Wednesday, 21 November 2012

PUAN B - SEORANG POSITIF HIV MENINGGAL DUNIA BUKAN KERANA AIDS

Awal bulan September yang lalu (2012), seorang rakan email saya Puan Jamilah memberitahu, ada seorang hamba Allah menegurnya di sebuah stesen minyak. 

Puan B keluar dari keretanya menegur dan terus bersalaman dengan Puan Jamilah. Puan B perkenalkan diri dan memberitahu ia mengenali Puan Jamilah melalui blog.

photo hiasan http://aizuddinsaad.wordpress.com

Naj Mi,

"Pagi tadi saya pump minyak kereta, wanita yang PLHIV yang terkena dari ******* dia tu tegur dan bersalam dengan saya. Terkejut saya dia datang kat kereta saya, hulur tangan, tanya ini Puan Jamilah, right?"

"Anak saya didalam kereta tercengang-cengang tengok. Najmi dia berbual dengan saya lebih kurang 10 minit sebab kami sama-sama isi minyak full tank. Wanita itu lecturer di ***** ******, suami pun sama, dia nampak berumur sedikit dan rasanya dia seperti kakak kepada suaminya, wajah suaminya memang handsome seperti mixed orang putih. (maaf Naj itu hanya pada pandangan mata saya)."

Najmi,

"Sebagai sahabat saya tumpang bangga dengan Najmi. Dia kirim salam kat Najmi, dia kata terima kasih banyak-banyak, dia tak boleh bayar Najmi tapi dia akan selalu doakan Najmi panjang umur dan dapat ke M******* backpack. Saya cakap pada dia, saya yakin Najmi pun akan doakan kebahagiaan dia suami isteri," beritahu Puan Jamilah melalui email kepada saya

Najmi, 

"Saya memang tidak berjanji untuk berjumpa dengannya tetapi kami tinggal berdekatan. Dia kenal saya melalui blog, tak janji nak berkawan pun tapi dia selalu jumpa saya sebab tempat kerjanya dekat dengan tempat kerja saya."
 
"Ketika lunch adalah terserempak tapi dulu memang saya tidak kenal dia dan finally terserempak kat Petronas ketika nak isi minyak kereta. Dia yang tegur saya dulu, tapi best jugakkan Naj saya dapat kawan baru," sambung Puan Jamilah lagi kepada saya melalui email.

Puan B dan suaminya berpendidikan tinggi dan bukan calang-calang pekerjaan yang mereka sandang dan tinggal disebuah rumah mewah dan tergolong diantara orang berada. Puan Jamilah memberitahu saya Puan B dan ********* adalah pembawa HIV. Cara mereka dijangkiti, saya rasa saya tahu tetapi saya tidak boleh bercerita di sini.


Puan Jamilah bertemu kali kedua dengan Puan B

Ya, saya rasa baru saja mendengar kisah rakan email saya Puan Jamilah ditegur Puan B dan seminggu dua yang lalu sekali lagi Puan Jamilah memberitahu saya yang dia terserempak lagi dengan Puan B dan suaminya. Kedua mereka kelihatan begitu sihat tidak nampak langsung yang Puan B sedang derita sakit dalaman yang kronik.

Beberapa hari lalu (awal November 2012) saya diberitahu Puan B telah pun kembali ke rahmahtullah. 

photo hiasan

Ya, Allah dalam keadaan luaran nampak begitu sihat, dia masih tetap dijemput Allah, jika bukan kerana penyakit AIDS pastinya disebabkan penyakit lain.

Puan Jamilah yang menziarahi jenazah untuk membaca Yassin di surau memberitahu saya bahawa jenazah Puan B kelihatan sungguh elok dan bersih. Jenazah dibalut dengan plastik sebagaimana prosedur yang dilakukan keatas semua jenazah PLHIV (walaupun mati bukan kerana AIDS tetapi mati akibat penyakit lain masih tetap dibungkus dengan plastik dan disiram dengan clorox - Disini).  

Jenazah sudah siap dimandikan di hospital. Bau "clorox" tidak begitu kuat. Jenazah terus ditempatkan disebuah surau berdekatan kawasan perumahan.

"Alhamdulillah 1st time saya dapat melihat jenazah seorang PLHIV yang nampak begitu tenang seperti sedang tidur lena, arwah meninggalkan beberapa orang anak yang baik-baik", beritahu Puan Jamilah kepada saya. 

Saya sememangnya tidak mengenali Puan B, rasa sebak kerana Puan B mengenali saya melalui blog saya yang dibacanya. Sama seperti sebak saya apabila Adik MS - entry disini, disini dan disini) mengenali saya walaupun saya tidak mengenali arwah yang juga telah kembali kerahmatullah pada awal Syawal yang lalu.

Al Fatihah buat arwah Puan B dan Adik MS semoga arwah bersama dengan orang-orang beriman disana. Amin.

10 comments:

  1. Replies
    1. Irfa

      Al Fatihah buat arwah...sedih rasanya...

      Delete
  2. Salam Naj Mi,

    Ada berita baik, Sangamo Biosciences (SGMO) Incorporation di Amerika Syarikat telah menemui 'functional cure' kepada HIV dgn menggunakan gene therapy. 'Functional cure' tu nampaknya berjaya bagi 'clinical trial' yang diaorang jalankan ke atas pesakit HIV. Diaorang perlu jalankan tiga 'clinical trial' sebelum ia boleh diimplementasikan secara meluas. Kaedah ini membolehkan pesakit tidak lagi bergantung kepada ubat-ubatan. Walaupun virus HIV tidak dapat dibuang terus daripada badan seseorang tetapi ia berada dalam jumlah yang tidak dapat dikesan apabila ujian mengenal pasti antibodi HIV dilakukan. Sama2lah kita berdoa supaya usaha ini berjaya. Percayalah, Allah tidak pernah memungkiri janji iaitu apabila Allah sebut dalam al-quran setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati. Tugas manusia adalah terus mencari penawar kepada penyakit tersebut dan nampaknya usaha untuk mencari penawar kepada HIV semakin membuahkan hasilnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      Wahhh berita baik ni...Pesakit tidak lagi bergantung kepada ubata-ubatan....:) Terima kasih kerana sudi share maklumat seperti ini. Mudah-mudahan usaha tersebut berjaya......Terima Kasih.....:)

      Delete
  3. Salam NajMi,
    Tak sempat lg sy nk terokai blog najmi..heheheh..bz dgn assignment & kje..
    Mana y nmpk important sy baca dulu.. :)
    Sebak sy baca kisah budak 16 tahun tu..
    Sebab nya sy paham perasaan budak tu..
    Sy pernah rasa terpinggir dr keluarga..
    Cuma sy tak berani nk buat sesuatu y lebih sbb sy dok asrama..
    Kesian budak tu..semoga dia tenang di sana..alfatihah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ~TamanRaudhah~

      Ya ~TamanRaudhah~, saya pun hingga skrg masih sebak setiap kali bila buka dan baca entry tentang Adik MS tu...Yang boleh kita buat sekarang hanya sedekahkan Al Fatihan buat Adik MS dan arwah Puan B.....:(

      Delete
  4. Replies
    1. Kesuma Angsana

      Sama-sama... Al Fatihah buat arwah.

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST