Monday, 26 November 2012

KURANGKAN RISIKO HIV - LINDUNGI BAYI DARI DIJANGKITI

Program kesihatan lindungi bayi daripada dijangkiti ketika dalam kandungan


SAMA seperti ibu lain di seluruh dunia, Ain (bukan nama sebenar) mengimpikan bayi comel dan sihat. Selepas menerima ‘perkhabaran gembira’ mengenai kehamilannya itu, Ain tidak putus-putus berdoa, memohon kepada Allah anak agar anak yang dikandungnya itu tidak ‘mewarisi penyakit’ yang dideritai selama ini.

Saat pertama beliau disahkan positif HIV itu jugalah Ain diberitahu bahawa jangkitan virus kepada bayi boleh berlaku beberapa cara, termasuk ketika ibu mengandung, melalui proses kelahiran atau ketika menyusukan, sekiranya si ibu tidak mendapat rawatan teratur.
Begitupun Ain antara insan terpilih. Basah mulutnya, memanjatkan kesyukuran kepada Allah apabila doanya itu akhirnya dimakbulkan. Anak lelakinya, Ammir (bukan nama sebenar), dua tahun, disahkan bebas daripada virus berkenaan.

“Alhamdulillah. Ini adalah satu keajaiban dan saya amat gembira. Terima kasih juga kepada kerajaan kerana memberikan ubat yang membantu menyelamatkan nyawa anak saya,” katanya berterus-terang.


Program Prevention-of-Mother-to-Child-Transmission (PMTCT) disifatkan sebagai penyelamat bayi pada zaman yang penuh dengan pelbagai serangan penyakit berjangkit kini, selain menyuntik harapan baru di hati ibu yang positif HIV.

 
Sejak diperkenalkan pada 1998, program PMTCT di Malaysia menyaring kira-kira 4.1 juta wanita seluruh negara dan menyediakan harapan kepada ibu positif HIV seperti Ain.

Menerusi program ini, wanita hamil positif HIV yang mendapatkan rawatan di klinik antenatal kerajaan, dan sesiapa didapati positif HIV, akan ditawarkan kaunseling serta rawatan perubatan percuma sepanjang tempoh kehamilan atau sepanjang hayatnya. Malah bayi yang dilahirkan itu juga diletakkan di bawah rawatan dan diberikan ujian biasa untuk HIV.

 
Berdasarkan Laporan Bangsa-Bangsa Bersatu di Malaysia, liputan PMTCT oleh ibu hamil menerusi kemudahan awam menunjukkan peningkatan daripada 49.7 peratus pada 1998 kepada 99 peratus pada 2009.

Menerusi liputan hampir menyeluruh hari ini, program berkenaan mampu mengurangkan kejadian jangkitan HIV ibu kepada anak hingga ke empat peratus di kalangan wanita yang terbabit dalam program berkenaan.


Wakil Tabung Kanak-Kanak Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) ke Malaysia, Hans Olsen, berkata apabila ibu dan anak mendapatkan ubat sepenuhnya serta rawatan seperti dijadualkan, bermula pada peringkat kehamilan hinggalah melalui tempoh penyusuan, PMTCT amat efektif dalam memastikan generasi akan datang yang bebas HIV.


“Risiko bayi dijangkiti virus boleh dikurangkan daripada sekitar 40 peratus ke dua peratus,” katanya.


Selain kesungguhan dedikasi Malaysia melindungi bayi daripada HIV, ulasan laporan Kementerian Kesihatan dan Unicef berhubung program PMTCT mendapati bahawa usaha menyelamatkan nyawa ini, banyak diperoleh ibu yang bermotivasi tinggi serta ibu yang mempunyai risiko jangkitan HIV yang rendah.


Sedangkan kumpulan dan pekerja sosial bergerak, pengguna dadah secara suntikan, populasi pekerja seks serta pendatang asing, kurang bernasib baik kerana tidak mencapai program PMTCT, selain takut sekiranya mereka yang hidup dengan virus itu menjadi balasan apabila dipulau oleh komuniti serta rakan di tempat kerja.

 


Seorang lagi yang positif HIV, Sharmila (bukan nama sebenar) berkata, beliau amat takut dan merasakan tidak berkuasa untuk melindungi anak yang dikandung itu daripada dijangkiti HIV, selain cemuhan masyarakat.

“Ketika hamil, saya takut ke hospital. Apa yang patut saya buat sekiranya saya memang positif HIV? Saya boleh hilang semuanya - keluarga, kawan-kawan dan kerja. Ke mana saya harus pergi? Dan siapa yang boleh tolong saya? Sekarang anak saya pula hilang segala-galanya, hanya kerana saya, dia juga HIV positif,” katanya tanpa dapat menyekat air mata yang laju membasahi pipinya. 
 
Bagi wanita seperti Sharmila, HIV hanya menunggu mati, sama ada untuk dirinya sendiri atau bayi yang dikandung. Selain bertahun-tahun usaha diambil melawan, stigma dan aib akibat HIV, akan berterusan menjadi pembunuh senyap, meranapkan hak ramai wanita dan kanak-kanak.


Olsen berkata, beberapa langkah boleh diambil dalam usaha mengurangkan bebanan HIV dan Aids di kalangan wanita hamil. Ia termasuklah mempromosi dan melindungi hak kemanusiaan wanita, meningkatkan pendidikan serta kesedaran di kalangan wanita selain menyediakan penyelesaian mudah kepada wanita hamil yang positif HIV untuk melawan rasa takut terhadap stigma buruk seperti itu.


Inovasi terkini membantu wanita hamil yang positif HIV menangani cabaran ialah ‘Unicef dan pek WHO Mother-Baby’. Diinspirasi oleh ‘Lesotho Government’ kotak kod berwarna dan mudah dibawa itu akan diedarkan ke lima negara sekitar Timur dan Selatan Afrika menjelang Julai depan.


Bakal ibu boleh mendapatkan penerangan mengenai ubat berkenaan termasuk apakah ubat yang perlu diberikan kepada bayi sejurus selepas dilahirkan, bagi memastikan anda dapat melindungi bayi daripada dijangkiti HIV. 

 
Di Malaysia, Unicef bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk membangunkan projek yang membolehkan capaian menyeluruh terhadap pencegahan HIV, rawatan serta perhatian bagi memenuhi keperluan khusus buat gadis dan wanita di negara ini.


Di bawah program ini, Unicef dengan kerjasama PBB di Malaysia, menyokong seminar yang diadakan baru-baru ini, antara lain mencadangkan polisi dan program yang tidak hanya melindungi hak wanita yang hidup bersama HIV, tetapi pada masa sama melindungi wanita daripada dijangkiti HIV.


Olsen berkata, strategi terbaik melindungi bayi daripada virus ialah memastikan ibu bapa bebas daripada HIV. Program itu turut memberi fokus kepada lelaki kerana beranggapan pembabitan lelaki sama mustahaknya dalam usaha melindungi wanita dan bayi daripada HIV kerana ibu bapa boleh mendidik serta mempengaruhi pandangan dan sikap anak terhadap pasangan masing-masing, keluarga dan wanita lain secara umumnya. 

Sumber : Berita Harian  
2010/05/25


 

1 comment:

  1. Saya hidup dengan HIV dah 16 tahun, baru 7 tahun berkahwin, ada 3 orang anak berumur 6, 5 dan 3 tahun..sehingga sekarang semua anak dan isteri saya tiada sebarang jangkitan. Saya nasihatkan dapatkan maklumat yang tepat agar anda faham apa itu HIV dan rawatannya agar tidak mengganggu kehidupan..Allah Maha Segalanya..

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST