Sunday, 4 November 2012

AZIM SEMAKIN CEKAL DAN KUAT – BHG 2

Sambungan dari entry “AZIM PEMUDA YANG 10 TAHUN HIDAP HIV – BHG 1”. Kita baca tips dan sedikit nasihat dari Azim buat PLHIV diluar sana.

Artikel kisah Azim tersiar didalam majalah iSIHAT

Selain mengamalkan gaya hidup sihat, bersenam dan rehat secukupnya makanan berkhasiat membantu pesakit sepertinya (Azim) mengekalkan kesihatan dengan memberikan perlindungan daripada komplikasi jangkitan. Pemakanan yang baik akan membantu mengurangkan kesan buruk dadah dan juga meningkatkan kebolehan tubuh untuk menyerap ubat-ubatan tertentu.

“Saya tidak pernah berhenti mencari ilmu berkaitan pemakanan dan kesihatan yang dapat membantu saya meneruskan kehidupan dengan lebih baik dan mempraktikan dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh saya turut amalkan petua yang lebih murah dan mudah seperti makan peria katak (sumber disini) yang dikatakan dapat meningkatkan imunisasi, amalan pengambilan pegaga untuk elakkan demam, jangkitan dan sebagainya.

“Apa yang saya hendak kongsi disini ialah selama sepuluh tahun hidup dengan virus ini ternyata telah banyak mengajar saya menghargai kehidupan. Saya semakin banyak belajar dan mencari ilmu. Saya juga mampu bekerja seperti individu lain dan menyara kedua-dua ibubapa serta lapan adik saya menerusi pendapatan yang diterima.”

“Dari segi kesihatan pula walaupun keadaan saya tidak lagi normal seperti sebelum saya mengidap penyakit ini namun dengan bekalan ubat-ubatan yang diambil secara teratur ditambah pula dengan gaya hidup sihat yang amat saya pentingkan menjadikan saya tetap sihat seperti dahulu. Ubat-ubatan (HAART) ini mampu membantu golongan seperti saya hidup seperti individu normal Cuma masaalahnya pada kesan sampingan ubat-ubatan tersebut dan kita perlu bijak mengatasinya.”


“Pesakit seperti saya, jangan mudah berputus asa dan setiap kita perlu positif dan semangat kena kuat untuk teruskan kehidupan. Harapan saya adalah suatu hari nanti penawar HIV akan ditemui sebab dalam AlQuran sendiri Allah dah janjikan penawar bagi setiap penyakit.”

“Sebagai seorang individu yang hidup dengan virus ini saya perlu bersedia dan kuat untuk menghadapi apa saja yang bakal berlaku. Benar, kematian itu pasti untuk sesiapa sahaja namun sebagai pembawa HIV seperti saya perlu lebih bersedia untuk menghadapinya, jika tidak meninggal disebabkan oleh virus ini ada kemungkinan doktor jangkakan bahawa akan berlaku komplikasi lain disebabkan penyakit ini.” akuinya.

Sumber : Di taip semula dari Majalah  iSIHAT – BIL 49 oleh Noreen Tajuddin


3 comments:

  1. Moga ALLAH sentiasa memberkati hidup Azim...kuat semangatnya untuk terus menyara ibubapa dan membantu adik-beradik nya yang ramai...tabah..walaupun telah lama
    hidup dengan HIV+ ...

    ...saya jadi sedih bila baca kisah Azim ni Najmi...
    lurusnya dia meneruskan hidup..! Moga sentiasa
    Allah membantunya !...Amin ya Rabbi.


    syukran jazillan

    ReplyDelete
  2. Perkongsian yang banyak pengajarannya, jangan berputus asa dalam hidup, azim sama macam najmi, sangat tabah...

    ReplyDelete
  3. syukran jazillan

    Ya kita tak kenal Azim tapi saya harap juga pada hari ini dia semakin sihat kuat meneruskan kehidupannya kan.....

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST