Monday, 19 November 2012

GADIS DIPERKOSA BAPA TIRI TANGGUNG DERITA HIDAP HIV


BACHOK - Seorang wanita mendakwa dibaling plastik berisi kelapa parut oleh seorang pemilik kedai runcit gara takut berjangkit sebaik berita mengenai dirinya menghidapt virus HIV tersebar luas di kampungnya. Malah, saudara-mara termasuk rakan karib turut memulaukan dirinya hingga wanita berusia 23 tahun itu menangis mengenangkan nasib yang menimpanya.

Mahu dikenali sebagai Nita, dia berkata, penyakit itu bukan dicari, sebaliknya terjangkit daripada ayah tirinya yang meninggal dunia tiga tahun lalu akibat AIDS.

Katanya, ayah tiri yang juga penagih dadah memperkosanya menyebabkan dia dijangkiti HIV.

Mengimbas kembali perubahan hidupnya, Nita berkata, kehidupan keluarga mula berubah  apabila ayah kandungnya meninggal dunia sebelum ibunya berkahwin dengan lelaki lain tanpa mengetahui suami barunya itu penagih dadah.

"Dua bulan selepas ibu meninggal dunia kerana barah, saya dijadikan tempat untuk melampiaskan nafsu ayah tiri yang memperkosa saya ketika berusia 15 tahun," katanya.

Menurut Nita, beberapa bulan selepas diperkosa, dia ke sebuah hospital kerajaan sebaik mendapati rambutnya gugur seperti menghidap leukimia, tetapi terkejut apabila doktor mengesahkan dia positif HIV.

Katanya, dia meraung sekuat hati dalam bilik di rumah kerana terlalu sedih sebaik mengetahui perkara itu.

"Siapa tidak sedih kerana dalam usia semuda itu, saya menanggung penyakit yang susah diubati. Saya bagaikan hilang pedoman sehingga kebajikan adik-adik saya terabai.

"Saudara mara pula menyisihkan saya sehingga diri ini dilihat tidak ubah seperti sampah menyebabkan hidup semakin tertekan," katanya ketika ditemui di Rumah Masyarakat Prihatin (RMP), di sini, kelmarin.

Bagaimanapun, selepas dua tahun menanggung derita, Nita bertemu dua insan, Zaimah Husin dan Zahrain Zulkifly yang simpati dengan penderitaannya.

"Mereka menjemput dan membawa saya ke RMP sebelum memberi kata-kata semangat serta rawatan pemulihan. Sepanjang berada di RMP, banyak perubahan yang berlaku pada saya. Saya dibentuk mereka menjadi seorang manusia normal hinggakan saya lupa seketika penyakit yang saya hidapi. Saya bersyukur kerana makin bersemangat untuk meneruskan hidup hasil bimbingan mereka yang saya anggap sebagai ibu dan abang," katanya.

Selain hidup bahagia bersama dua adiknya di rumah berkenaan, Nita turut menjadi jurucakap RMP kepada wanita HIV lain di Malaysia.


Sumber : Anak Jati Kedah
 

4 comments:

  1. Sungguh cekal gadis ini. Semoga Allah mencampakkan rahmatnya kepada beliau dan diberikan ketenangan serta kesihatan yang baik berpanjangan.

    ReplyDelete
  2. Semangat nita bagus moga dia terus berjaya.

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (27) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (8) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (12) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (111) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (1) dairy kehidupan (331) delima (pomegranate) (2) derma darah (2) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (26) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (4) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (10) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistuk (JO) (1) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (17) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (28) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (53) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (45) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (12) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (169) pneumonia (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (1) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) rencana/artikel (57) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (26) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (85) solat (2) songsang (282) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (26) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (1) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (11) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (67) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST