Wednesday, 7 November 2012

LGBT - JAHIL DALAM BERAGAMA

SUKAR untuk menerima golongan yang sanggup membelakangkan agama serta menolak norma kehidupan waras apabila sanggup menuntut hak mengamalkan cara hidup songsang.

Gerakan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) kini hebat diperkatakan malah semakin berani mempromosikan aktiviti mereka secara terbuka. Jika sampai ke tahap itulah perjuangan mereka ia memang melampau!
BUDAYA PELIK...golongan LGBT memberi padah besar kerana boleh merosakkan jati diri, mental, emosi, akal serta budi pengamalnya.

Golongan itu lantang menuntut hak supaya diberi pengiktirafan sehingga mahu ‘disatukan’ bersama pasangan sejenisnya. Pemikiran liberal itu pastinya bakal meruntuhkan institusi kekeluargaan selain penularan penyakit berbahaya dalam masyarakat.

Seluruh masyarakat tidak perlu berkompromi dengan ‘tuntutan gila’ golongan itu kerana ia tiada kena mengena dengan hak kebebasan seperti mana yang mereka laungkan. Katakan kepada mereka, perjuangan itu ditolak kerana ia melanggar peradaban manusia selain seluruh umat Islam bimbang ia mengundang bala daripada Allah SWT.

Bukan saja Islam malah semua agama menolak amalan itu. Islam sendiri menceritakan beberapa kisah pengajaran kaum dan golongan yang ditimpa bala atas perbuatan terkutuk mereka.

Hinggakan seluruh masyarakat dan kawasan yang mereka diami lenyap dari muka bumi ini. Bala Allah tidak mengira sesiapa pun sama ada mereka lakukan atau tidak.

Di negara ini khususnya, isu itu begitu sensitif kerana majoriti masyarakat beragama Islam. Walaupun dilakukan secara sulit usaha membanteras dan menentangnya perlu dilakukan dengan serius. Apatah lagi jika ada pihak yang mahu mengembangkan aktiviti itu secara terang-terangan. Budaya pelik itu memberi padah besar kepada semua kerana boleh merosakkan jati diri, mental, emosi, sistem nilai, akal serta budi pengamalnya.

TENTANG HABIS-HABISAN....perjuangan songsang golongan LGBT perlu ditentang dan dibanteras secara serius supaya usaha mengembangkannya berjaya dilumpuhkan.

Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Islam, Jabatan Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Fadlan Mohd Othman berkata, isu LGBT adalah amat serius dari sudut kacamata Islam.

“Isu itu turut dipandang serius oleh ajaran agama lain. Islam amat menitikberatkan perihal pergaulan dan interaksi sesama manusia. Mengapakah terdapat umat Islam yang terjebak dalam kancah maksiat ini? Ia disebabkan kejahilan mereka terhadap agama,” katanya.

Kebanyakan umat Islam yang lahir dalam keluarga Islam, tidak memberi penekanan yang seharusnya dalam meneliti dan mendalami agama mereka.

“Sering kali al-Quran dibaca hingga khatam, namun yang khatam ialah bacaan teks Arabnya. Rata-rata masyarakat Islam di Malaysia tidak memahami apa yang mereka khatamkan itu. Justeru, transformasi besar perlu diusahakan iaitu berusaha untuk celik al-Quran; bukan sekadar dapat membaca teks Arabnya tetapi memahami intipati al-Quran secara menyeluruh,” katanya.

Beliau berkata, jika membaca al-Quran umat Islam akan mendapati kisah dahsyat yang menunjukkan penyelewengan seks iaitu kisah yang melanda kaum Nabi Luth.

“Firman Allah dalam surah al-Ankabut ayat 28 dan 29: Maksudnya: Dan (ingatkanlah peristiwa) Nabi Luth tatkata ia berkata kepada kaumnya: “Sesungguhnya kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorangpun dari penduduk alam ini sebelum kamu.” 

“Patutkah kamu mendatangi orang lelaki (untuk memuaskan nafsu syahwat kamu)? dan kamu memotong jalan lalu-lalang (untuk tujuan jahat kamu)? Dan kamu pula melakukan perbuatan yang mungkar di tempat-tempat perhimpunan kamu?” 

Maka kaumnya tidak menjawab selain daripada berkata (secara mengejek-ejek): “Datangkanlah kepada kami azab dari Allah (yang Engkau janjikan itu) jika betul engkau dari orang-orang yang benar”.
 

Perbuatan ini mendapat celaan dan cercaan daripada Allah. Di dalam Surah al-A’raf ayat 81, Allah menyifatkan mereka sebagai melampaui batas.

Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas”.

“Manakala di dalam Surah al-Naml ayat 55 pula, Allah menyifatkan mereka sebagai kaum yang jahil. Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki, bukan perempuan kerana memuaskan nafsu syahwat kamu. (perbuatan kamu itu amatlah keji) bahkan kamu kaum yang jahil (yang tidak mengetahui akan akibatnya)”.

“Jika kita meneliti dua ayat ini, dapat disimpulkan perbuatan lelaki mendatangi lelaki adalah perbuatan keji yang melampaui batas. Perkahwinan sejenis juga adalah perbuatan yang tidak bertamadun dan berlandaskan kejahilan."


"Mereka jahil perkara halal dan haram dalam perkahwinan, akibat daripada perkahwinan sejenis itu dan azab yang ditimpa Allah. Mereka juga jahil kerana persetubuhan itu hanya dibenarkan antara lelaki dan wanita dengan ikatan perkahwinan yang sah, bukan lelaki dengan lelaki."

MELAMPAUI BATAS...setiap umat Islam bertanggungjawab mempergiatkan lagi penentangan terhadap tuntutan golongan LGBT.

Katanya, perbuatan golongan LGBT bakal mengundang bala daripada Allah sama ada berbentuk fizikal seperti yang berlaku kepada kaum Nabi Luth yang diterbalikkan negeri itu atau berbenduk spiritual.

“Rasulullah menyelar golongan songsang, iaitu lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki.

“Abdullah bin al-Abbas berkata, maksudnya: Rasulullah melaknat orang lelaki yang berlagak seperti perempuan dan orang perempuan yang berlagak seperti lelaki. (Hadis Sahih riwayat Al-Bukhari, no. 5885).

“Gerakan LGBT ini bertunjangkan nafsu dan pemikiran sempit. Mereka hanya mengikut cita rasa, keinginan dan logik tanpa memikirkan dari aspek agama. Jika Allah melarang sesuatu perkara pasti ada hikmah dan keburukannya, bukan sesuka hati untuk berbuat demikian."

“Begitu juga larangan Allah memakan daging babi, bukan sesuka hati tetapi mempunyai pengertian yang amat luas. Rujuklah dengan pakar agama sebelum lantang untuk menyokong gerakan LGBT kerana kemurkaan Allah amat dashyat,” katanya.


Sumber :  my Metro - Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/13 



7 comments:

  1. Naj mi ada juga ka bendera ka topi ka payung ka kaler sebegitu dalam simpanan sebagai kenang kenangan?

    ReplyDelete
  2. Anonymous

    ......:) tak ada tapi entah mata suka tengok warna terang2 cam tu...hehehe...kalau dah songsang tu.... songsang jugak ya...

    ReplyDelete
  3. Najmi, betul ke LGBT tu suka warna terang2 macam tu? sorry najmi solan bodoh ni sebab betul2 nak tahu?

    ReplyDelete
  4. Mak Wardah

    Wallahuallam... rasanya kebanyakan kita suka warna terang2 kan... tak kira lah apa jantina, tetapi rasanya lelaki strg8 ramai yang tak beberapa suka warna terang tapi ada yang menerima warna terang tengok keadaan lah

    bukan apa... warna terang boleh menarik perhatian org lain...songsang suka tarik perhatian org lain... terutama bila berpakaian ni.... wallahuallam....:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pun suka warna terang tp still menyukai warna2 yg formal n biasa yg lelaki pakai. warna kan trend abg najmi..itu kan fashion :).kekadang warna itu kembalikan mood kita,,memebri sesuatu yg lain dr hari2 biasa...
      nak kata gay suka warna terang2..mybe ya kot Mak Wardah cz sy pun tersongsang idupnya..tp setiap org tak sama.....

      Delete
  5. Najmi..baru-baru ni kan telah keluar satu berita mengenai kumpulan yang mendakwa sbg komuniti 'Murtads in Malaysia and Singapore' dikesan dari sebuah akaun facebook pada 28 Oktober lalu dimana memuatkan naik pelbagai kenyataan antaranya..

    menghina umat Islam dan Rasulullah SAW
    menyokong budaya LGBT
    mempersoalkan kewujudan Al Quran dan alam semesta ciptaan ALLAH
    menyifatkan agama Islam sebagai satu ideologi

    Akaun berkenaan menerima 125 likes yang menjadi medan meraih sokongan masyarakat dengan penyertaan terbuka kepada mereka yang ingin menjadi murtad di negara ini...

    sangat membimbangkan jika akauan tersebut boleh menjadi medan mengajak sesiapa saja untuk menjadi murtad dan lebih membimbangkan lagi jika segelintir pelajat2 sekolah turut sama menyertainya dan idea ini boleh menyerap masuk dengan pantas jika tidak dapat dikawal segera....mmm inilah fitnah akhir zaman kan Najmi...

    Ya Allah lindungilah kami semua dari mendapat murkaMU...

    syukran jazillan

    ReplyDelete
  6. syukran jazillan

    Ya ker...Ya Allah lindungi kami semua dari terpengaruh...

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST