Thursday, 15 November 2012

SHAH - HIJRAH PEMBAWA SINAR BARU BUAT DIRI SAYA

1 MUHARAM 1434

ALLAH SWT tidak menjadikan sesuatu peristiwa itu dengan sia-sia, pasti ada ibrah disebaliknya. Lantaran itu ketibaan Awal Muharam haruslah dijadikan permulaan untuk melakukan perubahan diri ke arah yang lebih baik.

Ujian hidup kadang-kadang membawa 1,001 erti kepada kita dalam meneruskan kehidupan di alam fana ini.Bagaimana pun terdapat dikalangan kita menganggapnya sebagai sesuatu bencana atau kesusahan yang menimpa atas diri masing-masing.

Pandangan itu tidak sepatutnya berlaku demikian memandangkan orang beriman tidak menyalahkan ujian yang menimpa dirinya sebaliknya mereka menganggap pekara itu ujian daripada Allah untuk memantapkan keimanan dan menguat jati diri sebagai hamba ilahi yang sejati.


Bagi penghuni Rumah Perlindungan HIV Darul Ukhwah,  

Shah (bukan nama sebenar), kejahilan sebelum ini sehingga terjebak dalam dunia penagih najis dadah menyebabkannya telah berhijrah daripada negatif kepada positif setelah disahkan mengidap penyakit HIV, 12 tahun lalu.

Shah yang masih bujang berumur 48 tahun berkata hampir keseluruhan zaman mudanya dirugikan dengan mengambil dadah. Ini termasuk berkongsi jarum antara sesama penagih sebenarnya membawa padah kepada dirinya sendiri. Ketika berkongsi pengalamannya, dia tidak boleh mengambarkan ceritanya melainkan penyesalan atas kesilapan lalu.

Malah bekas kakitangan sebuah majlis pembandaran itu menambah, penyakit yang dialaminya itu telah mengubah 100 peratus dirinya untuk menjadi hamba taat dan patuh kepada Allah memandangkan soal tersebut telah diabaikannya sebelum ini.

"Bayangkan ketika azan berkumandang, saya ketika itu leka mengambil dadah termasuk melakukan perbuatan melanggar perintah Allah dan apatah lagi untuk mendirikan solat. Alhamdulillah, selepas menerima berita saya disahkan mengidap penyakit HIV positif, pekara itu sebenarnya telah menyedarkan dan menginsafkan diri. Oleh demikian, saya merasakan baki sisa-sisa hidup ini wajar dimanafaatkan dengan munajat kepada Allah," katanya.

Anak keempat daripada sembilan adik beradik itu berkongsi kisah pahitnya dengan menyatakan nasihat dan teguran daripada keluarga dan rakan-rakannya seumpama masuk teliga kanan keluar telinga kiri atas desakan nafsu.

Selain menonton televisyen, para penghuni Rumah Perlindungan HIV Darul Ukhwah (disini) Kampung Tengah Puchong, Selangor turut dipenuhi aktiviti seperti kuliah agama, solat berjemaah, membaca al Quran dan sebagainya

Kesilapan diri 

Ketika ditanya wujud pengaruh luar seperti hasutan rakan-rakan yang mengajaknya untuk mengambil dadah, sebaliknya Shah menjelaskan tiada seorang mana-mana rakan berbuat demikian, pekara itu bermula daripada dirinya sendiri.

Dia turut menyatakan hasratnya untuk "hijrah" telah lama dipendamkan sejak sekian lama. Bagaimana pun ia berlaku dalam masa singkat memandangkan niat berkenaan tidak diselami dengan keimanan kepada Allah.

"Saya pernah berhenti ambil dadah sekejap sahaja, kadang-kadang dua minggu, paling lama pun dua bulan. Lepas itu kembali semula melakukan perbuatan terkutuk berkenaan," ujurnya.

Sewajarnya kehidupan yang dialami Shah pada hari ini telah membawa hijrah kepadanya untuk meletakkan dirinya kepada fitrah yang asal sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah kepada umatnya. Lantas lelaki itu menjelaskan sekiranya dengan izin Allah, penyakit itu sembuh seperti sedia kala, dia bercadang untuk berbakti kepada masyarakat.

Usaha murni ujurnya bertujuan untuk menebuskan kesilapan lalu walaupun dia bersyukur kepada keluarga dan masyarakat sekeliling tidak pernah memulaunya kerana penyakit tersebut.

"Saya  menyeru kepada masyarakat diluar sana untuk tidak mengambil dadah. Bila kita sudah terjebak dan menerima padahnya, menyesal pun sudah tidak berguna," katanya.

Sumber : Mega Utusan Malaysia 15 November 2012  



Selamat menyambut MAAL HIJRAH - 1 Muharam 1434 kepada semua pembaca blog ini, semoga hidup kita semua dilindungi dan dirahmati Allah sentiasa, diberi kekuatan keimanan kesihatan yang baik dan dipertemukan dengan 1 Muharam tahun berikutnya dalam keadaan yang semakin baik daripada hari ini - Naj Mi

 

9 comments:

  1. DarkAngel a.k.a MalaikatGelap

    Buat awak juga DarkAngel a.k.a MalaikatGelap Salam Maal Hijrah..... :)

    ReplyDelete
  2. Salam maal hijrah naj mi, maafkan kalau ada kata-kata dan perbuatan AO menguris hati
    naj mi. tidak lainlah melainkan AO ni manusia yang terdedah kepada kesilapan dan kesalahan.

    :) sayang naj mi kerana Allah.

    ReplyDelete
  3. Anonymous one

    Salam maal Hijrah 1434 juga buat AO.......:)
    sama-sama lah kita... saya pun sama. Semoga AO sentiasa dirahmati Allah dan dipermudahkan urusan sepanjang tahun ini dan yang berikutnya, sihat bertemu semula tahun Hijrah yang akan datang - 1435.

    ReplyDelete
  4. Saya juga najmi nak minta maaf andai ada terasa hati dgn kata2 saya minta kosong2 ya. Saya sayang najmi kerana Allah n najmi juga sahabat baik saya yg menarik saya ke jalan Allah.

    ReplyDelete
  5. Saya juga najmi nak minta maaf andai ada terasa hati dgn kata2 saya minta kosong2 ya. Saya sayang najmi kerana Allah n najmi juga sahabat baik saya yg menarik saya ke jalan Allah.

    ReplyDelete
  6. Mak Wardah

    Sama-sama lah kita Mak Wardah.....:)

    ReplyDelete
  7. Najmi, sehingga kini N3 MAHA PENCIPTA LAGI MAHA AGUNG...sentiasa tak jemu2 saya membacanya...dan makhluk Allah berkuda itu sentiasa bermain dalam fikiran saya...ada sesuatu dari N3 tu...Allah saja yang mengetahuinya..dan
    segala-galanya kerana Allah...N3 tu banyak membuat saya memuhasabah diri.. saya hanyalah hamba Allah yang sangat lemah dan daif Najmi.

    Semoga kita dipertemukan lagi dengan 1 Muharam yang akan datang...dengan kekuatan iman kesihatan dan semoga dengan keadaan yang lebih baik dari hari ini..Amin Amin ya Rabbi.

    salam Maal Hijrah 1434 buat Najmi...

    syukran jazillan

    ReplyDelete
  8. syukran jazillan

    Terima kasih kerana suka membaca N3 tersebut berkali2....:)
    Salam Maal Hijrah buat awak juga syukran jazillan...

    Semoga kita dipertemukan lagi dengan 1 Muharam yang akan datang...dengan kekuatan iman kesihatan dan semoga dengan keadaan yang lebih baik dari hari ini..Amin Amin ya Rabbi..............:)

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST