Tuesday, 20 November 2012

MENGHAKIS STIGMA RAWAT PESAKIT AIDS

Golongan agama perlu bantu perangi dadah, seks bebas

“JIKA saya lemah semangat dan terlalu sedih mendengar cacian orang, sudah lama saya mati. Tetapi rasa sedih itu hadir seketika saja kerana saya tahu, saya harus reda dengan ketentuan Ilahi,” kata Jamaliah Sulaiman, ketika ditemui pada sambutan Hari Memperingati AIDS Sedunia (2011 yang lalu), baru-baru ini.

PENULIS bersama mangsa jangkitan Aids, Jamaliah. – Foto Syarafiq Abd Samad

Jamaliah pernah mengecapi kebahagiaan seperti insan lain, namun segala-galanya musnah apabila dia disahkan HIV positif selepas kematian suaminya yang juga menjadi punca dia menghidap penyakit itu.

Bagaimanapun, peristiwa hitam itu tidak sedikit pun mematahkan keazamannya meneruskan hidup bahkan pengalaman itu dijadikan pengajaran untuknya memulakan kehidupan baru selepas bergelar pesakit HIV.

“Akibat terlalu akur dan taat kepada suami, saya tidak peka dengan perubahan berlaku terhadap suami hinggalah mengetahui perkara sebenar. Namun, saya tidak pernah menyalahkan suami, malahan apa yang berlaku benar-benar membuka mata saya sebagai wanita.

“Selepas semua yang berlaku, saya sedar bahawa setiap anggota masyarakat harus peka dalam usaha mengembalikan penghidap HIV/AIDS ke jalan yang benar. Kini, saya berkhidmat di Yayasan PT iaitu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memperoleh dana Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Kementerian Kesihatan yang berfungsi membantu golongan penagih dadah, pelacur, mak nyah, pengemis serta anak-anak terbiar dan penghidap HIV positif yang tertumpu di kawasan Chow Kit,” katanya.

Jamaliah berkata, sepanjang tempoh perkhidmatannya di Yayasan PT, dia mendapati wanita sering menjadi mangsa lelaki, manakala sebahagian penghidap HIV/AIDS berasal dari kelompok yang tiada kesedaran agama.

“Justeru, saya mencadangkan agar pendekatan agama digunakan dalam usaha mengembalikan penghidap HIV/AIDS ke pangkuan masyarakat,” katanya.

Perkara sama turut disuarakan hadirin acara Hari Memperingati AIDS Sedunia anjuran Yayasan PT yang rata-rata menganggap pendekatan agama sebagai kaedah terbaik mengatasi masalah itu.

Pengerusi Yayasan PT, Hisham Hussien, berkata pendekatan kembali kepada pegangan agama cara terbaik dalam mengatasi masalah itu kerana ia bukan sekadar masalah kesihatan semata-mata.

“Walaupun kes baru yang positif HIV berkurangan berbanding lima tahun lalu, peningkatan kes baru membabitkan hubungan seksual antara lelaki dan wanita, selain lelaki dan lelaki semakin membimbangkan kerana membabitkan golongan isteri dan kanak-kanak,” katanya.
Bagi mencapai usaha itu, kempen Hari Memperingati AIDS Sedunia mula menerapkan elemen keagamaan.

Kempen yang diadakan di Pusat Bantuan Khidmat Sosial Yayasan PT, Jalan Tuanku Abdul Rahman, itu turut mendapat sokongan 10 peserta program realiti Imam Muda, musim kedua.

Mereka tampil dalam slot keagamaan mempersembahkan nasyid dan membaca surah Yasin selepas solat berjemaah bersama komuniti Islam yang hadir pada malam itu.


Sumber : Bharian.com.my 2011


4 comments:

  1. semua yg berlaku pasti ada hikmahnya.. sabar, redha ,tabah,berdoa pdNYa.. semoga Allah tabahkan hati saya juga

    ReplyDelete
  2. Anonymous

    ....:) tulis sekali nama saudara diakhir komen tu nanti ya..:)

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST