Sunday, 18 November 2012

BEKERJA BERSAMA-SAMA UNTUK MENANGANI HIV/AIDS

Walaupun artikel ini sudah beberapa tahun tersiar tetapi saya rasa masih terdapat sesuatu yang boleh kita renungkan dari tulisan Cassandra ini.

Oleh Cassandra Daniels

Artikel ini telah disumbang oleh Cassandra Daniels, 17, seorang anak muda Malaysia yang sedang berehat daripada pengajian akademiknya untuk meninjau kehidupan dan juga untuk mengejar impiannya untuk bekerja di dalam bidang muzik. Pada tahun 2004, Cassandra telah menghabiskan masa setahun di Brazil di bawah program Pertukaran Remaja Antarabangsa Rotary. Semasa di Brazil, Cassandra telah membantu masyarakat tempatan di dalam program kesedaran HIV/AIDS untuk kanak-kanak.

Perbincangan Remaja UNICEF Malaysia telah dianjurkan untuk memberi sekumpulan anak-anak muda Malaysia tempat yang selesa dan selamat untuk meluahkan pendapat mereka tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan HIV/AIDS; berkongsi pandangan dan juga pengalaman berkenaan dengan polisi-polisi yang berkaitan dengan HIV/AIDS; program-program dan projek-projek; dan memberi penekanan terhadap pemerhatian-pemerhatian remaja yang tertentu yang berkaitan dengan HIV/AIDS.

Cassandra, 17, adalah salah seorang daripada 19 anak muda Malaysia yang telah mengikuti perbincangan.

KUALA LUMPUR, Malaysia, 2 Februari 2006 – “Setiap hari saya bangun dan melihat sekeliling saya. Saya berada di atas katil saya dikelilingi oleh empat buah lukisan yang cantik di atas dinding berwarna pic. Saya lihat di luar tingkap saya dan saya dapat lihat pokok-pokok di kalangan pencakar-pencakar langit dan taman-taman yang cantik, di mana kanak-kanak bermain di atas buaian dan juga jongkang-jongket dengan penuh keriangan. 

Dan di tingkat bawah, saya tahu keluarga saya yang sihat dan ceria sedang menunggu saya, sedang menyediakan sarapan pagi yang enak sebelum kami memulakan hari kami. Saya lihat semua ini, dan saya tahu yang kehidupan saya sempurna.

“Kemudian saya dapati, di tempat lain di dunia ini terdapat beberapa orang kanak-kanak perempuan dan lelaki yang tidak sebertuah. Mereka bangun pagi hanya untuk mendapati yang mereka telah tidur di atas lantai, dan dikelilingi oleh 10 orang kanak-kanak yang lain, kesemuanya juga tidur di atas lantai. 

Dan di luar tingkap, sejauh mata memandang, mereka hanya dapat lihat kemiskinan dan penyakit. Kanak-kanak ini menjadi yatim piatu disebabkan oleh HIV/AIDS, dan mereka hidup di dalam masyarakat yang tidak dapat berfungsi. Mereka tidak mempunyai tempat untuk mengadu atau bergantung, takdir mereka telah ditetapkan.

“Tetapi kita patut tahu sekiranya HIV/AIDS memberi kesan terhadap kehidupan seseorang itu di merata dunia, jadi ia juga mesti berlaku di sini juga. Di antara negara-negara di Timur Asia dan di Pasifik, Malaysia telah dirujuk sebagai negara yang mempunyai kadar epidemik HIV kelima tertinggi. 

Pada penghujung tahun 2004 lebih kurang 65,000 rakyat Malaysia telah dilaporkan HIV positif, dan disebabkan tidak mahu diuji, angka ini mungkin tiga kali ganda daripada angka kes-kes yang telah dilaporkan. Dan jika kita membuat pengiraan, ia dapat diterjemahkan sebagai kebarangkalian bahawa seorang daripada 145 rakyat Malaysia adalah HIV positif.

“Ini adalah beberapa fakta yang telah saya pelajari di dalam Perbincangan Remaja UNICEF Malaysia baru-baru ini, yang telah dikendalikan oleh pengacara-pengacara TV popular, Celina Khor, Kartini Kamalul Ariffin dan Rafidah Abdullah, yang juga merupakan “Duta Muhibbah UNICEF Malaysia" (UNICEF Malaysia Goodwill Ambassadors). 

Bersama-sama dengan 19 orang anak-anak muda, lelaki dan perempuan, berumur di antara15 dan 17 tahun, saya mendapat manfaat daripada perbincangan terhadap isu-isu yang dihadapi oleh anak-anak muda setiap hari yang berkaitan dengan HIV/AIDS di Malaysia dan peranan yang dimainkan oleh kami di dalam perjuangan ini.

 
Membesar dengan keperitan

Cassandra

“Tetapi bagi kami untuk lebih berkesan didalam sumbangan kami, kami memerlukan orang-orang dewasa menghargai bahawa peringkat remaja merupakan peringkat pembentukan di mana anak-anak muda mempunyai kemusykilan terhadap hubungan seksual. 

Ada di kalangan kami yang telah membentuk perasaan yang mereka kebal, yang boleh mengakibatkan kelakuan yang ingin mencuba sesuatu yang berisiko, lebih-lebih lagi apabila berkaitan dengan seks, dan kadangkala dengan penggunaan dadah. Bagi kami untuk kekal bebas daripada HIV dan membuat perubahan yang positif terhadap epidemik ini, kami mestilah diberikan maklumat yang tepat yang bersesuaian dengan umur kami, juga kemahiran-kemahiran untuk melawan tekanan dan menghadapi realiti di dalam melangkah ke alam dewasa. 
“Masa kini lebih banyak maklumat tentang keberkesanan pencegahan HIV dapat diketahui berbanding dengan masa lalu. Namun begitu, bilangan jangkitan HIV yang baru di kalangan anak-anak muda dan remaja-remaja di Malaysia dan di seluruh dunia menunjukkan bahawa terdapat perihal yang tidak sejajar di antara apa yang diketahui tentang pencegahan dan apa sebenarnya yang telah dilakukan untuk memberi perlindungan. 

Di Malaysia, HIV/AIDS masih dilihat sebagai satu subjek yang “taboo” di kalangan kebanyakan keluarga kerana ia melibatkan seks dan juga dadah, iaitu topik-topik yang sukar diperbincangkan dengan anak-anak muda. Dan yang tragiknya, disebabkan tiada sesiapa yang mahu bercakap tentang AIDS dan pendidikan berdasarkan kemahiran hidup telah menyebabkan meningkatnya kadar jangkitan HIV di kalangan anak-anak muda seperti saya.

Kuasa Pengetahuan

“Pengetahuan adalah kuasa, dan kuasa memberikan kita keupayaan untuk melindungi diri sendiri. Sebagai seorang remaja, saya mengakui bahawa kami perlu menyumbang terhadap perkembangan yang positif di dalam masyarakat – dan bagi setiap seorang daripada kami mempunyai peranan yang perlu dimainkan. 

Tetapi sebagai remaja, kami memerlukan bantuan orang dewasa kerana kami tidak dapat berjuang seorang diri. Remaja yang berpendidikan kini boleh memastikan generasi akan datang lebih perkasa. Jika kita bekerja bersama-sama dengan orang-orang dewasa untuk mendidik diri sendiri tentang bagaimana penyakit ini dapat dicegah, oleh itu kita boleh menghentikan HIV/AIDS daripada menyebabkan lebih banyak lagi kerosakan – satu langkah pada setiap masa.

“AIDS sekarang sudah lebih daripada dua puluh lima tahun. Dengan bertambahnya jangkitan-jangkitan yang baru dan kematian setiap tahun, ia menunjukkan seolah-olah tidak banyak usaha telah dilakukan untuk membenterasnya. Penyakit ini telah membunuh 20 juta orang di seluruh dunia. Tahun lalu sahaja lebih daripada setengah juta kanak-kanak telah meninggal dunia disebabkan olehnya. 

Setiap hari ia memusnahkan kehidupan beribu-ribu orang di seluruh dunia – kanak-kanak dan juga anak-anak muda seperti saya – muda dan penuh dengan kehidupan di mana mereka sepatutnya mempunyai masa hadapan yang cerah. Berapa ramai lagi yang patut kita biarkan menderita sebelum tindakan diambil untuk menamatkan krisis ini? Kecuali kita membuat sesuatu mengenainya sekarang, anak-anak muda seperti saya dan juga generasi yang akan datang terpaksa hidup di dalam kebinasaan yang penuh dengan teka-teki mengenai HIV selama-lamanya.

“Tetapi pertama sekali kita mesti memahami bahawa HIV/AIDS bukanlah satu bencana yang sedang menunggu untuk berlaku. Ia adalah bencana yang sedang berlaku di hadapan kita.

“Ketika perbincangan Remaja UNICEF, saya dan rakan-rakan telah mengambil langkah pertama kami di dalam perjalanan yang boleh memastikan kami dapat melakukan sedaya-upaya kami agar tidak dijangkiti dengan HIV. Kami juga tekad untuk membantu mereka yang telah dijangkiti dan mempunyai kesan HIV/AIDS. Kami menjemput orang-orang dewasa untuk mengikuti kami di dalam memastikan keselamatan perjalanan kami.”

* Penterjemahan oleh Anne Jamaludin.

Sumber : Disini



No comments:

Post a Comment

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST