Monday, 12 November 2012

CEGAH PENYAKIT TIBI (TB/TUBERCULOSIS)

Ringkas berkaitan tentang penyakit Tibi.



Kuman tibi boleh berada dimana-mana.
Lengkapi diri dengan pengetahuan Tibi.
Pengetahuan tentang Tibi membantu anda,
mencegah dari jangkitan penyakit ini.


Apa Itu Penyakit Tibi

Tibi merupakan sejenis penyakit berjangkit merbahaya yang boleh membawa maut sekiranya tidak mendapat rawatan sempurna.

Penyakit ini disebabkan oleh kuman Tibi (Tubercle Bacilli) yang biasanya menjangkiti paru-paru. Ia juga boleh menyerang bahagian-bahagian lain badan seperti selaput otak, tulang, kelenjar, buah pinggang dan kulit.


Cara Mengesan Tibi

Individu yang mempunyai tanda dan gejala dibawah perlu menjalani pemeriksaan kahak di Klinik Kesihatan atau Hospital terdekat.

- Batuk berterusan

- Kurang selera makan

- Susut berat badan

- Demam

- Berpeluh waktu malam

- Pernah terdedah kepada pesakit Tibi


Cara Jangkitan

Pesakit Tibi akan mengeluarkan kuman Tibi ke udara apabila batuk atau bersin. Setiap individu yang menyedut udara tercemar ini akan terdedah kepada jangkitan kuman Tibi.


Individu Yang Berisiko

Mereka yang tinggal bersama pesakit Tibi atau bekas pesakit Tibi


Pencegahan

-Dapatkan suntikan BCG bagi; Bayi yang baru lahir, tanpa komplikasi.

-Dapatkan pemeriksaan segera sekiranya anda mengalami batuk berterusan

-Kontek, iaitu ahli keluarga atau individu yang rapat dengan pesakit Tibi hendaklah tampil membuat pemeriksaan.

-Bagi pengidap HIV Positif, rawatan profilaksis Isoniazid boleh mencegah jangkitan Tibi.


Rawatan Tibi DOT

“Dot” atau singkatan bagi “Directly Observed Treatment”, adalah satu kaedah pemberian rawatan yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). 

Pesakit Tibi perlu diselia secara langsung oleh penyelia terlatih apabila mengambil ubat-ubatan Tibi. Ini adalah untuk memastikan pesakit mengambil rawatannya dengan sempurna sehingga sembuh.


Nasihat AM

- Pastikan cahaya matahari masuk ke dalam rumah kerana cahaya matahari boleh membunuh kuman Tibi.

- Pastikan rumah anda mendapat pengudaraan yang sempurna dengan membuka pintu dan tingkap.

- Amalkan cara hidup yang sihat dan makan makanan yang seimbang.

- Perlu mengamalkan etika batuk iaitu menutup mulut dan hidung ketika bersin atau batuk.


Kemudahan Mengesan Dan Rawatan

Pemeriksaan kahak boleh diperolehi di Klinik Kesihatan dan Hospital Kerajaan. 

Rawatan Penyakit Tibi diberi secara PERCUMA.

Sumber : Risalah yang saya perolehi di Hospital Besar
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA


Lagi tentang Tibi disini KAITAN ANTARA TB DAN HIV


10 comments:

  1. Tibi sgt mudah berjangkit apatah lagi kl imunisasi badan kita rendah

    ReplyDelete
  2. Mak Wardah

    Ya PLHIV antara golongan yang berisiko dijangkiti...:(

    ReplyDelete
  3. dh dpt penyakit nk tgu rawatan tktau bl....hospital atau pesakit yg sambil lewa cuba fikir dh seminggu msh blum dpt rawata

    ReplyDelete
  4. Anonymous

    Sebaiknya pesakit itu sendiri perlu tahu tahap kesakitan kelemahan yang mereka alami, jangan tunggu bila keadaan agak teruk, perlu ke hospital segera sebelum terlambat...

    ReplyDelete
  5. Salam,
    Saya adlah salah seorang bekas pesakit tb.tetapi tb yg di diagnos adlah tb kelenjar..rawatan utk saya telah habis pada 6bln yang lepas..adakah kebaragkalian penyakit ini datang kembali??dan boleh ke penyakit ini menyebabkan kan kanser??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Anonymous,

      Susah nak abg jawap pertanyaan saudara dengan tepat sebab abg bukan doktor dan bukan pakar dalam hal mengenai pekara itu, abg harap saudar tanya kepada yang lebih pakar. MAAF jika abg tahu dan boleh jawab dg tepat pasti abg akan jawab pertanyaan saudara itu. Tapi pengetahuan abg terhad. Harap saudara boleh bertanya kepada mereka yang pakar seperti doktor.....

      Delete
  6. assalamualaikum. sy salah seorang pesakit tb. telah mendapat rawatan sehingga disember 2014 ini. saya sudah berkahwin. sy ingin bertanya. adakah kesan dari ubat tb mengambil masa yang panjang untuk saya hamil? kerana saya berasa amat takut, jika tidak dapat memberi zuriat kepada suami sy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Anonymous,

      Maaf saya tidak pasti hendak menjawab pertanyaan yang dikemukakan oleh saudari itu..

      Delete
  7. Salam. Sy bru je di sahkn positif tibi & skrg telah smgu mula mkn ubat tibi akurit4 sbyk 4bj stiap hr. Sy di fhamkn ia mngambil masa dlm 2 mgu tuk kuman itu tdk lg aktif mnjgkiti org lain. Sy juga mngalami rasa pning spjg hr sjk mula mkn akurit4. Persoalan sy di sini. Adakh btl slps 2 mgu sy bebas dr mnjgkiti org lain & adkah rasa pning itu adalh kesan pngambilan ubat tibi?

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST