Tuesday, 27 November 2012

KALAULAH SAYA MEMPUNYAI SEORANG ANAK

Ada suatu ketika masjid menjadi tempat tumpuan saya, walau kemana kaki saya melangkah kepala pasti merancang waktu dan dimana nak dirikan solat. Kalau ke Pavillion di Bukit Bintang saya kerap ke surau kecil di dalam bangunan tersebut. Cantik, bersih dan simple surau tersebut. 

Kalau saya mengayuh disekitar bandar disini, saya pasti singgah dimasjid-masjid utama disini untuk melakukan solat berjemaah. 

Tapi pada hari ini masjid sudah kurang saya kunjungi dan saya lebih kerap melakukan solat dibilik. Dan terus terang saya juga sudah kurang keluar rumah, ada ketika seminggu lebih saya tak melangkah kaki keluar dari pintu pagar rumah berjalan kecuali hanya untuk solat pada setiap hari Jumaat.


Bercerita soal solat berjemaah pada hari Jumaat, 

Saya kerap mendengar keluh kesah ramai gay yang selalu terpaksa melayan dugaan syaitan melalui pandangan mata, tidak terkecuali berlaku kepada diri saya ketika kami hendak menunaikan solat Jumaat. Mereka gemar memandang dan melayan mata melihat kelibat-kelibat insan handsome, yang datang ke masjid. 

Bila terpandang seseorang yang "taste" dihati, mata tidak berkerlip memandang dan pastinya didalam hati mereka akan melakukan "maksiat" berangan fikir yang bukan-bukan atau paling kurang akan memuji insan-insan yang handsome didalam hati (pada pandangan mereka itu). Ada juga yang saya dengar gay yang lebih sanggup berani meminta no phone seseorang yang mereka suka ketika di masjid itu lagi. Tujuannya.....?

Dugaan itu ada dimana-mana waima didalam masjid sekali pun.


Rakan di masjid

Pada suatu ketika semasa masjid menjadi tumpuan saya, saya berkenalan dengan seorang pemuda di masjid. Jernih wajah nya kecil tubuhnya, yang pasti dia boleh diketogerikan sebagai ahli masjid kerana kerap datang berjemaah. Kami sering berjumpa dan berbual ketika menunggu masuk waktu solat Maghrib dan Isyak serta Suboh. Dalam ketika usia muda dia telah pun selamat menunaikan ibadah Haji di Mekah bersama ibunya. Mendengar ceritanya tentang pengalaman hampir 40 hari di Mekah dan Madinah sangat seronok. Segenap pelusuk Masjidilharam sudah diterokainya, saya bayangkan sekiranya saya berada ditempatnya. Pasti seronokkan.

Saya namakan dia Rosli. Bila keadaan saya semakin tidak sihat sekitar 4 tahun dulu saya sudah kurang ke masjid lagi. Semakin jarang berjumpa Rosli. Dan yang pasti dia telah pun mendirikan rumah tangga. Persahabatan kami longgar begitu sahaja kerana saya sendiri malu bila berdepan dengan dirinya. Ya lah dia berkahwin ada isteri dan siapa lah saya ini. Saya kemudian mendapat perkhabaran mengatakan bahawa isterinya mengandung dan telah pun melahirkan anak lelaki. 

Pada Hari Raya Aidil Adha yang lalu ketika saya sibuk melihat tengkuk lembu dihiris sedang dikorbankan saya nampak kelibat Rosli dari jauh sedang mendukung anak lelakinya. Entah kenapa saya segan lagi hendak menegurnya. Gembira bila melihat dia mengendung sekali sekala menarik tangan anaknya kehulu kehilir.


Kalau solat di masjid saya suka tengok anak kecil yang ikut bapa mereka bersama. Ketika kita "duk"sembahyang, anak-anak ni (yang ikut solat dihadapan saya) nampak tak boleh duk diam, kepala mereka kejap toleh kekiri, kejap toleh kekanan memerhati. Terus terang saya pernah berangan dan berbisik sendirian alangkah seronoknya jika saya juga mempunyai anak yang boleh saya bawa ke masjid bersolat seperti itu.

Ada ketika, sekiranya ada anak kecil yang berdiri solat mengikut ayahnya yang berdiri disebelah saya, hendak tak nak saya boleh membayangkan yang anak itu adalah anak saya. Bestkan. Beruntungnya mereka yang ada anak lelaki yang boleh dibawa ke masjid bersolat. Pernah saya bergurau pada rakan saya Rosli ketika berita anaknya yang baru dilahirkan sampai kepengetahuan saya dulu, sebelum solat tarawih dilaksanakan , 

"Wahhh nanti seronoklah boleh bawa anak sama-sama solat kat masjid"

Pernah juga saya mengheret anak saudara saya ke masjid ketika waktu asar, hendak tak nak saya membayangkan mereka itu anak saya juga hehehe....Okey lah jadi lah tu, merasa juga daripada tak merasa langsungkan. 

Bagi gay yang sudah berkahwin dan mempunyai anak, bersyukurlah anda, bertuahnya anda, bukan senang nak dapat anak kerana bagi seorang gay tentu begitu sukar hendak bersama isteri. Terpaksa memaksakan diri untuk melakukan "proses" menyatukan benih, saya pasti ianya amat sukar. Tidak dapat saya bayangkan bagaimana perasaan hati anda ketika berada dalam keadaan semasa proses itu berlangsung, yang pasti anda melakukannya dalam keadaan terpaksa, memaksa dan berusaha. Tetapi bila sudah berjaya melakukannya dan lebih beruntung jika sekiranya proses tu terus menjadi sudah pasti anda perlu bersyukur. Seperti kisah Ryan (disini)

Alhamdulillah begitu mudah "proses" berlangsung, sekiranya anda seorang yang normal, pasti tidak akan ada rasa terpaksa memaksa malah anda melakukannya dengan penuh rasa teruja dan gembira, dalam keadaan berkasih sayang.

Tetapi sebagaimana anda tahu apabila sudah berkahwin hendak tak hendak "proses" seumpama terpaksa dilakukan dari masa ke semasa. Ohhhh.... maaf saya tidak dapat bayangkan. Bermakna anda seorang yang punya naluri gay yang telah berkahwin perlu berani dan perlu ada keyakinan diri melakukannya walaupun terasa sukar. Seperti kisah HubbyBee (disini)

Sesuatu yang bukan "taste" kita tetapi terpaksa kita memaksa diri untuk menyukainya. Mudah-mudahan perisa "vanilla" yang selama ini bukan kegemaran anda, akan bertukar menjadi "feveret" anda selamanya.

Bila sudah ada anak-anak, perlu diasuh dengan sempurna, beri pelajaran dan terapkan pendidikan agama semoga mereka pada suatu hari nanti boleh mendoakan kebahagaian diri anda apabila anda sudah meninggalkan alam ini untuk ke alam yang lain suatu hari nanti. Beruntungnya gay yang mempunyai anak. Jangan sia-sia membesarkan mereka dengan baik.


Saya berbual dengan seorang rakan facebook, seorang lelaki biseksual dan pada hari ini dia sudah pun mempunyai tiga anak lelaki. Saya bergurau dengannya, 

"Bagi lah seorang anak lelaki itu kepada saya." Dan sudah pasti dia kata "Tidak boleh."

Rakan saya ini melahirkan rasa bimbang sekiranya anaknya akan mengikut jejak langkahnya (menjadi gay atau bisksual) apabila mereka dewasa kelak. Bagi saya anda sebagai seorang bapa, penting dititik beratkan kepada anak-anak dengan pendidikan agama, sekurang-kurangnya apabila mereka dewasa dan ditakdirkan mempunyai naluri tersebut, mereka pastinya dapat membezakan yang mana intan dan yang mana kaca, bijak menilai mana yang baik dan mana yang buruk dan tahu membezakan yang mana halal dan haram.

Mempunyai didikan agama yang kuat, bijak mengaji Al Quran, ianya masih belum boleh memastikan diri mereka itu benar-benar selamat dari terjebak dalam gejala ini, tetapi sekurang-kurangnya sebagai bapa anda sudah melakukannya yang terbaik. Dan jangan lupa doakan agar anak-anak anda membesar menjadi orang yang taat dengan segala perintah Allah. 


Bolehkah saya ada anak? 

Kalau ikut logik dunia ianya mustahil, sekiranya saya dipaksa berkahwin sekalipun maybe saya akan melarikan diri hahaha.....Kali terakhir saya terfikir untuk memaksa diri berkahwin ketika saya termenung mengadap keluar tingkap "sleeper bus" dalam perjalanan puluhan jam  diatas pergunungan diwilayah Yunnan China setelah berbulan mengembara sendirian. Maybe ketika saya berusia akhir 20an dulu.


Saya katakan pada diri sendiri ketika itu apabila sampai di Malaysia nanti, saya hendak paksa diri untuk berkahwin (walaupun dalam hati tak ada keyakinan langsung), tetapi apabila sampai di Semenanjung, saya kembali sibuk bekerja di selatan tanah air, lupa dengan lintasan janji yang telah saya buat, malah berterusan hanyut dengan aktiviti-aktiviti tersebut. 

Maknanya disini perkahwinan itu bukan sesuatu yang terbaik buat diri saya, Allah maha mengetahui segala-galanya. Sekiranya baik sudah pasti Allah telah memaksa mengerakkan hati saya serta menimbulkan rasa keyakinan untuk berkahwin suatu ketika dulu. Mudah kerana saudara mara saya juga pernah bergurau hendak menjodohkan saya dengan sepupu sendiri.

Bagi saya Allah sebenarnya telah menjanjikan sesuatu yang lebih baik buat diri ini. DikurniakanNya virus HIV kepada saya. Suatu anugerah yang saya pasti merupakan sesuatu yang terbaik buat diri saya ini. 

Pada hari ini rasa keinginan hendak mendirikan rumah tangga dalam diri saya sudah jatuh kepada tahap "zero." Tidak ada, malah tidak sanggup hendak saya paksakan diri menempuhi alam yang yang sangat indah buat anda yang bersifat "normal" diluar sana. Cukup sudah dengan pengainayaan yang saya lakukan keatas diri sendiri selama ini, tidak perlu saya mengainaya diri dan hati orang lain pula. 

Cukuplah bagi diri saya pada hari ini kerana telah diberi kesempatan dan berpeluang melangsungkan perkahwinan dengan virus HIV ini sahaja.

Pastinya sudah berjanji antara saya dengan Allah sebelum dilahirkan kedunia lagi. Janji dan perakuan saya denganNya. Penerimaan saya berjanji untuk tidak berpeluang merasai keseronokan mengheret tangan anak ke masjid ketika didunia ini. Janji yang sudah pasti saya terima dan menerima dengan hati yang terbuka.

Wallahuallam.




34 comments:

  1. Ryan doakan semoga abg bertemu jodoh dan beranak pinak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. RYAN

      Kan saya kata dah tak da kemampuan dah "zero" kalau ikut logik dunia

      Delete
  2. sayu hati baca entri NajMi ni
    takpelah..anak2 sedara pun anak NajMi juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Irfa

      ya ada anak2 saudara pun dah baik juga kan...alhamdulillah...:)

      Delete
  3. doa banyak2 pada Allah, kalaupun tak mampu memiliki anak sendiri boleh pergi ke rumah anak-anak yatim, memberi makan, berkongsi cerita dan sebagainya.

    Sesiapa yang dekat dengan anak-anak yatim, dekat dengan rasullulah. cubalah aktiviti ini.. insyallah terubat jiwa naj mi sedikit sebanyak. wallahualam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous One

      Ya baik sungguh nasihat tu...tapi tu lah lain sangat antara anak orang dengan anak sendiri kan...tak mengapa lah mungkin sebab itulah agaknya kita digalakkan untuk menyanyangi anak2 yatim ni...Thanks

      Delete
  4. Assalamualaikum Naj Mi,

    Saya setuju dengan Naj Mi, sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambanya. Islam juga telah memberi garis panduan tentang hal2 nikah kawhin ni. Kalau kita rasakan yang kita akan menginaya isteri disebabkan ketidakmampuan kita memberi nafkah batin lebih baik jangan berkahwin. Kawan saya dah hampir sepuluh tahun berkahwin, mempunyai dua orang anak. Kali terakhir beliau memberi nafkah batin kepada isteri beliau pada 7 tahun yang lalu. Beliau sering berkongsi cerita dengan saya tentang bagaimana tekanan perasaan yang ditanggung oleh isteri beliau sepanjang 7 tahun tidak mendapat nafkah batin. Beliau langsung tidak menyentuh isteri malah tidur pun di tempat berasingan disebabkan beliau rasa geli setiap kali isteri mahu mula bermanja untuk tidur di atas lengan atau dada dan sebagainya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      WSalam,

      Kesihannya kisah kawan awak tu, rasanya berdosa kalau sisuami buat begitu, selama 7 tahun dibiarkan terkapai2 tanpa nafkah batin. Saya tak pandai nak menasihat sangat dalam bab ini, saya harap ada pembaca lain yang maybe boleh tinggalkan sikit nasihat buat awak nanti. Dan harap jika ada komen nasihat boleh lah awak sampai kan pada kawan awak tu pula.

      Kenapa suaminya berbuat begitu...kalau geli pastinya dia songsang kan...wallahuallam, mudah2an ada jalan keluar bagi mengatasi masaalah yang dihadapi oleh kawan awak tu...

      Pastinya kawan awak tentu fikirkan kepentingan anak2 mak bapa mengatasi kepentingan dirinya sendiri...Semoga Allah permudahkan kehidupan kawan awak tu anonymous

      Delete
  5. tersentuh hati bila membaca post kali ini.. kuatkan semangat dan jgn bersedih.. semoga Allah kurniakan petunjuk nur kepada kita semua, insyaallah.

    ReplyDelete
  6. Anonymous

    Ya semua kita kena kuatkan semangat insyaallah Allah akan rahmati kita semua...:)

    ReplyDelete
  7. bro, sedihnya. entah la saya tidak tahu apa yang anda rasa :(

    ReplyDelete
  8. That's why hidup mesti diteruskan even without Son n doter

    ReplyDelete
  9. Solat tidak wajib bagi mereka yg gila, tapi si gila boleh masuk syurga jika sebelum gila dia seorang yg patuh pada suruhan Allah.. dalam rukun islam "tunaikan Haji bagi yg mampu".. ia rukun, tapi Allah tetap cakap "bagi yg mampu".. saya pernah rasa sedih bila dengar ayat ni "tidak sempurna iman seseorang mukmin jika tidak berkahwin".. tapi bila di beritahu oleh seseorang, kahwin tidak wajib ke atas kita (yg bernaluri 100% gay) kemudian saya sedar lagi ,Allah akan tidak memberati hambanya dgn sesuatu yg tidak tertanggung oleh hambanya.. pun begitu saya xpernah lupa berdoa lepas solat supaya diberikan naluri normal spt lelaki lain.. bersungguh2 dan istiqamah...tapi Dia lebih mengetahui yg terbaik utk saya..mana tau kalau kata la saya jadi lelaki bernaluri normal, mungkin saya akan jadi playboy or perosak anak dara orang..then sebab tu saya jadi macam ni.. so kalau saya jahat pun saya cuma jahat pada diri sendiri je - Biru Kundang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biru Kundang

      Terima kasih dengan komen yang ditinggal kan......:)Sama-sama lah kita semua renung komen Biru tu ya....:)

      Delete
  10. abg... amek Ryan nih wat anak abg Naj Mi.. boleh???

    ReplyDelete
    Replies
    1. RYAN

      Saya angan2 anak dari darah daging sendiri, bukan bela anak orang, nanti muka tak sama hehehe...yang penting Ryan kena jaga dan didik anak yang "insyaallah" akan dilahirkan isteri Ryan tu nanti dg sebaik mungkin ya......:)

      Delete
    2. Ryan ni kan memang sgt2 noty, kalau offer yg going to be deliver to mesti ramai yg angkat tangan nak, ni offer papa to be pulak, mana aci kan najmi...Ryan's baby nak ryan tak nak!!! Anyway Ryan, I highly appreciated all your comments, informations sharing and even tough you tried to make it easier for normal people to understand that instinct, it's so touching. Thanks Allah for giving me the opportunities to get in touch with Hakimi, Biru Kundang, Hubbybee, Awan TerPLU, Ron & the rest. All of you berjihad towards better life. Take care...

      Delete
  11. rasa tergerak kat hati utk reply yg Anonymous tuh.. gile memang tak wajib solat dan SYURGA utk dia. tapi gile tuh gile macam mana. gile yg dia cari sendiri atau Allah kasi.. Kalu Allah kasi gile. Kompom masyuk SYURGA Allah. Kalu kita yg cari sendiri mcm amek dadah over dose. isp ganja.. gile tuh memang tak dpt masuk SYURGA Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. RYAN

      Kalau dah namanya menjadi gila...semuanya kerana Allah nak jadikan seseorang tu gila. Ada banyak punca seseorang tu boleh jadi gila atau hilang akal, tak kiralah sama ada akibat kesilapan sendiri (akibat pengambilan dadah) sekali pun, ianya tetap gila yang sudah ditakdirkan Allah.

      So, takkan lah akibat kesilapan seseorang mengambil over dose dadah dan hilang ingatan...maka dia tak leh masuk syurga.

      Kena ingat apa jua kesalahan seseorang sehingga tahap melakukan dosa sebesar2 alam sekali pun termasuk gay yang mati ketika menghenjut diatas katil, mereka pasti akan masuk syurga satu ketika kelak (apabila dosa mereka sudah dibalas Allah (dibalas ketika mereka masuk ke neraka). Mereka pasti akan dimasukkan ke syurga. Dengan syarat mereka mati ketika masih berpegang pada akui bahawa :Tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Nya"

      KECUALI orang yang mati ketika ia masih tetap menduakan ALLAH SWT. (termasuk yang mati sebagai kafir) Mereka ini akan berada selama2nya di dalam neraka, tidak sama sekali akan berpeluang masuk ke syurga.

      So orang gila akibat kesilapan diri mengambil over dose dadah tetap berpeluang masuk ke syurga, jika dia mati dalam Islam. Kemungkinan orang gila ini kebaikan yang dilakukan dalam hidup mereka lebih baik dari amalan yang kita lakukan.

      Wallahuallam.....:)

      Delete
    2. tatau lah kan... sebelom jard tekan PUBLISH. Ryan call ustaz dulu tadi. betoi tak Ryan nak cakap... ustaz tuh memang ckp cam tuh... gile atas sbb kecuaian diri sendiri ada peluang nak sembuh. sembuh tuh pi lah taubat.. gila yg Allah kasi mcm gile dari lahir.. tatau lah kan.. Maafkan Ryan kalu Ryan ada wat salah..

      Delete
    3. RYAN

      Maybe saya komen tu pun salah....harap ada yang boleh tegur dengan baik lah. Tak mengapa hanya komen dari Ryan aje...kita dengar pandangan Biru Kundang pula nanti yeak....:)

      Delete
  12. yap betol... pengalaman lama telah mengajar Ryan utk mengajar bakal my baby dari terjebak nya lagi ke kancah yg sama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. RYAN

      Alhamdulillah mudah-mudahan anak Ryan menjadi seorang yang taat dg perintah Allah....:)

      Delete
  13. Najmi, sebak baca. Kalau najmi rindukan anak, bila kelapangan kunjungi rumah2 anak2 yatim kwn dgn mereka, wpun muka tak sama tapi sekurang2nya mereka bahagia dgn kehadiran najmi. Kawan saya buat bila anak meninggal.

    ReplyDelete
  14. Mak Wardah

    Pernah terfikir nak buat macam tu dulu, tapi tu lah saya ni bukan jenis orang yang peramah sangat sukar nak berbual2 dg org. Semua yang saya cerita tu hanya terlintas difikiran sahaja.....sesuatu yang tak lah saya fikir terlampau serius......:)

    ReplyDelete
  15. Saya faham sikap semulajadi najmi tapi saya ada angan2 ke arah itu bila saya dah pencen nanti. Tak tau kenapa tapi tfikir kesitu. Najmi jom bukak rumah plindungan anak2 hiv nak?

    ReplyDelete
  16. Mak Wardah

    Rasanya saya tak sesuai nak buka rumah perlindungan ...saya bukan jenis yang boleh ditolak ke tengah ketepi...Mak Wardah buka lah saya sokong dari jauh jer ya.....:)

    ReplyDelete
  17. Najmi. Saya tak nak tolak najmi ke mana tapi sokongan tu yg penting. Najmi duduk setempat pun tak apa tapi persahabatan ikhlas yg penting. Apa2 halpun nasi kokain saya najmi jgn lupa wpun kita tjumpa di mekahpun. Hihihi

    ReplyDelete
  18. Mak Wardah

    ......:) insyaallah...alhamdulillah......:)

    ReplyDelete
  19. asslamualaikum, saudara najmi. baru terjumpa blog awak ni semalam.. n mlm td dah berkira2 utk menjelajah blog awk pagi ini (sesampai je di ofis).. terharu n sgt menyentuh perasaan.. juga memberi seribu pengetahuan berkaitan PLHIV... n entry kali ini... sgt2 menyentuh... yup seronok jika punya anak yg kita boleh pimpin tangannye ke masjid menunaikan solat bersama2.. pasti kita berasa bangga... Allah itu Maha mengetahui.. DIA MAHA MELIHAT.. insyallah...

    ReplyDelete
  20. Anonymous

    Terima kasih kerana menjelajah blog yang tak seberapa ini, banyak entry saya haya copy dan paste dari sumber yang lain juga....saya tak bijak nak menulis...baru nak belajar hehehe..

    Terima kasih...:

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST