Friday, 9 November 2012

ZANA, LIA DAN SHIDA - 3 KISAH HIDUP "WANITA" PENGIDAP HIV POSITIF

Kisah nasib tiga wanita pengidap HIV/AIDS yang menjadi kumpulan pertama yang diterima sebagai penghuni Rumah HIV Darul Ukhuwwah di alamat;  

Lorong 4/48C, Seksyen 4, Petaling Jaya Selangor.



1) Suami punca HIV


ZANA, 41, mengakui nasibnya kurang baik kerana bukan sahaja bersuamikan seorang lelaki yang kaki perempuan bahkan dijangkiti HIV/AIDS yang dibawa oleh lelaki tersebut. Lebih malang dia disahkan mengidap penyakit yang membawa maut itu ketika mengandungkan anak ke lima bersam suami yang ke dua.

Kata ibu kepada lima anak itu, sekali pun suami ke duanya seorang penagih dadah tetapi virus HIV yang hinggap ditubuhnya adalah dari suami pertamanya. Sedang suami ke dua nya itu bebas HIV/AIDS selepas menjalani ujian darah. Bagaimana pun Zana amat bersyukur kerana anak bongsu yang dikandungkannya ketika itu bebas daripada HIV/AIDS sehingga sekarang.

Jelas Zana, sejak disahkan menghidap HIV/AIDS, dia beberapa kali jatuh sakit dan kepalanya terdapat ketumbuhan yang bernanah.

“Penyakit ini bukan sahaja buat saya jatuh pengsan secara tiba-tiba malah kadang kala membuatkan saya hilang ingatan dan sebahagian badan berasa kebas,” ujurnya yang turut membawa anak bongsunya tinggal bersamanya di Rumah HIV Darul Ukhuwwah.

Cerita Zana, pada mulanya ketika disahkan menghidap HIV/AIDS memang merasakan kehidupnya  sudah tidak ada masa depan. Tambahan pula ketika itu dia sedang mengandung dan suaminya pula sukar untuk menerima berita tersebut.

Bagaimana pun katanya, sejak diberi peluang tinggal dipusat itu jiwanya berasa lebih tenang. Katanya, ini kerana setiap hari bukan sahaja kesemua penghuni dipenuhkan dengan aktiviti amal ibadat malah kehidupan mereka tidak disisihkan sebaliknya diisi dengan semangat kekeluargaan.


2) Lima tahun Lia tanggung HIV


LIA, 44, akui terpaksa mengambil masa agak lama sebelum betul-betul redha dengan hakikat bahawa dia pembawa virus HIV. Ketika disahkan doktor sebagai pembawa virus berbahaya itu pada lima tahun lalu, Lia berasakan dunia tiba-tiba menjadi gelap kerana tidak sangka sama sekali bahawa dirinya kini mangsa kepada penyakit yang amat digeruninya itu.

Nasibnya memang malang pada ketika itu kerana dirinya telah diasak dengan tiga masaalah yang datang secara serentak.

Kata Lia, ketika itu suaminya sedang nazak dihospital juga akibat AIDS, dia baru sahaja disahkan sebagai pembawa virus HIV dan kebetulan telah mengambil seorang anak angkat yang berusia tiga bulan. Lia memberitahu ketika itu keadaan dirinya memang teruk, dia banyak menghabiskan masa dengan menangis, murung dan enggan bercakap serta lebih suka memerap didalam bilik.

Bagaimana pun kata Lia, dia tidak boleh berterusan menyalahkan suami yang menjadi penyebab ia mendapat HIV. Ini kerana setelah keluar dari Pusat Serenti suaminya memang telah mengaku bertaubat dan meninggalkan tabiat menagih najis dadah.

Sekali pun ketika itu hatinya begitu pilu dengan berita tersebut, Lia masih tidak lupa menziarahi suaminya yang masih berada dihospital dan pada masa sama menjaga anak angkatnya. Dia bernasib baik kerana keluarga terdekatnya dapat menerimanya sebagai pengidap HIV kerana ia bukan berpunca dari kesilapannya dimasa lalu.

Kata Lia, dia sebenarnya mengambil keputusan untuk tinggal dipusat (Rumah HIV Darul Ukhuwwah) itu memandangkan itu sahaja peluang untuknya memulihkan semangat untuk meneruskan kehidupan.

“Sesungguhnya dengan peganggan agama yang kukuh sahaja dapat melindungi diri kita daripada mengalah daripada setiap ujian yang diberikan Allah,” katanya.

Apa yang penting kata Lia, dia akan berusaha bersungguh-sungguh memperbaiki dirinya dalam agama supaya dapat mendidik anaknya menjadi manusia yang berguna. Lia memberitahu dia masih merasakan sebilangan masyarakat di negara ini masih tidak dapat menerima orang sepertinya.

“Kadang-kadang terasa juga dihati kerana ada yang mengeluarkan tanggapan tidak elok terhadap penghidap HIV seperti saya,” katanya. Lebih menyedihkan kata-kata itu dikeluarkan oleh keluarga terdekat dan juga jiran-jiran.


3) Disahkan HIV ketika mengandung


SHIDA (bukan nama sebenar), 27, telah disahkan HIV dan mengidap AIDS pada tahun lalu juga ketika sedang hamil.

“Ketika itu usia kandungan saya mencecah tiga bulan dan tujuan ke hospital untuk memeriksa keadaan kandungan sekali gus menjalani ujian darah,” katanya ketika ditemui diRumah HIV Darul Ukhuwwah baru-baru ini. 

Shida tidak menyangka sama sekali apabila doktor mengesahkan dalam tubuhnya bersarang virus yang membawa maut. Walaupun ketika itu kotak fikirannya berkecamuk dengan rasa risau, sedih dan tiada tempat mengadu, setiba dirumah Shida keberatan memberitahu berita ini kepada teman lelakinya.

Shida mengakui walaupun belum berkahwin mereka tinggal bersama setelah disahkan mendapat tahu dia mengandung hasil hubungan haram dengan teman lelakinya. Dia enggan menceritakan pengesahan doktor mengenai dirinya itu kepada teman lelaki kerana tidak mahu berlaku perbalahan diantar mereka berdua. Tetapi setelah diask oleh teman lelakinya, Shida akhirnya terpaksa berterus terang dan semenjak itu perhubungan mereka berdua semakin hambar.

“Teman lelaki pula disahkan bebas HIV/AIDS dan sudah pasti dia enggan bersam saya lagi kerana tidak mahu tercebak sama,” katanya. Kata Shida dia sendiri tidak ingat mana satu pasangannya yang menyebabkan dia disahkan pengidap HIV.

“Kehidupan bebas itu akhirnya menyebabkan saya menerima padahnya. Kini saya redah dengan takdir yang menimpa,” katanya.

Shida memberitahu sekali pun setakat ini ahli keluarganya masih tidak dapat menerima dirinya tetapi dia bertekad untuk membesarkan anaknya yang kini berusia setahun lebih untuk menjadi manusia berguna pada masa hadapan.

Katanya, cukuplah dirinya terjebak dengan perbuatan silam yang memberikan pengalaman pahit tetapui itu bukan bermakna dia harus kecewa. Shida mengakui hanya tahu menyebut penyakit HIV/AIDS tetapi tidak pernah mengambil tahu secara mendalam mengenai penyakit ini dan langkah untuk mengelakkannya.

Sumber : Mega Utusan Malaysia


3 KISAH HIDUP "LELAKI" PENGIDAP HIV POSITIF (disini)

 


2 comments:

  1. Sesunguhnya seluruh hidup ini adalah ujian kan Najmi...

    syukur masih ada lagi masyarakat yang prihatin dan melindungi nasib golongan pesakit HIV+ yang telah hilang tempat bergantung hidup kan...

    ...adakalanya seperti terfikir dihati juga utk membina sebuah rumah perlindungan bagi kanak-kanak mangsa HIV ni Najmi...kesian dengan nasib mereka ni...
    ...doakan ye. Najmi...mungkin sebagai mengisi ruang masa tua setelah pencen bekerja nanti...insyaallah...:)

    syukran jazillan


    ReplyDelete
  2. syukran jazillan

    niat yang bagus tu insyaallah jika diizinkan Allah pasti niat keinginan syukran jazillan tu akan tercapai... insyaallah

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST