Tuesday, 6 November 2012

LAGI TENTANG PEKARA ASAS HIV/AIDS YANG ANDA PERLU TAHU


Disatu sudut berhadapan kantin di Hospital Besar disini terpampang banyak poster ringkas mengenai AIDS yang saya rasa bagus untuk dikongsikan didalam blog ini.


Keratan Gambarajah Virus AIDS



Apa itu AIDS?
AIDS ialah Acquired Immune Deficiency Syndrome atau Sindrom Kurang Daya Ketahanan Penyakit

Ia merupakan peringkat akhir (jangkitan) virus HIV yang menyerang dan melemahkan badan yang akhirnya memusnahkan system ketahanan badan.

“Human Immunodeficiency Virus atau HIV”



Apabila system daya tahan badan telah musnah sama sekali, penyakit-penyakit berikut boleh berlaku:
Pneumocystis Carinii Pneumonia (Sejenis jangkitan paru-paru)



Mengapa Ia Merbahaya
Kemusnahan system ketahanan badan seseorang itu akan mendedahkan kepada:
Berbagai jenis kuman, termasuk kuman-kuman yang biasanya tidak menyebabkan penyakit dikalangan orang-orang normal. Berbagai jenis penyakit barah yang jarang-jarang berlaku seperti Kaposis Sarcoma.



Peringkat Jangkitan
Jangkitan Akut (Acute Infection).  
Tanda-tanda dan gejala adalah seperti berikut:

-Selesema

-Demam

-Ruam

-Letih

Semua tanda/gejala ini akan pulih dalam tempoh seminggu

Pembawa HIV Yang Sihat (Asymtomatic Healthy Carrier)
Peringkat ini boleh berterusan dari 6 bulan hingga 20 tahun dimana orang yang dijangkiti tidak akan menunjukkan tanda/gejala yang ketara kerana system ketahanan masih lagi berfungsi.



Apabila Virus AIDS Memasuki Badan Seseorang….
Ia akan menembusi sel darah putih khususnya sel T4. Virus AIDS akan terus membiak dan memusnahkan sel tersebut. Ini mengakibatkan lumpuhnya system ketahanan badan seseorang untuk melawan penyakit.



Peringkat Jangkitan
Peringkat AIDS (Apabila Sistem Ketahanan Telah Menjadi Lumpuh) - Peringkat yang terakhir dan beberapa tanda dan gejala boleh berlaku.

Maut/Kematian - Biasanya pesakit AIDS akan hidup tidak melebihi 2 tahun apabila mereka telah sampai keperingkat AIDS.



Tanda-tanda AIDS

-Bengkak kelejar dileher pesakit

-Penyakit herpes zoster dikawasan pinggang (penyakit kayap)

-Penyakit kandidiasis dibahagian mulut dan tekak



AIDS Merebak Melalui….
-Ibu yang dijangkiti virus HIV boleh menjangkiti anak semasa dalam kandungan atau waktu proses kelahiran

-Perhubungan seks dengan seseorang yang telah dijangkiti

-Suntikan dengan darah yang telah dijangkiti didalam atau pada jarum, picagari atau peralatan yang lain.



Tanda-tanda Gejala AIDS
-Cirit birit berterusan

-Hilang berat badan

-Batuk berterusan

-Demam berterusan



Anda mungkin terdedah kepada “ancaman AIDS”
Sekiranya anda atau pasangan anda melibatkan diri dalam aktiviti berisiko seperti:

-Melakukan hubungan seks dengan beberapa pasangan yang berlainan (tidak diketahui status HIVnya)

-Melakukan hubungan seks dengan mereka yang mempunyai pasangan seks yang ramai seperti pelacur.

-Berkongsi jarum suntikan untuk mengambil dadah.



Apa Itu Ujian Antibodi HIV
Ujian darah untuk mengesan anti bodi HIV. Antibodi HIV adalah sejenis protein yang dihasilkan didalam badan hasil tindakbalas dengan virus HIV.



Mengapakah Ia Penting?
Ia petunjuk awal jangkitan virus HIV



Ujian Saringan Boleh Dijalankan Di…..
Di hospital/klinik kerajaan atau swasta selepas di berikan “Pre-Test” kaunseling oleh doktor anda. Ujian pengesahan boleh dilakukan selepas ujian saringan didapati Reaktif.

Peringatan
Keputusan ujian anda adalah sulit, kebenaran daripada anda diperlukan sebelum ujian ini dijalankan.



Siapa Yang Harus Diuji?
Hanya mereka yang berpelakuan berisiko tinggi perlu diuji, contoh:

-Pelacur (perempuan dan lelaki)

-Orang yang mempunyai penyakit kelamin (STD)

-Lelaki homoseksual dan biseksual

-Pasangan seks kepada orang yang telah dijangkiti

-Penagih dadah yang berkongsi jarum suntikan

-Lelaki dan perempuan yang mempunyai pasangan seks yang lebih dari satu.



Keputusan Melalui Ujian Ini
Keputusan Reaktif – Antibodi telah ditemui didalamn darah anda.

Keputusan tidak Reaktif – Antibodi tidak ditemui didalam darah anda semasa ujian.

Ujian Serologi Bagi Penyakit Human Immunodeficiency Virus (HIV) – Reaktif to HIV antibody

Ujian Serologi Bagi Penyakit Human Immunodeficiency Virus (HIV) – Tidak Reaktif to HIV antibody



Jika Keputusan Ujian Yang Tidak Reaktif
Ini bererti
-Anda tidak dijangkiti oleh virus HIV atau

-Pendedahan anda kepada virus ini terlalu awal untuk dikesan kerana kebanyakan orang membentuk antibody lebih kurang 2 – 12 minggu selepas terdedah.

Ini bererti
-Anda imun kepada virus ini

-Anda terlindung daripada jangkitan pada masa akan datang.

Ingat
-Elakkan tingkah laku yang berisiko tinggi seperti perhubungan seks yang tidak selamat dan berkongsi picagari dan jarum suntikan.


Jika Keputusan Ujian Yang Reaktif
Ini bererti 

-Anda dijangkiti virus HIV dan badan anda telah menghasilkan antibody.

-Anda boleh memindahkan virus tersebut kepada orang lain melalui darah, air mani dan cairan faraj anda.

Ini tidak bererti 
-Anda mempunyai AIDS

-Anda “Immune” kepada AIDS

-Anda pasti mengembangkan AIDS

Tetapi
-Anda boleh memastikan kesihatan badan dengan

-Mengamalkan cara hidup sihat.



Apakah yang perlu anda lakukan sekiranya anda dijangkiti virus HIV?
-Berhenti menggunakan dadah, jika anda seorang penagih. Jangan menyuntik dadah atau berkongsi jarum dan picagari dengan penagih lain.

-Elak diri daripada mengandung, jika anda seorang wanita. Bayi anda akan mengalami satu risiko jangkitan dan ibu (20-40%)

-Elak diri daripada berkongsi menggunakan berus gigi dan pisau cukur dengan orang lain.




Pencegahan HIV/AIDS
-Amalkan cara hidup sihat – tetapkan nilai-nilai keagamaan, moral dan kekeluargaan.

-Jauhi dadah – Elak perkongsian jarum.

-Setia kepada pasangan anda – Hindari seks rambang.

-Tidak melanggani pelacur

-Bebaskan diri anda dari seks sejenis.



Langkah-langkah Pencegahan
Strategi Kerajaan
Memastikan semua darah/hasil darah yang akan digunakan untuk tujuan pemindahan adalah selamat melalui ujian.

Mengadakan kempen pendidikan kesihatan bertujuan;
-Menyedarkan masyarakat tentang bahaya AIDS

-Mengubah amalan cara hidup mereka yang berisiko (penggunaan dadah, homoseks dan seks rambang)

-Rawatan susulan termasuk kaunseling untuk pesakit AIDS.



AIDS Tidak Merebak Melalui…..
-Berkongsi atau memakan makanan yang disediakan oleh pesakit AIDS

-Mandi bersama dikolam renang

-Berpelukan

-Berciuman

-Berkongsi penggunaan tandas awam

-Gigitan serangga termasuk nyamuk

-Duduk bersebelahan atau bekerja bersama pesakit AIDS

-Bersentuhan kulit atau bersalaman



 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA


6 comments:

  1. Tqvm Najmi...sharing important infos...

    ReplyDelete
  2. Check out:

    www.poz.com - a comprehensive website with up-to-date information on Positive Living.

    MW

    ReplyDelete
  3. Other GREAT site to check out:

    http://www.thebody.com/content/59093/whats-new-in-hiv-aids.html?ic=3001

    MW

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST