Tuesday, 20 November 2012

HUBBY BEE - RESAH SUAMI GAY YANG TELAH BERKAHWIN

Saya tahu kebanyakan pembaca blog ini pastinya anda tidak mengetahui atau mengulangi membaca komen-komen baru yang telah ditinggalkan oleh pembaca lain didalam entry-entry yang lalu. 

Dua orang hamba Allah telah meninggalkan komen didalam ruang komen didalam entry yang bertajuk BERJUTA WANITA BERKAHWIN DENGAN LELAKI GAY. Mereka membalas dan meninggalkan komen kerana tersentuh membaca kisah pengalaman hidup yang diceritakan oleh Puan wannaBwise kepada saya. Puan wannaBwise mengetahui bahawa suaminya adalah seorang gay setelah usia perkahwinan mereka menjangkau 17 tahun.

Seorang suami gay yang mengelarkan dirinya HubbyBee menulis,


Salam Naj Mi & Puan wannaBwise,

Thanks kerana sharing perkara ini. Saya adalah seorang gay yang mempunyai seorang isteri yang sangat tabah, sangat indah dan istimewa pada saya. Saya sayang sangat pada beliau. Tapi itulah, being gay is not an option. Kalau option tuh, dah lama saya tukar balik kepada tune str8 lebih-lebih lagi kalau nak berkahwin dulu. 

Tapi sayang saya hanyalah pada zahir sahaja. Batin saya langsung tak berkemampuan. Bukan masalah lemah tenaga batin atau apa, tetapi saya langsung tiada naluri kepada insan bergelar wanita dan lebih mengharukan keadaan, insan itu adalah isteri saya sendiri. 

Saya cuba untuk meletakkan perasaan isteri saya sebagaimana perasaan Puan wannaBwise. 

Dan seriously airmata saya jatuh berderai, and of coz jangan ditanya kenapa, kami juga berperasaan halus seperti wanita dan saya memahaminya. Malah telah berkali-kali saya cuba berfikir akan hal ini saya akan menangis. Kerana tidak bisa membahagiakan seorang insan yang saya sayang bergelar isteri. 

Saya masih sedang mencuba untuk memberikan nafkah batin, kewajipan seorang suami kepada isterinya tanpa membayangkan beliau sebagai seorang lelaki. Saya tahu (cara) itu salah, tapi kadangkala saya terpaksa (membayangkan isteri saya seorang lelaki)

Saya juga masih berusaha keras untuk tidak makan luar. Doakan saya. Kenapalah perasaan ini tidak mudah untuk diubah. Susahnya ya Allah.

Fikir-fikir balik, Naj Mi untung tidak perlu fikir benda-benda ni semua, tidak perlu berlakon, tidak perlu menzalimi orang yang disayangi dan tidak menzalimi diri sendiri. Tapi itulah masing-masing punya bahagian masing-masing. 

Saya berdoa agar Puan wannaBwise terus tabah dan kuatkan doa kepadanya. Dan saya berharap isteri saya juga setabah anda. Sebab saya tahu saya tak mampu kehilangan beliau, tapi saya kesal kerana tidak dapat memberikannya kebahagiaan (seorang suami kepada) seorang isteri....

Ada lagi komen HubbyBee yang ditinggalkannya di dalam ruang komen (dibawah) didalam entry ini. 



Dan keluhan seorang isteri bersuamikan seorang biseksual juga telah meninggalkan komen,


Puan wannaBwise,

Saya juga seperti saudari, mempunyai pasangan seorang biseksual..saya mengambil risiko mengahwini lelaki yang mengaku mempunyai naluri terhadap kaum sejenis..hati saya terlalu hancur namum saya anggap ini adalah dugaan Allah buat saya.

Saya tidak henti berdoa agar pasangan saya berubah menjadi seorang lelaki dan suami yang beriman. Saya tidak akan henti berdoa. Saya juga mengubati hati saya sendiri dengan selalu berkata pada diri ini bahawa DUNIA INI HANYA SEMENTARA..yang KEKAL hanya di AKHIRAT kelak. 

InsyaAllah segala ujian Allah buat hambaNya bukanlah satu yang sia-sia. Saya berharap saya akan jadi seperti puan yang tabah dan gigih mendidik anak-anak supaya menjadi orang yang berguna dan beriman.

Semoga Puan wannaBwise dirahmati oleh Allah yang maha Esa..


Kisah Puan wannaBwise telah saya jadikan entry bertajuk PUAN WANNA B WISE - DERITA ISTERI YANG BERSUAMIKAN SEORANG GAY


15 comments:

  1. Ya Rabb, dugaan MU dalam berbagai bentuk, semoga kami semua berjaya mengharungiNYA dengan tabah dan sabar serta redha dan semuanya akan berakhir di jannatul FirdausMU yang amat indah lagi istimewa..aamin ya Rabb... susu manis

    ReplyDelete
  2. selagi kita bergelar manusia, dugaan tu mmg akan datang bertalu2..untung kita kat Malaysia ni dugaan hanya pada nafsu je..xbisa mencederakan pun..bayangkan kita di tempat saudara2 kita di Gaza.. semoga kita semua tabah.. mmg kadang2 down, tapi Allah mendengar keluh kesah kita..berdoa pd Dia..syukur kita semua muslim kan? Alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      Ya Berdoa kepada Allah... Dia maha mengetahui apa yang ada dlm hati kita...

      Delete
  3. Anonymous tu saya la bang..apa da..adik kesayangan sendiri pun xkenal ;p

    ReplyDelete
  4. Dear Naj Mi,

    Thanks kerana sudi berkongsikan sekelumit kisah saya kepada pembaca2 prihatin di luar sana. Saya amat2 menghargainya. Mungkin ada banyak, terlalu banyak yang perlu saya luahkan demi mendapat sedikit sebanyak kekuatan dari teman2 yang memahami, juga membuka mata insan2 di luar sana bahawa being gay is not that gay (happy). Tak pernah pun dipinta lahir dengan naluri yang cacat nih.

    Mungkin di usia remaja hanya keseronokan bersarang di minda (walaupun kadangkala kesal menjentik hujung hati), tapi tatkala usia menjengah senja, kita akan mula fikirkan masa depan, fikirkan ibu bapa dan keluarga, dan tatkala itulah kita akan rasa sedih dan menyesal sangat. Lebih2 lagi macam saya, di ambang perkahwinan setahun yang lalu saya jadi sangat keliru. Adakah untuk meneruskan perkahwinan ataupun tidak. Puas meminta petunjuk dari-Nya tetapi tiada, malah dipermudahkan segala urusan perkahwinan. Everything was too fast for me. Saya redha dan menerimanya walaupun sakit sendiri demi saya tidak mahu melihat isteri, lebih2 lagi keluarga kami kecewa.

    Mungkin ada syaitan2 pernah berbisik halus, "lepaskan sahaja", tetapi tidak semudah itu. I'm a family man. Saya sering meletakkan hati dan perasaan keluarga saya dahulu berbanding saya, jadi saya biarkan saja derita itu dan dalam masa yang sama teruskan berusaha setakat yang termampu, dan teruskan berdoa. Mungkin inilah jodoh saya, inilah masa untuk saya berubah. Cuma Allah memberikan dugaan yang kuat, untuk memberi sesuatu yang hebat di dunia sana. Itu je yang saya boleh fikirkan secara positif.

    Saya tahu lambat laun "drama" ini akan terbongkar jua dikalangan ahli keluarga, dan saya berharap mereka akan memahaminya walaupun kekecewaan itu pasti hadir di jiwa2 mereka. Dan saya juga akan menanggung peritnya. Sakit mereka, sakit saja juga.

    Ntahlah Naj Mi, dulu pernah cuba untuk membunuh diri kerana tak tertanggung sakitnya dalam diri. Biarkan rahsia ini sama2 bersemadi, tetapi Alhamdulillah Allah mengurniakan akal yang waras kepada diri ini. Walaupun kadangkala ingkar suruhan-Nya, lalai menghadap-Nya, lalu mengundang kemurkaan-Nya, tapi iman dan akidah sayalah yang membuatkan saya masih di sini. Saya tahu, ramai lagi suami2 di luar sana mengalami masalah ini seperti saya. Nasihat saya, kuatkan semangat. Mungkin masih boleh berjihad melawan nafsu, tetapi untuk menukarkan nafsu kepada yang berhak adalah tetap sukar. Kita sama2 berdoa dan terus berdoa. InsyaAllah masanya akan tiba untuk menikmati kemanisan berumah tangga seperti lelaki2 lain di luar sana. Saya masih menantikan saat itu. Doakan ya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. HubbyBee

      Komen HubbyBee saya jadikan entry kerana saya rasa ada kesan pengajaran yang boleh kita semua renungkan.

      Pengakuan yang ikhlas dari seorang suami yang gay. Saya doakan Allah beri kebahagian dalam hidup HubbyBee, semangat, kekuatan mengawal naluri dan berterusan cuba menyayangi isteri.

      InsyaAllah masanya akan tiba satu hari nanti saudara HubbyBee menikmati kemanisan berumah tangga seperti lelaki2 lain di luar sana. Saya akan doakan buat saudara....:)

      Delete
    2. Hubbybee, walaupun saya wanita, keluhan Hubbybee benar2 menyentuh hati wanita saya, kalau saya ditempat anda, Ya Allah beratnya rasa beban yang saya tanggung, ya Allah berikanlah kekuatan buat insan terpilih ini dalam melalui dugaanMU yang amat besar ini, Ya Allah bukakanlah pintu rezekiMU agar insan ini melalui kebahagiaan seperti insan yang lain, Ya Allah lindungilah aibnya dan rahsianya buat selama-lamanya, Ya Allah tolonglah makbulkan doa hambamu yang amat hina ini, peliharalah diri insan yang kau pilih ini...Ameen.
      Ps...Najmi, saya sangat sedih baca....

      Delete
    3. Thanks Naj Mi..

      Lega sikit kepala dapat tempat untuk meluah. Yela hal2 berkaitan dalam kelambu nih seboleh2nya tidak boleh dikongsi bersama orang luar secara terbuka. Tetapi ada Naj Mi boleh juga saya luahkan tanpa membuka aib mana2 pihak. Thanks again :)

      Delete
    4. Mak Wardah

      Terima kasih, semoga Hubby Bee semakin kuat bila membaca doa nasihat dari Mak Wardah itu....:)


      Delete
    5. HubbyBee

      Saya tak dapat bayangkan macam mana sekiranya saya berada ditempat saudara...semamagnya saya langsung tidak mampu atau kuat untuk cuba masuk kealam perkahwinan dan hidup bersama kaum bukan sejenis...walau dipaksa sekali pun saya tak mampu melakukannya.

      HubbyBee jika saudara berani menempuh alam perkahwian saya percaya saudara pasti berani dan kuat menempuh kehidupan suami isteri dimasa depan. Insyaallah hidup saudara akan diberkati Allah selamanya...:)

      Delete
  5. Masalah yang sama saya alami.. Bilamana nafsu tu datang, saya jadi kelam kabut bagai nak giler nak je rase duk tengah jalan raya sibuk. Saya nangis tiada sape yg tau, nak cakap nnt sume hancur, anak2kecil putera saya saja tempat saya pautkan kekuatan hingga kini untuk elak 'keluar'. Saya lasakkan diri saya dgn habiskan masa layan anak2, mungkin isteri saya takkan perasan. Saya sayang dia sgt tp saya makin invinsible dpn dia. Dgn kerja semuanya membuatkan saya rasa makin tertekan, saya minta dia main peranan tp malu mula. Saya x kisah dah. Tp harap ade formula yg boleh ubahkan saya serta merta kalau boleh. Entah lah, nak giler difikirkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      Ya masaalah saudara lebih kurang sama dengan HubbyBee, tapi berbeza cara. Saya harap saudara terus tabah menghadapi ujian hidup ini..dan saya doakan Allah permudahkan hidup saudara

      Delete
  6. Assalam...terlalu pahit sebenarnya..b4 dis saye mengalaminya..terfikir knp si suami jarang balik bertemu sy dn anak..naluri seorang isteri pd sy terlalu kuat..hati sy xmengatakan dy mempunyai perempuan lain..namun disebaliknya..oleh krn tidak mampu menanggung beban dn derita,sy failkan taklik...selepas sy failkn kes,1 rahsia tlh terbongkar..dy mempunyai hubungan dengan kaum sejenisnya..walaupun tlh sy duga,sy xrasa terkejut..namun hampa tetap ada..utk menerima dy kali kedua mgkin blh..tp perasaan syg yg dulu xmgkin ad lg..jadi sy putuskn utk teruskn keputusan sy..

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST