ada hikmah dan setiap apa yg ditakdirkan Allah tidak sia-sia...

    alangkah baiknya jika dari awal perkahwinan akak..akak mengetahui yg suami akak adalah seorang gay...dengan segala cinta dan sayang serta bimbingan sedaya yg mampu pasti akak tetap terus bertahan...menyayanginya, dan menerimanya...namun,setiap apa perancangan Allah tidak siapa yg mampu utk kita sebagai hamba bagi mengelakkanya...

    akak positif disini dan redha atas segala ketentuan Allah...biarlah begitu sahaja, mungkin ada yang terbaik dari Allah.. mungkin dengan perpisahan kami tidak dapat mempertahankan perkahwinan yang dibina hingga keakhirnya terkandung beribu kebaikan di dalamnya, dan dengan adanya anak2 tetap menjadi amanah..dan semoga dengan amanah Allah itulah akan menjadikan bekas suami kembali mencari redha Allah dan akhirnya syurgalah untuknya...dan semoga husnul khatimah untuknya juga...itulah doa akak sentiasa untuknya..

    akak percaya setiap dosa yang dicipta Allah.. itulah sebenarnya salah satu cara Allah ingin menunjukkan juga kasih sayang pada hambanya selagi mana kita ingin kembali benar-benar bertaubat dan berubah...kita minta sentiasa pertolongan Allah..

    so... Ryan perlu tetapkan niat dan istiqamah utk terus melupakan dunia yg gelap dulu...tidak hanya bila setelah letih bertahun2 membina hidup berkeluarga, perasaan jemu dan tergoda datang semula...Ryan berpatah balik ,mula mencari keseronokan diluar...mula mencipta berbagai alasan....harap2 janganlah Ryan begitu yer...

    sentiasa ingatkan pengorbanan isteri dan lihat mata anak-anak...mereka perlukan Ryan dalam hidup mereka.....kerana Ryan bertanggung jawab membawa mereka semua ke syurga tau....mmmm hanya sekadar nasihat yg tak seberapa dari akak untuk Ryan, dan sentiasa doakan Ryan hidup bahagia hingga keakhir hayat....

    Moga rezeki Allah melimpah ruah untuk Ryan setelah bergelar papa nanti yer...:)

    Amin Ya Rabbi

    nurunn a'lan nur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumsalam..

      makna nya di sini suami akak kembali ke dunia asal nya ke? baru akan di jangkiti penyakit itu?

      Ryan takot nak buat mcm dulu lagi. Bila pi je kaki kat tempat-tempat cam tuh. Ryan teringat kat abg Najmi, abg Azam dan rakan PLHIV. betol! Ryan tak tipu.. So Ryan jadi takot.. lebih2 lagi Ryan ada isteri... Nak tak nak Ryan cuci mata je..

      Ryan tak buat lama dah.. lepas dah Negative semasa nak buat hiv test utk nikah.. Ryan tak pi dah sauna2 tuh semua..

      Delete
    2. Alhamdulillah...moga niat Ryan diberkati Allah...dan sentiasa dalam peliharaan Allah hendaknya..

      Alhamdulillah Ryan juga HIV-VE..dengan dikurniakan isteri yang baik juga sebagai
      penyelamat Ryan dari terus hanyut...sentiasa sayang kat isteri tu yer..kekhilafan yang lepas biarkan sebagai pengalaman yang kelam..dan jangan cuba diulang lagi tau...

      paling2 tidak Ryan tengok2lah N3 abg Najmi pasal penyakit2
      STD dan penyakit2 lain akibat HIV/Aids tu, pasti takut kan nak bagi penyakit2 tu pada isteri Ryan nanti...

      Kalau nakal-nakal nanti pasti abg Najmi, abg Azam, bro AHP tu kejooo Ryan sampai ke lubang yang ada cacing tau....hehehe

      akak sentiasa doakan yang terbaik untuk Ryan yer...Amin Ya Rabbi

      nurunn a'lan nur

      Delete
  15. Salam...

    Pertama sekali HubbyBee nak ucapkan tahniah buat Ryan! Wow, you managed to do that man! Huh, siapa kata kita tak boleh. *hi5* Tumpang gembira mendengarnya. HubbyBee ni ntah bilalah pula. Naik rimas pula my mom and MIL dok bertanya. Belum masuk sedara mara dan kawan2 lagi. Boleh bagi tips tak cemana nak bernafsu sama isteri dan memberikan anak buatnya?

    Naj Mi, bestnya dengar cerita Ryan nih. Naik sket semangat untuk terus berusaha walaupun ntah la kadang2 kecundang sebelum bermula. Tapi kalau dengan ex-BF or skandal dulu bukan main hebatnya, dengan isteri sendiri layu pulak. Bilalah kan nak merasa kenikmatan itu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. HubbyBee: Ryan sentiasa berdoa kepada Ilahi agar dikurnia nafsu utk bersama isteri. 3 bulan tak bleh bersama tau.. Tup2 dah boleh dah.. Ryan suka sgt2

      dulu Ryan tak GF. memang tak de.. saudara mara, mak, ayah dok tanye Ryan bila nak kawen... Ryan wat Iklan kat FB. ada hasil nye tau... Org lelaki nih jgn dok ego sangat..

      erk! Ryan plak lebih2 kat dlm blog nih.. jgn marah ye abg Najmi.. huhuhuhu....

      Delete
  16. HubbyBee

    Tulah saya pun gembira bila dengarnya. Dari cerita layu2 sampai isteri mengandung, best lah tu...mudah2an kandungan tu selamat dan isteri juga selamat melahirkan anak nanti...Nanti nak minta Ryan bagi photo anak so boleh share dlm blog hahaha...boleh ker Ryan???

    HubbyBee...awak insyaallah akan tiba satu hari giliran awak juga insyaallah...

    Dan Ryan boleh lah bagi tips...pada HubbyBee...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah kasi pon tip... Rasa nya sama je... over lah Ryan nih kan?? hahahaha... kalu ada email hubbybee tuh senang sket nak beremail ngan dia apa yg Ryan buat sampai leh kawen bagai...

      Delete
  17. Najmi n readers, jom sama2 doakan hubbybee dpt zuriat sendiri n dipermudahkan semua urusannya dunia n akhirat. Najmi dun forget to update the status of both of them, hubby bee n ryan take care

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak Wardah

      mudah-mudahan hubbybee akan dapat zuriat nanti ..saya doakan dan insyaallah kalau Ryan dan HubbyBee bercerita tentang perkembangan mereka boleh lah saya share kisah perkembangan mereka di blog ni nanti....insyaallah......:)

      Delete
  18. Insyallah Ryan doa kan... Hubbybee tuh dah kawen ke belom??

    ReplyDelete
    Replies
    1. RYAN

      Udah kawen lah....baca kisah HubbyBee kat entry tajuk "Resah suami gay yang telah berkahwin"

      Delete
  19. ramai dah bg nasihat, teruskan istiqamah bertaubat. insyallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous One,

      Ya buat Ryan...teruskan istiqamah.....:)

      Delete
  20. saya baca dan baca komen sekali
    takut pun ada..mcm mana nak kenal kalau suami ada 'nafsu songsang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      Susah nak pastikan..melainkan rahsia mereka terbongkar atau mereka beritahu pada anda sendiri.

      Yang penting si isteri kena ada sikit syak wasangka pada suami, bagi saya jangan percaya seratus peratus, walau gagah sekali pun. Seperti kisah dalam entry saya tentang PUAN wannaBwise.. selepas lebih 10 tahun baru dia tahu yang suaminya gay...

      wallahuallam..seorang gay takkan nak menonjolkan diri mereka kan.. so kami semua terpaksa bersembunyi merahsiakan segala aktiviti kami..

      banyak cara yang anda boleh kesan tapi susah nak saya jelaskan disini, nanti saya duk fikir2 cam na cara mudah nak kesan....Maybe Ryan boleh jawab persoalan anonymous ni dulu...Ryan....jawab please...

      Delete
  21. kat sini Ryan kasi apa yg Ryan tau je lah ek...

    1-diorang ni kalau keluar gemar mengenakan baju jenis yang ketat ,ada otot,pakai kemas@smart..boleh bezala degan lelaki sejati,tapi ada juga yang pakai baju biasa
    2-slalunya kat malaysia ni rambut kemas,atau ala-ala dari tepi bawa ke blakang.
    3-diorang kawan sama2 diorang je,tapi kalau diorang slalu kuar ngan group pompuan ,sah gay la tu.
    4-topik pun selalu lain dari laki sejati.
    5-kuat komplen sana sini
    6-cuba korang perhatikan dia ada tak perhatikan lelaki lain yang ala2 diorang,kira minat la tu.
    7-kalau ada pompuan seksi lalu buat-buat tak tau je
    8-diorang lebih suka berkumpulan.sama ada dua atau lebih.
    9-diorang ni ade ramai adik-beradik pompuan dari laki..
    10-jenis yang cakap lembut-lembut, cakap soft spoken je..
    11-tak kisah kawan dengan lelaki gay..selalunye laki straight x skew kawan ngan gay atau laki lembut2..
    12-suke nmpak kemas stylo dan bergaya selalu..
    13-terlalu pembersih sgt..
    14-kalau keluar selalu wangi je...
    15-tertarik dengan lelaki hensem cute n macam-macam lg..
    16-sometimes boleh ckp kat laki lain yang kau ni hensem la.. tu pown salah satu ciri2 laki gay.
    17-diorang ni manje gedik-gedik ngan laki..
    18-takut nak rapat ngan gurl yang xcouple.. tapi lebih senang dengan laki.
    19-selalu mesej lelaki.. perempuan jarang..
    20-kalau kene cium atau pegang2 ngan laki2 gay tapi dorang x kesah pon..
    21-dari kecik suke pakai kasut gurl and baju gurl...
    22-terlalu sentitif biasenye laki sentitif ni yang gay..
    23-homesick.. ske dok umah je.. kalau laki sejati ske ganas2 cth maen bola, mat motor.. n macam-macam lg tapi kalau gay x ske smua tu, dorang ske dok umah je mcm gurl...
    24-suke raba-raba kemaluan kaum sejenisnya sebab laki ni ade nafsu kat lelaki..
    25-laki gay bile tanye kau gay ke!! automatik dia diam jew!! atau dia ckp pale otak kau..dia tgh cover la tu!! lelaki yg straight memang benci nak rapat ngan laki gay!! kalau laki straight boleh kwn atau byk kwn atau x kesah kawan ngan laki gay dia pon barangkali seorang gay,cume takut nak ckp je and byk bagi alasan. byk cite pasal lelaki berbanding gurl!! lebih rapat n lebih byk bergaul ngan gurl dari laki!! suke pakai baju ketat2...
    26-macam bapok @ Lembut sgt macam gurl pon gay..dia tak kisah berbogel depan laki...
    27-DAN PALING PENTING LELAKI GAY BOLEH TAU KALAU LELAKI LAIN GAY.. CTH KALAU DIA PERGI SHOPPING KE MANE2 DIA BOLEH TAU SAMA ADA LELAKI TU GAY ATAU TIDAK MEMANG NORMAL DIA DAH BOLEH BACE DAH SAMA ADA LAKI TU GAY ATAU NORMAL!!
    28- dan biasenye permulaan lelaki gay ni ada yg dari kecik dan ade yg baru lagi sebab nafsu dia boleh tertarik kat laki2.. cth laki tu cute encem atau laen2 dia boleh tertarik rase cam nak kapel je tpi takut nak ckp! pastu cover yg dia ade gf atau suke kat gurl dlm mase yg same dia ade nafsu kat laki.. biasenye org macam ni takut nak ckp atau x bersedia lagi nak ngaku gay walaupown sesame gay.. tapi lame2 dia akan tunjuk ciri2 dia sikit demi skit.. cth kalau da mask U atau kolej!! kat situ diorang akan jumpe dgn macam2 jenis org dan pada mase tu diowang dah tak takut lagi nak ngaku gay, byk org mcm tu..

    Amacam?agak-agak paham kot ape yang ditaip di atas..maaf, saya copy & paste je ciri-ciri ni tapi sudah diedit ayat-ayatnya supaya lebih sedap didengar..sharing is caring!hoho, lame xtaip ayat tu ~heee..Hopefully kita dijauhkan dari unsur-unsur sebegitu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. RYAN

      Hahaha thanks

      Dan Anonymous diatas..boleh lah jadikan sedikit panduan dengan apa yang Ryan sharekan disini cara-cara nak kesan seseorang (suami) itu "songsang" dari kacamata Ryan. Maybe ada yang masih tertinggal dan harap ada pembaca lain yang tahu dan ada apa yang hendak ditambah, anda boleh lah sharekan juga disini cara nak kesan seseorang itu songsang...

      Delete
    2. Thanks Ryan....maklumat ni memang amat membantu utk mengenali gay.....cuma nak tanya Ryan macamana sesama gay boleh mengenali yang mereka adalah gay dengan hanya melihat tanpa bercakap dan bertegur sapa?

      Harap Ryan boleh share di sini...tq

      Delete
  22. Saya ade keinginan nak kawen tpi saya mempunyai naluri songsang. Umur skarang 23 tahun, macamana nak tegang jika bernafsu pada orang lelaki. 3 minggu yg lepas, persahabatan saya terputus sebab kawan baik tahu saya gay. Saya ade minat dekat 2 orang perempuan tapi nafsu xde lg. Macamana penyelesaiaannya Ryan. Nak tanya pendapat. saya rancang 2016 ni saya nak nikah. Macamana Ryan menghadapi malam bersama isteri, sedangkan mempunyai nafsu yang songsang. Minta pendapat sangat2. Sedih hilang kawan baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      Kita tunggu Rayan beri nasihat ya...sebab Ryan dah ada pengalaman...Harap saudara tabah hadapi perjalanan hidup ini...:)

      Delete
    2. Ryan jawab kan..

      Diri sendiri pon mengalami benda yg sama. takot di malam pertama apabila bergelar suami. jantan str8 pon mungkin akan mengalami perkara yang sama juga. mungkin lah..

      pada malam pertama, ryan tak wat pape. sebab takot dan terkejot sebab mencuba benda yang baru..

      2 - 3 hari baru ok sket. Nak selamat kan keadaan> Ryan bayangkan bermain ngan jantan ketika nak bersama. Tapi satu je. Ryan tak leh dgr suara rengetan dia. kalu dgr. kompen tak leh naik.

      Sekarang Alhamdulillah.. Sbb kote Ryan dah boleh naik dah tanpa banyangkan jantan bagai.. Sbb lobang sama je.. rasa pon sama gak.

      satu je nak pesan.. banyakan bertanya pada yang lebih berpengalaman. tanye cam ane nak renjut. cam ane nak tegangkan. sbb dorang nih amat paham. tapi jgn lah ckp yg awak tuh gay plak..

      mcm ryan, Ryan rajin bertanya sape2 yang berpengalaman atau org yang kawen dulu dari Ryan. Ryan pernah tanye mak, abah, abang, kakak, adik, kawan2.. semua maklumat tuh Ryan kumpulkan..

      Macam kakak plak.. Dia tahu yang ryan nih gay. dia ajar Ryan macam mana nak puaskan pompuan. Mcm kwn Ryan yg bisex. dia ajar cam ane nak naik kan kote..

      satu lagi.. cuba tgk pepet hari2 dan cuba bykan pepet itu sedap...

      Ryan pon pernah pi berurut untk dapatkan stamina.. Insyallah Awk boleh lakukannya..

      nanti apa2 hal.. tanya lah ye..

      Delete
  23. lawak2 la komen korang....sakit perut aku gelak....

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST