Friday, 30 November 2012

YUSUF - SAYA RELA BUJANG ASALKAN TAK SEBAR VIRUS

“Biarlah membujang sepanjang hayat daripada rosakkan masa depan dan sebarkan virus maut HIV pada orang disayangi. Saya rela tidak beristeri dan mempunyai zuriat asalkan tidak kejam membunuh pandangan masyarakat terhadap masa depan mereka,” luah pembawa virus positif AIDS ,Yusof Bakar (bukan nama sebenar), 50.


 
Lelaki dari Perak itu berniat membina kehidupan berkeluarga bersama gadis dari Pantai Timur suatu ketika dulu, namun membatalkan hasrat akibat diburu perasaan bersalah. Katanya, naluri kelelakiannya tercabar apabila berkemungkinan menyebarkan virus kepada individu tidak bersalah, meskipun memerlukan teman hidup serta menimang zuriat sendiri.

“Kami hangat dilamun cinta apabila saya buat keputusan menghilangkan diri tanpa pesan. Saya tahu perasaannya tercalar dan sedih kerana terlalu menyayangi, namun terpaksa buat kerana tiada pilihan. Sesal dan pilu mencengkam namun menyakitkan apabila terpaksa melepaskan gadis kesayangannya kerana penyakit ini (HIV),” katanya sayu.

Yusof menjelaskan dia mula berjinak dengan aktiviti menagih kerana desakan kawan selepas berhijrah ke Kuala Lumpur bagi mencari sesuap nasi. Kesilapannya memilih kawan menyebabkan dia hanyut sehingga disahkan positif AIDS, dua tahun lalu.

Selepas hanyut sekian lama, Yusof tekad untuk berubah kearah kebaikan, sekaligus menjalani pemulihan krohanian diri sebagai bekalan kelak. Meskipun masih diterima ahli keluarga terutama kakak sulungnya, dia bertegas tidak mahu menyusahkan orang lain dan bersikap menyisihkan diri sendiri dan nekad tidak akan berkahwin sehingga hembusan nafas terakhir.


Berbeza dengan lelaki kurus berkulit cerah berasal dari Pahang yang dikenali sebagai Shuib (bukan nama sebenar), 48, dia mempunyai seorang isteri serta seorang anak lelaki berusia 14 tahun.


 
Mahir dalam bidang jahitan, lelaki yang bersekolah setakat Tingkatan Lima itu, sedar akan risiko jangkitan HIV kepada pasangan menyebabkan dia mengamalkan langkah pencegahan sedari awal disahkan menghidap penyakit berkenaan.

“Perkongsian hidup selama 16 tahun hampir runtuh kerana kadangkalan memilih jalan hidup ‘sampah masyarakat’ namun, kasih sayang terbina menyelamatkan hubungan kami. Masyarakat tergamak memandang hina pada insan seperti kami,” katanya.

Bermotivasi tinggi dan yakin mampu berjaya seperti insan normal, Shuib mahu mengusahakan tanaman kampung selepas hampir lima bulan dimasukkan ke Rumah Perlindungan Darul Ukhwah kerana menderita teruk akibat jangkitan HIV.

Risaukan keselamatan anak lelakinya yang kian meningkat dewasa, Shuib tidak rela membiarkan anak kesayangannya mengikut jejak langkahnya sekaligus mengelak daripada berkawan dengan remaja nakal.

Katanya, amat mudah mengenali golongan bermasalah sedemikian berikutan terjebak dalam kancah masalah sama. Sehubungan itu, dia rela membuka pekung masalah diri asalkan anaknya tidak mengikut rentak kesalahan sewaktu mudanya dahulu.


Sumber : BHarian   







ERIC - UJIAN SAHKAN PENYAKIT SIFILIS


SOALAN

Saya berusia 45 tahun. Baru-baru ini saya mengambil ujian darah dan doktor mengesahkan saya menghidap penyakit sifilis. Adakah penyakit ini boleh diubati dan berapa lama tempohnya untuk pulih? Untuk pengetahuan doktor, bacaan ujian TPPA saya adalah seperti berikut;

1) TPPA (1:80)

2) TRUST (1:64)

Saya pasti saya mendapat penyakit ini dalam tahun ini, kerana tahun lalu keputusan ujian darah saya adalah normal. Adakah bacaan yang disebut diatas tinggi dan hospital mana saya boleh menjalani rawatan?

ERIC
Kelantan, Pahang


JAWAPAN

Ujian darah untuk penyakit sifilis yang anda jalani memang spesifik untuk kuman sifilis Treponema Pallidium. Berikutan ia positif, penting bagi anda mendapatkan rawatan khusus menghapuskan kuman itu sebelum ia memberi kesan buruk kepada perjalanan fungsi tubuh badan anda.

Kuman ini boleh merosakkan sistem urat saraf yang ketara jika ia kekal. Anda boleh berjumpa dengan mana-mana doktor keluarga atau hospital untuk mendapat rawatan.

Ujian darah susualan akan dilakukan  tiga bulan kemudian untuk menyukat tahap infeksi dan jika menurun, ia bermakna rawatan itu berhasil. 


 





Thursday, 29 November 2012

ASMAH - SUAMI PINDAHKAN JANGKITAN HIV KEPADA SAYA DAN ANAK

BACHOK : Temberang seorang suami kepada isteri kononnya pergi memancing ikan bersama rakan karib akhirnya terbongkar apabila lelaki berusia 52 tahun itu dikesan dijangkiti virus HIV selepas dipercayai kerap melanggan pekerja seks di pekan Sungai Golok, selatan Thailand, sejak 10 tahun lalu.


Malah, bagi meyakinkan isterinya yang hanya mahu dikenali sebagai Asmah, 45, lelaki terbabit juga sanggup membeli ikan besar seperti kerapu atau jenahak di pasar sebelum pulang ke rumah, kononnya itulah hasil tangkapannya.

Bagaimanapun, rahsia lelaki dikenali sebagai Jaafar itu terbongkar apabila dia disahkan dijangkiti virus HIV selepas sering demam, selain berat badannya menurun mengejut.

Sebaik didesak Asmah berulang kali, akhirnya Jaafar mengaku dia sebenarnya bukan pergi memancing, sebaliknya ‘melancong’ ke pekan Sungai Golok semata-mata untuk melanggan pekerja seks.

Asmah berkata, lebih mengejutkan, suaminya yang bekerja sebagai tukang rumah mendakwa melakukan perbuatan terkutuk terbabit sejak 10 tahun lalu dan lebih 50 pekerja seks Thai pelbagai usia ‘ditidurinya’.

Katanya, ketika ditanya, suaminya turut mengaku nafsunya lebih terdorong kepada wanita warga Thailand kerana terliur melihat paras rupa mereka, selain tertarik dengan tubuh yang berkulit putih serta gebu.

Jaafar meninggal dunia akibat HIV tiga bulan lalu dan sempat meminta maaf di atas perbuatannya, namun saya dan anak lelaki berusia tujuh tahun (hanya mahu dikenali sebagai Aliff) pula yang menderita kerana turut dijangkiti virus itu.

“Walaupun marah serta geram dengan perbuatannya, saya tidak mampu melakukan apa-apa kerana sudah terlambat,” katanya ketika dia dan anaknya ditemui Metro Ahad di Rumah Masyarakat Prihatin (RMP) di sini.

Kehidupan Asmah semakin malang apabila Aliff pula disahkan mengalami masalah pendengaran oleh pihak hospital, menyebabkan ibu tunggal yang bekerja sebagai pembantu kedai makan itu makin tertekan.

Asmah berkata, perkahwinannya dengan Jaafar adalah yang kedua selepas bercerai dengan suami pertama.

Katanya, melalui perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua anak, namun anak sulung meninggal dunia lima tahun lalu akibat demam panas.

“Ketika meminta izin dengan saya untuk keluar memancing, riak mukanya langsung tidak menunjukkan reaksi berbohong, menyebabkan saya percaya kata-katanya.

“Lagipun, Jaafar turut membawa peralatan memancing, termasuk umpan serta bekalan makanan, kononnya hendak bermalam selama dua hari, menyebabkan saya bertambah yakin,” katanya.

Menurutnya, seminggu sebelum meninggal dunia, Jaafar turut memaklumkan dia boleh jadi ‘sasau’ jika tidak pergi ke negara jiran.

“Dia turut mengaku menghabiskan wang antara RM200 hingga RM300 setiap kali melanggan pelacur.

“Kini, saya dan anak sering hadir ke RMP bagi mendapatkan khidmat kaunseling daripada kaunselor, Zaimah Hussin,” katanya.




APAKAH NAMA BINTIK-BINTIK INI???

Semasa saya sedang mengadap TV menonton rancangan "feveret" saya Running Man dirangkaian 393 Astro, terasa gatal dibahagian tengah dada saya. 

Kebiasaannya saya kurang "mengaru" sebaliknya saya hanya tekan-tekan mengunakan kuku dibahagian yang terasa gatal itu. Ingatkan gatal biasa, sebaliknya pada keesokan hari semakin kuat rasa gatal dibahagian tersebut. 

Bila saya periksa bahagian tersebut terdapat bintik-bintik merah merebak ditengah bahagian tengah dada saya;


Dua tiga hari saya berasa gatal tetapi saya sapukan aje dengan krim dan dalam masa seminggu rasa gatal tersebut berkurangan alhamdulillah ianya tidak merebak, dan pada hari ini ianya sudah kembali sembuh. Saya hanya main mengagak sahaja nama ruam yang timbul tersebut........maybe.........atau................????


Agak-agak doktor diluar sana atau yang lebih pakar tahu tak apakah nama sebenar ruam gatal yang muncul didada saya itu? 

Ada yang boleh jawab???? 


Tuesday, 27 November 2012

KALAULAH SAYA MEMPUNYAI SEORANG ANAK

Ada suatu ketika masjid menjadi tempat tumpuan saya, walau kemana kaki saya melangkah kepala pasti merancang waktu dan dimana nak dirikan solat. Kalau ke Pavillion di Bukit Bintang saya kerap ke surau kecil di dalam bangunan tersebut. Cantik, bersih dan simple surau tersebut. 

Kalau saya mengayuh disekitar bandar disini, saya pasti singgah dimasjid-masjid utama disini untuk melakukan solat berjemaah. 

Tapi pada hari ini masjid sudah kurang saya kunjungi dan saya lebih kerap melakukan solat dibilik. Dan terus terang saya juga sudah kurang keluar rumah, ada ketika seminggu lebih saya tak melangkah kaki keluar dari pintu pagar rumah berjalan kecuali hanya untuk solat pada setiap hari Jumaat.


Bercerita soal solat berjemaah pada hari Jumaat, 

Saya kerap mendengar keluh kesah ramai gay yang selalu terpaksa melayan dugaan syaitan melalui pandangan mata, tidak terkecuali berlaku kepada diri saya ketika kami hendak menunaikan solat Jumaat. Mereka gemar memandang dan melayan mata melihat kelibat-kelibat insan handsome, yang datang ke masjid. 

Bila terpandang seseorang yang "taste" dihati, mata tidak berkerlip memandang dan pastinya didalam hati mereka akan melakukan "maksiat" berangan fikir yang bukan-bukan atau paling kurang akan memuji insan-insan yang handsome didalam hati (pada pandangan mereka itu). Ada juga yang saya dengar gay yang lebih sanggup berani meminta no phone seseorang yang mereka suka ketika di masjid itu lagi. Tujuannya.....?

Dugaan itu ada dimana-mana waima didalam masjid sekali pun.


Rakan di masjid

Pada suatu ketika semasa masjid menjadi tumpuan saya, saya berkenalan dengan seorang pemuda di masjid. Jernih wajah nya kecil tubuhnya, yang pasti dia boleh diketogerikan sebagai ahli masjid kerana kerap datang berjemaah. Kami sering berjumpa dan berbual ketika menunggu masuk waktu solat Maghrib dan Isyak serta Suboh. Dalam ketika usia muda dia telah pun selamat menunaikan ibadah Haji di Mekah bersama ibunya. Mendengar ceritanya tentang pengalaman hampir 40 hari di Mekah dan Madinah sangat seronok. Segenap pelusuk Masjidilharam sudah diterokainya, saya bayangkan sekiranya saya berada ditempatnya. Pasti seronokkan.

Saya namakan dia Rosli. Bila keadaan saya semakin tidak sihat sekitar 4 tahun dulu saya sudah kurang ke masjid lagi. Semakin jarang berjumpa Rosli. Dan yang pasti dia telah pun mendirikan rumah tangga. Persahabatan kami longgar begitu sahaja kerana saya sendiri malu bila berdepan dengan dirinya. Ya lah dia berkahwin ada isteri dan siapa lah saya ini. Saya kemudian mendapat perkhabaran mengatakan bahawa isterinya mengandung dan telah pun melahirkan anak lelaki. 

Pada Hari Raya Aidil Adha yang lalu ketika saya sibuk melihat tengkuk lembu dihiris sedang dikorbankan saya nampak kelibat Rosli dari jauh sedang mendukung anak lelakinya. Entah kenapa saya segan lagi hendak menegurnya. Gembira bila melihat dia mengendung sekali sekala menarik tangan anaknya kehulu kehilir.


Kalau solat di masjid saya suka tengok anak kecil yang ikut bapa mereka bersama. Ketika kita "duk"sembahyang, anak-anak ni (yang ikut solat dihadapan saya) nampak tak boleh duk diam, kepala mereka kejap toleh kekiri, kejap toleh kekanan memerhati. Terus terang saya pernah berangan dan berbisik sendirian alangkah seronoknya jika saya juga mempunyai anak yang boleh saya bawa ke masjid bersolat seperti itu.

Ada ketika, sekiranya ada anak kecil yang berdiri solat mengikut ayahnya yang berdiri disebelah saya, hendak tak nak saya boleh membayangkan yang anak itu adalah anak saya. Bestkan. Beruntungnya mereka yang ada anak lelaki yang boleh dibawa ke masjid bersolat. Pernah saya bergurau pada rakan saya Rosli ketika berita anaknya yang baru dilahirkan sampai kepengetahuan saya dulu, sebelum solat tarawih dilaksanakan , 

"Wahhh nanti seronoklah boleh bawa anak sama-sama solat kat masjid"

Pernah juga saya mengheret anak saudara saya ke masjid ketika waktu asar, hendak tak nak saya membayangkan mereka itu anak saya juga hehehe....Okey lah jadi lah tu, merasa juga daripada tak merasa langsungkan. 

Bagi gay yang sudah berkahwin dan mempunyai anak, bersyukurlah anda, bertuahnya anda, bukan senang nak dapat anak kerana bagi seorang gay tentu begitu sukar hendak bersama isteri. Terpaksa memaksakan diri untuk melakukan "proses" menyatukan benih, saya pasti ianya amat sukar. Tidak dapat saya bayangkan bagaimana perasaan hati anda ketika berada dalam keadaan semasa proses itu berlangsung, yang pasti anda melakukannya dalam keadaan terpaksa, memaksa dan berusaha. Tetapi bila sudah berjaya melakukannya dan lebih beruntung jika sekiranya proses tu terus menjadi sudah pasti anda perlu bersyukur. Seperti kisah Ryan (disini)

Alhamdulillah begitu mudah "proses" berlangsung, sekiranya anda seorang yang normal, pasti tidak akan ada rasa terpaksa memaksa malah anda melakukannya dengan penuh rasa teruja dan gembira, dalam keadaan berkasih sayang.

Tetapi sebagaimana anda tahu apabila sudah berkahwin hendak tak hendak "proses" seumpama terpaksa dilakukan dari masa ke semasa. Ohhhh.... maaf saya tidak dapat bayangkan. Bermakna anda seorang yang punya naluri gay yang telah berkahwin perlu berani dan perlu ada keyakinan diri melakukannya walaupun terasa sukar. Seperti kisah HubbyBee (disini)

Sesuatu yang bukan "taste" kita tetapi terpaksa kita memaksa diri untuk menyukainya. Mudah-mudahan perisa "vanilla" yang selama ini bukan kegemaran anda, akan bertukar menjadi "feveret" anda selamanya.

Bila sudah ada anak-anak, perlu diasuh dengan sempurna, beri pelajaran dan terapkan pendidikan agama semoga mereka pada suatu hari nanti boleh mendoakan kebahagaian diri anda apabila anda sudah meninggalkan alam ini untuk ke alam yang lain suatu hari nanti. Beruntungnya gay yang mempunyai anak. Jangan sia-sia membesarkan mereka dengan baik.


Saya berbual dengan seorang rakan facebook, seorang lelaki biseksual dan pada hari ini dia sudah pun mempunyai tiga anak lelaki. Saya bergurau dengannya, 

"Bagi lah seorang anak lelaki itu kepada saya." Dan sudah pasti dia kata "Tidak boleh."

Rakan saya ini melahirkan rasa bimbang sekiranya anaknya akan mengikut jejak langkahnya (menjadi gay atau bisksual) apabila mereka dewasa kelak. Bagi saya anda sebagai seorang bapa, penting dititik beratkan kepada anak-anak dengan pendidikan agama, sekurang-kurangnya apabila mereka dewasa dan ditakdirkan mempunyai naluri tersebut, mereka pastinya dapat membezakan yang mana intan dan yang mana kaca, bijak menilai mana yang baik dan mana yang buruk dan tahu membezakan yang mana halal dan haram.

Mempunyai didikan agama yang kuat, bijak mengaji Al Quran, ianya masih belum boleh memastikan diri mereka itu benar-benar selamat dari terjebak dalam gejala ini, tetapi sekurang-kurangnya sebagai bapa anda sudah melakukannya yang terbaik. Dan jangan lupa doakan agar anak-anak anda membesar menjadi orang yang taat dengan segala perintah Allah. 


Bolehkah saya ada anak? 

Kalau ikut logik dunia ianya mustahil, sekiranya saya dipaksa berkahwin sekalipun maybe saya akan melarikan diri hahaha.....Kali terakhir saya terfikir untuk memaksa diri berkahwin ketika saya termenung mengadap keluar tingkap "sleeper bus" dalam perjalanan puluhan jam  diatas pergunungan diwilayah Yunnan China setelah berbulan mengembara sendirian. Maybe ketika saya berusia akhir 20an dulu.


Saya katakan pada diri sendiri ketika itu apabila sampai di Malaysia nanti, saya hendak paksa diri untuk berkahwin (walaupun dalam hati tak ada keyakinan langsung), tetapi apabila sampai di Semenanjung, saya kembali sibuk bekerja di selatan tanah air, lupa dengan lintasan janji yang telah saya buat, malah berterusan hanyut dengan aktiviti-aktiviti tersebut. 

Maknanya disini perkahwinan itu bukan sesuatu yang terbaik buat diri saya, Allah maha mengetahui segala-galanya. Sekiranya baik sudah pasti Allah telah memaksa mengerakkan hati saya serta menimbulkan rasa keyakinan untuk berkahwin suatu ketika dulu. Mudah kerana saudara mara saya juga pernah bergurau hendak menjodohkan saya dengan sepupu sendiri.

Bagi saya Allah sebenarnya telah menjanjikan sesuatu yang lebih baik buat diri ini. DikurniakanNya virus HIV kepada saya. Suatu anugerah yang saya pasti merupakan sesuatu yang terbaik buat diri saya ini. 

Pada hari ini rasa keinginan hendak mendirikan rumah tangga dalam diri saya sudah jatuh kepada tahap "zero." Tidak ada, malah tidak sanggup hendak saya paksakan diri menempuhi alam yang yang sangat indah buat anda yang bersifat "normal" diluar sana. Cukup sudah dengan pengainayaan yang saya lakukan keatas diri sendiri selama ini, tidak perlu saya mengainaya diri dan hati orang lain pula. 

Cukuplah bagi diri saya pada hari ini kerana telah diberi kesempatan dan berpeluang melangsungkan perkahwinan dengan virus HIV ini sahaja.

Pastinya sudah berjanji antara saya dengan Allah sebelum dilahirkan kedunia lagi. Janji dan perakuan saya denganNya. Penerimaan saya berjanji untuk tidak berpeluang merasai keseronokan mengheret tangan anak ke masjid ketika didunia ini. Janji yang sudah pasti saya terima dan menerima dengan hati yang terbuka.

Wallahuallam.




LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (15) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (58) najmi jumpa doktor (10) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (90) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST