Sunday, 4 November 2012

AZIM PEMUDA YANG 10 TAHUN HIDAP HIV – BHG 1

 

Rawatan Awal “selamatkan” Azim 
Bila sebut saja virus Human Immunodeficiency Virus (HIV) mahupun AIDS secara automatic difikiran kita pastinya terbayang rasa geli, takut, tubuh yang dipenuhi kudis, berbau busuk dan sebagainya. Sedangkan hal itu tidak semestinya berlaku jika pesakit menjaga diri mereka sebaiknya serta mengambil ubat-ubatan sejak peringkat awal.  

Laporan Kesihatan Sedunia 2004 oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan 34 hingga 46 juta penduduk dunia mengidap HIV/AIDS dan lebih 29 juta maut menjadikan penyakit ini amat digeruni dalam sejarah tamadun manusia. Dikalangan pembawa virus ini pula, seringkali kematian dan ketakutan menyelubungi diri mereka sedangkan sudah terbukti ada yang mampu hidup berbelas malah berpuluh tahun lamanya dengan virus tersebut jika mendapat penjagaan yang rapi.

Berhadapan dengan stigma masyarakat dan sering kali terhukum dengan prespektif yang sememangnya tidak adil meletakkan pesakit di suatu tahap yang amat sukar dan membatasi kehidupan sebagai individu normal. Hal ini diakui oleh seorang pembawa HIV dikenali sebagai Azim, 41, yang didiagnosis menghidap virus ini semenjak sepuluh tahun yang lalu.
  
Beliau turut menyatakan pandangan serong masyarakat terhadap penyakit ini adalah sebenarnya jauh lebih “sakit” berbanding menjadi pembawa kepada virus penyakit ini.

Saya baca kisah Azim ketika berada didalam bas menuju ke rumah pada petang  tadi.

Pernah cuba membunuh diri
Tidak pernah menyalahkan nasib jauh sekali menganggap takdir yang ditetapkan Allah buat dirinya itu sebagai balasan. Ia sebaliknya diterima sebagai hidayah dan petunjuk yang diberikan untuk dirinya menjadi insan yang lebih baik. Keterbukaan hatinya untuk menderma darah dalam kempen yang diadakan disebuah pusat membeli belah merupakan permulaan episode hidupnya sebagai pembawa virus ini.

Seminggu selepas menderma darah, dia yang pada masa itu bekerja disebuah hotel di negeri utara mendapat panggilan dari doktor untuk datang semula dan selepas beberapa sesi temuramah dia disahkan doktor sebagai pembawa HIV.

Enggan dan cuba menafikan kenyataan doktor, dia meminta hospital untuk menjalankan ujian semula. Hasil ujian kedua membuatkan dia pasrah dengan keputusan tersebut dan akur bahawa dirinya adalah pembawa virus yang amat ditakuti. Tidak lagi mampu menafikannya namun dia tetap bersyukur kerana dengan tindakan menderma darah tersebut telah memberinya petunjuk bahawa virus tersebut yang tersembunyi dalam tubuhnya dapat dikesan dengan lebih awal.

“Bila doktor mengesahkan saya pembawa HIV, saya dapat rasakan dunia telah berakhir. Saya jadi hilang arah dan menangis semahunya hingga mengalami depresi. Pernah juga saya cuba membunuh diri dengan terjun dari tingkat 14 apertmen kediaman. Saya pandang kebawah dan tersenyum lalu berkata dalam hati betapa bagusnya jika saya mati dan semua penderitaan saya akan berakhir”


“Namun tiba-tiba fikiran negative itu terpadam dan saya terkenang ibu bapa dan keluarga yang masih saya ada. Apa jadi pada mereka dan sudah tentu mereka akan malu dengan tindakan saya. Alhamdulillah saya terselamat dari godaan syaitan”

“Sebulan lamanya saya mengambil masa untuk bangun dan mencari diri dan akhirnya pelahan-lahan saya kumpul semula kekuatan tersebut lalu saya nekad untuk berhenti kerja dan pulang semula ketempat asal saya iaitu di Kuala Lumpur kerana saya dapat rasakan kematian sudah sangat hampir dan saya ingin menghabiskan masa bersama keluarga dan memohon keampunan mereka.”

“Selama tiga tahun saya menyembunyikan rahsia ini daripada pengetahuan keluarga dan ia terbongkar apabila saya dimasukan ke hospital akibat alahan ubat. Ibu dan adik beradik dapat menerimanya dengan tenang namun bapa saya sebaliknya. Dia menjadi terlalu jijik dan benci hingga saya dilarang makan bersama-sama, tidak boleh berkongsi barang dan berpesan pada adik beradik jangan menyentuh mahupun menampar seekor nyamuk ditubuh saya”

“Saya insan biasa, terguris juga hati kecil ini tapi semua itu terpaksa saya tempuhi kerana saya sememangnya pembawa HIV, kenyataan yang tidak mampu diubah,” ujur anak sulung dari sembilan adik beradik ini.


Sering khayal dan mimpi ngeri
Dikalangan pembawanya, HIV menyerang dengan perlahan-lahan dan memusnahkan sesetengah sel darah putih didalam badan (sel T CD4+). Dalam keadaan normal, sel-sel ini membantu tubuh melawan jangkitan kuman dan penyakit yang disebabkan oleh virus dan bakteria.

Bagi mengelak virus dalam tubuh pesakit menganas dan merebak terlalu cepat, setiap individu yang hidup dengan  virus ini perlu bergantung pada bekalan ubat-ubatan dan kelalaian untuk mengambilnya boleh menjadikan pesakit menjadi terlalu lemah dan jatuh sakit dengan mudah. Menurut Azim, pada peringkat awal dia menghabiskan kira-kira RM400 dan kini kos perubatannya sudah mencecah RM500 selama sebulan dan untuk itu dia turut mendapat subsidi dari kerajaan dimana mendapat bekalan ubatan percuma untuk kegunaan selama enam bulan dalam setahun.

“Pengambilan ubat-ubatan ini sememangnya membantu pesakit seperti saya meningkatkan kualiti kesihatan namun kesan sampingannya membuatkan saya menjadi tidak tahan dan rasa rimas. Rasa pening, mual, panas badan, mood tidak menentu hinggakan saya mengalami mimpi ngeri hampir setiap malam pada awal pengambilan ubat-ubatan dulu”


“Bukan itu sahaja saya juga sering merasakan berada di awang-awangan dan kurang fokus pada pekerjaan mahupun percakapan saya. Sebab itulah sekarang ini saya suka mengambil sikap mendengar daripada bercakap kerana adakalanya saya akan bercakap pekara yang berulang kali dan sering khayal.”

“Namun semakin lama saya mengambil ubat-ubatan ini kesannya semakin berkurangan. Pernah juga suatu ketika saya dimasukan ke hospital selama sepuluh hari akibat mengalami alahan yang terlalu teruk pada ubat-ubatan. Apa yang ditakuti dalam jangka panjang ialah pengambilan ubat untuk mengawal virus ini mendedahkan saya pada kegagalan buah pinggang dan sebagainya.”

“Setakat ini menerusi pemeriksaan berkala yang ditetapkan, doktor mengesahkan hati saya sudah mulai bermasaalah akibat toksin yang berlebihan dan dibekalkan dengan ubat-ubatan lain pula bagi merawat masaalah ini,” jelasnya.

Sumber : Di taip semula dari Majalah i SIHAT – BIL 49 oleh Noreen Tajuddin



6 comments:

  1. semoga dia terus tabah..dia pun kuat bertahan macam Naj Mi juga alhamdulillah

    ReplyDelete
  2. Azim kena hiv sebab pe?

    ReplyDelete
  3. Anonymous

    Haaa.... tentang ia dpt HIV melalui apa.. saya pun tak pasti.... tak da diceritakannya dlm majalah tu...

    ReplyDelete
  4. Saya ada soalan.

    Rawatan hiv dia berbayar ke? berapa kos nya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Helmi Abu,

      Rawatan HIV dihospital kerajaan adalah FREE, semua ujian darah (ujian CD4 kalau diklinik swasta RM 180, ujian Virol Load klinik swasta RM330) tapi kat hospital kerajaan percuma, semua ujian kesihatan badan, jumpa pakar nasihat semuanya FREE.

      Tentang ubatan utk pesakit HIV, ubatan peringkat pertama adalah FREE (kadar bayaran ubatan lebih kurang antara RM500-RM1000 sebulan bagi seorang pesakit) tapi adalah percuma utk peringkat ini

      Ubatan peringkat ke 2, kerajaan bagi separuh dan pesakit kena bayar separuh (lebih kurang sebulan RM300 yang perlu dibayar pesakit).

      Ubatan peringkat ke 3, pesakit kena bayar sepenuhnya lebih kurang RM1000 sebulan.

      Kalau di klinik swasta dah pasti rawatan akan mencecah ribuan ringgit.

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST