Friday, 2 November 2012

KECELARUAN JANTINA BOLEH DIELAK

AKIBAT tidak dicegah awal, individu yang berhadapan dengan masalah kecelaruan jantina terjebak ke kancah hubungan songsang.

UMUMNYA, setiap manusia dilahirkan dengan sifat semula jadi sama ada sebagai lelaki atau perempuan. Walaupun ada juga ketikanya, ada manusia yang dilahirkan dengan memiliki dua alat jantina, tetapi keadaan seumpama itu hakikatnya sangat kecil.

Menurut sains perubatan, kewujudan jantina manusia dikatakan telah mula dikesan sejak bermulanya proses persenyawaan lagi. Terdapat kromosom tertentu yang menjadi penyebab kepada terhasilnya jantina manusia yang tertentu.

Keunikan manusia dengan perbezaan jantina itu disebabkan oleh perbezaan sifat fizikal dan emosi yang dimiliki oleh kedua-duanya.

Ia telah muncul sejak lahir lagi. Apabila manusia dikurniakan dengan alat kelamin yang berbeza, secara tidak langsung menjelaskan tugas kita sebagai manusia yang berbeza peranan.

Tatkala lelaki tidak mampu melahirkan zuriat, wanita pula mempunyai sistem peranakan yang mampu memainkan peranan mereka bagi melahirkan anak.

Bagaimanapun, wanita pula tidak mampu melahirkan zuriat tanpa adanya lelaki. Kelebihan dan kekurangan itulah yang menjadikan kita hidup saling melengkapi.

Jadi, kedua-dua lelaki dan wanita saling memerlukan antara satu sama lain.

Inilah yang membentuk fikrah lelaki dan wanita sejak zaman Nabi Adam AS dan Hawa lagi. Sifat itu kemudiannya diwariskan daripada satu generasi kepada generasi lain secara biologikal dan persekitaran.


Bertentangan hukum agama


Ada yang cuba untuk menghalalkan perkahwinan sesama jantina. Ada lelaki yang cuba hidup sebagai wanita dan ada pula anak gadis yang mahu hidup sebagai lelaki.

Selain menyimpang daripada budaya Timur, ia juga hal bertentangan dengan ajaran agama yang melarang manusia hidup dalam keadaan bertentangan dengan sifat semula jadi jantina mereka.

Kita tidak menafikan bahawa terdapat juga pengaruh biologikal tertentu yang menyebabkan kecelaruan jantina berlaku. 

Umumnya, lelaki dikatakan akan mempunyai lebih banyak hormon testosteron, sebaliknya wanita akan dikaitkan dengan hormon androgens. 

Masalah berlaku sekiranya lelaki memiliki hormon androgens yang lebih dominan atau wanita mempunyai hormon testosteron yang lebih banyak.

Ini akhirnya membentuk kecenderungan mereka untuk mempunyai sifat dan perwatakan yang bertentangan dengan jantina asal.

Bagaimanapun, itu tidak bermakna kita patut beranggapan bahawa dengan sedikit kecenderungan yang ada, kita patut mengubah diri kepada jantina 'baharu' yang diidamkan.

Seseorang harus ada semangat untuk menjadi diri kita mengikut jantina yang sudah ditentukan. Sebab itulah kita dapati, ada sesetengah individu yang sengaja merangsang biologikal mereka dengan mengambil ubatan atau menyuntik ubat tertentu bagi mengubah diri mereka menjadi manusia baharu. Ia bertentangan dengan norma hidup manusia.


Peranan ibu bapa

Dalam kes-kes tertentu, kita sebenarnya boleh mengesan kecenderungan anak-anak yang berhadapan dengan kecelaruan jantina itu.

Ia boleh dilihat sejak mereka masih di peringkat awal kanak-kanak. Misalnya kanak-kanak lelaki bermain dengan permainan anak-anak perempuan (seperti kisah Haris disini), manakala ada kanak-kanak perempuan yang bermain dengan permainan yang kasar yang mungkin hanya sesuai dengan lelaki.

Kecelaruan jantina itu kemudiannya diperteguhkan pula oleh layanan keluarga dan sikap masyarakat. Mereka juga biasanya disisihkan dalam kelompok sosial.

Misalnya, anak-anak lelaki yang dikatakan 'lembut' akan disisihkan atau diejek apabila bermain dengan teman sebaya mereka. Ini menjadikan mereka memilih untuk bermain dengan kanak-kanak perempuan. 

Oleh kerana itu, sekiranya ibu bapa mengesan wujudnya bibit-bibit kecelaruan jantina itu, mereka harus segera berjumpa pakar. 

Perkara tersebut tidak boleh dianggap sebagai hal normal, malah dalam sesetengah kes, ada ibu bapa yang menyokong anak-anak mereka yang cuba menjadi individu berlainan jantina.

Walaupun naluri dalaman dalam diri seseorang itu mungkin penting, ia tidak semestinya disokong apabila ia bertentangan dengan moral, norma dan agama.

Sedikit kekurangan tidak mewajarkan kita menjadi manusia baharu yang akan merosakkan seluruh kehidupan.

Sumber : Kosmo

12 comments:

  1. walaupun saya gay..saya menentang perkahwinan sesama jenis ni..xkira la kalau mereka gunakan alasan 'human right' utk menghalalkan perkahwinan sejenis ni..kalau semua hak2 manusia nak di penuhi..maka nanti jgn terkejut jika ada perkahwinan antara manusia dgn haiwan (macam dah ada kes macam ni) ,paedopilea yg kahwin dgn kanak2 7 tahun, mak kahwin dgn anaknya sendiri dan macam2 perkahwinan yg xmasuk akal berleluasa.

    ReplyDelete
  2. Anonymous,

    Ohhhh betul saya sokong dan setuju 100% tu....saya juga menentang.....:)

    ReplyDelete
  3. no komen, moga isu ini dapat di kupas dengan lebih baik..Insyallah

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. DarkAngel a.k.a MalaikatGelap

      ya betoi...saya pun tak minta...:(

      Delete
  5. Penulisan Naj Mi ataupun dipetik bulat bulat dari KOSMO?

    ReplyDelete
  6. Jumizah Samsudin

    Artikel ini dari Kosmo... clik sumber tu... penulisan saya tak sebaik seperti wartawan yang menulis...:)

    ReplyDelete
  7. Naj Mi, saya selalu fikir kalaulah benar bagai dikatakan oleh insan2 di luar sana, UNTUK BERUBAH ADALAH PILIHAN KITA, kan bagus. Kita ada butang untuk jadi straight dan bengkok. Pastinya semua nak tekan butang straight, tadek siapa nak jadi "cacat" naluri macam kita nih kan.

    Walaupun saya seorang gay, saya juga menentang perkahwinan sesama jenis nih. Tetapi saya juga menentang golongan homophobic. Golongan LGBT seharusnya tidak dipandang serong oleh mana2 masyarakat dan golongan LGBT juga perlu juga tahu batas2 kita lebih2 lagi as orang Asia, Melayu dan Muslim. Perlu saling hormat menghormati. Sebab itu saya pernah membaca pendekatan yang dicadangkan Jumizah tuh dulu untuk menangani masalah ini dengan cara MENDEKATI DAN MEMAHAMI, BUKAN MENGEJI.

    ReplyDelete
  8. HubbyBee

    Benar kata awak tu golongan LGBT perlu didekati, difahami dan bukan dikeji. Tapi saya risau sekiranya golongan LGBT ini ditatang lebih2, kena jaga hati mereka bimbang mereka akan naik tocang...Saya juga gay saya 100% tak setuju apa jua pegerakan memperjuangkan pertubuhan ini.

    Walau bagaimana pun sudah semestinya LGBT ini perlu didekati dan di beri tunjuk ajar untuk kembali kejalan yang lebih lurus.. perlu ada pendekatan yang bagus dan idea yang baik untuk membawa LGBT kembali ke pangkal jalan.

    Ya masyarakat perlu memahami bukan mengeji, memahami tetapi jangan sampai terpengaruh pulak dengan apa yang mereka perjuangkan.

    Wallahuallam

    ReplyDelete
  9. Izinkan saya menyatakan sedikit perkongsian dari pembacaan sebuah artikel yang dikemukakan oleh Dr Rafidah Hanim Mokhtar dlm kolum BH JUMAAT 12 OKT 2012, ' Gejala LGBT hasil Asuhan,bukan Genetik.

    Adakah benar dari sudut perubatan, LGBT adalah hasil pengaruh genetik? Dalam sejarah perubatan homoseksualaliti pada thn 1952 menyenaraikan homoseksualiti sebagai gangguan sosiopathi personaliti di dalam Manual Diagnosti dan Statik Penyakit Mental (DSM). Pada 1968, didlm edisi ke 2 (DSM II), Homoseksualiti dipindahkan ke kategori Seks Songsang (Sexual Deviation).

    Malah homoseksual adalah ditempat teratas dlm kategori ini diikuti keabnormalan seksualiti lain seperti fetishism,pedophilia dan sebagainya.

    Ini dilaporkan oleh Dr Ronald Bayer dalam buku yang bertajuk Homosexuality And American Psychiatry: The Politics of Diagnosis yang mana menyimpulkan keputusan bahawa
    ada pihak golongan ahli politik yang melobi dan pengamal perubatan yang tidak bertanggung jawab
    mendorong Persatuan Psikitri Amerika yang mengkategorikan homoseksualiti sebagai pesakit mental pada 1973...kenyataan ini tidak benar... malah ianya datang dari tekanan politik yang hebat dan bukannya dari hasil kajian saintifik yang objektif...dan sehingga kini tiada bukti kukuh yang menyokong bahawa LGBT adalah sesuatu yang diwarisi dan tidak dapat diubah...walaupun pelbagai kajian dilakukan utk membuktikan bahawa orientasi seks ini berpunca daripada stuktur anatomi dan fisiologi manusia.

    Najmi saya setuju dengan pendapat HubbyBee..pendekatan cadangan Jumizah dan juga perjuangan Najmi yang mana tidak menyokong langsung apa juga pergerakan memperjuangkan pertubuhan dan perkahwinan sesama jenis ini...dan sememangnya terang-terang cara ini dilaknati Allah.
    Mereka yang tidak bertanggung jawab telah menterbalikkan proses...bertindak berjuang atas dasar hak asasi manusia yang mana cuba menggunakan genetik dalam masalah rumit dan berunsurkan diskriminasi,bukan saja tidak beretika dari sudut perubatan,malah menjadi pedang dua mata, yang berupaya menghiris mangsa dan pemangsa.

    Kenyataan amaran ini dikeluarkan oleh Council for Responsible Genetic (CRG) dari Massachuset, Amerika Syarikat yang memantau kajian bioteknologi.

    Najmi,kenyataan tulisan dari Dr Rafidah Hanim ini bukanlah bertujuan meminggir atau memangsakan golongan yang terjebak ini dalam gaya hidup yang negetif malah tidak dihalalkan dalam Islam sebaliknya beliau berpandangan gejala LGBT ini adalah sesuatu bersifat asuhan atau pengaruh negetif yang tidak dibendung,dan bukannya sesuatu yang diwarisi atau ditentukan genetiknya.Sememangnya kecelaruan jantina boleh dielakan dan perlu kepada merujuk kepada pakar..dan semoga amalan songsang ini boleh dibendung dengan menggunakan pendekatan agama....Insyaallah.

    Najmi saya hanya sekadar berkongsi dari pembacaan...saya doakan agar golongan yang diuji Allah dengan ujian yang berat ini,tetap terus tabah dan istiqamah melawannya..
    moga ada rahmat dan ganjaran pahala bagi mereka yang nawaitunya kerana agama Allah..:)
    Amin..Amin Ya Rabbi

    syukran jazillan

    ReplyDelete
  10. syukran jazillan

    Terima kasih kerana memeberi penerangan yaang panjang lebar diatas semoga... kita semua ambil pengajaran dati apa yang syukran jazillan tuliskan diatas...insyaallah...Amin....:) Thanks..

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST