Thursday, 22 November 2012

PENGIDAP HIV DISYORKAN LAYAK TERIMA ZAKAT - SIAPA ASNAF RIQAB?

Kuala Lumpur 21 Nov - Persidangan Antarabangsa Islam dan HIV/AIDS 2012 yang berakhir hari ini membentangkan 13 resolusi termasuk mengesyorkan supaya pengidap HIV layak mendapat manafaat zakat dibawah asnaf riqab.

Timbalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata, pengidap HIV perlu dikategorikan dalam 8 asnaf yang disenaraikan layak sebagai penerima zakat bagi membantu mereka menyara kehidupan.

Jelasnya penghidap HIV boleh dikategori sebagai al-riqab yang bermaksud tawanan kerana mereka ditafsirkan golongan yang ditawan penyakit. 

"Sekiranya penghidap HIV dalam keadaan terlantar dan memerlukan penjagaan rapi daripada pelbagai pihak, kita syorkan mereka diberi bantuan zakat.

"Pekara ini kerana pesakit yang terlantar itu tidak dapat menyara hidupnya dan kita berharap agensi yang terlibat dalam pengurusan dan pembahagian zakat disetiap negeri dapat melaksanakannya secepat mungkin," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan majlis penutup Persidangan Antarabangsa Islam dan HIV/AIDS 2012 disini hari ini.

Yang turut hadir ialah Pengerusi Ihtimam Malaysia, Datuk Wan Muhammad Syeikh Abdul Aziz dan Timbalan Pengarah Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr Shaari Ngadiman.

Persidangan selama tiga hari itu dianjurkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan, Majlis AIDS Malaysia dan dihadiri kira-kira 300 peserta.

Sementara itu dalam usaha mencegah HIV/AIDS, Mashitah berkata, Malaysia berjaya menghasilkan manual pertama didunia iaitu berkenaan pandangan Islam terhadap HIV/AIDS dan fakta berhubung penyakit tersebut.

Menurut beliau, "Manual Islam dan HIV/AIDS" itu diterbitkan dalam bahasa melayu dan bahasa inggeris untuk kemudahan orang ramai mendapatkan informasi berkenaan HIV/AIDS dari sudut pandangan Islam.

"Orang ramai boleh mendapatkan manual itu secara percuma di Jakim," katanya.

Beliau berkata, Jakim kini juga dalam perancangan menterjemahkan manual tersebut kedalam bahasa Arab untuk dimanafaatkan negara-negara dirantau tersebut.

"Manual itu nanti boleh menjadi garis panduan dan rujukan kepada negara lain memandangkan Malaysia cukup sistematik dalam mencegah penularan HIV/AIDS sebelum fasa perkahwinan.

"Malaysia  juga merupakan satu-satunya negara yang mengwajibkan ujian saringan HIV kepada pasangan yang hendak berkahwin dan menghadiri kursus praperkahwinan (disini),' katanya.

Dalam masa sama, beliau turut berharap persidangan antarabangsa itu dapat dijadikan program tahunan bagi membincangkan pelbagai isu berkaitan Islam. 


Sumber : Utusan Online


Siapa asnaf riqab?

SAYA inginkan sedikit penjelasan mengenai asnaf ar-Riqab. Ini kerana, ada pihak yang mendakwa, hari ini riqab yakni para hamba sudah tidak ada, maka tidak perlulah lagi dikekalkan asnaf ini dalam pengagihan zakat. Dalam situasi lain, ada pihak mendakwa, ia masih perlu dikekalkan. Harap penjelasan ustaz?
Jawapan

Terima kasih kerana sudi menghulurkan pertanyaan. Moga-moga dengan jawapan ringkas yang disediakan ini, mampu menjernihkan pandangan kita terhadap keunggulan ketentuan Allah SWT dalam aspek pengagihan zakat ini, insya-Allah.
Di dalam al-Quran, Allah SWT meletakkan kedudukan asnaf ar-Riqab di dalam senarai penerima zakat pada posisi kelima. Iaitu, dimulai dengan asnaf fakir, miskin, amil, mualaf dan riqab.
Kedudukan ini secara tidak langsung menunjukkan, betapa golongan ar-Riqab mempunyai kedudukan yang penting untuk dibantu oleh institusi zakat.
Bahkan Dr. Yusuf al-Qarawadi telah membahaskan penggunaan kalimah awalan 'li' dan 'fi' daripada aspek Bahasa Arab, bagi empat asnaf yang pertama dan empat asnaf yang kedua, demi menjustifikasikan betapa membantu asnaf riqab adalah suatu tuntutan yang mendesak dan tidak boleh dipandang ringan (Hukum Zakat, hal. 584).
Baiklah, apakah maksud sebenar ar-Riqab? Riqab adalah jamak daripada perkataan raqabah yang membawa maksud budak (hamba) belian laki-laki dan bukan budak belian perempuan. Namun begitu, dalam konteks pengamalan, ia tidaklah hanya tertakluk kepada hamba lelaki sahaja, bahkan termasuk juga hamba wanita.
Daripada aspek transliterasi langsung pula, riqab atau raqabah bermakna 'leher'. Maka, fuqaha menyatakan, istilah ini adalah satu kiasan yang menunjukkan betapa perhambaan adalah satu bentuk belenggu yang mengikat seseorang itu daripada menikmati kebebasan (Hukum Zakat, hal. 587).
Maka, Allah SWT menurunkan keizinan agar para hamba ini dimerdekakan dengan bantuan zakat, sebagai simbol betapa Islam amat meraikan kebebasan manusia daripada diperhambakan (dibelenggu) sesama manusia.
Dalam pada itu, selain daripada surah at-Taubah ayat 60, Allah SWT turut menyinggung pembebasan hamba atau golongan ar-Riqab ini pada surah an-Nur, ayat 33.
Namun begitu, masa terus beredar dan kita dapat melihat umumnya perhambaan semakin hari semakin berkurangan. Akhirnya, ada sebahagian negara di dunia ini, khususnya di negara-negara maju dan membangun, perhambaan hampir sudah pupus sama sekali.
Maka, timbullah persoalan daripada sesetengah pihak, adakah masih ada keperluan untuk mengekalkan asnaf riqab di dalam pembahagian zakat?
Berdasarkan pengamatan, ada negara-negara di dunia yang telah mengalihkan peruntukan riqab ini kepada asnaf yang lain, misalnya di Arab Saudi. Bahkan, Simposium Kedua Perbadanan Rasmi Zakat Sedunia pada 1989, telah mengeluarkan fatwa bahawa agihan zakat bagi asnaf riqab boleh diagihkan kepada asnaf lain (Rujuk buku Fiqh Zakat Malaysia, hal. 227).
Namun begitu, menurut pandangan fuqaha lain, keperluan ke atas meluaskan definisi ar-Riqab sebaliknya dapat memberikan manfaat kepada seluruh umat. Maka, dalam hal ini, sebahagian fuqaha tidak sekadar menyempitkan definisi riqab sebagai 'hamba' semata-mata; tetapi lebih meluas meliputi pelbagai aspek lain perhambaan.
Misalnya, Dr. Yusuf al-Qaradawi di dalam kitabnya menyatakan, para tawanan muslimin yang ditahan oleh musuh-musuh Islam boleh dibebaskan dengan menggunakan peruntukan ar-Riqab.
Pandangan ini telah dikemukakan oleh Imam Ahmad. Begitu juga Sayyid Rashid Ridha telah mengemukakan pandangannya dalam kitab tafsirnya al-Manar, bahawa dana zakat juga boleh dikembangkan bagi membantu golongan yang mahu membebaskan negara mereka daripada belenggu penjajahan dan pandangan ini didokong oleh Syeikh Mahmud Syaltut (Hukum Zakat, hal. 592).


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20120713/ba_04/Siapa-asnaf-riqab#ixzz2Cw5WPrU1
© Utusan Melayu (M) Bhd

Siapa asnaf riqab? 

 

Soalan

SAYA inginkan sedikit penjelasan mengenai asnaf ar-Riqab. Ini kerana, ada pihak yang mendakwa, hari ini riqab yakni para hamba sudah tidak ada, maka tidak perlulah lagi dikekalkan asnaf ini dalam pengagihan zakat. Dalam situasi lain, ada pihak mendakwa, ia masih perlu dikekalkan. 

Harap penjelasan ustaz?
 
Jawapan
 
Terima kasih kerana sudi menghulurkan pertanyaan. Moga-moga dengan jawapan ringkas yang disediakan ini, mampu menjernihkan pandangan kita terhadap keunggulan ketentuan Allah SWT dalam aspek pengagihan zakat ini, insya-Allah.
 
Di dalam al-Quran, Allah SWT meletakkan kedudukan asnaf ar-Riqab di dalam senarai penerima zakat pada posisi kelima. Iaitu, dimulai dengan asnaf fakir, miskin, amil, mualaf dan riqab.
 
Kedudukan ini secara tidak langsung menunjukkan, betapa golongan ar-Riqab mempunyai kedudukan yang penting untuk dibantu oleh institusi zakat.
 
Bahkan Dr. Yusuf al-Qarawadi telah membahaskan penggunaan kalimah awalan 'li' dan 'fi' daripada aspek Bahasa Arab, bagi empat asnaf yang pertama dan empat asnaf yang kedua, demi menjustifikasikan betapa membantu asnaf riqab adalah suatu tuntutan yang mendesak dan tidak boleh dipandang ringan (Hukum Zakat, hal. 584).
 
Baiklah, apakah maksud sebenar ar-Riqab? 
Riqab adalah jamak daripada perkataan raqabah yang membawa maksud budak (hamba) belian laki-laki dan bukan budak belian perempuan. Namun begitu, dalam konteks pengamalan, ia tidaklah hanya tertakluk kepada hamba lelaki sahaja, bahkan termasuk juga hamba wanita.
 
Daripada aspek transliterasi langsung pula, riqab atau raqabah bermakna 'leher'. Maka, fuqaha menyatakan, istilah ini adalah satu kiasan yang menunjukkan betapa perhambaan adalah satu bentuk belenggu yang mengikat seseorang itu daripada menikmati kebebasan (Hukum Zakat, hal. 587).
 
Maka, Allah SWT menurunkan keizinan agar para hamba ini dimerdekakan dengan bantuan zakat, sebagai simbol betapa Islam amat meraikan kebebasan manusia daripada diperhambakan (dibelenggu) sesama manusia.
 
Dalam pada itu, selain daripada surah at-Taubah ayat 60, Allah SWT turut menyinggung pembebasan hamba atau golongan ar-Riqab ini pada surah an-Nur, ayat 33.
 
Namun begitu, masa terus beredar dan kita dapat melihat umumnya perhambaan semakin hari semakin berkurangan. Akhirnya, ada sebahagian negara di dunia ini, khususnya di negara-negara maju dan membangun, perhambaan hampir sudah pupus sama sekali.
 
Maka, timbullah persoalan daripada sesetengah pihak, adakah masih ada keperluan untuk mengekalkan asnaf riqab di dalam pembahagian zakat?
 
Berdasarkan pengamatan, ada negara-negara di dunia yang telah mengalihkan peruntukan riqab ini kepada asnaf yang lain, misalnya di Arab Saudi. Bahkan, Simposium Kedua Perbadanan Rasmi Zakat Sedunia pada 1989, telah mengeluarkan fatwa bahawa agihan zakat bagi asnaf riqab boleh diagihkan kepada asnaf lain (Rujuk buku Fiqh Zakat Malaysia, hal. 227).
 
Namun begitu, menurut pandangan fuqaha lain, keperluan ke atas meluaskan definisi ar-Riqab sebaliknya dapat memberikan manfaat kepada seluruh umat. Maka, dalam hal ini, sebahagian fuqaha tidak sekadar menyempitkan definisi riqab sebagai 'hamba' semata-mata; tetapi lebih meluas meliputi pelbagai aspek lain perhambaan.
 
Misalnya, Dr. Yusuf al-Qaradawi di dalam kitabnya menyatakan, para tawanan muslimin yang ditahan oleh musuh-musuh Islam boleh dibebaskan dengan menggunakan peruntukan ar-Riqab.
 
Pandangan ini telah dikemukakan oleh Imam Ahmad. Begitu juga Sayyid Rashid Ridha telah mengemukakan pandangannya dalam kitab tafsirnya al-Manar, bahawa dana zakat juga boleh dikembangkan bagi membantu golongan yang mahu membebaskan negara mereka daripada belenggu penjajahan dan pandangan ini didokong oleh Syeikh Mahmud Syaltut (Hukum Zakat, hal. 592).
 
Makluman: Artikel ini dipetik secara langsung dari akhbar Utusan Malaysia Online pada 13hb Julai 2012.

No comments:

Post a Comment

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST