Thursday, 29 November 2012

APAKAH NAMA BINTIK-BINTIK INI???

Semasa saya sedang mengadap TV menonton rancangan "feveret" saya Running Man dirangkaian 393 Astro, terasa gatal dibahagian tengah dada saya. 

Kebiasaannya saya kurang "mengaru" sebaliknya saya hanya tekan-tekan mengunakan kuku dibahagian yang terasa gatal itu. Ingatkan gatal biasa, sebaliknya pada keesokan hari semakin kuat rasa gatal dibahagian tersebut. 

Bila saya periksa bahagian tersebut terdapat bintik-bintik merah merebak ditengah bahagian tengah dada saya;


Dua tiga hari saya berasa gatal tetapi saya sapukan aje dengan krim dan dalam masa seminggu rasa gatal tersebut berkurangan alhamdulillah ianya tidak merebak, dan pada hari ini ianya sudah kembali sembuh. Saya hanya main mengagak sahaja nama ruam yang timbul tersebut........maybe.........atau................????


Agak-agak doktor diluar sana atau yang lebih pakar tahu tak apakah nama sebenar ruam gatal yang muncul didada saya itu? 

Ada yang boleh jawab???? 


16 comments:

  1. Najmi perlu dapatkan rest yang cukup...jangan biarkan ruam gatal tu menjadi merebak semula...

    mungkin dengan rest yang cukup, sistem imun tubuh badan Najmi dapat menentang alahan tu...

    Jumpalah doktor jika alahan tu datang semula...please yer...!!

    saya doakan moga Allah sentiasa beri kesihatan yang sentiasa sihat...Amin Ya Rabbi.

    syukran jazillan

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukran jazillan

      rasanya dah cukup rest kut, tapi dah dia nak naik..ya lah kalau ruam tu merebah dah pasti saya akan jumpa doktor tapi ianya dah surut dah, itu pun ambil masa seminggu...

      Terima kasih...:)

      Delete
  2. Replies
    1. Anonymous One

      Tak mengapa...saya rasa saya tahu dan syak aje lah bila tengok ruam yang hampir sama semasa google. Alhamdulillah dah ok...saya cuma nak tanya pandangan pembaca aje...:)

      Delete
  3. ruam biasa je kot, try sapu calamine losyen

    ReplyDelete
    Replies
    1. KimiRazghazi

      Harap-harap ruam biasa, tapi saya yang berasa ianya luar biasa kerana bintik2 ruam naik setempat, nasib ianya tak merebak. Saya dah sapu dg cream yang doktor beri dulu, alhamdulillah dah surut, cuma nampak sikit kesan dikawasan tu...

      Delete
  4. Ruam yang muncul sebab kesan daripada ubat tak, Naj?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      Hmmmmm rasanya bukan akibat ubatan yang saya makan, sebab saya dah start makan ubay sejak awal tahun 2010, kemudian pada bulan Ogos yang lalu saya tukar dengan ubatan yang baru, dah 3 bulan tak da kesan naik pun, dan sejak telan ubat pada 2010 pun tak pernah naik ruam macam tu didada.

      Harap ianya ruam biasa, yang penting ianya tak melarat merebak...:)

      Delete
    2. Alhamdullilah ia tak melarat. Syukur kat Allah..Naj ada amalkan minum madu tualang tak? Kalau belum cuba, boleh cuba amalkan yer.

      Delete
  5. Anonymous

    Minum madu tualang? tak da model nak beli hehehe......tak pa insyaallah kalau ada rezeki saya beli lah nanti.....:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. madu tualang tu campur pati delima bro..tapi baik2 sikit ada side effect lain..rasa mcm makan viagra pun ada kakaka

      Delete
    2. Anonymous

      Ya ker....:)mesti dah jadi amalan awak kan...

      Delete
  6. Selalunya ia terjadi pd org yg berkulit putih

    ReplyDelete
  7. Mak Wardah

    ya ker...bukan putih...yang kulit kuning aje kut....:)

    ReplyDelete
  8. Salam Najmi
    Jika ada simptom2 gatal, doktor dan dan farmasis ni beza kaedahnya. Farmasis paling terror bab ubat mengikut simptom dilihatnya. Ia juga mahir olah dadah dan ubatan dengan sukatan tertentu.

    Doktor hanya diagnos dan cuba ubat kebiasaannya yang berkadaran simptom tersebut. Jarang doktor berani preskripsi ubat dan dos baru kecuali dia da biasa preskripsi ubat tersebut sebelum ini.

    Saya ni da macam2 gatal sebab alergi. 1 petua saya bagi Najmi. Kenalpasti alahan tersebut samada disebabkan VIRUS, BAKTERIA, KULAT dan apa tah saya lupa hehe. Sebab ubat yang berkaitan kulat ada nama zole, virus ada namanya.calamine tu tak sume sesuai.

    Setelah macam2 ubat makan dan krim macam2 beli, langsung takda perubahan. Kesimpulannya guna garam letak baldi, tuang air panas, bancuh air agar hangat-hangat dan jirus tempat gatal tu. sedap dan berkesan!!! (jangan bagi sape petua saya nih)

    ReplyDelete
  9. Walnut

    Terima kasih dg nasihat yang diberi, alhamdulillah bintik2 tu hilang selepas seminggu, skrg dah tak ada rasa gatal dah...saya hanya sapu ubat sapu (entah apa namanya hehehe) pas tu hilang...risau jugak kalu bintik2 tu merebak...

    Insyaallah kalau naik lag bintik-bintik tu, boleh lah saya guna petua rahsia yang dah tak rahsia tu nanti ya hehehe...:)

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST