Monday, 1 October 2012

USIA 6 TAHUN SUDAH PANDAI TERANGSANG

Saya hanya copy dan paste status ini dari seorang kenalan lelaki didalam Facebook dan saya siarkan dalam blog ini supaya kita renung dan fikirkan kenapa pekara ini boleh terjadi kepada budak lelaki seusia 6 tahun. 
Adakah kerana sengaja dibuat-buat atau suka-suka? baca saja status dibawah ini;
Kisah benar kehidupan saya.
Saya sedang mencari jawapan..........Saya ada seorang anak buah lelaki nampak perwatakannya macam lembut sejak berumur 2 tahun lagi, nak kata dididik menjadi lembut xjuga..sebab mak bapak dia didik dia sebagai anak lelaki, dibelikan basikal, bola dan macam2 lagi permainan lelaki.....bila gaya lembutnya keluar pasti dimarahi mak bapaknya, termasuk saya pon marah, xnak aku anak buah aku jadi macam aku (songsang),
Satu hari tu setelah dia beumur 6 tahun, aku tengok tv dengan dia rancangan WWF (world wrestling federation), 
boleh secara spontan dia cakap, "cik emy (abang emy) ko*e (kemaluan) saya keras le bila tengok lelaki badan berketul2"
tergamam aku


persoalannya sekarang, mcm mana budak sekecik tu dah terangsang dengan lelaki, anak buah aku ke yg minta? budak2 apa yg dia tahu, pening aku nak cari jawapan, ada sapa2 yg boleh bg jawapan??? 


So, macam mana ni? 

Ini yang dikatakan naluri semulajadi yang wujud dalam diri seseorang songsang semenjak dari kecil, ianya wujud tanpa kami sedari dan bukan sengaja dibuat-buat untuk suka kepada kaum sejenis.

Pengalaman saya sendiri; saya tidak tahu bagaimana naluri ini boleh wujud dalam diri ini dan dengan nama Allah bukan saya (kebanyakan kami) sengaja suka-suka hendak minat kepada kaum sejenis.


Syukur kerana saya dikurniakan HIV 

Kerana HIV lah yang telah mengajar saya memahami kenapa naluri ini berada didalam diri ini, ya saya pasti ini juga sebenarnya adalah dugaan Allah kepada saya. Allah mahu melihat sejauh mana saya boleh melawan keinginan nafsu ini.

Dengan didikan agama yang kurang saya mudah tewas bergelumang keseronokan melayan nafsu remaja, bukan ratusan malah berkemungkinan ribuan pasangan bangsa dari berbagai negara yang telah bersama saya suatu ketika dulu.

Alhamdulillah, Allah telah "poke" saya dan saya kembali bijak berfikir dan cuba untuk tidak menyalahkan takdir kerana memiliki naluri sebegini, sama sekali tidak menyalahkan Allah. Saya juga pasti si pemilik naluri ini jika mereka bijak mengawal diri (kuat didikan asas agama yang diberi ibubapa sejak kecil) sebenarnya syurga adalah milik mereka. 

Ada orang kata jihad melawan nafsu. Ya sekarang saya sedang cuba melawan segala bisikan syaitan yang kembali mengajak untuk melakukan keseronokan seperti dulu, saya masih cuba bertahan dan bertahan dan akan bertahan. 

Bagaimana nasib mereka yang terus hanyut tidak dipedulikan Allah? Mudah-mudahan kita semua selamat didunia dan diakhirat.

Jawapan kepada persoalan diatas ada disini 

Tulisan dari seorang kenalan melalui FB yang saya rasa menarik untuk kita baca, cara pemikiran beliau hampir sama dengan apa yang saya fikirkan berkaitan kenapa kami dijadikan gay.

19 comments:

  1. Hanya Allah yang mengetahui rahsianya kepada anda menjadi golongan istimewa ini...berjihad melawan nafsu ini syurga balasannya...mudah untuk saya menulis tapi sukar untuk anda semua menanganinya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak Wardah,

      Berjihad melawan nafsu, tapi ramaikah yang faham tentang ini terutama dikalangan(songsang. Tidak ramai yang faham hanya segelintir sahaja yang mampu faham, mudah-mudahan lebih ramai yang akan faham....saya sendiri kadang2 buat-buat tak faham... mudah2an selamat kita semua dunia akhirat.... :)

      Delete
    2. btulah cite dia ni.. sbb perkara yg sama berlaku jugak pada aku.. aku tak tahu kenapa aku tuhan uji.. sdih giler rasa.. tgk org lain normal.. aku pun jugak jd normal.. ade tak ubat utk jd normal najmi??

      Delete
  2. hidup kita sentiasa diuji ...
    dan sentiasa diberi pilihan .....

    saya minta maaf kerana komen saya agak general ...kerana saya tidak melaluinya ....

    tp saya sendiri dulu agak liar ...., dan yang pasti usia semakin naik ... jd belajarlahh dari kesilapan lampau .....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous,

      Ya kita semua manusia akan diuji dan kita kena bijak menangani segala ujian tersebutkan dg baik dan bijak (kena ada hidayah dariNya juga)... :)
      Terima Kasih...

      Delete
  3. memang la, mana ada orang minta nak jadi lesbian or gay... malas nak cakap banyak. Mereka yang tak lalui takkan faham, abang najmi. Sumpahlah dengan quran kat depan khatib kat masjid putrajaya pun. depa tanak percaya, tanak percaya jugakla.

    ReplyDelete
    Replies
    1. DarkAngel a.k.a MalaikatGelap,

      Ya, saya percaya ramai yang ingat bahawa perasaan tu sengaja dibuat2 dan boleh diubati, tetapi saya tetap kata naluri tu tak boleh diubati, kalau naluri tu dah ada ianya tetap akan ada sehingga mati......lebih teruk dari ketagihan dadah....

      jika kita dengar seseorang itu dari gay atau seorang biseksual..... sudah berubah...dia kahwin dan punya anak... hidupnya bahagia.....dan cinta kan isteri... bagi saya itu bohong.

      Mereka yang berubah itu adalah kerana mereka kuat melawan nafsu dari terus terjebak, naluri itu tetap ada tetapi mereka kuat melawan nafsu songsong dan kemungkinan mereka semakin bijak dan sedar dan tahu serta takut hukum Allah, mereka faham yang naluri itu haram disisi Islam, so mereka memaksa diri cuba tak melayan nafsu jahat. Mereka ini lah yang dikatakan sudah berjaya diubati....Takkan mereka nak mengaku masih ada naluri tersebut kan.

      Untuk berubah kita juga kena minta doa pertolongan dari Allah, insyaallah Allah akan membantu...melawan nafsu songsang tu adalah jihad, saya rasa ada dikalangan kita yang berjaya melawan, dan tidak lagi melibatkan diri dlm aktiviti songsang TEAPI naluri itu tetap ada.

      Wallahuallam...ini pendirian peribadi saya sahaja.. terpulang pada mereka diluar sana hendak terima atau tidak.... :)

      Delete
    2. najmi,,, betul tu.. sy sokong 100% kta2 najmi.. perkara ni bukan sje kite nk buat2,, dah semulajadi,, kenapa org susah sgt nk fhm?? mak ayh aku asyik bising je tanya bila nk kwen,, aku klu normal dh lama aku kwen,, sape lah taknk kwen,, semua org teringin nk ade kuarga sndiri,,

      Delete
  4. yep, naluri tu tetap ada, cuma nak kawal atau tidak saja la. Kadang-kadang memang cemburu dengan orang straight, boleh je mngorat dikhalayak awam, hahaha. kita yang ada naluri songsang ni, suka camner, minat macammana pun, senyap jela..walau orang tu didepan mata. lebih2 lagi tengok orang yang kita minat tu, diusha oleh orang straight, hmm telan air liur jela.kahkahkahkah.

    tapi takpelah, kita ni hamba tuhan, dan tahu pula benda tu salah, benda yang ada dalam diri kita ni, takyahlah kita nak baja-baja, yang ada pun nak mengawalnya parah yarabbi. moga ini jalan kita nak dapat redha illahi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. DarkAngel a.k.a MalaikatGelap,

      Moga kita diberi pertunjuk jalan yang lurus oleh Allah SWT....

      Delete
    2. dark angel,, btul tu.. mmg cemburu sgt tgk org yg normal ni.. cth kwn2 aku semua dh kwen.. aku segan sgt,, sbb asyik tnye aku soalan BILA NAK KWEN,, tak tau nk jwb mcm ne lg.... sedih..:(

      Delete
  5. Semoga Allah swt megampuni kita semua jika kita gagal dalam sebarang ujiannya, Allah swt tahu kita hambaNYA yang lemah lagi pulak nafsu dan iblis syaitan lagi x jemu jemu menolak kita ke arah yang negatif, terus terusan bertaubat selagi mampu, yakinilah DIA Maha Pegampun..insyaAllah, teringat dulu kisah seoang pelacur di chow kit yang tak pernah tinggal solat, nampak pelik tapi mungkin dia lebih bagus dari yang perasan x berdosa dan x pernah solat dan bertaubat mencuci dosa dosa mereka, Allah swt knows BEST :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. susumanis,

      Ya sebaiknya terus dan sentiasa bertaubat dan cuba memperbaiki diri insyaallah Allah akan membantu kita.. tidak kira sesiapa pun kerana godaan syaitan itu tidak memilih mangsa.. setiap orang berbeza cara kita digoda yang penting kita cuba ditarik terjun ke dalam neraka bersama2 mereka (syaitan laknatullah)

      Pelacur yang tidak tinggal solat di Chow kit? saya pernah baca atau mungkin dengar kisah pelacur di Indonesia yang juga menjaga solat. Menarik. :)

      Tapi kalau orang dengar pasti mereka kata pahala solat tak diterima atau solat tak betul sebab itu masih terus terusan melakukan maksiat (melacur), ya mungkin mereka lebih bagus dari mereka yang perasan x berdosa dan x pernah lakukan solat tu.

      Sekurang2nya pelacur ini akan memperbaharui ikrar (dua kalimah syahadat) setiap hari, sehari 5 kali "Tiada Tuhan melainkan Allah, Nabi Muhammad itu pesuruh Allah"....

      Delete
  6. sebenarnya budak 6 thn ini begitu jujur & tidak berselindung apa2. Ia menyatakan dengan terbuka apa yg dia rasa pada orang yg ia percaya. Sesungguhnya pada saya, naluri setiap manusia memang secara semulajadi tertarik pada kecantikan, tak kira kecantikan dari segi apa, samada dari lelaki, perempuan, tumbuhan, binatang, etc.. & kebanyakan kita only willing to say something is beautiful or is attracted to someone apabila masyarakat sekeliling merestuinya.

    saya sangat setuju dgn statement Naj Mi yang ini:

    "Mereka yang berubah itu adalah kerana mereka kuat melawan nafsu dari terus terjebak, naluri itu tetap ada..."
    ..kerana saya sendiri menempuhinya.

    Saya berdoa moga diri saya, budak 6 tahun itu & Naj Mi dibimbing dengan cara yang betul & dijauhi segala godaan syaitan, Amin.

    ReplyDelete
  7. dean,

    Ya budak umo 6 tahun mana tahu apa-apa, apa yang difikir itu lah yang ia cakap... terimakasih kerana mendoakan saya, moga dean pun dirahmati Allah jua... :)

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST