Thursday, 1 November 2012

PEMBAWA HIV DIPENJARA KERANA MERAHSIAKAN STATUS DIRI

HIV-positive man gets jail for not telling partner
Kuala Lumpur October 19, 2012

An HIV-positive man was sentenced to 15 months’ jail on Friday for having sex with a partner without telling him that he was infected.

The defendant, a young bespectacled man, had pleaded guilty last month to engaging in sexual activity at the same time with the victim, who is a homosexual, and an unknown man without alerting the victim of the risk of contracting the infection and getting him to agree to accept that risk.

The Straits Times reported that the offence took place at his residence on April 8 this year. The court heard that the defendant, a student, was notified that he has HIV infection in mid-February this year.


Ini satu pengajaran buat PLHIV diluar sana, terutama yang sudah tahu diri sendiri adalah seorang yang positive HIV tetapi masih liar melakukan aktiviti berisiko dengan orang yang tidak dikenali tanpa perlindungan bagi menjamin keselamatan pasangan mereka.

Tiba-tiba saya teringatkan kisah beberapa bulan sebelum saya disahkan HIV positif dulu pada tahun 2005.  

Ditempat kerja saya dulu telah melaksanakan program menderma darah, saya yang tahu diri berisiko dan sememang pasti mengelakkan diri dari menderma pada ketika itu. Tetapi kalau hendak tahu saya adalah antara yang aktif menderma darah suatu ketika sebelum itu sehingga berderet-deret tarikh tercatatnya hari saya menderma darah sebelum kegiatan saya semakin menjadi-jadi.

Selepas program menderma darah itu berlangsung tidak beberapa lama kemudian heboh satu tempat kerja mengatakan salah seorang staff ada virus HIV.

Ya, mulanya saya tidak pasti dan agak terkejut, cuba mengagak siapakah staff yang membawa virus HIV tersebut, tetapi apabila saya ditunjukkan siapa individu tersebut, hilang terus rasa terkejut saya kerana saya tahu dia juga adalah seorang songsang (bisexual), kerana saya sendiri pernah nampak kelibat dia hanya bertuala mundar mandir didalam sebuah sauna di China Town di bandar itu.

Seorang lelaki muda berbangsa cina rakyaat Malaysia (Singapore PR). Saya mulanya agak terperanjat kerana dari luaran dia seorang yang strg8 act, berpenampilan menarik, mempunyai badan yang tegap (sasa) kerana dia sememangnya seorang yang kerap mengunjungi gym. Lebih menarik dia sudah pun berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki yang berusia dalam lingkungan 4 atau 5 tahun. 


Dia "kantoi" apabila telah menderma darah dan telah mengisi borang menderma dengan melulis dengan butiran yang salah (menipu tentang aktiviti sex yang telah dilakukan). Dia mengesahkan yang dirinya tidak pernah terlibat melanggan pelacur dan dia mengesahkan juga bahawa dirinya juga bukan seorang gay atau bisexual ketika mengisi borang menderma darah yang diberi.

Setelah darah diambil, sudah pasti darah penderma akan diuji oleh pihak berkenaan terlebih dahulu dan darahnya telah disahkan positif HIV. Bila difikir kembali alhamdulillah kerana saya tidak terpengaruh mahu menderma ketika itu, kalau tidak habis.....

Ketika Annual Dinner diRaffles City Hotel di Town Hall, dia ada menerima satu penghargaan (lupa penghargaan kerana apa) dia telah dijemput naik ke pentas dan dipeluk rakan sekerja yang lain, ketika itu saya semakin bersimpati dengan nasib yang dialaminya. Saya bayangkan bagaimana penerimaan isteri, anak dan ahli keluarganya yang lain jika diberitahu tentang status HIV nya itu. Yang pasti dia tidak boleh merahsiakannya lagi kerana kesnya akan dibawa ke mahkamah dan dia sudah hampir pasti bersalah kerana menipu.

Saya cuba membayangkan bagaimana sekiranya saya juga mempunyai virus HIV dalam darah saya ketika itu. Sudah pasti saya sendiri berasa agak bimbang bila memikirkan kemungkinan apa yang berlaku keatasnya boleh juga berlaku kepada saya.

Dalam masa sama ketika saya ada berbual dengan staff lain tentang HIV, ramai yang masih memandang jijik terhadap pembawa HIV, salah seorang rakan wanita berbangsa serani memberitahu saya, ada saudaranya yang juga HIV positif telah meminjam pemotong kuku darinya dan dia beritahu setelah digunakan, pemotong kuku itu dibuangnya terus ke dalam tong sampah kerana bimbang dijangkiti HIV dan ada seorang rakan saya yang lain pula dengan sinis berkata bila sudah dapat HIV, tiga empat tahun akan datang pasti dia akan mati. Saya ketika itu masih belum faham dan tahu tentang hal berkaitan HIV/AIDS, sedikit sebanyak saya juga terpengaruh dengan apa yang meraka katakan itu.

Tidak sampai sebulan kisah lelaki cina ini heboh diperkatakan oleh semua staff, saya pada ketika itu pula sudah sampai masa untuk melanjutkan permit kerja disana, hendak tak hendak terpaksa juga saya melakukan ujian HIV diklinik luar (bukan company clinic) terlebih dulu, dan berita yang menakutkan terjadi (mungkin juga saya sudah menjangkakannya). Ya saya juga telah disahkan membawa virus HIV, (entry disini) bezanya saya berhenti kerja secara  senyap (diam-diam) dan status diri saya tidak siapa pun dikalangan pekerja yang tahu.  

Malang sungguh nasib staff cina tersebut, sudahlah kisahnya heboh diperkatakan, malu dapat dan dengar cerita dia juga terpaksa berhenti kerja. Walau bagaimana pun hampir semua staff percaya bahawa dia mendapat virus HIV melalui langganannya terhadap  pelacur wanita. Hanya saya sahaja yang pasti dia mendapat HIV melalui sex songsang.


Lebih malang, dia akhirnya disahkan terpaksa merengkuk dalam penjara selama hampir setahun akibat salah laku (menipu) ketika mengisi borang menderma darah.


Saya tidak pasti dengan undang-undang di Malaysia, adakah sekiranya kita menipu ketika mengisi borang menderma darah hukumannya sama seperti negara tersebut? Setahu saya sekiranya darah penderma itu diuji dan didapati ada virus HIV, maka dia hanya akan dihubungi dan diberitahu tentang pekara tersebut, lebih beruntung apabila penderma darah itu akan diarah merujuk kepada pihak hospital (pakar) dan lebih....lebih....lebih beruntungnya lagi, dia pasti akan mendapat rawatan pakar serta ubatan (HAART) percuma jika dia seorang warganegara Malaysia. 

Wallahuallam.

Berbalik kepada kisah diatas "HIV-positive man gets jail for not telling partner" saya berharap agar anda semua lebih bertanggung jawab, jika ada sudah tahu tentang status diri anda maka amalkan sex selamat jangan sesekali mengainaya orang lain. Dan jangan sampai kita juga mengalami nasib sepertinya
I want you to get an HIV test  Know your HIV status


Jika anda tahu anda adalah seorang yang berisiko, yang melakukan seks tanpa perlindungan dengan berbilang pasangan, anda seharusnya perlu menjalani ujian darah bagi memastikan diri anda selamat, elakkan diri dari menyebarkan virus HIV yang ada miliki tanpa anda sedari..

Lagi kisah pembawa hiv dipenjara disini

 


 

14 comments:

  1. Rabu depan sya derma darah utk kali ke 11..

    ReplyDelete
  2. Sy nak sgt derma darah tp hasrat terpaksa dilupakan selama2nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. AzamAli

      Setahu saya menderma darah boleh membuatkan diri kita sihat kuat orang kata kembali membersih darah mengantikan dengan darah yang baru kan dalam badan... tapi kita PLHIV peluang melakukan amal kebaikan seperti ini sudah tertutup rapat dan tidak boleh dibuka lagi kan....huhuhu :(

      Tak mengapa kita masih boleh melakukan amal kebaikan dengan cara lain bagi membantu insan2 yang memerlukan diluar sana...kan :)

      Delete
  3. Apabila Najmi menulis sesuatu artikel, mata sy pasti kurang berkelip2 sebb nak tahu sgt kesudahannya tp sy hati2 xnak terlepas point penting. Najmi - individu yg mulia menyampaikan maklumat beserta kajian dgn kaedah yg sukar sy nk jelaskan dgn perkataan.

    Blog Najmi ni slalu sy jadikan rujukan pada pihak lain yg berkenaan. Pernah dgr blog kena hacked, harap2 Najmi ada simpanan archive blog berilmu ini. Doakan Najmi akan terbitkan buku satu hari nanti sbb da ramai followers dan ada blog hebat kan hehe. Boleh dpt royalti :)... Thanks Bro

    ReplyDelete
    Replies
    1. walnut,

      Terima kasih, kalau walnut nak tahu jika sesuatu artikel yang saya taip mengikut pengalaman sendiri (kisah berkait rapat dengan diri saya) setelah siap saya sebenarnya ada sedikit "fobia" untuk mem "publish" kannya, bimbang entry tersebut akan buat oarng lain tidak suka, benci dengan apa yang saya ceritakan, meluat dengan apa yang saya kisahkan.......getik dengan segala pandangan saya.

      Tetapi saya paksakan juga untuk "publish" kan kerana kebanyakan entry saya dalam blog ini saya tujukan kepada golongan sasar utama saya, tujuan memberi pengajaran dan ikhtibar.

      Alhamdulillah dengan sokongana walnut tu......:)

      Blog kena hacked? entah tak pernah dengar pula, kalau facebook kena hacked pernah lah juga saya dengar. Kebanyakan entry dlm blog ni tak ada saya simpan.... kalau kena hacked maknanya dah berakhirlah usia blog ni kan...

      Kalau walnut nak tau pernah beberapa kali artikel kisah pengalaman hidup saya disiarkan dalam akhbar dan majalah, pernah seorang wartawan puji(hahaha....kembang kejap saya ketika itu)kisah pengalaman yang saya sediakan hampir menyamai seperti sebuah buku, sehingga kisah saya terpaksa disiarkan dalam dua muka penuh akhbar disiarkan selama 3 minggu, pada hari Ahad dimuka tengah.

      Pernah juga rasa ingin bukukan pengalaman saya, kerana ketika saya membaca buku pengalaman orang lain yang terjual di book store, saya rasa idea pengalaman saya lebih menarik lagi hehehehe (jangan marah)

      Apabila baca komen walnut diatas, saya kembali teringatkan kata-kata wartawan tersebut hehehehe....:)

      Delete
  4. hehe, ingat sy first yg puji, tp kan memang Najmi ni pandai menulis. tau pause, tau stop, tau by perenggan, by chapter...kalu tak, tak sempat bernafas sy nak membacayer pjg2..bygkan kalau akhbar tabloid, cite dan tajuk pon buat org darah tinggi..ye la ilmu penulisan Najmi..ada karaktor, ada suasana, ada study maklumat..byk da dipermudahkan ilmu dalam blog ni.

    Mcm blog kena hacked tu ada nmpk dlu..kalau masukkan apa2 modul mcm jam dan template free pon kena hati-hati.Hopefully Najmi kalau guna wifi free, pastikan komputer tip top ye ade protection.. Syg lah ilmu Najmi ni sgt penting kalau ilang.

    Pertama kali jumpa blog Najmi ni, takde pon perasaan sy mcm perenggan pertama Najmi katakan tu...Apa2 pon good luck dgn peranan yg Najmi mainkan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. walnut

      Insyaallah tentang hacked tu saya cuba hati-hati lah... masih ada beberapa artikel yang saya masih simpan tapi rasa macam tak penting pun hehehe ingat nak delete aje...

      Apa pun terima kasih dengan segala peringatan saudara tu......thanks :)

      Delete
  5. Tak pernah derma darah dan setakat ni tak terpikir nak derma lagi...
    Takut ngn jarum n takut ngn darah n takut ngan doktor n takut ngan nurse dan yg seumpama dengannya...
    Byk cara lagi bleh wat kebajikanselain dari derma darah...sape2 yg berani silakan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous,

      Hahaha......terpulang pada diri masing-masing....:)

      Delete
  6. Artikel yg menarik. Mmg ada segelintir pembawa hiv ni saje nk sebarkn kat org lain, mgkin saje nk heret org len menderita sama jugak.. Huish..

    Sejak ptama kali jmpe blog En. Najmi ni, saya da mula jadi pembaca setia..huhu..
    T.kasih sbb byk bagi maklumat tentang dunia gay.

    Petang td saya baru wat hiv test, dan alhamdulillah -ve. Takut gak selama ni x penah gi check sebab sy mmg dalam golongan berisiko tinggi. Maybe kene gi check lagi next few months to confirm the result.

    ReplyDelete
  7. Anonymous

    Terima kasih...dan alhamdulillah result awak -ve..... seperti kata awak awak berada dlm golongan berisiko... semoga dimasa depan lebih berhati2 dlm apa jua tindakan yang diambil...ingat pada kesan buruk yang berkemunginan kita dapat.... :)

    ReplyDelete
  8. Ya..saya juga setuju dengan Walnut tu..suatu hari nanti jika Najmi telah bersedia untuk membukukan segala tulisan Najmi ni..pastinya ia juga senang dibaca dan boleh dijadikan
    sebagai panduan dan rujukan kepada pihak2 tertentu...contohnya seperti golongan pelajar sekolah...dimana buku-buku seperti ini boleh disimpan dan dibaca berkali-kali di pusat sumber sekolah.....

    Moga ia sebagai satu pendekatan tarbiah ilmu yang lebih mesra kepada pelajar sekolah kan..
    mmmm...Najmi perlu fikirkan ye...:)

    N3 ni simple je..tapi mesejnya sungguh besar impaknya kepada masyarakat...
    Terus menulis lagi ye Najmi...sesuatu yang lahir keluar dari 'hati dan jiwa ' Najmi...


    syukran jazillan

    ReplyDelete
  9. syukran jazillan

    Insyaallah... mana tahu kan... doa kan saya nanti... supaya saya ada kemahuan kearah itu hehehe...:)

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST